Bab 12

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Sha, bangun! Camne awak boleh masuk ke sini?" ujar Tengku Fazril cemas lalu tangan Putri Risha digoyangkan dengan lembut sehingga gadis itu merengek manja.

"Fazril? Kenapa awak masuk dalam mimpi saya?" bingung Putri Risha.

Lagaknya, dia masih mamai. Tak tahu mana satu realiti dan mimpi.

"Mimpi? No! Ni bukan mimpilah," tegas Tengku Fazril.

Dahlah dia hanya pakai tuala kat pinggang. Eish, kalau orang nampak ni, confirm diorang anggap maksiat. Harap dijauhkan! Masalah dia dengan Nur Farah pun tak selesai lagi, datang pula masalah baru. Bala! Bala!

"Dah lama awak tak masuk dalam mimpi saya, Fazril. Awak nampak seksi, " sengih Putri Risha, mamai.

"Kau dah gila ke?! Bangunlah sebelum mummy daddy aku nampak!" desak Tengku Fazril.

"Alololo bucuk-bucuk. Can I kiss you?"
Tengku Fazril terdiam seribu bahasa.Tanpa amaran, Putri Risha menarik leher Tengku Fazril lalu mengucup bibirnya. Terbuntang terus mata lelaki itu bila merasa ciuman pertama dalam keadaan tak sedia.

Strawberi, itulah dirasainya. Tengku Fazril hanya kaku tak bergerak. Dia sekadar membiarkan Putri Risha mengucup bibirnya dengan lama.

Habis seminit, barulah kucupan tersebut terlerai.

"Don't worry, dear.It's just a dream!" ujar Putri Risha, selamba.

Yakin betul pompuan ni erk. Dengan selamba, dia memeluk leher Tengku Fazril bersama rengekan manja. Tengku Fazril kekal seperti tadi. Hanya diam menikus.

Walaupun dia seorang ketua mafia yang digeruni dalam kalangan mafia lain, belum pernah lagi dia merasai bibir makhluk bernama gadis. Dia bukan seorang mafia yang liar! Polisi kumpulan mereka bukan untuk merosakkan gadis-gadis di luar sana.

Nampak tak baiknya kitorang? Kitorang membunuh tapi tak merosakkan bangsa perempuan tau! Sempat lagi Tengku Fazril perasan ye.

Seketika, suasana bertukar senyap.Hanya bunyi deruan nafas sahaja yang kedengaran. Tiba-tiba Putri Risha membuka mata pabila dia merasa lehernya ditiup oleh nafas seseorang.

"Faz, asal dalam mimpi pun, saya boleh rasa nafas awak?" pelik dia.

"Sebab ni bukannya mimpi!" Jawap Tengku Fazril, perlahan. Putri Risha mengangguk faham.

"Ohhhh..."

Sesaat dua saat, Putri Risha bagaikan tersedar. Dia cepat-cepat menolak kepala Tengku Fazril secara kasar lalu bangkit daripada pembaringan.

"What?!"

"Kalau ye pun janganlah tolak kepala aku macam anjing!" jeling Tengku Fazril seraya cuba mengawal intonasi suaranya.

Risau kalau ada orang lain dengar. Masa-masa macam ni, seluruh ahli keluarganya sudah tentu balik ke rumah.

Sepantas kilat, Putri Risha melihat tubuhnya.

'Fuhh, selamat! Aku still ada pakaian.Tapi lelaki ni, dia dah...'

"You have kissed me!" tuduh Putri Risha. Air matanya mulai bergenang, tak percaya.

Inilah orang perempuan. Bila dah buat salah, tak nak ngaku. Dah terang-terang dia yang kiss Tengku Fazril. Eish, eish, eish. Anak siapalah ni.

"Weh, weh kejap! Aku cium kau?! Memang taklah! Kau yang cium aku, " dengus Tengku Fazril.

" You've stolen my first kiss!" Jerit Putri Risha, kuat.

"Wehh, shuuu shuhh..Senyap! Kang diorang dengar!"

Mak Melati yang kebetulan lalu dihadapan bilik Tengku Fazril segera mematikan langkahnya apabila terdengar suara seorang gadis menjerit.

Sebagai orang gaji yang baik lagikan suci, Mak Melati laju menuruni anak tangga menuju ke tingkat bawah lantas berlari mendapatkan Tengku Zamil yang baru sahaja balik bersama dua lagi anaknya, Tengku Rasdan dan Tengku Nurfaiza.

"Tuan besar! Tuan besar!" seru Mak Melati.

"Ya, Melati. Ada apa?" sahut Tengku Zamil, mendatar.

Mak Melati termengah-mengah mencari oksigen sebelum dia mengutarakan bicara.

"Tuan besar, rasanya saya terdengar suara perempuan kat bilik tuan muda pertama, " lapor Mak Melati, cemas.

"Apa?!" terbeliak biji mata Tengku Zamil, Tengku Lily, Tengku Rasdan serta Tengku Nurfaiza mendengar kenyataan Mak Melati.

Dengan langkah yang deras, mereka berempat memasang langkah seribu ke arah bilik Tengku Fazril.

Sah! Kau bakal dikejar dengan parang, Fazril.

Di dalam bilik pula, kedua-dua insan berdosa itu masih tak henti-henti daripada menuduh antara satu sama lain. Tengku Fazril dah puas jelaskan perkara yang sebenar namun, Putri Risha tak nak menerima hakikat bahawa dialah yang mencium bibir Tengku Fazril.

"Weh, diamlah! Ada juga yang rogol ni kang," ugut Tengku Fazril sambil berpura-pura mendekati Putri Risha.

"Jangan dekat akulah, bodoh! Kau dah rogol aku kan?! Aku bagitau papa aku! Uwargh!! Papa, tolong Sha!! Anjing ni dah rogol anak kesayangan papa!" rengek Putri Risha ingin menangis.

"Kau samakan aku dengan spesies anjing?! Kalau aku anjing, kau babi!" balasnya pula.

Putri Risha menampar pipi Tengku Fazril. Bengang pula hadap perangai kerek mamat ni. Kalau diingatkan balik, entah macam mana diorang boleh couple sebelum ni.

"Keturunan aku semuanya hebat-hebat tau tak!" herdik Putri Risha.

"Berani kau tampar pipi harapan warga sedunia! "

"Asal? Kau nak tampar aku balik?! Tamparlah! Aku tak takut dengan kau! Dasar lelaki murah. Keje duk mainkan persaan orang!" hinanya pula.

"Aku kata senyaplah weh!" sebal Tengku Fazril lalu bertindak menutup mulut Putri Risha.

Tubuhnya terpaksa dirapatkan apabila gadis itu meronta-ronta kasar minta dilepaskan.

Bam!

Pintu bilik dihempas kuat dari luar.Serta-merta wajah mereka berempat bertukar terkejut termasuk Tengku Fazril dan Putri Risha. Akhirnya, masing-masing terdiam sebaik kaki Tengku Zamil melangkah masuk ke dalam bilik.

Gulp!

Tengku Fazril menelan air liurnya. Pahit weh! Tengku Zamil tengah bagi dia renungan tajam yang paling menakutkan dalam abad ini.

"Astaghfirullah al'azim.." ucap Tengku Lily manakala kepalanya digeleng-geleng, kecewa.

"Daddy, mummy, semua! Percaya pada along. Apa yang korang nampak tak sama dengan apa yang korang fikirkan, " gelabah Tengku Fazril.

Dia segera memberikan jarak daripada Putri Risha lalu membetulkan tuala yang berada di pinggangnya. Alamak! Masa ni pula tuala nak terlondeh! Kuang aja punya tuala. Tak bagi kerjasama langsung.

Tepat di belakang Tengku Lily, Tengku Rasdan turut menggeleng-gelengkan kepala namun, tangannya menunjukkan reaksi yang berbeza.

Kedua-dua tangan lelaki itu diangkat tinggi ke udara lantas dia memberi ibu jari sebagai tanda mengejek. Pasti Tengku Fazril akan 'disekolahkan' selama 3 bulan, 3 jam, 3 minit dan 3 saat.

Semoga hidup kau bertambak baik, wahai Fazril.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro