Bab 4 | The First Met

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Titisan hujan semakin lama bertukar menjadi semakin lebat.Miya yang baru sahaja ingin pulang ke rumah tergendala kerana terkandas dalam hujan yang lebat.Beg sekolah dibuka untuk melihat sama ada dia membawa payung atau tidak.Punah harapannya apabila dia teringat yang semalam adiknya itu meminjam payung dan belum memulangkannya kembali.

"Hish!!Macam manalah aku nak balik ni adoi!!"rungut Miya.

Jam ditangan dilihat sekilas.Tertelan air liur dia apabila jam sudah menunjukkan lagi 15 minit sebelum pukul 7.00 malam.Ingin di telefon abangnya untuk mengambilnya,telefon pulak tiada.

Miya melihat sekeliling untuk memastikan masih ada lagikah orang yang akan lalu lalang di stesen bas ini.Kiri dan kannannya pula dipandang mencari teksi atau grab.Tiada langsung.Nafas panjang dihela.

"Huh macam mana ini aku sudahlah takut.Sekarang pula dah pukul 7."Langit dipandangnya.Hujan masih lagi lebat menunujukkan tanda-tanda ia tidak akan berhenti.

Baru sahaja dia ingin berjalan ke tempat yang lebih tertutup dari terkena hujan matanya tertancap ke arah figura seseorang lelaki yang baru berlari ke arah bas stesen.

"Fuh lencun habis baju aku"terdengar dengusan kasar dari lelaki itu.

Lelaki itu segera mendongak ke hadapan apabila dia perasan ada yang memerhatinya.Miya pula pantas memalingkan muka ke arah lain apabila lelaki tersebut memandangnya semula.

Miya mula berasa sedikit gentar apabila lelaki itu sedang berjalan ke arahnya.Walaupun hoodie yang dipakai menutup mukanya,dia masih berasa risau kalau diapa apakan oleh lelaki tersebut.

Terdengar bunyi kerusi yang bergoyang sedikit menandakan lelaki tersebut telah duduk di sebelahnya.Baru sahaja dia ingin bergerak ke arah tempat yang lebih jauh,hujung bajunya ditarik lelaki tersebut.

"Cik!Nak pergi mana tu?Hujan ini kan,basahla marilah duduk sini boleh kita berkenalan sekali."Tangan Miya dicapai lelaki itu spontan.

Miya yang terkejut dengan perlakuan lelaki itu pantas menepis tetapi gagal apabila lelaki tersebut menggenggam kuat lagi pergelangan tangannya.

"Hish lepaslah!!Kau kenapa?!Jangan kacau aku!"Dia cuba menepis lagi tangan lelaki itu dari menggenggam tangannya dan akhirnya berjaya.

Terus dengan pantas Miya berlari ke tempat yang lebih terbuka supaya dapat dilihat orang yang lalu lalang di stesen bas ini.Kepalanya dipusing ke arah belakang.Lelaki tersebut masih mengejarnya.Belum sempat dia lari lebih jauh,lelaki tersebut sudah berada di hadapannya dan mendepakan tangannya menghalang Miya agar tidak lari ke mana mana.

"Eh cik janganlah sombong sangat,saya nak kenalan je dengan cik ni.Nama saya Mat Daus tapi orang panggil saya Dameus.Cik pulak nama apa?"soal lelaki tersebut.

Miya berdecit perlahan.Nama pun macam apa je,Dameus huh!Tidak ingin berlama disitu,Miya hanya memikirkan satu perkara sahaja.

Alat sulit lelaki tersebut ditendangnya lalu dengan segera lelaki tersebut menunduk sakit.Dia mengambil kesempatan tersebut dengan berlari.

Lagi sekali dia gagal untuk selamatkan diri apabila kakinya tersadung akibat kakinya ditendang oleh lelaki tersebut.Lututnya yang bergeselan dengan jalan tar mengakibatkan sedikit luka yang dalam.

"Arghh!!Bongok kau!"erang Miya dalam kesakitan.Dia cuba untuk bangun tapi lelaki tersebut lebih pantas dengan menarik kakinya.Sakit di lututnya yang masih belum hilang ditambah lagi dengan tangannya pula yang bergesel dengan tar,hanya tuhan sahaja yang tahu kesakitannya.Dia berasa bagai ingin pitam.Terlalu sakit.

Baru sahaja lelaki itu ingin menghempapnya,sebuah tumbukan melekat di pipi kiri lelaki tersebut menyebabkan badannya tertolak ke kanan.

..................

"Woii!!Kau berambus b*d*h!!Dasar tak guna!!"jerit Hakimi.Dia yang baru sahaja pulang berlepak dengan kawannya berhenti untuk menolong apabila melihat Miya yang sedang bergelut dengan seorang lelaki.

Lelaki tersebut pantas melarikan diri dengan menaiki motornya.Takut jika dia ditangkap polis.Melepas peluangnya apabila Hakimi muncul.

Miya yang sedang memeluk lutut ketakutan itu dipandang Hakimi simpati.Mujur sahaja dia sampai pada waktunya.Kalaulah dia tak melalui jalan ini mesti lelaki tersebut sudah melakukan perkara yang lebih dahsyat.

"Kau ok tak ini?"Hakimi menyoal walaupun dia sudah tahu jawapannya.Haih dia pun bangang juga apa pergi tanya ok ke tak,dah sah sah kau nampak dia tak ok.

Miya pula hanya berdiam diri.Dia cuba untuk berdiri walaupun lututnya berasa berdenyut denyut kesakitan.Dia cuba untuk berjalan walaupun terjengket jengket.Dia rasa macam nak menangis,dia nak balik tapi tak ada kenderaan.Huaaaa.Hakimi yang sedang memandangnya diabaikan.

"Woi jomlah aku hantar kau pergi klinik.Biar doktor rawat dulu luka kau tu,nanti kuman masuk susah pulak."ajaknya.

Miya tidak menggeleng dan tidak juga mengganguk.Masih lagi berjalan terjengket jengket ke arah lain.Hakimi menggumam seorang diri apabila dirinya dipalau.Hish degil betul aku nak tolong,tu terima je lah ni macam apa je.

Miya dihadapannya dikejar,bukan jauh sangat pun.Alah setakat terjengket jengket tu sampai manalah dia boleh pergi.Hakimi sempat lagi tertawa sendirian.

"Kau ini aku nak tolong jomlah.Tak payah nak sombong sangat, kau ingat kau punya jalan terjengket jengket ni boleh sampai rumah ke."sindir Hakimi.

Miya hanya menjeling.Aku dahla sakit ini kau boleh pula sindir aku.Dia sedikit takut dengan Hakimi, manatau Hakimi inipun punya niat yang sama macam lelaki tadi walaupun Hakimi yang menolongnya.

"Kau ini dengar tak aku cakap?Ke kau ni pekak dan bisu?Sebab tu tak boleh nak balas."Spontan Hakimi menuturkan kata katanya itu selamba.Lagi sekali dia di abaikan.

"Aku cakap last ini.Jom aku bawa kau pergi klinik lepastu aku hantar kau balik rumah.Kalau kau degil juga,kau tunggulah sini sampai ada yang datang.Nanti kalau ada yang macam mamat tadi aku tak tahu lah nasib kau macam mana."Ugutnya cuba untuk menakutkan Miya yang degil ni

Miya yang mendengar sedikit ketakutan.Dia tak nak benda yang sama macam tadi berulang.Sumpah dia takut walaupun mamat tadi tak sempat nak lakukan apa apa kat dia.Tapi dia still trauma,yelah kau bayangkan seorang diri then ada lelaki yang kau tak kenal ni kacau kau...Fuhh seram beb.

"Ok kau tak nak tak apalah.Aku pergi eh."Hakimi berpusing ke belakang lalu ingin menghayungkan kaki ke arah keretanya.Belum sempat dia berjalan,suara Miya menghentikan langkahnya.

"Tunggu!!Kau tolong aku hantar pergi klinik and then balik rumah.Jangan tinggal aku,aku takut."Walaupun dia baru sahaja berjumpa dengan Hakimi tetapi aura Hakimi itu membuatkan dia tak rasa yang Hakimi ni sama macam mamat tadi.

Hakimi tersenyum.Tau pun kau eh takut,ingat nak degil juga.

Pintu keretanya dibuka lalu mengajak Miya masuk.Walaupun dia sedikit hairan tentang Miya yang menutup mukanya dengan hoodie,dia masih tahu yang Miya ini perempuan.

.....................

"Semua sekali RM 40.50 sen ye dik.Ubat ni jangan lupa sapu 3 hari sekali,lepastu lutut dan lengan kiri adik tu jangan bagi kena air ya.Nanti lambat sembuh"ubat dihulurnya ke arah Miya sambil sempat lagi dia memberi keterangan tentang kegunaan ubat tersebut.

Miya terdiam.Dalam poketnya hanya ada RM 20 itupun perbelanjaan untuk seminggu .Hakimi yang bermain game itu dipandangnya.

"Weyh kau tolong aku bayar jap boleh? Nanti aku ganti balik aku janji,aku tak bawa duit tadi."

"Hmmm"balas Hakimi tetapi tangan sibuk mengeluarkan sekeping not RM 50 dan dihulurkan kepada pembantu klinik tersebut.

"Ok baki RM 9.50 ye.Terima kasih."Hakimi mengganguk lalu baki tesebut disuakan kepada Miya.Miya yang sedikit blur itu dipandangnya jelek.

"Ambil jelah baki ini tak payah ganti.Aku tak ihklas "Miya baru sahaja nak mengucapkan terima kasih ternganga sedikit apabila mendengar ayat terakhir Hakimi itu.

"Terima kasih jelah takpa aku ganti nanti."

"Ikut suka hati kau lah aku tak kisah, asalkan kau tak bahagia."tutur Hakimi selamba sambil berjalan keluar dari klinik diikuti Miya dari bekakang.

Lagi sekali dia tercengang.Apahal mamat ni punya mulut macam tempayan eh.Eiii aku cili mulut tu kang.Suka hati kau je nak ubahkan ayat.Hish.Gumamnya seorang diri.Geram pulak dengan sifat Hakimi ni.Nasiblah kau dah tolong aku kalau tak dah lama aku maki.Erghh

"Oii terjengket jengket pun cepatlah sikit.Aku dahla belum solat maghrib ini."sergah Hakimi.Dia dari tadi tengok saja Miya yang sedang menggumam seorang diri itu.Mengumpat aku lah tu.Dasar tak kenang jasa.

Miya cuba untuk menenangkan dirinya yang sedang panas ini.Sabar Miya,kau kena relax ..take a deep breath..kau kena ingat yang dia yang tolong kau.Sempat lagi Miya berpesan kepada dirinya sendiri.


....................

"Along lamanya kak Ara pergi kedai.Maghrib dah ini tak balik lagipun.Dia pergi mana lagi?"Izwan menyoal abangnya

"Tulah dik,along pun risau ni.Dari pukul 6.30 dia keluar sampai sekarang tak balik lagi.Dah dekat sejam ni.Kalau pukul 8.30 dia belum balik juga,kita pergi cari dia."Along membalas.

Izwan mengganguk."Tapi along kenapa lepas pukul 8.30 baru nak cari?Kenapa bukan sekarang?"soal Izwan

"Manalah tahu dia singgah pergi rumah makcik Hashimah kejap.Kau pun tahukan yang dia suka main dengan anak kecil makcik Hashimah sampai lupa pukul berapa.Lagi satu kau pun tak solat lagikan,jom ambil wuduk kita jemaah."

"Ok along"

Usai menunaikan solat maghrib,Iskandar mengajak adiknya untuk mencari Miya.

"Aik along kata pukul 8.30.Sekarang baru pukul 8.15 la."

"Alah jom jelah,along rasa tak sedap hati la.Jom kita cari kak Ara kat rumah makcik Hashimah dulu."ajak Iskandar lalu kunci kereta myvinya diambil.

Belum sempat mereka keluar dari perkarangan rumah,sebuah kereta BMW berhenti dihadapan rumah mereka.Dilihat Miya yang berjalan terjengket jengket keluar dari perut kereta tersebut sebelum Hakimi memusingkan stereng dan keluar dari taman itu,tanpa berjumpa dengan adik beradik Miya.

"Ara kau pergi mana baru balik?Itu pula siapa yang hantar kau tu siap pakai kereta canggih lagi?Kaki itu pula kenapa terjengket jengket?"Bertubi tubi soalan yang ditanya Iskandar.

"Uuuu slow lah along.Biar Ara jawab satu satu ye"Miya membalas lalu dia pun menceritakan apa yang terjadi kepada abang dan adiknya.

"Haih mujurlah ada orang yang tolong kau,kalau tak along tak tahulah apa jadi dekat kau ni sekarang Ara."keluhnya sedikit risau walaupun Miya masih selamat di hadapannya.

"Ish along apa cakap macam tu dekat kak Ara."Izwan menyampuk.

"Along bukan apa Iz ,ni kak Ara kau ni degil sangat orang tak bagi keluar dia nak juga.Kan dah mendapat tulah degil lagi dengan along."

Miya tersengih."Ok salah Ara,ara minta maaf sebab buat korang risau ye.Ara janji dah tak buat.Sekarang ni Ara dah sakit berdiri ni kita masuk rumah dulu ye"

"Hah yelah meh along tolong kau."tangan Miya dipegang lalu dipapahnya masuk ke dalam rumah.

Uhuhuhu haiiii dah tidur ke tu pkl 2.16 pagi ni hahahahaha...nah update untuk korang...vote la tau...btw sorry la hambar...huhuhu...yang last2 ni bosan sikit sbb dah x ada idea...just nak bagi panjang je ok lah I dah ngantuk nak tidur.Sweet kan I sanggup menahan ngantuk just untuk you guys my lovely readers hihihi....jangan lah jadi silent reader tau..rajin lah vote and komen ye hihihi

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro