17 | Berlatih Bersama

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Setelah menyaksikan perlawanan antara Akira dan Raja Dash dahulu... dua buah kumpulan pelajar telah tercipta.

Satu, pro-Akira.
Dua, anti-Akira.

Kumpulan pelajar pro-Akira merasakan bahawa Akira adalah seorang pelajar yang mempunyai bakat hebat... kerana dia langsung tidak gentar untuk berlawan dengan seorang raja.

Manakala pelajar anti-Akira pula berpendapat, dia hanyalah pelajar yang suka membodek Komander Zarf dan Komander Dian, sehinggakan General Khaled dan Raja Dash sendiri... memberi perhatian lebih kepadanya.

Namun, satu hal yang pasti... setelah kejadian itu, Raja Dash telah memutuskan untuk melatih sendiri si anak bongsu, bersama empat orang pembantu.

Zarf, Dian, Clara dan Claire yang akan menjadi pembantu kepada Raja Dash.

"Tapi... kenapa akak dengan Clara kena terlibat sekali? Padahal, akak penguasa elemental tanah... Clara pula penguasa elemental air. Macam tak ada kena mengena dengan Akira je?" Clara menyoal Dian.

Dian, Clara dan Claire sedang menunggu kehadiran Akira, Zarf dan Raja Dash untuk sesi latihan petang itu.

"Entah? Akak pun... keliru juga sebenarnya." Dian juga tidak mengerti kenapa dirinya diperlukan untuk 'melatih' Akira? Dan... kenapa Raja Dash bersungguh-sungguh hendak melatihnya?

Terlihat Akira sedang berlari anak menghampiri 3 Hot Sisters.

"Akak... patutlah Zarf gila, kan? Sebab ayah dia pun tak berapa betul, kan?" Akira menyoal Dian.

Berita mengenai latihan 'istimewa' mereka baru tersebar pagi tadi. Ramai pihak yang mengeluarkan berbagai-bagai pendapat dan sangkaan.

"Kira... he is our king, okey? At least, respect that." Dian menegur.

"Kira... perlu ke Kak Ara dekat sini?" Clara menyoal Akira.

"Sebenarnya, takde sesiapa pun diperlukan dekat sini... termasuklah Raja Dash sendiri."

Dash melangkah mendekati mereka.

"Raja Dash sepatutnya berehat je dekat istana. Bukan datang sini tetiba. Mangsa keadaannya... Kira. Pelajar lain sekarang, dah makin ramai yang bencikan Kira." Akira menutur kata-kata hatinya.

Dian, Clara dan Claire memberi isyarat mata kepada Akira untuk berhenti berbicara. Namun, tidak difahami olehnya.

"Raja tuu, senang je, kan? Dia fikir dia raja, dia boleh tentukan semuanya. Ini tak adil! Kira pun nak jadi raja kalau macam tuu!" Akira melampiaskan amarah. Geram!

3 Hot Sisters menggeleng kepala. Akira... seorang budak yang berat mulut. Tapi, kalau dia dah mula berleter, macam keratapi! Nasib kaulah dik... kantoi depan-depan dengan Raja Dash sendiri.

"Eherm..." Dash berdeham.

Mata Akira membulat. Err... aura, seram sejuk macam aura Zarf. Tapi... lain macam.

Dash melangkah ke sisi Akira.

"Nak sangat ke jadi raja?" Dash menyoal.

Akira menelan liur. Apa ni? Ini ke hidup! Tak adilnya hidup untuk aku!

Akira diselamatkan oleh ketibaan Zarf.

"Jom mula." Zarf memberi arahan.

Walaupun Dash tidak mempunyai sebarang kuasa elemental... namun, dia mempunyai satu kuasa yang masih belum diketahui, apakah ia sebenarnya.

Dash seakan mempunyai kuasa perlindungan. Dia boleh melindungi dirinya dari diserang kuasa elemental, mahupun serangan senjata.

Setelah terkena serangan angin dari Akira, Dash telah kembali berlatih skill yang sudah lama dia tidak gunakan itu.

"Untuk hari ni, Zarf berlatih dengan Claire... Dian berlatih dengan Akira... dan Clara berlatih dengan aya... dengan saya." Dash hampir tersasul membahasakan dirinya 'ayahanda'.

"Sebelum latihan bersurai, saya nak tengok ada peningkatan aura." Dash memberitahu.

Satu per satu anaknya bermula dari Zarf diuji menggunakan mesin Aura Detector.

Keputusan aura mereka sekarang ialah Zarf, 60%... Dian, 35%... Clara, 20%... Claire, 23%... dan Akira 3%...

"Siapa yang tak ada peningkatan, lari pusing padang 30 kali." Dash menutur.

"What?" Kelima-lima anaknya jatuh rahang.

Ternyata, kesemua mereka persis ibunda mereka, Permaisuri Zafira yang sangat tidak sukakan aktiviti berlari!

❄️

Akira kini berdiri berhadapan Dian.

"Kira kena tahu, kelebihan penguasa tanah macam akak ialah... musuh susah nak agak dari mana kami akan menyerang... boleh jadi kiri, kanan, belakang, mahupun bawah tapak kaki musuh sendiri." Dian menerangkan kepada Akira.

Akira cuba memproses segala info yang diterima olehnya.

"Jadi... Akira kena pantas bergerak. Tak boleh berdiri statik. Benda tuu akan dorong kitorang untuk serang dari bawah badan musuh. Musuh yang statik, memang easy target untuk kitorang."

"Dian! Start now!" Zarf menjirus air pada Dian menggunakan kuasa airnya.

Akira mengetap gigi. Menahan tawa. Perghh... dengan-dengan Kak Dian sekali jadi mangsa Komander Zarf.

Dian juga mengetap giginya, menahan marah. Zarf!

Tangan kanan Dian kemudian terlihat membuat gerakan kecil.

Terlihat tanah di belakang badan Zarf naik meninggi, lantas hujungnya yang tajam itu, mencucuk belakang peha Zarf.

Kedengaran bunyi Zarf mengaduh.

Dian tersenyum puas.

"Zarf! Dian! Berlatih!" Dash melaung, kuat.

Terkejut Clara yang berdiri tidak jauh darinya. Betul cakap Akira... Raja Dash memang nampak macam Zarf... gila.

❄️

Akira cuba berlari pantas.

Setiap kali selepas Akira menyerang Dian, kakinya akan pantas berlari ke tempat lain. Namun, larinya bertemu juga tanah yang berbentuk bagai stalagmite setinggi pinggang yang dihasilkan oleh Dian. Hampir tersungkur Akira setelah terlanggar batuan itu.

Dahi Akira berkerut. Betul, aku kena sentiasa berlari. Tapi, aku kena pandai pilih masa yang tepat untuk berhenti, sebelum Kak Dian keluarkan stalagmite dia!

Dian tak melepaskan peluang yang ada. Dia lantas membina jerejak, agar mengurung Akira di dalam pagar tanah binaannya. Tangannya digenggam, untuk mengetatkan Akira di dalam jerejak itu.

Seluruh tubuh Akira kini terkurung di dalam tanah.

Akira kesulitan untuk bernafas. Tangannya tidak boleh digerakkan. Cemana aku nak gunakan kuasa angin kalau macam ni? Tapi... diorang takde cakap pun, wajib gerakkan tangan untuk gunakan kuasa, kan? Gerakan tangan hanya agar minda kita fokus dengan apa yang otak kita fikirkan dan inginkan. Tapi sekarang... aku tak boleh nak serang Kak Dian. Aku tak nampak dia ada dekat mana.

Akira cuba menggerakkan tubuhnya, sambil berharap dia boleh melakukan sesuatu untuk menghancurkan 'penjara tanah' tersebut.

Aura! Aura angin! Aku perlu kumpulkan aura, dan pecahkan tanah ni!

Mata Akira dipejam. Dia fokus untuk mengumpul ki miliknya.

Sedikit demi sedikit, dirasakan tapak tangannya makin hampir untuk digenggam.

Tidak dia sedari, kini, tubuhnya mulai mengeluarkan cahaya.

Cahaya itulah yang disebut sebagai aura. Aura bukanlah sesuatu yang mudah untuk dihasilkan. Dian sendiri, masih dalam proses untuk belajar mengumpul dan mengawal auranya.

Dahi Akira mulai berkeringat. Aura... aura... aku perlu kumpulkan aura sebanyak mungkin. Aku perlu balas apa yang Kak Dian dah buat padaku! Tanah yang penjarakan aku, perlu kembali padanya!

Dash dan anaknya yang berempat, terhenti dari terus berlatih. Mereka berlima serta para ahli akademi yang sedang menonton sesi latihan tersebut... mulai perasan akan cahaya yang muncul keluar dari penjara tanah Akira.

Cahaya yang keluar melalui lubang-lubang halus yang ada itu, berwarna... oren!

Oren... ialah aura untuk penguasa elemental tanah. Aura putih untuk kuasa angin. Manakala aura biru untuk kuasa air.

Aura berwarna merah jarang sekali dapat dilihat oleh pelajar akademi. Namun begitu, General Khaled ialah salah seorang daripada penguasanya. Khaled memiliki kuasa elemental api dan angin.

Tidak lama kemudian...

Penjara tanah Akira mulai retak. Dari retakan tersebut, muncul pula cahaya berwarna putih.

Kesemua penonton, mulai tergamam. Dua cahaya... dua aura... dua kuasa? Akira... pemilik kepada dua kuasa?

Zarf dan Dash masing-masing berkerut dahi. Termasuk dengan kuasa api... ini maksudnya Akira ialah... pemilik kepada tiga kuasa? Tapi, hal itu tak pernah terjadi dalam sejarah!

Penjara tanah yang mengurung Akira akhirnya terpecah.

Sebelum leraian tanah tersebut gugur ke bumi... tangan Akira kini membuat gaya seolah-olah dia sedang mendepakan tangannya, dengan keadaan tapak tangan menghadap ke langit. Leraian tanah mulai terapung di udara.

Kedua-dua tangan Akira dibawa pula ke hadapannya, membuat gerakan bulatan. Terjadi pusingan bak puting beliung memutar batuan tanah tadi.

Akira akhirnya menolak tangannya ke depan gaya 'Kamehameha', menembak puting beliung yang berisi batuan tanah penjaranya tadi kepada Dian.

Dian cuba membina pagar pelindung tanah. Entah mengapa, tidak berjaya! Padahal, membina pagar pelindung sangatlah mudah.

Dian akhirnya terpaksa menerima lemparan batu tersebut dari Akira. Lengan dibawa ke atas bagi melindungi bahagian muka. Tubuh Dian bergerak ke belakang dek tolakan angin beliung yang dihasilkan oleh Akira.

Akira tersenyum puas. Anak matanya mulai berona oren kemerahan. Kalau aku boleh penjarakan Kak Dian semula, mesti lagi puas hati aku!

Akira membayangkan Dian terperangkap dalam jejarian penjara. Dia ingin melihat Dian berada di dalamnya. Tangan Akira menggenggam penumbuk. Aku nak hasilkan penjara tanah juga!

Tidak semena-mena, penjara dalam bayangan Akira mulai terbina. Namun, bukan oleh tanah biasa. Sebaliknya oleh batuan kelabu. Jenis batuan yang sukar untuk dihasilkan, bahkan oleh Dian sendiri.

Sekali lagi, para penonton, termasuk Dash dan anak-anaknya yang lain, tergamam.

Akira... betul-betul ada kuasa tanah!

Akira pula... memerhati sekeliling. Ingin nencari tahu, siapa sebenarnya yang 'menolong' dia membina penjara... sama sebiji macam dalam bayangannya! Tanpa dia sedari, itu ialah hasil dari dirinya sendiri.

❄️❄️❄️

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro