CHAPTER 5

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Hey DJ
DJ turn it up
Come and play the music, I know she likes it
Gotta see her moving, got to keep dancing
Only with me, yeah only with me, yeah, eh (turn it up, turn it up)

Ruang tamu bingit dengan lagu Hey DJ yang dipasang pada volume yang tinggi. Tubuh masing masing berputar ligat,mengikut rentak lagu.

"Drinks guys!"Jung Kook yang datang dari dapur muncul di ruang tamu dengan dulang berisi sebotol wain dan enam gelas wain.  Mereka meluru ke arah Jung Kook dan mengambil gelas masing masing. Wain diteguk rakus. Cecair putih yang mengalir dalam perut itu menambahkan lagi tenaga mereka untuk menari biarpun kepala sudah berpusing dengan pandangan kabur.

"Oke,aku nak nyanyi ni! Cepat request nak suruh aku nyanyi lagu apa,"kata Jimin bersorak mengangkat mikrofon. Sebelah tangan lagi memegang botol wain yang sekali sekala diteguk rakus.

"Fire! Nyanyi lagu Fire!"cadang Hoseok. Yang lain bersorak setuju.

"Yoongi,change the music!"arah Jimin. Seketika kemudian musik pembukaan lagu Fire bergema. Iramanya yang rancak sangat sesuai untuk jiwa darah muda seperti mereka dan pilihan Hoseok agak tepat. Semua enjoy dengan nyanyian Jimin. Plus,Jimin ni ada suara yang boleh dikira sedap didengar.

"Fire!" Namjoon membuka langkah tari diikuti kawan kawan yang lain menari bersama Jimin. Jung Kook dan Yoongi duduk santai di sofa,hanya menyaksikan mereka berlima yang sudah hanyut dengan musik.

"Nak!"Yoongi hulurkan vape pada Jung Kook. Jung Kook geleng dan balas dengan senyuman.

"Ni bukan rokok ok. Vape ni lagi sedap sebab ada flavour. You should try,"kata Yoongi sambil mengalakan muncung vape pada mulutnya. Nafas panjang ditarik dan benda alah itu disedut beberapa saat. Bila nafasnya dihembus,asap putih berkepul kepul keluar. Baunya cukup harum dan lazat,mungkin salah satu sebab mengapa vape lebih digemari berbanding rokok biasa.

"Jung Kook,kau asal dari mana? I means mana kau tinggal sebelum ni. Kau still baru dalam group kitorang,so sedikit sebanyak about your background aku perlu tahu,"kata Yoongi selepas seketika masing masing diam membisu.

"Aku anak yatim piatu. Appa dan omma aku meninggal masa aku umur 7 tahun. And aku sebatang kara,takde sorang pun adik beradik,saudara mara,"balas Jung Kook dengan riak wajahnya serta merta berubah sayu. Yoongi tepuk bahu Jung Kook lembut. Patutla Jung Kook jarang bercerita tentang keluarganya.

"I'm sorry for that,"

"It's okay,"Jung Kook senyum tawar.

"Kook,takan wain je....takde makanan ke. Lapar ni!"jerit Hoseok datang memeluk bahu Jung Kook. Bau alkohol yang kuat dari nafas Hoseok membuatkan Jung Kook terpaksa tekup hidungnya.

"Nanti la aku gi masak ramen jap. Korang tunggu eh,"

"Masak sedap sedap ye,"Hoseok gosok kepala Jung Kook sambil hidung Jung Kook ditarik.

" Yelah,"Jung Kook mencebik,laju membawa langkahnya menuju ke dapur.

*    *    *    *

Periuk yang berisi ramen yang masih panas dan berasap itu diletakkan di tengah tengah meja.

Tujuh buah mangkuk sudah diatur di atas meja itu.

"Sedapnya Kook kau masak,"puji Namjoon,menarik kerusi yang paling hadapan dan duduk.

"Wuu ramen!"yang lain pun turut masuk ke dapur,sebab bau ramen sampai terhidu ke ruang tamu.

"Daebakla! Slrupp!"Taehyung hirup kuah ramen dengan penuh berselera. Sampai tiga kali tambah. Yang lain pun sama. Beberapa minit saja,periuk tersebut dah licin berkilat.

"Ni Jin-hyungla yang ajar aku masak,"Jung Kook senyum memeluk lengan Jin-hyung di sebelahnya.

"Hahaha,dah pukul brapa ni anak anak itik. Gi masok tido ye. Esok kita ada banyak lagi benda nak buat,"Jin kumpulkan semua mangkuk dan letakkan dalam sink.

"Tae,nanti tolong lap meja tu,"arah Jin sedang fokus pada mangkuk mangkuk yang sedang dicuci itu.

"Waarrghh! Ngantuknya!"Taehyung buat buat menguap,bangun dari kerusi dan terus angkat kaki lari keluar dari dapur. Yang lain pun sama,follow Taehyung dari belakang.

Bila Jin toleh ke belakang,seekor pun dah takde. Meja pulak masih bersepah,dengan kuah ramen yang tumpah,sisa makanan. Sakit mata memandang.

"Bertuah punya budak,"Jin geleng kepalanya sambil tepuk dahi. Siap cuci pinggang,kena kemas meja pulak. Haishh!

Kreekk!

Krekk!

Bunyi kerusi ditarik membuatkan Jin menoleh sekali lagi ke arah belakangnya. Kosong.

"Salah dengar kot!"

Jin pulas pili paip. Air berhenti mengalir. Mangkuk yang dah bersih dicuci dia atur rapi di dalam rak.

Krekk!

Kreekk!

Bunyi yang sama. Bulu roma Jin meremamg. Kerusi kerusi yang berada di hadapannya itu bergerak menjauhi meja. Jin berundur beberapa tapak ke belakang. Tubuhnya terketar ketar dan sejuk. Lampu dapur terpadam.

Gelap gelita.

Paip dengan sendiri mengeluarkan cecair berwarna merah pekat,memenuhi sinki sehingga menitik di atas lantai. Jin jadi kejung. Di atas almari berdekatannya itu,samar samar kelihatan satu tubuh kecil,bertenggek di situ memandang tajam ke arah Jin . Matanya berwarna putih,dengan kulit muka separuh terkopek sampai nampak isi dan tulang,mulutnya pula terkoyak panjang mencecah pangkal telinga.

"Hi,"dia senyum.
 
Jin pengsan.

*     *    *    *

Jung Kook tanggalkan pakaian dan masuk ke dalam tab. Belakang tubuh disandarkan ke dinding. Hari ni cukup memenatkan. Terasa tubuhnya sedikit lenguh lenguh. Haba suam dari air melegakan sedikit rasa lenguh itu.

Malam yang sunyi. Bilik sebelah pun dah tak kedengaran dengan hilai tawa Hoseok dan Jimin. Mungkin kedua duanya sudah pun terlelap kerana kepenatan.

Jung Kook rehatkan tubuhnya. Dipicit kepalanya yang berdenyut. Dengan keadaan yang keletihan macam ni,mandi adalah salah satu terapi untuk refresh semula tubuh.

Hari ni berjalan lancar,walaupun pada mulanya timbul masalah disebabkan Jung Kook sendiri. Jung Kook pun tak pasti apa kaitannya dengan entiti budak lelaki yang sering menganggunya kebelakangan ini. Bukan saja muncul di luar,di dalam tidur Jung Kook turut lalui benda yang sama,entiti itu datang seperti cuba menyampaikan sesuatu atau meminta sesuatu darinya.

"Jung Kook!"

Dan suara yang selalu membisik di telinganya muncul lagi. Jung Kook pandang sekelilingnya yang mula rasa lain,seakan akan ada deria keenam pada dirinya yang membolehkan dia mengesan kehadiran sesuatu. Yang pasti,bulu romanya sudah berdiri sebagai salah satu isyarat ada 'benda' di sekitarnya.

Lampu di dalam bilik mandi berkedip beberapa kali sebelum terpadam terus. Bau busuk,macam bau bangkai memenuhi atmosfera. Bau yang sangat busuk dan kuat sehingga meloyakan tekak Jung Kook.

Air di dalam tab mandi berubah menjadi hitam pekat. Wajah Jung Kook mula pucat. Bila Jung Kook bangun dan cuba keluar dari tab,sepasang tangan muncul dari dalam tab,menarik kuat kedua dua belah kakinya. Jung Kook meronta-ronta. Sempat berpaut erat pada pinggir tab. Tab yang sepatutnya cetek,terasa dalam. Sangat dalam sampai jari kakinya gagal menyentuhi lantai tab.

"Jung Kook!"

Separuh tubuh Jung Kook sudah pun tenggelam ke dalam tab. Jung Kook cuba bertahan,beberapa kali menjerit meminta bantuan.

"Jangan kacau aku! Jangan kacau aku!"

Sepasang tangan tadi mencengkam kepala Jung Kook erat. Jung Kook lemas,tercunggap cunggap mencari nafas.

"Ikut aku Jung Kook!"

Tiada ikhtiar lagi yang boleh dia buat,Jung Kook lepaskan saja tangannya dari pinggir tab. Dibiarkan tubuhnya sepenuhnya tenggelam,ditarik ke dalam tab,ke dalam cecair hitam itu. Dan di hujung sekali,dia menemuai satu cahaya putih yang bersinar. Jung Kook menuju ke arah itu.

Ff ni beransur diubah ke versi baru. Apa pendapat korang about versi baru ni?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro