Witches 🔮- Bab 5

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Ia bermula dengan rindu dan keinginan.

Ia bermula dengan darah dan perasaan takut

Ia bermula dengan penemuan...
Ahli sihir...


Dahulu, dunia kami dipenuhi dengan keajaiban tapi sekarang ia menjadi milik manusia.

Makhluk seperti kami bersembunyi daripada pandangan manusia dan takut dijumpai.
Kami berasa cemas walaupun sesama sendiri.

"Setiap pengakhiran pasti ada permulaan baharu."

Keesokkan hari Hayden membawa Emily ke makmalnya. Emily takut- takut mengikut langkah Hayden. Di dalam makmal itu juga bukan hanya mereka, tetapi ada seorang lelaki dan seorang perempuan kerana itulah membuatkan dia lebih berhati-hati.

Hayden memandang wajah Emily kemudian menjeling sedikit ke arah anak saudaranya dan penjaga lelaki itu.

"Darah dia biar aku yang ambil dan buat. Kau berdua jangan usik sikit pun darah dia dan semuanya aku yang uruskan. Sekarang, aku mahu kau berdua  kawal diri bila aku sedang ambil darah dia, faham?"

Hayden berkata tegas  memesan dan juga memberi arahan pada masa yang sama. Kedua mereka akur dengan apa yang diucapkan oleh Hayden. Tetapi...

"Kau bahayakan nyawa kita semua, Hayden!" marah Hektor anak saudara kepada Hayden.

"Hektor! Dia bapa saudara kau, hormat sikit," tegur Bella tegas.

Bella si penjaga keselamatan Hektor dan juga orang kepercayaan Hayden dan Hektor. Emily yang melihat pergaduhan kecil itu hanya mendiamkam diri. Dia rasa serba salah kerana pasti semuanya kerana dia. Hektor menghentak meja dan duduk semula di atas kerusinya. Dia menggosok kuat kepalanya sehingga rambut yang teratur itu menjadi kusut dan tidak kemas.

Hayden memaling wajah ke arah lain. Dia meraup wajah kasar.

"Hayden apa yang Hektor kata itu, betul. Apa yang kau rancang sekali pun, jangan bahayakan puak puntianak. Mereka tak akan lepaskan kita kalau mereka dapat tahu anak Louis puak ahli sihir terhebat berada di bawah jagaan puak puntianak!"

Hayden terus membuat kerjanya. Dia menarik perlahan tangan gadis itu dan di dudukkan di sebuah bangku yang terletak di hadapannya. Lengan baju Emily dilipat sehingga ke siku. Hayden tangkas dan cekap membuat kerja.

"Tahan sikit ya," ucapnya lalu mata jarum yang tajam itu dibenam sedikit ke dalam kulit Emily membuatkan gadis itu mendesis kesakitan.

Mereka berempat melihat darah yang laju masuk ke dalam botol kecil itu. Hektor dan Bella menahan nafas melihat darah. Bau darah Emily harum dan segar itu buat keinginan mereka membuak-buak. Tetapi mereka berdua sedaya upaya menahan nafsu mereka. Hayden pantas mencapai kapas dan dilekapkkan pada bekas suntikan tadi.

"Siap! Kita hanya perlu tunggu keputusan pula. Hektor dan Bella, jaga dan awasi makmal ini," ujar Hayden dengan nada tegas.

Bella menganggukkan kepala. Hektor menayangkan riak kosong ke arah bapa saudaranya itu.

                  ❦❦❦

Seseorang dapat tahu bahawa puak puntianak mengambil darah Emily Loius untuk dikaji. Dia harus mencari jalan dan mengambil risiko yang tinggi untuk mencuri sampel darah tersebut. Dia harus bagi kepada Diego!

                 ❦❦❦

Luna terjaga dari tidurnya dan terus duduk ditepi katil. Mimpi itu sebuah petunjuk tetapi apa? Dia memikir dan mencari jawapan di sebalik  mimpi-mimpinya. Dia harus mencari seorang ahli sihir perempuan untuk serahkan sesuatu dari ibunya untuk gadis itu. Tetapi dia tidak tahu siapa dan dia juga takut jika puak syaitan, puntianak dan ketua ahli sihir tahu rahsia dan amanah yang dia pegang. Dia juga risau jika maklumat dia dapat dikongsi pada orang yang salah. Dia benar-benar binggung. Dia tidak putus berdoa supaya dapat jumpa gadis itu. Patung di tangan dipegang kemas dan erat. Sebelah tangan dibawa memegang bawah perut. Sesekali dia mengusap perutnya yang sedang sarat. Keselamatan anak dia juga penting. Apatah  lagi, jika mereka semua tahu anak dalam kandungan ini bukan seperti mereka sangka. Puak ahli sihir juga ramai mati dibunuh dari puak sendiri dan begitu juga puak lain.

Luna melepaskan nafas berat.

Bryan yang sedang menonton drama di datangi isterinya Luna. Luna melabuhkan duduk di sebelah Bryan dan menyusun ayat untuk meminta pertolongan dari suaminya.

"Hei, kenapa ni, hmmm?"

Bryan memeluk isterinya dan mengusap perlahan tepi bahu isterinya.

"Jika mereka tahu anak ini bukan keturunan syaitan, macam mana?" ujar Luna dengan nada sebak.

Kedua belah tapak tangan Bryan melekap pada pipi Luna. Wajah itu ditatap dalam penuh kasih.

"Hei... selagi saya bernafas saya akan lindung keluarga saya. Walaupun ibu saya ketua syaitan, saya tahu dia tidak akan bunuh cucu dia."

Luna terus menarik suaminya ke dalam pelukan. Dia terharu dengan pergorbanan Bryan. Walaupun lelaki itu tahu nyawa dia juga bila-bila masa akan melayang. Mereka berdua sama-sama menyalurkan kuatan antara satu sama lain.

                      ❦❦❦

Leon Darker yang duduk bersandar di atas kerusi empuk dan kedua belah kakinya bersilang di atas meja dalam bilik pejabatnya. Di celahan jari terdapat tembakau yang masih berasap.

Figura wanita berwajah cantik tetapi malang  tiada senyuman manis terukir. Hanya tegak berdiri di hadapan Leon Darker merupakan orang kanan Leon Darker dan juga hamba kepada lelaki itu. Leon Darker yang sedar kehadiran wanita itu tertawa sinis. Dia harus bekerjasama dengan ahli sihir yang kuat dan puak-puak yang lain agar matlamat dia tercapai.

Dia tersenyum sinis.

"Leon Darker..." seru wanita itu dan mempamerkan wajah beku dan kosong.

"Aku mahu kau bawa Emily kepada aku."

Wanita itu menganggukkan kepala. Selepas itu, dia terus berlalu keluar dan menuju ke biliknya.

                    ❦❦❦

"Hayden... ada sedikit masalah  DNA darah milik Emily. Aku dah buat ujian atas darah tu tapi... aku tak tahu apa yang aku baca ni," ujar Bella dengan nada tegang.

"Baik. Aku akan ke sana dengan segera."

Hayden yang sedang membuat kerja terus mematikan panggilan telefon. Dia menongkat dahu sambil memikir apa akan berlaku seterusnya.

                      ❦❦❦

Dean merengus kasar apabila mendapat tahu adiknya melanggar hukum dan perjanjian dalam puak mereka yang berabad lamanya. Dia tidak akan membiarkan mereka menyentuh keluarga dia walaupun dia juga ingin menjadi pemerintah.

Dominic yang sedang duduk bersilang kaki itu direnung dalam.

"Dominic! Aku mahu kau dan yang lain-lain memberi amaran atau membawa terus gadis itu ke sini. Tidak kira cara baik atau kasar."

Dean memberi arahan dengan wajah tegang. Dominic yang mendengar menganggukkan kepala dan menjungkitkan sedikit bahunya dan di turun kembali.

"Sekarang ke atau..."

"Kau nak tunggu bila lagi? Sekaranglah...!

"Aku fikir kau suruh buat tahun depan," seloroh Dominic sambil mengejek ketuanya.

"Jangan sampai aku bunuh kau, Dominic..." tutur Dean dengan suara dicelah gigi.

Dominic ketawa lepas. Tak boleh bergurau lelaki ini. Terlalu tegas! Sungguh membosankan. Selepas berkata dia berdesup menghilang sebelum Dean membaling barang- barang ke arahnya.

Dean menggeleng kepala.

'Macam- macam hal.'

Dean memicit sedikit kepala dan menyandar badannya di kerusi empuk. Dia merenggang badan beberapa minit sebelum dia menyambung buat kerja dia semula.

#####

1084words

Hye guys... maaf jika bab kali ni agak membosankan... 😔😔😔

Harap enjoy baca ❤️

Terus support 🥳🥳❤️

Kalau sudi vote dan komen 🌈

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro