Bab 8

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Tamo! Abang garulah pipi sayang kat belah ni. Gatal tau," rengek Nur Farah, manja. 

"Erhh..." Riak wajah Tengku Fazril kelihatan ragu-ragu dengan permintaan Nur Farah. 

Nak sentuh muka Nur Farah dalam keadaan terbuka macam ni? Eh, gila!  Dia dahlah antara jutawan muda kat Malaysia ni.  Kalau pihak media ambik gambar, naya Tengku Zamil mengamuk kat rumah. 

Tak sempat nak menolak, Nur Farah terlebih dahulu menarik tangan Tengku Fazril lalu sengaja dihalakan pada pipinya yang gatal. Bukan gatal nak minta kena garu erk.  Gatal sebab sundal adalah.

Dari jauh, Tasya dan yang lain-lain menjengilkan mata ke arah pasangan sejoli tersebut manakala Putri Risha hanya mampu menundukkan kepala.  Dia pura-pura menyedut straw minuman bagi mengelakkan rasa canggung.

"The hell siak! Kat mana kita pegi,mesti muka diorang pun ada! Nyampah doh!" jelek Zalikha, sebal.

Putri Risha buat-buat tak dengar.  Kalau dilayan, hatinya juga yang merana. Walaupun dah sedia merana tahap ketinggian matahari.

"Tempat lain je lah kita pergi. Bosan doh lepak kat sini. Menyemak aje!" rungut Qistina pula.

"Takyah. Aku tak kesah kalau kita lepak kat sini pun. Kalau Farah tahu kita blah, mesti dia fikir dia dah menang and paling teruk sekali dia fikir yang aku cemburu dengan dia," halang Putri Risha, tegas.

Dia akan kentalkan hatinya untuk tidak melayan 'drama swasta' yang cuba dimainkan oleh Nur Farah.  Tengku Fazril pula kelihatan serba serbi tak selesa bila tangan ia dipegang oleh bakal tunangnya. Halal pun tak lagi. 

"Aku setuju! Ada betul juga cakap Sha," angguk Sarah.

Mereka berlima kemudian mengalihkan pandangan dari terus merenung ke arah Tengku Fazril dan Nur Farah. Sakit pula hati tengok diorang lama-lama.

"Weh Sha, tak lama lagi birthday kau en?" ingat Tasya, teruja.

Putri Risha tersenyum sumbing. Ya,  memang birthday dia jatuh hujung minggu ni. 

"Wahh! Dah matang dah kawan aku ni!" usik Tasya sambil merangkul bahu Risha.

"Weh, sengal! Aku dah lama matang tau! Entah-entah kau yang tak matang kot." Putri Risha mengembalikan paku berasnya kepada Tasya.

Mereka berlima tergelak sakan sehingga menarik perhatian pengunjung yang lain termasuk Nur Farah. Bengang pula rasanya bila tengok Putri Risha masih duk releks kat situ.  Harapannya untuk melihat mereka pergi,  nampaknya tak berhasil!

Sial! Aku fikir diorang akan  blah bila nampak kemesraan aku dengan Faz! Gerutu hatinya geram.

"Ada apa-apa yang tak kena ke sayang?  Tengok apa kat sana?" soal Tengku Fazril lalu ingin melontarkan pandangannya ke arah belakang.

"Eh, mana ada! Sayang tengok senarai menu kat atas meja sebelah tu je," bohong Nur Farah untuk menghalang  Tengku Fazril daripada menyedari kehadiran bekas kekasihnya itu.

"Abang!!" Ujar Nur Farah, panik.

"Ya? Kenapa sayang? Ada apa-apa yang tak kena ke?"soal Tengku Haikal,  bimbang.

"Sayang lupa nak ambik Suraya.Abang boleh tunggu kejap tak? Sayang nak ambik dia kat depan tu je.Tunggu kejap tau! And please main je dengan phone abang sementara sayang takde.  Sayang tak nak abang tengok... Erhh pompuan yang lalu-lalang kat sini. Abang milik sayang sorang, " alasan Nur Farah.

Kemudiannya,  Nur Farah berlalu meninggalkan Tengku Fazril berseorangan selepas lelaki itu mengangguk faham.

"Weh, korang! Tu hah! Nampak tak tu?!" soal Sarah dengan nada yang cemas.

Mereka segera menoleh ke arah tempat yang ditunjuk oleh Sarah. Mata masing-masing terbuntang luas.

"Asal ramai sngat wartawan kat luar tu?" soal Tasya bingung. Pengunjung di dalam kafe tersebut mulai berbisik-bisik.

Hanya Tengku Fazril sahaja yang tidak menyedari akan situasi tersebut memandangkan dia terlalu sibuk dengan telefon pintarnya.

"Weh, jom blah.  Aku rasa tu wartawan yang nak rakam Fazril dengan Farah.  Annoying pula aku tengok. Acah famous je budak Farah tu, " geram Tasya lantas dia berdiri diikuti yang lain.

Kedengaran para wartawan mulai melaporkan sesuatu di hadapan kamera masing-masing.

"Orang ramai mengatakan bahawa seorang jutawan terkenal Malaysia, Tengku Fazril Xender bin Tengku Zamil berada bersama kekasih hati beliau sekarang. Persoalannya, siapakah kekasih yang telah digembar-gemburkan oleh ramai ini?  Jom saksikan hanya dalam rancangan gosip Hangat Malaysia!"

Tasya dan yang lain-lain terpaksa bersesak-sesak di bahagian pintu keluar masuk sebaik beberapa wartawan mulai berpusu-pusu masuk. Hanya Putri Risha sahaja tampak lembab sikit memandangkan banyak buku yang harus dipegangnya.

Saat Putri Risha ingin mengejar, tiba-tiba seorang lelaki menolak kasar kerusinya ke belakang sehingga mengenai tubuh molek gadis itu.

"Arghhhh!!"

Malang tak berbau, Putri Risha hilang keseimbangan lalu kakinya terpelecok ke belakang. Hampir sahaja dia jatuh menyembah bumi namun,  tubuhnya sempat disambut oleh seseorang.

Buku-buku Putri Risha juga berjaya disambut dengan langkah yang pantas. Akibat jeritannya tadi, orang ramai mulai mengalihkan perhatian ke arah mereka dengan riak yang terkejut.

Sama hal yang berlaku pada Putri Risha. Dia tampak terkejut serta deruan nafasnya kedengaran tidak teratur. Degup jantungnya juga bertukar laju apabila melihat sepasang mata hazel yang sedng merenungnya dengan pandangan yng sukar ditafsir.

"Risha.. " gumam Tengku Fazril,  perlahan.

"That's Tengku Fazril and Putri Risha binti Dato Fikri!"

KLIK...KLIK..KLIK..

Beberapa gambar mereka telah diambil oleh wartawan dan ada juga beberapa orang yang berada di kafe tersebut sedang memuatnaikkan video mereka dalam internet untuk dijadikan sebagai gosip.

Nur Farah yang sedang berjalan dengan Suraya mematikan langkahnya apabila melihat adegan mesra mereka berdua. Sakit pula hatinya memandang aksi mereka berdua sebentar tadi. Dia sendiri tak pernah disentuh oleh Tengku Fazril macam tu.

Dah lama Nur Farah sampai tetapi jumlah wartawan yang terlalu ramai membuatkan dia terpaksa tunggu kat luar.

Hatinya renyuk-rendam melihat adegan tersebut. Dia segera melarikan diri bersama kemarahan yang terkumpul di dalam hatinya.

"Sha! Kau tak apa-apa ke?" Bagai terkena renjatan elektrik,mereka berdua akhirnya tersedar. Putri Risha berdehem manakala Tengku Fazril berpura-pura membetulkan lengan bajunya.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro