16 | Raja Dash, Kembali

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Tingkat 7 bangunan.

Badannya kini melayang di udara. Namun, apa yang membuatkan Akira berasa aneh ialah, keadaan di sekelilingnya tidak terlihat... mahupun terasa normal.

Tingkat 6 bangunan.

Dirinya, dan Zarf yang juga sedang melayang turun... terlihat bergerak dengan perlahan... terlalu perlahan.

Tingkat 5 bangunan.

Ini... kuasa angin ke? Tapi... tak mungkin... arghh... lantaklah! Aku perlu selamatkan Zarf secepat mungkin!

Tingkat 4 bangunan.

Akira mula membuka langkahnya. Dia kini seakan-akan 'berlari' di udara.

Tingkat 3 bangunan.

Badan Zarf dicapai Akira. Terlihat Zarf yang kini sepenuhnya hilang kesedaran, pengsan.

Tingkat 2 bangunan.

Akira menarik pinggang Zarf. Tubuh komandernya ditegakkan. Dahi Zarf hinggap di dahi Akira sendiri.

Tingkat 1 bangunan.

Dua pasang kaki mula menjejak tanah. Namun, tubuh Zarf lantas terkulai, jatuh ke bawah bersama Akira. Kepala Zarf kini hinggap pula di bahu Akira.

Para pelajar mula mengelilingi Akira dan Zarf. Terdengar bisikan-bisikan halus dari para pelajar. Namun, tiada sesiapa yang sudi menawarkan sebarang bantuan.

Akira cuba untuk bangun. Namun bahagian kaki atau secara lebih tepatnya iaitu di bahagian buku lali, terasa sakit. Mungkin terseliuh sewaktu dia memanjat tembok rooftop sebentar tadi.

Tidak lama kemudian...

"Kira!" Dian menerpa. Nafasnya tercungap-cungap setelah berlari sepantas mungkin menuruni bangunan Leidren tersebut. "You did it, honey!" Dian memeluk Akira dua saat.

Akira kerut dahi. What... the? Takkanlah Kak Dian bangga lepas apa yang aku buat dekat Komander Zarf tadi? Aku tendang dia sampai jatuh bangunan kot! Rasa bersalah gila sekarang! Itu belum kira pasal, berapa tan aku akan kena perli dengan Zarf nanti. Paling stress, berapa ribu pusingan padang aku kena lari?

"What... do you... mean?" soal Akira, celaru.

"You can control the wind! See! Zarf is always right when the topic is about you!" Dian masih berasa teruja.

"Me? Kawal angin?" soal Akira, tidak percaya. Nonsense! "I'm, not!"

"Gern... saya ada benda nak report." Dengan berat hati, Zarf menghampiri General Khaled.

Hanya mereka berdua yang berada di dalam bilik perbincangan strategi itu.

Zarf duduk berhadapan Khaled. Mereka dipisahkan oleh sebuah meja kerja.

"Tentang hal apa?" Khaled menyoal.

"Tapi Gern... saya sendiri... tak pasti tentang benda ni. Dan... saya mohon, Gern tak ambil tindakan yang terburu-buru." Zarf masih berbelah bahagi. Tapi, hal ni melibatkan keselamatan ramai orang! Penghuni akademi mungkin dalam bahaya kalau sangkaan aku betul.

Khaled menunggu Zarf untuk mula bercerita. Namun, tiada tanda-tanda dia akan bersuara.

"Tak ada apalah Gern. Sorry ganggu. Saya minta diri dululah ye." Zarf ingin bangun dari duduknya.

"Tentang Akira?" Khaled menduga. Bukan dia tak perasan apa yang terjadi antara Zarf dan Akira. Dua beradik itu, terlihat bagai memberi petanda pada satu sama lain, bahawa mereka saling menyayangi. Sudah sejauh mana perasaan itu, Khaled belum pasti.

Termati niat Zarf untuk terus bangun. Lambat-lambat, dia kembali jua duduk. Matanya merenung pada kayu meja.

Betul ke apa yang aku buat ni? Kalau jadi apa-apa dekat Kira, salah aku ke? Kalau dia dibuang dari akademi dan dihantar ke Kerajaan Api, macam mana dengan aku? Sanggup ke aku nak berjauhan dari dia?

"Apa yang kamu ragukan tentang Akira?" Khaled menyoal. Apa mungkin... dia kenal siapa Akira yang sebenarnya?

"Api..." Sepatah Zarf menutur.

"Api?" soal Khaled, tidak mengerti.

"Saya highly suspect, Akira ada kuasa api."

Dahi General Khaled mulai berkedut. Kuasa api? Seperti... Permaisuri Faith? Nenda mereka? Apa mungkin hal itu terjadi?

"Apa maksudmu?" Satu suara menyoal dari arah pintu bilik perbincangan.

Mata Zarf membundar. "Ayahanda?"

Terlihat susuk tubuh Raja Dash yang sedang berdiri di muka pintu.

Zarf menelan liurnya. Matilah! Ayahanda ialah orang yang paling aku tak nak dia tahu pasal hal ni! Ayahanda sensitif gila dengan penguasa api! Cemana dengan Akira nanti?

Kehadiran Raja Dash sewaktu sesi latihan Special Brigade Team, ternyata mengejutkan mereka semua. Bukan hanya ahli SBT yang berkumpul, malahan hal itu menarik perhatian hampir kesemua ahli akademi.

Sudah bertahun Raja Dash menghilang! Dia... akhirnya munculkan dirinya kembali!

"Akira!"

Akira tergamam tika namanya diseru oleh Raja Dash. Terketar-ketar dia melangkah mendekati sang raja yang sedang menunggunya di tepian kolam.

Mereka berdua kini berada agak jauh dari manusia yang lain, terasing.

"Sedia?" Dash menyoal Akira.

Krik-krik...

Akira tidak memberi sebarang reaksi. Sedia? Untuk apa?

"Saya tanya, dah sedia ke belum?" Dash menjerkah Akira.

Tergamam Akira lagi sekali. Matanya mula berasa panas. Takut. Sah! Sebab inilah Zarf gila! Ayah dia pun, sama je gilanya!

Namun, tak semena-mena, Dash mula menyerang Akira. Pedang yang dibawa pantas dikeluarkan dari sarung dan dilayangkan pada Akira.

Terlambat mengelak. Pipi Akira berdarah dek layangan mata pedang Dash yang sempat menyapa pipi kirinya.

Dash berhenti seketika. Dia tahu... untuk mengumpan si penguasa api yang baru dan belum mahir mengawal kuasa tersebut, dia perlu membuat mereka marah terlebih dahulu.

Zarf melangkah setapak, dengan niat ingin menghentikan perbuatan ayahandanya. Namun, dia dihalang oleh General Khaled.

"Gern. Ini tak adil. Dia budak baru, Gern. Baru level 2! Agak-agaklah nak kena lawan ayahanda!"

"Kalau kamu berkeras untuk menghalang sekarang... Akira kena hadap Dash lagi sekali, lagi sekali dan lagi sekali. Selagi Dash tak berpuas hati, jangan hentikannya. Bukan kamu tak kenal ayahanda kamu, kan?" Khaled menutur.

Zarf akhirnya mengalah. Dia tahu ayahandanya akan berusaha sehingga mencapai tujuannya, lalu barulah dia akan berhenti.

Akira membawa tangan kirinya ke pipi yang terasa pedih. Cairan merah melekat di tangannya setelah pipi disentuh. Giginya mula diketap. Tangannya mulai menggenggam penumbuk.

Nafas berat Akira mulai kedengaran oleh Dash.

Tika Akira mengangkat pandangannya memerhati tepat ke dalam anak mata Dash, Dash kaget. Mata anak bongsunya kini merah bak delima! Persis mata bonda!

Akira yang sudah mulai mahir menggunakan kuasa angin, pantas menggunakan kuasa tersebut untuk melayangkan tubuh Dash.

Dash terseret ke belakang, hingga membuatkan badannya melekap di batang pokok besar tidak jauh dari mereka berdua.

Para pelajar yang lainnya, berasa sangsi dan curiga pada Akira. Gila ke dia buat macam tu dekat raja? Tak pasal, nanti kena pancung juga nasibnya! Akira memang gila!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro