Witches 🔮- Bab4

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Ia bermula dengan rindu dan keinginan.

Ia bermula dengan darah dan perasaan takut

Ia bermula dengan penemuan...
Ahli sihir...


Dahulu, dunia kami dipenuhi dengan keajaiban tapi sekarang ia menjadi milik manusia.

Makhluk seperti kami bersembunyi daripada pandangan manusia dan takut dijumpai.
Kami berasa cemas walaupun sesama sendiri.

"Setiap pengakhiran pasti ada permulaan baharu."

Dewi cantik itu tersenyum memandang Emily. Emily masih tidak tahu kuasanya membuatkan luka-luka dia pulih dengan sendiri dan badannya terasa ringan daripada sebelum ini. Seketika Emily dan Hayden melihat dewi menghentak kuat tongkatnya ke atas tanah, terus keadaan yang seperti gempa bumi itu kembali bercantum semula dan menjadi asal. Juga ditambah sedikit beberapa bahagian menjadi lebih cantik. Emily dan Hayden terpegun melihat keindahan di depan mata mereka.


Hayden & Emily

"Carilah kebenaran yang awak tak tahu," ucap Dewi sambil tersenyum kepada Emily.

Emily binggung.

"Maksud Dewi?" soalnya dengan tidak sabar.

"Kamu akan tahu tak lama lagi, Hayden adalah bayang-bayang awak. Dialah penjaga awak dan dia adalah takdir awak. Semoga dipertemukan apa yang kamu cari selama ini."

Dewi cantik berkata dengan penuh maksud tersirat.

"Baiklah. Kita bertemu lagi nanti, saya kena pergi. Sudah agak lama saya di sini."

Emily dan Hayden menganggukkan kepala. Hayden memaut bahu Emily dan memeluknya rapat di sisi dia. Emily melambai dewi cantik itu. Dia menyeka air mata yang mengalir dengan hujung baju.

"Jom, kita teruskan perjalanan atau awak masih nak rehat?" soal Hayden yang matanya sedari tadi tidak beralih dari raut wajah jelita itu.

Emily berlalu mendapatkan pedangnya yang tidak jauh darinya. Baru saja dia ingin menunduk mengambil pedangnya itu. Tiba- tiba sahaja pedang itu terus melekap pada telapak tangannya. Dia terkejut. Dia menyisipkan pedang itu pada tepi pinggangnya. Dia membelek kedua belah tangannya. Ada gamkah pada tangannya? Magik? Seketika dia tergamam dengan mulut yang melopong besar. Akhirnya dia melompat-lompat dan menjerit teruja apabila wayar-wayar otaknya mula berhubung antara satu sama lain.

"Yes, Aku ada magik! Bolehlah aku lawan dia orang balik!"

Hayden menggeleng kepala melihat telatah Emily yang begitu teruja dengan perubahan pada dirinya.

"Saya nak bawa awak suatu tempat. Awak mesti nak tahu siapa pembunuh ibu dan ayah awak.

Emily menggeleng perlahan dia menoleh ke arah Hayden dengan riak wajah sedikit gusar. Perasaan dia bercampur tatkala itu. Teruja, takut, kecewa dan marah semuanya menjadi satu. Perjalanan yang memakan masa agak lama itu membuatkan Emily kelelahan. Dia meminta Hayden berehat seketika untuk merehatkan diri. Segala apa yang berlaku sedikit sebanyak, membuatkan dia kehilangan tenaga dan juga otaknya letih memikirkan tanda tanya kejadian demi kejadian yang dia alami dan kuasa magisnya semakin lama dia dapat rasakan begitu kuat sehingga dia tidak mampu untuk mengawal. Dia bersandar pada sebatang pohon kayu dan akhirnya dia terlelap.

❦❦❦

WESTMINSTER

Dua orang wanita sedang duduk di luar beranda, menikmati secangkir kopi yang masih berasap nipis sambil berbual. Udara yang nyaman dan tenang juga menambahkan keselesaan dua adik-beradik itu.

"Kita sudah lama tak jenguk dia di sana. Entah apa khabar dia."

Rossa bermain-main sudu besi kecil yang berada di dalam cawan kopi itu. Rebbeca hanya mampu menganggukkan kepala dan turut sokong dengan kata-kata adiknya itu.

"Engkau mahu ziarah dia?" soal Rebbeca dengan nada ceria.

"Cuba lihat dia berada di mana?"

Rebecca mengambil sebekas mangkuk kecil yang berisi air lalu dibaca sesuatu dan kemudian ditiup ke dalam air tersebut. Muncul asap hitam yang menyerupai susuk tubuh Emily dengan sesorang yang mereka sangat kenal. Hayden si ketua puntianak yang sangat tegas dan kejam.

Lelaki berusia yang bernama Leon Darker melangkah masuk ke sebuah bilik. Dia terus menapak di depan sebuah meja yang terdapat sebuah peti kayu yang masih lagi kukuh. Dia menyeluk poket seluarnya dan menggengam sebatang kunci. Lantas, dia membuka peti itu dan di dalamnya terdapat sebiji kepala merupakan ahli sihir yang masih bernyawa namun telah disumpah dan diikat di dalam peti tersebut.
Sesiapa sahaja yang mempunyai kuasa yang kuat akan dibunuh dan kepalanya diambil oleh Leon Darker. Lelaki itu mengambil pisau kecil, lalu menoreh jarinya dan disua ke bibir ahli sihir yang berubah menjadi makhluk jadian. Rakus makhluk itu menghisap darah sehingga tuannya menarik semula jari dia kembali untuk mendapatkan maklumat. Makhluk itu bersuara...

"Berhati-hatilah dengan seorang yang berdarah singa serigala dia akan memusnahkan dragon."

Suaranya kedengaran seperti dia seorang perempuan. Makhluk di dalam peti itu memberi amaran kepada lelaki tua itu.

"Aku sudah bunuh semuanya! Siapa lagi yang tinggal?" marah Leon Darker kerana masih ada orang yang menghalang laluan dia untuk memiliki kuasa terhebat itu.

Leon Darker menghentak kuat tepi meja. Dia mengepal penumbuk kuat. Anak si Loius tidak mempunyai kuasa magik. Ini kerana semasa gadis itu kecil dia telah menguji secara berdepan-depan tiada sedikit pun kuasa magik yang ada pada budak perempuan tu. Tetapi dia tetap mengesyaki Emily Louis mempunyai magik tetapi disembunyikan. Rahangnya diketap kuat.

❦❦❦

Perlahan Emily membuka kelopak matanya tetapi disebabkan cahaya matahari yang menyilaukan mata, dia memejam kembali. Tangannya diangkat melindungi terik sang suria yang memancar terang seluruh alam semesta dan menerangi rumah itu. Emily melihat sekeliling.

Dahi dia berkerut.

"Aku berada di rumah siapa ni?"

Dia bingkas bangun dan terus berdiri. Kepala yang masih sakit dibiarkan. Mata dia melingas memandang sekitar ruang rumah tersebut.

"Eh? Dah bangun? Ingat pengsan sampai esok malam," seloroh Hayden dengan riak senang.

"Saya dekat rumah siapa ni?"

Hayden senyum segaris sebelum dia menjawab pertanyaan gadis itu.

"Rumah saya. Sekarang ni, saya nak
awak rehat cukup-cukup, sebab tenaga awak dah berkurangan selepas perjalanan yang agak jauh.

Emily kembali duduk pada birai katil.

"Esok saya tunjuk awak tempat saya," sambung Hayden lagi.

Emily menganggukkan kepala.

"Selepas makan malam sudah siap. Saya kejutkan awak, Okey."

Selesai berkata Hayden terus gerak masuk ke dapur semula.

****

Diamond

Seorang perempuan berpakaian seksi menghampiri Diego phoenix. Kemudian dia mengucup pipi lelaki tua itu dan memeluk. Diego phoenix merangkul pinggang perempuan simpanannya itu.

"Vivian..." ujar Diego phoenix mencium bibir Vivian sepintas lalu.

Vivian menjeling dengan muka tanpa riak.

'Bila orang tua ni, nak mampus. Menyusahkan aku,' desis hati Vivian.

Dia terikat dan menjadi hamba lelaki ni semua kerana Hayden Jade! Kerana cinta lelaki itu dia sanggup buat apa sahaja. Tetapi Diego... lelaki bangsat ini, telah menipu dia! Dia mengharapkan pertolongan dari Hayden. Puas dia mencari lelaki itu tetapi tidak ketemu sehingga kini. Dia mendengar khabar bahawa lelaki itu bersama wanita lain. Dia tidak akan biarkan mereka hidup bersama! Dia akan mencari mereka berdua sampai lubang cacing! Dia nekad. Kerana Hayden masa depan dia hancur! Jika dia tidak dapat Hayden, perempuan bersama Hayden juga tidak akan dapat. Itu janjinya.

"Vivian, aku mahu engkau mengumpulkan semua orang-orang menjadi pihak aku. Lebih ramai orang percaya aku lebih mudah kerja kita," tutur Diego dengan tertawa penuh muslihat.

'Jika engkau tidak mati, nampak gayanya aku perlu guna jalan lain.'

Vivian melemparkan sebuah senyuman penuh makna tersirat.

"Baik, master Diego."

Bersambung...

1140 words

####

Menarik atau membosankan? Hmmm. Saya minta maaf jika cerita saya sangat membosankan. Tq support sy. Vote 😘😘😘

❤️ You guys xoxo

Enjoy!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro