Bab 11

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Tengku Haikal merenung wajah Putri Risha dengan begitu tekun sekali.Bibir mungilnya tersenyum apabila menyentuh bibir gadis yang telah berjaya meragut hatinya. Jantung dia berdetak hebat ketika melihat wajah Putri Risha yang sedang pengsan.

"Jangan risau, Sha. Haikal akan selalu berada di sisi Sha," bisik Tengku Haikal lembut.

Pipi gebu Putri Risha diusapnya dengan penuh kelembutan. Entah mengapa nafsunya tiba-tiba sahaja bangkit apabila melihat bibir nipis itu. Seakan-akan memanggilnya untuk bersama.

Hasutan syaitan segera ditepis kasar. Dia tak nak imannya jatuh berterabur semata-mata membiarkan nafsu mengambil alih tubuh. Dia bukan jenis ambik kesempatan dalam kesempitan.

Lagipun, takkanlah Tengku Haikal nak hancurkan kepercayaan Putri Risha. Percuma dapat tamparan maut tau. Dia tu dahlah anak tengku. Handsome pula tu. Mana boleh kena tampar.

Tak sanggup nak duduk berdua-duaan di dalam bilik tidurnya, Tengku Haikal segera beredar daripada tempat tersebut. Sebelum dia menutup pintu, sempat bibir seksinya tersenyum menatap Putri Risha.

Langkah kakinya kemudian diatur ke tingkat bawah. Hampir sahaja dia tiba di bahagian dapur, telefon pintar Tengku Haikal tiba-tiba berdering minta diangkat. Dengan malas, panggilan tersebut dijawap kasar.

"Pahal?" soal dia, sepatah.

"Weh, ada masalah! Ada gangster tengah serang port kita, " lapor Joshua, orang kanan Tengku Haikal.

"Gangster? Kita mafia weh. Bukan gangster. Kita jauh lebih kejam, jauh lebih pakar, jauh lebih handal, jauh lebih hebat dari diorang. Takkan benda kecik macam semut ni korang takleh handle?!" herdik Tengku Haikal, garang.

"Cakap senanglah, kambing! Kau datang sekarang! Diorang tengah main api!" desak Joshua, tegas.

Tengku Haikal melepaskan nafas kencang. Talian segera ditutup lalu dia menjerit nama pembantu rumahnya.

"Mak Melati!!" panggil dia, kuat.

Beberapa minit kemudian, pembantu rumah tersebut tiba dengan wajah yang penat.

"Kenapa muka Mak Melati penat semacam je? Sakit ke?" soal Tengku prihatin. Mak Melati tersenyum nipis.

"Takdelah, tuan muda. Mak Melati sihat je. Cuma Mak Melati baru habis jogging kat belakang sana" beritahunya.

Tengku Haikal mengerutkan dahi sejenak. Ada ke orang berjogging malam-malam buta macam ni? Argh, takpelah. Janji Mak Melati sihat. Eloklah jogging. Boleh elak pelbagai penyakit.

"Mak Melati saya nak keluar. Jaga rumah ni baik-baik. Sebelum tu, mana semua orang pergi?" soal Tengku Haikal.

Risau jika sesiapa dapat tahu yang dia dah bawa perempuan lain masuk ke dalam rumah ini. Dahlah Tengku Zamil pantang jika anak-anaknya terlibat dengan isu scandal. Naya, naya. Silap hari bulan, Tengku Zamil kejar dengan parang.

"Diorang semua dah keluar. Puan besar kata dia ada meeting dengan kawan-kawan hot dia. Tuan besar pula keluar sebab nak bergosip dengan kawan dia. Adik bongsu tuan muda pula keluar sebab ada hal kecemasan. Tuan muda yang ketiga keluar nak cari 7 balang air mata nyamuk dan terakhir pula, tuan muda pertama keluar sebab nak selesaikan masalah peribadi," termengah-mengah Mak Melati memberi laporan tentang aktiviti keluarga besar itu kepada tuan muda yang kedua.

Selesai pembantu rumahnya bercakap, Tengku Haikal terpinga-pinga. Okay, alasan diorang tu masuk akal. Yang tak masuk akalnya, alasan Tengku Zamil dan Alex, anak ketiga dalam keluarga itu.

Tengku Zamil keluar sebab nak bergosip? Aik, biar kebenaran? Sejak bila daddynya pandai bergosip? Alasan Alex a.k.a Tengku Rasdan pula nak cari 7 balang air mata nyamuk. Agak-agaklah nak membongak wahai toyol!

Mak Melati kau boleh tipu. Ini Tengku Haikal lah. Apa bodoh sangat alasan kau ni?

Sedar tak sedar, bibir Tengku Haikal tersenyum penuh bermakna.

Yes,line clear! Bolehlah aku jaga Sha untuk semalaman. Bisik hatinya.

Tak menunggu lama, Tengku Haikal menuju ke arah keretanya lantas menghidupkan enjin. Dengan siulan seronok, dia beredar bersama hati yang lapang.

Bila sahaja keretanya keluar, sebuah lagi kereta ferrari masuk ke halaman rumah. Kelihatan Tengku Fazril mengorak langkah dengan riak wajah yang penat lalu menuju ke biliknya yang menempatkan di sebelah bilik Tengku Haikal.

Tatkala tiba di bilik, tuala yang tersangkut kemas di ampaian kecil
dicapai lalu dia masuk ke dalam bilik air.

Secara kebetulan, Tengku Lily juga turut balik dari meetingnya bersama kawan-kawan ala diva. Terasa penat, wanita itu duduk di atas sofa bagi merehatkan tubuh sebentar.

"Puan besar, awalnya balik," tegur Mak Melati sambil memberikan segelas air.

"Ha'ah. Tak larat saya nak hadap perangai mereka semua. Menyusahkan!" beritahu Tengku Lily apabila mengenangkan semula kejadian yang berlaku sepanjang mesyuarat tadi.

"Mak Melati, yang lain dah balik ke? " soal Tengku Lily, kepenatan.

"Tuan muda pertama je yang dah balik. Tuan muda kedua pula keluar semula," lapor Mak Melati, amanah.

"Dia ada bagitau nak ke mana-mana ke? " kerut Tengku Lily.

"Takde, puan besar. "

***************

Putri Risha membuka matanya perlahan-perlahan. Dia melihat sekelilingnya yang kelihatan gelap.Kepalanya masih terasa berat. Sekejap, dia mencari bantal peluknya.Tiada.

Hmmm, confirm Faizal yang ambik bantal peluk aku, bisik hati Putri Risha merujuk kepada anak Aril yang berumur 9 tahun.

Putri Risha bangkit daripada pembaringan lalu dia menuju ke bilik sebelah yang menempatkan bilik tetamu walhal tanpa pengetahuannya dia telah dibawa ke rumah lain.

Dengan pandangan yang masih kabur, pintu yang menyerupai pintu biliknya dibuka lalu dia menuju ke atas katil. Bantal peluk turut dicapai lalu dia meneruskan tidur.

Putri Risha langsung tak sedar bahawa pintu bilik air di hadapannya dibuka luas oleh seseorang. Naik terkejut Tengku Fazril melihat seorang gadis yang sedang enak beradu di atas katil bersaiz king milik dia.

"Cik?" panggil Tengku Fazril gementar. Perlahan-lahan dia menapak ke arah gadis tersebut.

Apabila insan itu menggeliat manja, mata Tengku Fazril terbuntang luas. Terkejut kerana menerima kehadiran Putri Risha tanpa diundang.

"Sh..Sha?"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro