PROLOG

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Bebola matanya membengkak merah dengan jalinan urat urat biru di sekeliling mata putih. Cecair jernih mengalir keluar dari pelupuk matanya. Sesekali air itu dikesat dengan tapak tangannya.

"Kenapa appa buat Jung Kook macam ni??? Appa jahat. Appa dera Jung Kook. Appa marah kat Jung Kook. Jung Kook takut. Jung Kook takut! Omma...tolonglah Jung Kook."Budak kecil itu merintih dalam tangisan pilu. Lututnya dipeluk erat. Dia kesejukan,dibiarkan tak berbaju terbaring di atas lantai jubin yang sedia sejuk itu menambahkan lagi kesejukan.

Pipi Jung Kook merah dan terbentuk satu kesan tapak tangan padanya. Tepi bibirnya  pecah dan luka. Belakang tubuhnya pula berbirat dengan garis garis merah sepanjang lebih kurang 30 cm;kesan libasan rotan dan tali pinggang dari appanya. Ya,appanya sendiri yang memperlakukannya seperti binatang. Kejam.

Jung Kook dipukul, dirotan, ditampar dan disepak oleh appanya. Untuk melawan dengan khudratnya yang lemah,Jung Kook memang tak mampu dan dia hanya mampu terima saja walaupun Jung Kook sendiri tak pasti sampai bila dia boleh bertahan,atau dia sendiri akan menjadi mayat suatu hari nanti.

Appanya mengalami perubahan sikap yang drastik dan tanpa Jung Kook sendiri tak jangka appanya yang dulu merupakan seorang ayah yang sangat penyayang dan baik hati menjadi antagonis kejam dalam hidup Jung Kook. Betul kan manusia boleh berubah dalam sekelip mata.

Bila Tuan Jeon terlampau stress dengan masalah di tempat kerjanya sendiri,dengan masalah-masalah luar,Jung Kook la yang akan menjadi tempat untuk dia melepaskan marah. Corak kehidupan Tuan Jeon jugak berubah. Dia sering balik malam dalam keadaan mabuk dan kadang kala dibiarkan saja Jung Kook tak diberi makan dan dikurung sepenuhnya di dalam rumah. Banyak perkara yang berlaku yang mengubah hidup Tuan Jeon sendiri terutamanya kematian isterinya beberapa bulan yang lepas dalam nahas kemalangan jalan raya. Bermula dari itu,Tuan Jeon jadi murung kerana dia tak boleh terima hakikat dengan pemergian isterinya. Banyak masa dihabiskan oleh Tuan Jeon tanpa hala tuju sampai urusan syarikatnya terabai, berantakan dan banyak mengalami kerugiaan besar. Jeon Company sekarang bakal disita tidak lama lagi kerana tak mampu melunaskan hutang dengan pihak bank.

"Jung Kook,kenapa ni?"bilik yang sunyi itu kedengaran dengan suatu suara halus.

Jung Kook segera bingkas bangun.

Di dalam kegelapan,dia melihat sekujur tubuh berwarna hitam stastik berdiri bersebelahan katil.

"Kau ni....sia..ppa???" soal Jung Kook takut takut dan menjauh dari entiti tersebut. Tubuh yang berpakaian serba hitam dan memakai hoodie menutupi separuh daripada wajah itu mara beberapa langkah ke hadapan mendekati Jung Kook

"Kenapa kau nangis? Cuba cerita pada aku. Mungkin aku boleh tolong kau?"suaranya kedengaran seperti suara lelaki. Jung Kook hanya berdiam diri sahaja,memandang tubuh itu lama dan mengamatinya seketika. Sesekali pipinya ditepuk,dicubit cuba untuk menyedarkan dirinya sekiranya dia hanya bermimpi. Tapi tak. Keadaan tidak berubah. Tubuh itu masih menjelma di hadapan Jung Kook.

"Kenapa tubuh kau luka? Siapa yang dah sakitkan kau? Bagitahu aku Jung Kook?"

"Appa,appa yang buat aku macam ni. Dia pukul aku. Dia dah tak sayang aku,"Jung Kook menangis,meluahkan segala rasa yang memberat di hatinya.

"Jangan takut Jung Kook. Aku ada untuk kau. Aku akan tolong kau,"lelaki itu menghulurkan tangannya pada Jung Kook. Tanpa teragak agak Jung Kook menyambut tangan itu. Jung Kook dapat rasa bila tangannya bersentuhan dengan tangan itu macam ada tenaga yang mengalir ke dalam tubuhnya,yang menghilangkan rasa sakit luka luka pada tubuhnya.

"Tolong aku? Betul ke ni kau nak tolong aku? Aku tak nak lagi hidup menderita macam ni,"

"Semuanya bermula dengan appa kau. Appa kau yang buat kau menderita,"balas lelaki tersebut.

Jung Kook mengangguk,mengiyakan kata kata lelaki tu.

"Aku benci appa!"

"Bagus. Kalau macam tu kau kena hapuskan appa kau barulah kau boleh hidup bahagia. Appa kau tu kejam. Dia tak layak hidup. Dia patut mati je,"lelaki itu mengetap bibir,menzahirkan kemarahan pada Tuan Jeon yang memang dia menyimpan dendam kesumat pada Tuan Jeon. Dengan apa yang Tuan Jeon buat pada Jung Kook,Tuan Jeon pun perlu rasa sakit yang sama,seperti yang Jung Kook sendiri rasa. Peraturan dunia:setiap kasalahan ada pembalasan dan setiap kejahatan perlu dihapuskan. Itu konsep keadilan.

"Sekarang ikut cakap aku Jung Kook,bunuh appa kau. Ni je cara yang kau ada. Lepas ni takde saper lagi akan sakiti kau,"

Jung Kook diam tanpa sebarang pun respon.

"Bunuh dia Jung Kook. Kau tak payah risau,takde saper pun akan tahu kecuali kita berdua,"

Beberapa saat kemudian,Jung Kook mengangguk setuju. Lelaki tersebut terus memeluk Jung Kook erat.

"Bagus Jung Kook!"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro