Part 10

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

" Naim. Kenapa kau rahsiakan semuanya dari aku? Aku abang kau Naim. Kalau aku tahu dari dulu aku dah lama balik dari Paris tu!"

Aku cengkam tanganku sekuat hati. Lutut tak mampu ditahan untuk berdiri lagi. Namun, aku gagahkan juga diri demi lihat satu lagi kisah Naim.

" Dekat mana aku nak cari Alisha tu Naim? Siapa dia? Aku tak pernah tahu pun. Aku tak guna kan? Nama je kembar kau. tapi satu apa pun aku tak tahu."

Nasrul terduduk ke bawah. Tangan Naim yang dia pegang itu terlepas. Tiba-tiba Rul datang. Peluk Nasrul erat.

" Sabar along."

Nasrul mendongak memandang Rul. Kemudian kerling ke arah Naim yang tidak sedarkan diri itu.

" Rul. Kau tahu tak dulu angah pernah hampir mati lemas?"

Rul menggeleng dengan kerutan. Aku pun sama. Naim pernah lemas ke?

" Then kau tahu tak dia pernah diselamatkan oleh seorang perempuan?"

Rul menggeleng lagi. Perempuan?

" Perempuan itu lah yang angah kau maksudkan. Dia nak kita cari perempuan tu. Tapi masalahnya rupa dia pun along tak tau. Macam mana kita nak buat ni Rul?"

Aku ketap bibir. Adakah perempuan yang mereka maksudkan tu aku? Aku pernah selamatkan Naim? Masa bila? Setahu aku, aku tak pernah selamatkan orang. Air pun takut.

Huh! Terus aku tersentak. Air. Aku takut air. Sebab itu ke aku takut air?

" Dalam buku tu ada tertulis yang angah kau hampir je lemas sebab abah kau tolak dia. Tapi sempat diselamatkan oleh seorang perempuan ni. Angah kau kata perempuan tu macam nyawa dia."

Aku terduduk lemah. Naim. Kenapa awak selalu jadi mangsa? Ya Allah.

" Rul. Berapa lama dah angah koma?"

" Sebulan."

Aku tengok kalendar. Hari ini tarikh yang sama aku mimpi tentang dia satu ketika dahulu. Dalam mimpi tu dia asyik mengelak dari aku. Ya Allah. Adakah itu roh dia? adakah ini yang dia cuba sampaikan dekat aku dulu?

Ya Allah!

" Alisha. I love you."

Huh! Aku buka mata dan tersedar daripada mimpi yang panjang. Aku bangun duduk dan meraup wajahku perlahan. Mengingatkan mimpi tadi membuatkan aku cepat-cepat capai telefon. Nombor Dahlia aku dail. Beberapa kali deringan akhirnya panggilan dijawab.

" Helo."

" Helo. Lia!"

" Ya Allah Qis! Rindunya aku dekat kau. kau sihat?"

" Sihat. Lia. Kau busy ke sekarang ni?"

" Tak. Lagipun suami aku baru pergi kerja. Kenapa?"

Aku kerling jam. Dekat sini pukul 6 pagi. Dekat sana dah 8 pagi.

" Aku nak tanya sikit boleh?"

" Sure. Kenapa?"

Aku tarik nafas dalam. Bersedia dengan sebarang kemungkinan.

" Aku pernah hampir lemas dulu ke Lia?"

" Apa? Lemas? Sepanjang kau kawan dengan aku tak pernah aku dengan kau jejak pantai. Kau pernah cakap dekat aku dulu kau fobia air. Aku pun tak tahu kenapa. Kau sendiri pun tak tahu atas sebab apa."

Aku terdiam. Jadi family aku mesti tahu hal ni.

" Okay beb. Thanks. Sorry kacau kau."

" Qis? Anything wrong?"

" Nothing. Just asking. Okay Lia. Bye. assalamualaikum."

" Waalaikumussalam."

Selepas matikan talian, aku dail pula nombor mak. Itu satu-satunya harapan aku untuk tahu hal yang sebenar. Selepas tiga kali deringan panggilan terjawab.

" Helo assalamualaikum."

Kedengaran lembut suara mak. Ya Allah. Rindunya!

" Waalaikumussalam. Mak. Qis ni."

" Balqis! Ya Allah Qis! Rindunya mak dekat kamu."

Aku tersenyum tipis. Aku renung ke luar jendela.

" Qis pun rindu. Mak apa khabar?"

" Alhamdulillah sihat. Semua dekat sini sihat. Kamu? Sihat?"

" Alhamdulillah. Sihat juga. Cuma terlalu rindukan mak."

" Habis tu baliklah Malaysia. Sampai bila kamu nak duduk sana Qis?"

Aku terdiam. Mak tak faham.

" Mak. Kalau Qis nak tanya sikit boleh?"

" Tanya apa nak?"

" Kenapa Qis fobia air?"

Sepi. Tiada jawapan. Aku dah berdebar. Kenapa mak tak jawab?

" Mak? Helo?"

Kedengaran nafas berat dari hujung corong telefon. Adakah ini menunjukkan mak tahu segala-galanya?

" Betul kamu nak tahu? Kamu dah sedia? Sebab mak takut akan lemahkan semangat kamu."

Aku terkedu. Ya Allah. Adakah tentang Naim?

" Ye mak. Qis nak tahu. Qis perlu tahu."

" Yelah. Mak cerita. Masa tu kamu baru habis degree. Then pergi bercuti dengan kawan-kawan kamu. Cuma Dahlia tak ikut sebab dia pergi bercuti dengan family. Apa yang mak tahu, masa tu korang pergi pantai. Kawan kamu kata kamu nak selamatkan seseorang yang hampir lemas tengah laut. Kamu berjaya selamatkan orang tu tapi kamu pun hampir lemas. Dua-dua hampir lemas. Mujur orang awam cepat-cepat selamatkan kamu dan bawa kamu ke hospital."

Tiba-tiba air mataku mengalir ke pipi. Kenapa aku tak ingat sikit pun tentang memori tu? Kenapa?

" Sebaik sahaja kamu sedar. Kamu langsung tak ingat apa yang dah jadi. Doktor cakap kamu separa sedar , separa ingat. Doktor kata maybe kamu nak block ingatan tentang kejadian tu. Jadi bila kamu sedar kamu memang dah tak ingat tentang apa yang jadi. Cuma kamu dah fobia air lepas tu."

Wajahku diraup berkali-kali. Kebenaran ini amat menyakitkan.

" Apa jadi dekat orang yang Qis selamatkan tu?"

" Dia pun selamat. Alhamdulillah. Dia ada datang jumpa mak dengan ayah lepas kes tu. Dia minta maaf berkali-kali sebab libatkan kamu. Dia juga minta mak rahsiakan tentang apa yang jadi. Sebab tu kamu langsung tak tahu."

Aku tumbuk dadaku. Sakit! Sangat sakit!

" Nama dia apa mak?"

Hampir gugup ketika aku menyoal. Mak nampak macam berat nak beritahu. Tapi aku tetap menanti dengan sabar.

" Calon menantu pilihan mak. Naim."

Terlepas terus telefon dari pegangan aku. Air mata pula berpusu-pusu mengalir ke pipi. Tangisanku makin kuat.

" Ya Allah! Naim! Arghh!!!"

**

Hidup ini tidak selalunya indah kan? Hidup ini juga penuh dengan kejutan kan? Semuanya boleh berlaku dalam sekelip mata. Semua juga boleh hilang dalam sekelip mata. Macam dalam cerita hidup aku la.

Apa yang aku nak aku tak dapat. Tapi apa yang aku tak sangka dan paling nak elak itulah aku dapat. Time aku pergi dia datang. Time aku cari dia hilang. Sungguh hidup ini penuh dengan cabaran dan kejutan.

Aku tunduk tengok gambar aku dan Naim yang pernah diambil satu ketika dahulu. Masih tersimpan kemas dalam gallery phone aku. Aku tak delete selepas dia send masa tu. Naim. Ada lagi ke rahsia yang awak tak beritahu saya? Tolong ingatkan saya if saya terlupa. Saya dah tak sanggup tahan kesakitan ni.

Suasana yang riuh rendah di sekelilingku langsung tidak aku hiraukan. Aku Cuma jauh merenung ke hadapan. Melihat keindahan bumi France ini. Tak lama lepas tu phone aku bergetar. Bila tengok nama yang telefon aku teragak-agak nak angkat atau tak. Tapi aku memang perlukan kawan saat ini. jadi aku terus jawab.

" Helo Lia."

" Qis! Kau okay ke?"

Aku tersenyum hambar. keluhan terlepas.

" Entah. Aku tak ada jawapan untuk soalan kau tu."

" Qis!"

Aku tersenyum kelat. Mesti saat ini dia sangat geram dengan aku. Cuma tak berdepan je. Kalau tak aku memang kena sekeh dah.

" Lia. Aku penat Lia."

" Qis.. Kau kenapa? Cuba cerita. Aku dengar."

" Aku baru tahu kenapa aku fobia air Lia."

" Kenapa?"

" Aku hampir mati lemas sebab selamatkan dia dulu."

" Dia? maksud kau?"

Aku pejam mata. Terbayang wajah Naim yang sakit dan sedih itu. Di mana kali terakhir kami berjumpa dekat taman tema.

" Naim."

Sepi. Dahlia tidak bersuara. Aku pun sama. Masing-masing bagaikan faham apa yang dah terjadi.

" Qis. Kau tahu kan apa yang terjadi pasti ada hikmahnya. Kau jangan salahkan dia ye?"

Aku tertawa kecil. Tapi cukup hambar.

" Aku tak pernah salahkan dia Lia. Aku sendiri yang nak selamatkan dia. Even aku langsung tak ingat apa yang dah jadi. Mak aku yang cerita. Dan satu lagi fakta yang kau perlu tahu Lia."

" Apa?"

Aku genggam tangan sekuat hati. Aku buka mata dan melihat jauh ke hadapan.

" Dia sentiasa berhubungan dengan mak aku demi tanyakan fasal aku."

Angin mula menipu lembut wajahku. Seraya tahu apa yang aku sedang rasakan sekarang. Aku dongak tengok langit. Cuaca dah mendung. Bila-bila ja hujan akan turun. Tapi aku tetap setia duduk dikerusi ni seorang diri.

" Qis. Aku harap kau kuat."

" Entahlah Lia. Aku nak jumpa dia. Aku rindu dia. Tapi aku tak dapat. Aku tak boleh. Cuma mimpi jadi lepas rindu aku Lia. Cuma mimpi."

Hujan mula turun rintik-rintik. Aku biarkan. Tiada hati nak gerak balik. Biarkan ia turun membasahi tubuhku sebagaimana hatiku turut menangis.

" Qis. Kau tak nak balik Malaysia?"

Aku terdiam. Aku tadah tangan dan air hujan jatuh atas tangan aku.

" Tak nak. Sebab dia ada dekat sini Lia."

Aku dongak ke atas. Hujan makin lebat. Tapi entah mengapa aku masih setia duduk tanpa berbuat apa-apa. orang lain dah berpusu-pusu cari tempat teduh. Ada yang dah berpayung. Cuma aku saja. Duduk diam tanpa payung atau lari atau apa-apa saja.

" Kau yakin?"

" Aku baru jumpa dia semalam Lia. Tu pun dia pergi lagi tinggalkan aku."

Aku ketap bibir. Air mataku mengalir bersama air hujan. Biarkan. Itu lebih baik.

" Aku nak sangat duduk di sisi kau saat ini Qis. Tapi aku tak mampu."

Aku menarik senyuman kecil. Aku tarik nafas dalam.

" Aku okay je la. Kau dapat dengar suara aku ni pun dah okay."

Aku raup wajahku yang basah itu. Terkebil-kebil aku lihat depan aku. Dengan hujan lagi. Jadi tak berapa clear.

" Weh! Aku dengar macam hujan je. Hujan ke dekat sana beb?"

" Haah. Beb. Aku letak dulu. Nanti aku call balik."

" Okay. bye."

Terus aku matikan talian. Aku simpan semula phone dalam beg. Aku mula bangun. Ingin beredar. Aku takut aku pengsan juga dekat sini gara-gara kesejukan. Dah lah dekat sini pun dah memang sejuk.

Aku ingin berlalu pergi. Tapi ada satu tangan tiba-tiba meraih lenganku dari belakang. Tersentak aku jadinya. Aku toleh ke belakang dan aku terkaku pada tempat.

" Kenapa kau tak jaga diri kau?"

Hampir rebah aku lihat insan yang sedang berdiri depanku saat ini. Tapi mengingatkan apa yang telah terjadi aku terus melangkah meninggalkan dia. Aku perlu jauhkan diri dari dia saat ini. Aku tak nak susahkan dia lagi. Tak nak.

" Alisha!"

Serta-merta langkahku terhenti bila dia betul-betul berdiri depan aku dibawah satu payung yang sama. Aku ketap bibir. Lelaki berhoodie dan mask ni memang tak serik kejar aku ke?

" Tepi! Saya tak kenal awak."

Aku nak ke kiri. Dia halang jalan aku. Begitu juga kalau aku nak ke kanan. Tetap sama. Aku mendecit geram. Aku tengok dia tajam.

" Awak nak apa?!"

Buat seketika kami berdiam diri. Hanya saling merenung antara satu sama lain. Meluahkan rasa disebalik renungan. Lidah aku kelu untuk terus berkata. Nak marah tapi hati tak sampai hati. Akhirnya aku tunduk ke bawah. Menahan debaran yang menggila ini.

" I'm sorry. I know you're hurt right now."

Aku menarik senyuman sinis. Aku tengok dia semula. Bersama dengan debaran di dada aku tampar dada dia sekuat hati. Tapi dia tak mengelak. Malah kekal dengan posisi yang sama.

" Kenapa awak buat saya macam ni?! Why? Why all of this happen to me?! Why?! And why you? Why? Why Naim!?"

Puas aku lepaskan perasaan aku dengan tumbukan pada dadanya. Sikit pun dia tak mengelak. Malah mengaduh kesakitan. Sedangkan aku tumbuk kuat. Bila dah penat aku pun berhenti. Malah hujan pun berhenti. Seakan faham dengan keadaan kami berdua.

Payung yang dia pegang pun telah dilepaskan. Biarkan ke bawah. Air mataku yang dah kering tadi kembali mengalir ke pipi. Aku cepat-cepat toleh ke arah lain. Tak nak dia baca isi hati aku.

" Wait for me? Will you?"

Aku terkedu. Aku toleh ke arah dia semula. Aku menggelengkan kepalaku laju bila dia dah undur ke belakang.

" Naim!"

" Just wait for me. Please Alisha. Wait. I love you."

Dalam sekelip mata dia berlari meninggalkan aku. Hilang dari depan mata aku. Aku pula dah terduduk lemah. Payung yang dia tinggalkan aku renung sehingga sekali lagi aku menangis.

Naim. Awak pergi mana? Setiap kali awak ungkapkan rasa sayang , awak terus menghilang. Saya tak nak! Saya perlukan awak!

**

" Hairul!"

Walau apa pun yang terjadi aku kena juga berdepan dengan Hairul. Dia nampak tersentak saat aku muncul depan dia saat ini. Mujur aku ingat tempat yang dia pernah sebut dulu dalam gambar yang aku koyak tu. Tempat tu tak jauh pun dari kawasan perumahan aku. Mujur juga dia masih ada di sini.

" Balqis."

Aku mendekati dia. Kemudian aku tengok orang sebelah dia. Amboi. Ada makwe mat salleh.

" Sorry dear. I need to see this people first. I call you later?"

Selepas perempuan tu pergi, dia menuju ke satu arah. Aku setia ikut dari belakang. Rupanya dia bawa aku ke kafe belakang bangunan ni. Aku setia ikut dia sampai duduk di meja yang disediakan.

" Apa awak nak?"

Aku tarik nafas dalam. Tajam aku merenung dia.

" Saya perlukan bantuan awak. Tentang Naim."

Wajah dia nampak bersinar sikit. Maybe sebab Naim.

" Awak nak tolong dia?"

Aku diam. Tak lama selepas itu aku serahkan dekat dia payung Naim tempoh hari. Aku tunjuk dekat dia. Dia nampak tertanya-tanya.

" Dekat pemegang payung tu ada satu nama. Tak sure nama syarikat atau nama jenama payung tu. Tapi saya nak tahu dekat mana nama benda tu."

Dia nampak tak faham. Aku hembus nafas kecil.

" Saya nak cari Naim."

Dia tersentak.

" Dia ada dekat sini ke?"

Aku jongket bahu.

" I guess. So, boleh awak tolong saya?"

Dia ambil payung tu lantas tersenyum.

" Sure. Lagipun dia memang perlukan bantuan kita. Bila ingat balik last kami jumpa tu, saya tahu ada something wrong will happen. Tapi saya bodoh. Saya tak percaya tapi saya ingat pesanan dia suruh cari awak dan beri gambar tu. Dia Cuma kata hanya awak boleh tolong dia."

Aku tersenyum kelat. Kenapa awak buat macam ni Naim.

" Mesti dia terlalu sayangkan awak kan Balqis?"

Aku terdiam. Aku sendiri tiada jawapan untuk itu.

" Fasal hal ni jangan risau. Saya akan beritahu awak secepat yang mungkin. Tapi saya perlu tahu nombor phone awak. Senang untuk saya hubungi awak nanti."

Selepas bertukar nombor phone. Dia pun berlalu pergi dengan payung itu. Aku lihat sekeliling. Terhambur lagi keluhan aku. Di mana awak Naim? kenapa suka sangat main sembunyi-sembunyi ni?

" Miss?"

Huh! Aku toleh ke belakang. Erk. Minah salleh mana ni?

" This is for you."

Aku terkedu. Aku meliarkan pandanganku ke sekeliling. Mencari seseorang yang aku kenal. Namun, hampa. Tiada. Lastly aku sambut pemberian minah salleh tadi dengan perasaan kecewa.

" Apa ni?"

Aku buka bungkusan tersebut. Hatiku menangis saat lihat isi bungkusan tersebut. Ini gambar kami berdua depan pangkin rumah aku. Ya Allah. Naim. kenapa awak suka buat saya macam ni?

**

Tik tok! Tik tok! Tik tok!

Argh!! Peritnya menunggu macam ni. Sehari semalam aku tunggu. Dengan tidur tak cukup. Sebab tidur tak cukup aku tak mimpi. And sebab tu aku lagi risau. Lambatnya Hairul ni. cari info ke buat info? Kata familiar dekat tempat ni.

Tok! Tok!

Aku toleh ke arah pintu. Kemudian pintu dibuka dari luar. Aku tersenyum menyambut pelajar Malaysia aku itu.

" Come!"

Aku menanti dorang duduk depan aku. Seorang lelaki dan seorang perempuan. Dua-dua orang Malaysia. Aku ingat aku takkan dapat pelajar Malaysia. Rupanya ada. Seronok tak terkata aku. At least boleh jadi kawan berbual. Even dorang lebih muda dari aku. Pelajar ijazah sarjana muda.

" Yes? May I help you?"

Kedua-dua mereka saling berbalas renungan sebelum memandang ke arah aku semula. Nampak gusar dan takut je dorang ni. Ada buat salah ke?

" Miss. By the way can we speak in Malay?"

Aku tertawa kecil. Aku Cuma angguk sebagai jawapan. Aku tunggu kata-kata mereka. Lama sangat ni. tengah cari semangat ke?

" Cik Balqis. Kami nak beritahu sesuatu dan kami nak minta pendapat cik."

" Yes? Apa tu Ikhmal?"

Aku kerling semula ke arah Ikhmal bila gadis di sebelahnya itu setia membisu.

" Kami nak kahwin."

Aku terdiam seketika. Terkelip-kelip aku memandang mereka berdua silih berganti. Tak lama selepas itu aku tersenyum sipi.

" Umur korang?"

" 22 tahun. Pelajar akhir. Jadi kami ingat nak kahwin sebelum habis belajar. Then kami sama-sama nak cari kerja sini. Sebelum tu kami nak tanya cik. Boleh atau bagaimana? Parent kami pun kami belum beritahu."

Aku tarik nafas dalam. Berat ni. Lagipun ini soal masa depan mereka. Tapi umur sebaya mereka dah boleh fikir mana yang baik dan mana yang buruk.

" Ikhmal. Kamu sayangkan Sya?"

Pantas dia mengangguk. Sya pun sama bila aku tengok dia.

" Dah sedia galas tanggungjawab sebagai suami isteri? Dah sedia dengan apa saja cabaran yang akan korang hadapi? And dah ready nak bersusah payah bersama-sama? Dah?"

Serius aku memandang mereka satu persatu. Masing-masing nampak terdiam. Tapi tak lama selepas itu mereka sama-sama mengangguk. Alhamdulillah. Kalau macam tu baguslah.

" Ikhmal. Kamu ada kerja? Nak tanggung anak orang?"

" Saya ada buat part time dekat sini. InsyaAllah cukup."

Sukanya aku tengok kesungguhan mereka mendirikan masjid. Aku bangga dengan dorang.

" Jadi tiada apa yang mampu saya halang lagi. Semua dah korang ready. So, saya okay je. Yang penting kamu kena fikir betul-betul. Ini tentang masa depan kamu berdua. Apa-apa saja yang berlaku pada masa depan, kamu mesti saling bertolak ansur. Ada pasang surutnya dalam sebuah rumah tangga tu. Faham Ikhmal? Kamu sebagai lelaki kena sentiasa pastikan isteri kamu bahagia. Jangan abaikan dia. jangan pentingkan diri sendiri."

Dah macam mak aku pula bagi ceramah panjang dekat dorang ni. sedangkan aku sendiri pun belum kahwin. Haha.

" InsyaAllah cik. Saya akan lakukan sebaik mungkin. Jadi, tak salahkan kalau kami nak kahwin dalam masa terdekat ni?"

Aku tarik senyuman manis. Aku tarik tangan Sya yang sejuk itu. Aku membuat anggukan perlahan dengan rasa bahagia melihat mereka.

" Alhamdulillah. Sya. Bolehlah kita beritahu parent kita."

Happy je aku tengok dorang. Moga korang akan berbahagia sampai bila-bila. Jangan jadi macam saya. Atau korang akan menyesal.

Ting!

Phone aku yang berbunyi membuatkan aku tengok skrin phone sekilas.

" Kalau begitu kami minta diri dulu cik."

" Yela. Nanti jangan lupa jemput saya ke majlis kamu berdua ye?"

Mereka tersenyum lantas keluar daripada bilik aku. Aku tarik nafas dalam seraya tersenyum puas. Aku capai phone aku kembali. Tengok message yang masuk.

Hairul!

Saya dah tahu dari mana payung ni datang. Kejap lagi saya send gambar dan location. – Hairul.

Gambar yang Hairul send membuatkan aku terfikir. Dekat mana ni? Aku tak pernah tahu pun. Tak apa. Alamat pun dah ada. Nanti aku akan cari sampai jumpa.

Thanks Hairul.

Baru saja aku nak tutup phone. Aku perasan ada whatsupp yang masih aku belum baca. Nombor tak dikenali. Pelik. Aku buka dan sedar dah hampir seminggu aku tak baca. Serius la aku tak perasan?

Awak.

Awak. Please reply.

Alisha! Jangan keluar dengan dia!

Please jangan! Saya merayu.

Terketar-ketar tanganku saat ini bila baca isi chat tersebut. Adakah ini Naim? Tapi tiada Naim. Tarikh dia hantar ni sehari sebelum aku pergi taman tema tu. Aku termangu. Sampai ke sini dia melindungi aku.

Allahuakbar! Kenapa dia sanggup buat macam ni? Tapi kenapa dia selalu menghilang dari aku? Di mana dia sekarang? Aku pandang chat itu dengan hati teragak-agak. Aku kuatkan juga hati aku untuk reply chat tu.

Naim?

Tapi sayang. Cuma satu tick je. argh!! Aku lempar phone tu ke tepi. Mujur tak jatuh ke bawah lagi. Aku raup wajahku kasar. I hate you Naim! Hate you!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro