Bab 9

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"I'm not lying! We've been hit and she's going to fall so, I help her from falling down. That's it! It's up to you to trust my words or not," ujarnya tegas.

Kecut juga perut Nur Farah mendengar suara bakal tunangnya walaupun hanya melalui telefon.

"Hmmm..I trust you, " Nur Farah mengalah jua.

"Listen here, sayang. Abang takkam tipu sayang. I love you and you're everything to me," pujuk Tengku Fazril, lembut.

Nur Farah menarik nafas.  Antara percaya atau tak, entahlah. Pandangan Tengku Fazril terhadap Putri Risha siang tadi memang menunjukkan 'sesuatu' sangat. Nampak macam lelaki tu masih cintakan bekas kekasihnya.
 
Jika Tengku Fazril bergaduh dengan kekasihnya, Putri Risha turut mengalami hal yang sama. Cuma orang yang berbezalah. Dia kan single. Huhu.

"What the hell is going on?!"

Putri Risha terdiam sebaik sahaja suara sang ibu kedengaran kuat mengherdik. .Kakinya dilaga-lagakan tanda rasa bersalah.

Kepala dia turut ditundukkan ke bawah kerana berasa gementar melihat wajah mamanya yang garang bagaikan ingin menelannya hidup-hidup.

"Honey, watch your mouth!" tegur Dato Fikri.

Wajah Putri Risha dipandang sekilas.Sejenak, Datin Melia menarik nafas.

"I'm really sorry, sweetheart. Mama bukannya nak marah kamu tapi benda ni buat mama naik gila. Apa yang Sha dah buat dengan budak tu? Eh, Apa namanya budak tu?"

"Marah je lebih. Nama budak tu pun awak tak ingat," ujar Dato Fikri perlahan tetapi masih mampu didengari oleh isterinya.

Datin Melia terus sahaja menjengilkan mata ke arah Dato Fikri sehingga suaminya itu tersengih malu. Boleh pula Dato Fikri buat komen pedas masa Datin Melia nak ajar anak.

"Faz..Fazril," jawapnya takut-takut.

Perasan riak wajah Putri Risha yang ketakutan membuatkan hati Datin Melia tersentuh. Tak sanggup dia nak marah puterinya.

"Oh, sweetheart! Are you afraid of me?" soal Datin Melia dengan lembut.Pipi anaknya dipegang halus.

"Siapa tak takut dengan muka bengis awak," sampuk Dato Fikri, selamba.

"Abang!" marah Datin Melia dan sekali lagi Dato Fikri tersengih lebar.

"Ya, Sha takut."

Dia menarik nafas sebelum menyambung semula kata-katanya.

"Sha takut kecewakan hati mama and papa," ujarnya sedih.

"Ohh, my sweetheart!" Datin Melia segera mengucup dahi anaknya dengan lembut.

Mereka memang gemar memanjakan Putri Risha hanya kerana wajah Putri Risha persis sebuah patung comel. Tu pasal susah sangat diorang nak marah Putri Risha.

"I'm really sorry papa, mama. Sha kecewakan kamu berdua," ujarnya lagi.

"Papa percaya setiap yang berlaku ada penjelasannya, sayang, " bicara Dato Fikri bersama senyuman nipis yang tak lekang di bibir.

"Waktu tu Sha kat kafe dengan kawan-kawan yang lain. Sha dah nak balik rumah bila semua wartawan tu masuk kat dalam kafe. Masa Sha nak jalan, tiba-tiba ada orang langgar Sha  dengan kerusi. Fazril lah yang bantu Sha waktu Sha nak jatuh," jelasnya dengan wajah yang sedih.

"Oh my gosh! Anak mama kena langgar dengan kerusi. Abang, kita kena report dengan polis. Sanggup diorang langgar anak kita guna kerusi ,"kelam-kabut Datin Melia bangun dari atas sofa.

"Honey... ia cuma sebuah kerusi. Bawa bersabar," nasihat Dato Fikri dengan nada suara yang sengaja dileretkan.

"Still menyakitkan!" risau Datin Melia. 

Dia mengipas-gipaskan wajahnya menggunakan tangan lalu menarik serta menghembus nafas. Putri Risha sekadar tertunduk seraya mengetap bibir menahan tawa.

Datin Melia punya perangai memang rare sikit.  Dari awal perjumpaan dia dengan Dato Fikri, sikapnya yang terlalu risau sudah sedia maklum oleh suaminya.

Sebab tu juga Dato Fikri mudah jatuh cinta pada Datin Melia masa muda-muda dulu. Rawr!

"Mama, jangan risau ye. Sha okay. Tak sakit pun," pujuk Putri Risha.

"Anak mama ada luka kat mana-mana ke? " gelabah Datin Melia sambil jari-jemarinya menyentuh lembut siku si anak.

"Melia, honey. Abang rasa awak banyak sangat bagi tekanan dengan anak kita. Apa kata Risha naik atas lepastu tidur.  Abaikan apa orang lain kata tentang kejadian hari ni, " pesan Dato Fikri,  mendatar.

Putri Risha akur akan arahan papanya. Dia mengucup pipi Datin Melia serta Dato Fikri sebelum melangkah pergi.

"Awak ni makin garang semacam.Kecut pula perut abang tengok," tegur Dato Fikri selepas kelibat anak keduanya hilang di sebalik tingkat atas.

Sempat tangannya mengusap nakal tangan si isteri.

"Memang! Supaya abang tahu yang isteri abang ni garang nak makan orang. Baru abang tak berani nak cari betina lain," kata Datin Melia lalu menyelak rambutnya ke wajah Dato Fikri.

Dato Fikri tersenyum lebar. Pinggang isterinya dicuit manja.

"Abang!"

"Abang takkan cari yang lain kalau dah ada yang sempurna kat depan mata abang ni,"godanya lalu pipi isterinya dikucup lama.

Tangannya pula semakin menjalar ke tempat lain.

Datin Melia yang merasakan tangan Dato Fikri yang semakin nakal menari-nari di pahanya segera menghentikan pergerakan tersebut.

"Abang ni gatal!"

"Jom naik atas!"

                         ********

Seminggu kemudian..

"Awakkk..." seru Tengku Haikal mesra.Putri Risha sedikit tersentak lalu mendongakkan kepalanya.

"Khusyuk sangat ye belajar," ujar Tengku Haikal.

Putri Risha tersengih sehingga menampakkan kedua-dua lesung pipit. Sudah seminggu Tengku Haikal gemar mengusiknya sehingga dia semakin selesa akan kehadiran jejaka tersebut.

"Encik Haikal nak apa pulak kali ni?" usik Putri Risha. Buku di tangannya dibelek seketika.

"Nak awak, boleh?" Putri Risha segera mengalihkan pandangan ke arah Tengku Haikal.

Wajah Tengku Haikal diperhatikan sebentar lalu ketawa kecil terbit di bibir mungilnya.

"Awak jangan memain, boleh tak?" gelak Putri Risha.

Rasa kelakar pula dengan ayat Tengku Haikal tadi. Baru jumpa tak sampai sebulan, dah ajak kahwin.  Emang engga ada waras ya?

"Serius! Haikal betul-betul nakkan Sha. Jom kahwin, sayang!" Putri Risha semakin tergelak besar.

"Comelnya Haikal ni. Jom kahwin.Haikal fikir kahwin ni macam waktu kita zaman kanak-kanak ke? Kahwin kat pondok," usik Putri Risha tanpa memandang serius akan ajakkan jejaka tersebut.

"Risha, Haikal serius nak jadikan Sha sebagai isteri Haikal. Sha nak tak jadikan Haikal sebagai suami Sha yang sah?" Soalnya tanpa berselindung.

"Tak nak lah," tolak Putri Risha sambil menelaah pelajaran. Serta -merta wajah Tengku Haikal bertukar mendung.

"Tak sudi ke?"

"Bukan tak sudi. Cuma Haikal ni kewat sangat," usiknya lagi.

"Sha! Awak ni memain pulak," rajuk Tengku Haikal.

"Awak boleh usik saya. Kenapa saya tak boleh usik awak pulak?" Putri Risha tersenyum senget.

"Nakal!" Baru sahaja Tengku haikal ingin mencubit pipi Putri Risha, gadis itu terlebih dahulu menjauhkan pipinya.

"Epp, apa sentuh-sentuh ni? Saya jerit kang," ugut Putri Risha.

Tengku Haikal tersengih mengenangkan kesilapannya. Wajah di hadapan dia sekarang ditatap dengan penuh kasih sayang.

Saya ikhlas nak memperisterikan awak, bisik hatinya.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro