Witches 🔮- bab3

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Gambar di media sekadar hiasan.

Ia bermula dengan rindu dan keinginan.

Ia bermula dengan darah dan perasaan takut

Ia bermula dengan penemuan...
Ahli sihir...


Dahulu, dunia kami dipenuhi dengan keajaiban tapi sekarang ia menjadi milik manusia.

Makhluk seperti kami bersembunyi daripada pandangan manusia dan takut dijumpai.
Kami berasa cemas walaupun sesama sendiri.

"Setiap pengakhiran pasti ada permulaan baharu."

Di sebuah rumah agam kecil bertingkat dua yang terletak di pendalaman.

Dua orang wanita duduk di meja kopi sambil mengenangkan anak buahnya yang disorokkan di dalam hutan atas permintaan ibu dan bapa gadis tersebut apabila umur gadis tersebut berusia tujuh tahun. Sehingga kini mereka tidak berjumpa.

"Aku harap mereka tak jumpa dia di sana."

Rossa mengeluh.

Rebbeca menoleh ke arah kakaknya dan memeluk wanita tersebut memberi kekuatan.

"Aku pun berharap begitu Rossa," tutur Rebbeca dengan nada sedih.

"Harap dia balik sini, dia kuat untuk hadapi semua dugaan."

Rebecca menganggukkan kepala. Setuju dengan apa yang dikata oleh Rossa.


****

Sang matahari memancar terik. Membuatkan kulit Emily dan Hayden basah dengan manik-manik peluh. Emily mengesat dahinya dengan belakang tapak tangan. Dia masih meneruskan perjalanan tanpa bantahan dan rungutan. Kecuali bila dia benar-benar penat dan lapar.

Hayden kagum melihat gadis di depannya ini. Jika gadis lain sudah tentu banyak kerenah dan ragam, bukan?

"Emily!" laung Hayden dengan nada dinaikkan seoktaf kerana dia berada agak jauh sedikit daripada Emily.

Emily mengecilkan matanya seketika. Tangan diangkat menghalang cahaya matahari memancar ke arahnya. Pandangannya jatuh pada wajah kacak Hayden. Emily tersenyum nipis dia menunjukkan isyarat tangan.

"Apa?"

Mata dia tak lepas dari roman Hayden.

"Berhenti. Rehat dulu. Awak mesti dah penatkan? Jom," ajak Hayden lembut.

Mereka turun dari kuda dan bergerak di sebuah pohon besar yang agak redang. Di situ terdapat sebuah buai yang boleh merehatkan diri. Angin yang meniup lembut lagi membuatkan rasa indah suasana di siang hari itu. Emily mengambil bekas air lalu diberikan kepada Hayden. Hayden menyambut dengan mengucapkan terima kasih. Mereka duduk melayan perasan masing-masing, sehinggalah mereka tertidur dalam keadaan menyandar sesama sendiri.

Tiba- tiba tanah yang mereka duduk itu bergegar. Seperti gempa bumi. Hayden dan Emily tersedar dari tidur. Rekahan demi rekahan mula terhasil. Emily dan Hayden terkaku. Buntu. Tidak tahu, mahu berbuat apa. Hayden memeluk Emily dan bergerak laju memanjat pokok. Emily teruja.

"Romeo!"

Berkerut kening Hayden.

"Siapa romeo?" soal Hayden hairan.
Dia menoleh ke arah Emily yang seperti ingin menangis. Jari telunjuk Emily lurus pada satu arah.

"Kuda?" tanya Hayden terpinga-pinga.

Emily menganggukkan kepala. "Siapa lagi yang ada selain kita."

Emily terus melompat ke bawah, mendarat tepat di atas badan kudanya. Dia menunggang dan menyelamatkan kudanya bernama Romeo. Seketika dia teringat akan Hayden. Dia menepuk dahi.

"Hayden!" jerit Emily kuat apabila pokok di mana Hayden berdiri tatkala itu ingin terbelah dua.

"Romeo, kita perlu selamatkan Hayden. Mari kita bunuh gergasi cacing itu!"

Seraya itu, Emily menepuk kuat belakang badan kuda tersebut. Pedang yang terselit di tepi pinggangnya dikeluarkan. Laju kuda itu ditunggang menuju ke arah Hayden dan gergasi cacing tersebut.

'Kalau la pedang ini, dapat menghancurkan gergasi cacing itu,' doa Emily di dalam hati.

Tanah yang merekah dan terbelah itu menyukarkan perjalanan Emily dengan kudanya. Melihat gergasi cacing yang besar itu sangat mengerunkan apabila terpandang mulutnya penuh berceracak gigi-gigi yang runcing dan tajam halus. Warna kulitnya coklat dan bergaris kuning serta kemerah-merahan.

Aku berharap mempunyai magik untuk menyelamatkan orang-orang yang aku sayang.

Tiba- tiba gergasi cacing tersebut menyemburkan cecair asid ke arah Emily. Namun Emily sempat mengelak dengan secara spontan. Pada masa yang sama Emily memegang erat pedangnya itu. Tidak jauh dari gergasi cacing itu, pantas Emily membenamkan ditengah badan cacing gergasi itu berserta satu cahaya keunguan yang keluar daripada pedang itu. Cahaya itu juga mampu menerangi langit. Tatkala itu, bergemalah raungan gergasi cacing itu.

"Emily!"

Sempat Emily menangkap jeritan Hayden.

"Mama... Papa... Emily rindu," gumam Emily perlahan.

Tiga saat... empat saat...


Hayden Jade yang memandang Emily datang kembali ingin menyelamatkan dia tersenyum. Dia boleh sahaja bergerak pantas ke tempat Emily. Tetapi saat melihat Emily melawan gergasi cacing itu dia sangat kagum dengan keberanian gadis itu.

Pada masa yang sama gadis itu melompat dengan gaya ingin menikam gergasi cacing tersebut dengan pedangnya. Apa buat dia hairan tubuh Emily mengeluarkan cahaya keemasan dan begitu juga senjatanya memacar cahaya keunguan yang menyilaukan mata. Sedar-sedar badan Emily terapung di udara dan ingin menjunam jatuh ke bawah. Dia tergamam dan terus menjerit nama gadis itu.

"Emily!"

❦❦❦

Emily yang rasa dirinya seperti batu meteor yang bila-bila masa sahaja mahu terhempas. Dia mula panik dan menjerit.

"Mama... tolong!" jerit dia kuat dengan menutup mata.

'Emily yakin pada diri. Kamu akan dapat apa yang kamu inginkan.' Mamanya membisik memujuk.

Kata-kata itu terngiang-ngiang di kotak fikirannya. Suara mama dia akan muncul bersama papanya ketika dia tidur ataupun dalam keadaan susah.

"Emily..."

Hayden memanggil. Emily yang kini selamat di dalam dakapannya. Dia menepuk lembut pipi gadis itu.

Emily yang mendengar suara Hayden begitu dekat dengan telinganya perlahan mencelikkan mata. Dia terdiam beberapa saat sebelum dia memeluk erat lelaki itu berserta esakkan kecil.

Hayden Jade tersenyum. Dia membiarkan Emily melepaskan tangisan di dadanya. Dia perkemaskan lagi pelukan itu.

Setelah reda, Emily meminta maaf kerana baju lelaki itu basah dengan air matanya. Hayden mengatakan tidak mengapa, hanya perkara kecil. Berbanding keselamatan gadis itu.

Emily terkejut saat melihat Romeo yang tidak jauh darinya. Hayden yang sedang merenung Emily menoleh apa yang dilihat oleh si gadis jelita itu. Dia terdiam dan pada masa yang sama dia juga turut menyaksikan perubahan dan kejadian yang berlaku di depan matanya.

Emily berdiri. Menapak ke arah Romeo. Tubir mata dia panas. Dia berjaya.

"Romeo..."

Panggil dia dengan suara yang sedih dan gembira. Dia memeluk seketika badan kudanya dan kemudian perlahan dia lepaskan kudanya yang kini sudah mempunyai sayap.

Dia memandang muka Hayden. Anak mata lelaki itu di carinya menghantar seribu rasa. Lelaki itu tertawa kecil sebelum menjatuhkan kepala sedikit beberapa kali.

"Emily..."

Emily terlompat kebelakang apabila ada suara lain memanggil nama dia. Mata dia melingas memandang ke kiri dan ke kanan. Suara itu ... bukan milik Hayden. Tapi siapa?

"Ini saya... Romeo, Emily."

Emily dan Hayden turut terkejut. Romeo boleh bercakap! Hayden dan Emily saling berpandangan.

"Siapa kamu?" soal Hayden.

Tiba-tiba... Kuda tersebut bertukar menjadi seorang perempuan yang sangat cantik. Baju biru keemasan merah jambu bersama sebatang tongkat berukiran unik yang sangat klasik.

"Saya adalah dewi. Menyamar ingin melihat keperibadian kamu. Ternyata sangkaan saya tidak salah. Kamu seorang yang tulus dan sanggup berkorban demi orang-orang yang kamu sayang..."

Emily memandang bangkai gergasi cacing yang ditunjukkan oleh dewi itu.

"Kamu melepasi ujian kamu. Dan saya akan memberi hadiah istimewa buat kamu," ujar dewi tersebut.

Dewi cantik itu memejamkan mata. Bibir dia juga bergerak-gerak membaca sesuatu yang mereka tidak dengar.

"Tetapi ingat hadiah ini merupakan permintaan dari kamu ketika kamu memerlukan."

Berkerut dahi Emily.

Bersambung...

1138 words

####

Hye guys... Thanks baca cerita saya yang merepek ni ya 💋

Vote dan komen di alu-alukan 🤗

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro