CHAPTER 6

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Sepasang suami isteri itu tersenyum riang tanda bersyukur kerana cahaya mata mereka yang kedua selamat dilahirkan. Kelahiran yang amat dinanti-nantikan oleh mereka sejak sembilan bulan yang lalu.

Puan Jeon mengusap lembut pipi  bayinya itu yang masih merah. Sungguh comel. Wajahnya lebih mirip wajah Puan Jeon sendiri berbanding Tuan Jeon. Mata,hidung,kening....memang ikut ibunya.

"Oppa,comelkan Jung Hye ni."puji Puan Jeon. Dahi Jung Hye dikucup lembut. Tuan Jeon mengangguk. Bahu isterinya dipeluk. Jeon Jung Hye. Cantik namanya.

Bunyi pun sedap. Pandai betul isterinya memilih nama.

Memang sejak dari mengandungkan Jung Hye lagi,Puan Jeon teringin sangat memiliki seorang anak perempuan sebagai pelengkap keluarga mereka. Hari ini impian mereka tercapai. Lahirnya Jung Hye bagaikan satu anugerah terbesar dari Tuhan kepada mereka.

Jung Kook yang berdiri berhampiran dengan omma dan appanya langsung tidak diperdulikan oleh mereka. Jung Kook sekadar tersenyum tawar. Omma dan appanya lebih memberikan tumpuan pada Jung Hye berbanding Jung Kook.

Hadirnya Jung Hye membawa sedikit perubahan bagi Jung Kook. Ya,banyak yang berubah,banyak yang hilang terutamanya omma dan appanya yang semakin jauh dengan Jung Kook. Sememangnya Jung Hye lebih diberikan perhatian,diberi keutamaan sekarang berbanding Jung Kook.

Jung Kook kesunyian. Jika dulu setiap malam appanya akan menemankan dia tidur di katil dan bacakan buku cerita sebelum dia tidur.

"Bunny,Jung Hye dah rampas appa dari aku. Aku nak omma dan appa balik. Aku takde kawan,"Jung Kook menangis,memeluk patung arnab yang digelar 'Bunny' itu erat. Bunny adalah pemberian dari ommanya sewaktu hari jadinya. Dan Bunny juga yang menjadi penemannya sekarang. Budak yang masih kecil seperti Jung Kook, usia mencecah empat tahun masih perlu diberikan kasih sayang dan perhatian.

"Jung Kook,jangan sedih. Aku ada dengan kau,"bayang bayang hitam itu berdiri di sisi katil,statik di situ menemani Jung Kook yang sedang lena. Di kelopak mata Jung Kook air jernih menitik keluar,turun ke pipi. Bayang bayang hitam itu mengusap pipi Jung Kook lembut. Kemudian,selimut dia menarik menutupi tubuh Jung Kook yang kesejukan.

*    *    *    *

Jung Kook selak selimut. Dia bingkas bangun. Dia menuju ke meja di sebelah katil. Laci meja ditarik kasar. Dia ambil gunting dan keluar dari biliknya. Jung Kook berjalan ke bilik omma dan appanya. Pintu bilik itu ditolak sedikit,tak berkunci. Tanpa teragak,Jung Kook masuk ke dalam. Di atas katil,omma dan appanya sedang tidur. Boleh dengar dengkuran dari appanya. Mungkin kedua dua penat meluangkan masa sehari suntuk menjaga Jung Hye.

Dia menuju ke arah baby troller di sebelah kanan katil. Si kecil Jung Hye sedang tidur.

"Kau rampas semuanya dari aku,"Jung Kook genggam erat pemegang baby troller itu. Bila dia pandang wajah Jung Hye,wajah itu tersenyum sambil menjelirkan lidah ke arahnya. Seperti mengejek Jung Kook.

"Omma dan appa akan lebih sayangkan aku berbanding kau,"dan terkesima Jung Kook Jung Hye boleh bercakap. Rasa benci dan marah semakin menjulang,menggila menekan jiwa. Gunting di dalam genggam sudah bergetar,menanti masa untuk dilepaskan di kepala Jung Hye.

"Kau....patut mati!"Jung Kook angkat gunting itu. Beberapa inci lagi ingin dipacakkan pada kepala Jung Hye,namun Jung Hye terus menangis,mengejutkan omma dan appanya.

"Haishh,changi! Jung Hye nak susu tu. Dari tadi lagi menangis,"Tuan Jeon tepuk bahu Puan Jeon. Dengan malas Puan Jeon bangun,turun dari katil dan menuju ke troller. Susah sikit jaga Jung Hye ni sebab Jung Hye tak nak minum susu botol. Sesetengah bayi ni ada yang lebih suka susu badan. Kalau Jung Hye lapar,kenalah bangun menyusu. Ni dah masuk kali kedua. Dengan mata yang kuyu,Puan Jeon angkat Jung Hye dan bawa ke atas katil. Pajamasnya dibuka separuh dan nah....

"Pup!" kuat betul Jung Hye menghisap puting Puan Jeon. Haus sangat tu. Puan Jeon peluk Jung Hye erat.

"Ermm,budak kecil. Biasalah!"kata Tuan Jeon mengusap kepala Puan Jeon lembut. Tahu yang isterinya itu kepenatan. Puan Jeon sandarkan kepala pada bahu Tuan Jeon. Tuan Jeon pulak duk kuis hidung Jung Hye.

"Sedapnya dia minum susu!"

"Mestilah sedap! Susu omma dia ni!"

"Appa nak try gak boleh!"Tuan Jeon smirk pada Puan Jeon.

Terus Puan Jeon cubit perut Tuan Jeon. Gatal!

"Oppa,ermm changi ingat nak upah maid la. Kalau chagi sorang je jaga Jung Hye mana larat. Jung Kook tu lagi. Sian jugak changi tengok dia,"kata Puan Jeon. Tuan Jeon mengangguk setuju.

"Ermm,betul jugak tu. Nanti esok oppa usahakan cari maid,"balas Tuan Jeon.

"Ermm,oppa tolong pergi tengokkan Jung Kook sekejap. Hari ni changi tak sempat nak jenguk dia,"tambah Puan Jeon lagi. Tuan Jeon terus mengeluh. Haishhh!

"Dah malam sangat ni sayang. Jung Kook dah tido pun. Tak payahla ganggu dia. Lagipun,anak jantan awak tu dah besar kan. Dah boleh jaga diri," 'Anak jantan awak tu' bagi Puan Jeon kata kata suaminya itu seakan memerli. Memerlinya pada sesuatu yang berusaha Puan Jeon elak atau sorokkan?

"Oppa,tak payah ungkit pasal tu lagi boleh tak. He's still my son although bukan dari darah daging you pun," Muka Puan Jeon terus masam mencuka. Bila dibahaskan tentang hal yang sensitif macam tu,memang kedua dua pihak tu akan naik angin lagi lagi Puan Jeon. Nampaknya suaminya itu sengaja memanaskan bara api yang dah sejuk.

"Dah dah tido!"Tuan Jeon terus baring dah tarik selimut. Malas nak gaduh gaduh dengan isterinya itu. Mungkin salah dia sendiri ungkit benda yang dah lepas.

*    *    *    *

Jung Kook masuk ke dalam biliknya semula. Hasrat tadi masih terbuku. Mungkin bukan tiba waktunya lagi. Jung Kook melabuhkan punggung di atas katil. Fikirannya masih pada perbualan appa dan ommanya yang sempat dia curi curi dengar tadi. Walaupun ada sesetengah mungkin dia tak beberapa faham, tapi....

"Aku ni anak saper sebenarnya?"terbit soalan itu dari mulut Jung Kook. Jung Kook pandang gunting di dalam genggamannya itu. Tajam! Sepatutnya benda alah ini akan tamatkan nyawa Jung Hye malam ni. Arrggh! Jung Kook campakkan gunting itu ke lantai. Rambutnya dicengkam kemas.

"Banyak yang diorang rahsiakan tentang kau!"Bayangan hitam itu muncul di hadapan Jung Kook. Jung Kook tak takut lagi sebab dia sendiri dah anggap benda tu macam kawan,yang selalu dia kongsi masalah. Ya,kawan.

"Rahsia? Rahsia apa! Apa yang omma dan appa sorokkan dari aku Levi,"Jung Kook kerutkan dahinya memandang Levi dengan wajah keliru. Dia panggil benda tu Levi memandangkan bila Jung Kook tanya apa nama dia,Levi jawab tak tahu. So,Jung Kook bagi namanya Levi.

"Rahsia tentang diri kau,asal usul kau dan siapa kau sebenarnya,"

"Maksud kau?"

"Kau lahir ke dunia ni dengan penuh kegelapan sebab kau sendiri daripada kegelapan,"

"Jadi aku bukan anak omma dengan appalah?"soal Jung Kook. Levi  mengangguk. Dia memegang bahu Jung Kook. Memandangkan mereka berada pada jarak yang sangat dekat, Jung Kook sempat memandang anak mata Levi lama. Hitam,gelap.....seperti dia sendiri ditarik ke dalam kegelapan itu.

*    *    *    *

Jung Kook memeluk lututnya erat. Air matanya keluar dengan laju. Dia menangis teresak esak. Ya,sesuatu yang paling dia takuti kembali menghantui,sesuatu yang dah lama dia cuba lupakan. Setiap yang hitam,akan kekal hitam. Itu dirinya. Sisa hitam dan gelap pada dirinya yang selama ini dia cuba padam. Betul kan yang hitam,tetap kelal hitam.

Dia berpaut erat pada tab mandi untuk bangun. Dengan kepala yang masih pening,pandangan yang berputar ligat,dia melangkah keluar dari bilik mandi. Dia berjalan dengan tak tentu arah,hanya mengikut di mana kedua kakinya itu membawa dia pergi.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro