CHAPTER 1

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

15 Tahun Kemudian,

Jung Kook memandang cermin itu. Refleksi wajahnya diamati lama. Beberapa helai rambut yang menutupi dahinya diraut ke belakang. Wajah Jeon Jung Kook yang sedia kacak itu menjadikannya tetap nampak  walaupun dengan keadaan rambut yang berserabai.

"Jung Kook,now you turn to twenty!"dia senyum lebar menampakkan barisan giginya  terutama gigi arnab hadapannya  yang jelas kelihatan putih bersinar. Jung Kook ni semua benda yang dia buat nampak cute.

Begitu cepat masa berlalu. Pejam celik pejam celik,sekarang seketul Jeon Jung Kook telah pun dengan jayanya mencecah angka 20. Bila dah masuk golongan 20-an ni maka akan bermulalah nak fikir pasal kahwin. Hahaha,tapi bagi Jung Kook,awek ke,kahwin ke tolak tepi dulu sebab dia lebih utamakan perhatian terhadap pelajarannya.

Lepas je tamat pelajaran di sekolah menengah dengan keputusan peperiksaan yang boleh dikira cemerlang dengan memperoleh beberapa A yang cukup melayakkannya memasuki Universiti Seoul dalam jurusan perakaunan.

"Mana Si Jin ni???"soal Jung Kook kehairanan sebaik saja dia keluar dari bilik air, katil Jin kosong. Tadi elok elok je hyungnya itu meniarap atas katil sambil main PUBG.

"Ceh,kena tinggal lagi la ni,"Jung Kook mencebik. Lekas tuala pada pinggangnya dileraikan. Jin hyung takde,so bolehlah bogel. Tshirt putih disarungkan pada tubuh,dikenakan dengan skinny jeans lusuh yang koyak kat lutut.

Hari ni hari minggu. Hari pertama permulaan cuti semester pertama. Certainly,student student yang lain akan seronok gila dapat balik kampung halaman masing masing,tak pun ada yang plan gi holiday dengan kawan kawan. Sejak dari semalam lagi,lepas habis je class,beberapa bilik dah kosong.

Ketika Jung Kook berjalan melepasi katil Jin-hyung,ekor matanya terarah pada sehelai stinky note yang dilekatkan di atas meja belajar Jin-hyung. Jung Kook cabut  stinky note yang berwarna pink itu. Kenal sangat dengan tulisan Jin-hyung ni

"Kook,hyung keluar dulu eh. Sorrylah kalau rasa sedih kena tinggal. Hyung ada hal sikit. Kawan kawan yang lain dah tunggu kat tempat biasa. So,kita gather kat sana jelah nanti. Bye arnab!" akhir catatan itu disertakan dengan satu emoji arnab comel yang Jin-hyung lukis. Jung Kook ketawa kecil,sedikit tercuitnya dibuatnya.

"Dari dulu lagi hyung tak pernah berubah,"dilekatkan semula stinky note itu pada meja. Jung Kook ambil telefon dan begnya,matikan suis kipas dan keluar dari bilik.

                    *    *    *    *

"Hyung mana Jung Kook ni. Tak sampai pun lagi," omel Yoongi melentokkan kepalanya pada meja. Dah 30 minit berlalu, mereka berenam masih menunggu Jung Kook di situ. Gelas masing masing pun dah nampak kosong.

"Ntah. Hyung dah tinggalkan note kat dia tadi. Entah baca ke tak dia tu,"Jin bingkas bangun,sesekali menjengukkan kepalanya ke luar cafe. Masih tak nampak bayang bayang Jung Kook. Hatinya mula risau. Kot kot Jung Kook sesat kat hostel ke,harap maklumlah Jung Kook ni budak baru lagi. Join BTS ni pun tak sampai sebulan.

"Buang masa aku je,"Yoongi menghentak meja dengan tapak tangannya. Wajahnya kelihatan dingin saja.

"Kejap lagi sampai la budak tu,kau sabar sikit boleh tak. Tahu nak marah je,"kata Taehyung,mencerlung pandang ke arah Yoongi. Benda yang paling Taehyung tak suka tentang Yoongi ni,dia tak reti nak kawal marah. Ada kawan macam ni kena banyak sabar. Member member yang lain pun kadang kadang termakan hati jugak dengan Yoongi ni.

"Tu,Si Kookie arnah kita dah sampai uoall!" Jin melambaikan tangan ke arah Jung Kook yang berlari menuju ke arah mereka.

"Sorry sorry aku lambat sikit. Tadi masa nak keluar tetiba je sakit perut. Mian...."Jung Kook tundukkan kepalanya berkali kali sebagai tanda minta maaf. Dia tahu dia lambat,tengok muka Yoongi yang masam mencuka tu pun dah boleh jelaskan semuanya.

"Alasan,"Yoongi jeling Jung Kook. Terus Taehyungi cubit pinggang Yoongi.

"Jangan buat perangai boleh tak,"bisik Taehyung. Yoongi menggulungkan biji matanya.

Jung Kook tarik kerusi dan labuhkan punggunya. Dia senyum tawar,pandang wajahnya kawan-kawannya itu satu persatu. Rasa bersalah jugak dibuatnya.

"Kook,kalau kau lambat ke,ada emergency ke,next time inform kitorang dulu. Tak la buat kitorang tertunggu tunggu,"Namjoon sebagai leader BTS bagi nasihat yang Jung Kook kira berguna jugak. Ahli ahli BTS pun dah nampak macam serasi dengan Jung Kook dan boleh terima kehadiran Jung Kook dalam BTS. Dulu 6 sekarang dah jadi 7,orang cakap lagi ramai lagi bagus.

"Kook,kawan kau yang yeoja tu nama apa eh. Cun la. Kenalkanlah kat aku,"Jimin peluk leher Jung Kook sambil tunjukkan sekeping gambar Jung Kook berjalan dengan seorang perempuan.

"Tu Min Hye. Aku pun baru je kenal dia. Nanti la aku cuba,"balas Jung Kook.

"Ni sekor,awek awek kau tu yang lain nak simpan mana,nak taruk dalam almari. Aku dah tak nak back up kau kalau diorang cari kau bila tahu kau curang,"Hoseok tarik telinga Jimin. Yang lain gelak dengan teletah diorang berdua. Diorang bertujuh ni masing masing ada perangai yang unik. Tu yang buat Jung Kook selesa berkawan dengan diorang.

"Ok gais,attention please," Namjoon ketuk sudu pada gelas beberapa kali. Bunyi berdeting itu terus menarik perhatian mereka semua pada Namjoon sebagai leader yang terhormat dalam BTS.

"Aku dan Jin-hyung dah plan yang cuti semesta ni kita pergi holiday sama sama,"

"Horeeyy!"Hoseok bersorak gembira,berdiri di atas kerusi sambil tepuk tangan. "Bestnya!"

"Kat mana tu?"

"Pulau Jeju,"

Yoongi angkat thumbs up. Jimin pulak nampak sendu je,menongkat dagu dengan wajah murung.

"Kali ni SEMUA WAJIB PERGI YE! Hyung dah book homestay cukup cukup untuk 7 orang,siap tolong bayarkan lagi. So,jangan ada yang bagi alasan tak nak pergi,"tambah Jin-hyung.

"Ermmm,kalau aku tak nak ikut boleh tak? Family aku ada hal la,"respon Jimin macam tak happy je dengan plan ni.

"Asal pulak?"

"Dia nak pergi Holiday dengan awek awek dia kat Thailand," Jimin terus tekup mulut Hoseok rapat rapat. Alamak dah kantoi.

"Asal kau bagitahu diorang. Punah beb plan aku,"dihempuk hempuk kepala Hoseok itu.

"Ohh,so kau dah ada plan ye. Takpe takpe! Pergilah bawak awek awek kau tu makan angin kat Thailand. Tu pun kalau kau rasa awek kau lagi penting dari kitorang. Hyung tak kesah,"

Jimin senyum,garu belakang kepalanya. Susah nak buat pilihan ni.

"Yelah yelah! Aku ikut!"bagi Jimin,awek berlambak kat luar sana boleh cari bila bila masa je,nak cari kawan yang ngam ni susah. So,Jimin lebih utamakan kawan kawannya walaupun tahu akan nasibnya nanti akan terima maki hamun dari Lisa,Rose,Jisoo dan Jenny.

"Kira semua setuju la ni,"

"Nae!"semua angguk tanda setuju.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro