Part 11

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Tergesa-gesa aku berlari keluar daripada universiti. Semata-mata nak cepat dan nak elak dari seseorang yang aku tak nak jumpa buat masa ini. Rasa sakit masih berbisa setelah apa yang dia buat pada aku tempoh hari. Mujur ada 'dia' tolong selamatkan aku. Kalau tidak aku tak tahu apa aku akan buat.

" Awak!"

Buat-buat tak dengar. Buat-buat pekak. Abaikan suara itu. Anggap macam tak kenal.

" Alisha Balqis Binti Kamarulzaman!"

Aku tersenyum sinis. Siap sebut nama penuh aku lagi? Boleh tahan. Terhenti terus langkah aku dan menoleh ke arahnya yang sedang mendekati aku itu. Wajahnya merah. Sama ada menahan marah atau sebab cuaca.

" Awak nak apa lagi?"

Dia menghembus nafas perlahan. Nak pujuk aku ke? Sorry. Tak makan pujukan. Kebal.

" Awak sibuk? Boleh kita keluar minum?"

Aku kerling jam. Masih awal lagi nak balik. Lagipun elok juga aku selesaikan cepat-cepat hal aku dengan Wan ni. Makin lama dibiarkan makin serabut.

" Okay. Saya ikut awak dari belakang."

Aku terus masuk ke dalam kereta. Dia pun sama. Bila dia dah drive pergi aku pun setia ikut dari belakang. 5 minit selepas itu kami pun sampai depan kafe. Tak jauh dari universiti. Aku keluar dan tunggu dia keluar dari kereta.

" Jom."

Aku ikut langkah dia masuk ke dalam kafe dan ambil tempat. Selepas pesan coffee kegemaran masing-masing aku menanti dia keluarkan kata-kata. Tapi dia hanya berdiam diri. Tiada tanda nak bersuara. Aku ketap bibir geram.

" Awak nak cakap atau tak? Kalau tak saya nak balik." Ugutku perlahan.

" Sorry. I'm really sorry about that day. I just cant control myself."

Aku terdiam. Wajahnya nampak betul-betul menyesal. Serba salah.

" Saya Cuma cintakan awak. Itu saja. Bila awak tak terima, saya kecewa sangat. That's why..-"

" That's why you hug me?"

Perlahan-lahan dia menganggukkan kepalanya kemudian melepaskan keluhan. Aku Cuma diam. Tiada apa yang nak dikata sebab semuanya dah berlalu. Dah lepas.

" Tapi mujur dia datang kan? Selamatkan awak dari orang macam saya."

Bibirnya menarik senyuman kelat. Aku diam lagi. Aku tahu dia maksudkan Naim.

" He really love you right?"

Tajam dia merenung aku. Aku Cuma diam memerhati. Tiada jawapan juga untuk itu.

" I can see. He really love you. He cant control his anger when I touch you. I know Qis."

Aku tersenyum sinis. Senangnya dia buat kesimpulan.

" How do you know Wan? Awak baru tengok dia sepintas lalu. Itu pun sebab dia tumbuk awak. Then dia terus pergi. Awak terlalu cepat buat kesimpulan Wan."

Tergeleng-geleng aku melihat dia. Even hanya aku seorang ja tahu apa perasaan Naim.

" Kan? Tapi nak buat macam mana. Saya lelaki. Dia pun lelaki. So saya tahu macam mana lelaki sayangkan seorang perempuan tu. Trust me."

Aku gigit bibir. Malas nak berbalah soal ini. Tiada maknanya lagi.

" Okay stop. Saya Cuma nak cakap saya dah maafkan awak. That's all. Anything else?"

Aku menanti dengan sabar apa yang dia ingin katakan. Sebab dari tadi kerja dia Cuma merenung aku je. Aku jolok mata tu dengan sudu ni baru tau. Huh! Dasar lelaki mata keranjang betul.

" Kita still kawan kan?"

" Ya. Boleh. Kecuali awak tak ulangi lagi kesilapan sebelum ni dan jangan sesekali bercakap tentang perasaan dengan saya. Saya tak suka." Tegasku.

Dia Cuma mengangguk dan mengalihkan pandangannya ke arah tingkap.

" Yes. I know it. Because you choose somebody else."

Walaupun kata-katanya tu nampak bersahaja tapi tetap buat aku sedikit terasa. Aku turut mengalihkan pandangan ke arah tingkap. Melihat manusia-manusia yang lalu lalang dengan pelbagai kerenah.

" I know him first before I know you Wan. And he's everything to me. I already left him before this. But not for this time. I regret it. I hope you understand Wan."

Aku kembali melihat ke arah Wan even dia tak tengok aku. Berharap sangat dia faham perasaan aku saat ini. Aku juga tak nak dia berharap pada aku. Aku tak nak dia korbankan segalanya untuk aku semata-mata sebab cinta. Aku lebih rela dia buang perasaan tu dari terus simpan demi aku.

" If I can. But, nevermind. I will try."

Kemudian dia kembali melihat ke arah aku dengan wajah serius. Aku Cuma terdiam. Tiada kata-kata lagi yang boleh sangkal bicara dia. Aku tak boleh memaksa. Aku juga tak boleh halang dari dia terus simpan perasaan dekat aku. Sebab tak salah. Yang salah andai aku ini sudah menjadi milik Naim yang sah.

" Wan. Saya harap sangat awak dapat cari seorang gadis yang lebih baik dari saya. Tolong move on Wan sebelum hati awak betul-betul terseksa sebab saya. I'm sorry Wan."

Dia senyum senget. Tangannya digenggam. Aku tahu dia sedang tahan perasaan. Tapi aku tak boleh berbuat apa-apa.

" Qis. Just one thing. If that boy cant make you happy. I can. Just find me. I always be there for you."

Tajam dia merenung aku tanda dia benar-benar maksudkan kata-katanya sebentar tadi. Aku terkedu tapi tak lama. Aku terus tarik senyuman senget. Kemudian aku bangun berdiri. Tak betah duduk lama-lama dengan dia.

" I'm sorry but I cant. I just can be with him. Not you or anybody else. Because I love him."

Terus aku angkat kaki dari situ bersama perasaan sedih. Maafkan aku Wan. Maaf sangat-sangat. Aku tahu kau terluka. Tapi perasaan tidak boleh dipaksa.

**

Awak free tak?

Aku menanti penuh dengan kesabaran. Mana Hairul pergi ni. dah dekat 10 minit aku tunggu dia reply. Tak reply pun. Ke tengah date dengan minah salleh. Alahai. Tolonglah Hairul. Reply cepat. Kau buat aku gelisah betullah.

Kenapa Qis? So far free la. – Hairul.

Aku tersenyum lebar. Bagus.

Boleh kita jumpa?

Boleh. Nanti send location. – Hairul

Okay beres. See you.

Aku terus capai beg dan keluar daripada pejabat. Laju kakiku melangkah ke arah kereta. Aku pandang sekeliling. Tiada orang. Lapang je. sebaik sahaja masuk ke dalam kereta. Aku send location dekat Hairul. Kemudian barulah aku gerak ke situ.

Hampir 10 minit aku sampai. Aku meliarkan pandangan ku ke sekeliling. Mencari kelibat Hairul. Tapi tak ada. Maybe tak sampai lagi. Jadi aku ambil tempat di kerusi batu kosong. Ambil angin depan tasik. Memang umph!

" Sorry lambat!"

Muncul pun. Termengah-mengah pula tu.

" Baru balik jumpa minah salleh ke bro?" Perliku dengan senyuman senget.

Dia ketawa kecil. Kepalanya menggeleng perlahan.

" Excuse me? No! Hati saya tetap pada awek Malaysia. By the way, yang awak nampak hari tu, bukan awek saya okay. Itu kawan saya je."

Penerangan dia membuatkan aku tertawa kecil.

" Alang-alang awak dah ada dekat sini. Cari je la minah salleh. Ke dah ada buah hati dekat Malaysia?"

Aku siap jongketkan kening dengan senyuman nakal. Dia dah tersengih kambing. Ingat lawa?

" I'm still single okay? Tapi tu la. Tak jumpa yang berkenan lagi. Semua nak jenis yang macho. Poket tebal. Saya ni apa je ada?"

Dia bercakap dengan wajah masam. Siap dengan gaya lemah lagi. Tak boleh tahan tengok dia macam tu akhirnya aku ketawa lepas.

" Apa awak kata? Tak macho? Poket tebal? Eh hello! Awak tu sikit punya macho. Poket tebal kot. kalau tak , tak la sampai sini kan?"

Aku balas dengan senyuman sinis. Nak menipu pun agak la. Kau tak tengok lagi Instagram mamat ni. Instafemes kot. Ramai followers. Orang kacak kan?

" Qis. Kita sebagai lelaki. Nak cari calon isteri kena uji sikit. jangan tunjuk dekat dorang kita ni kaya. Banyak duit. Kalau first kenal pun dah tunjuk, kita takkan tahu dia nak kita ke nak duit kita. Banyak perempuan zaman sekarang ni tak boleh dipercayai."

Cukup sinis ye dia berkata tu. Tapi aku sokong. Betul juga apa yang dia kata tu.

" So, dah jumpa ke? Cara cakap tu macam dah jumpa. Takkanlah tak ada kot Hairul. Muka sikit punya kacak." Dalam perli ada puji. Haha.

Dia hanya menjongket bahu. Kemudian merenung jauh ke hadapan. Aik? Macam berat je masalah peribadi dia ni.

" Ada sorang ni. Tapi salah saya sebab pergi tinggalkan dia. Cuma sebab salah faham. Sampai sekarang saya menyesal."

Aku terdiam. Rupanya dia pun ada kisah cinta dia sendiri.

" Awak tak pergi cari dia semula ke? Pujuk? Kan dah nama pun salah faham."

Dia tersenyum hambar.

" Entahlah Qis. Saya tak nak ganggu dia. Saya tahu dia mesti dah bencikan saya. Lagipun dah setahun berlalu. Entah ingat entah tak dia kat saya. Cuma yes. Saya memang tak boleh lupakan dia."

Giliran aku menarik senyuman lantas memandang jauh ke hadapan.

" Hairul. Orang perempuan ni satu je. kalau lelaki tu betul-betul ikhlas dengan dia, berusaha cari dan pujuk dia, tunggu dia. Dia terima. Dia takkan tolak. Sebab hati dia mudah keras dan mudah cair. Apatah lagi orang yang pernah bertakhta dalam hati dia. tak semudah itu untuk dia lupakan orang yang dia sayang Hairul. Awak belum cuba dah mengalah."

Sepi seketika. Dia diam. Aku pun diam. Tapi telingaku dapat dengar keluhan kecil dia tu. Maybe tengah berfikir.

" Biarlah. By the way, ada apa awak nak jumpa saya ni?"

Dia kembali tengok ke arah aku dengan wajah tertanya-tanya. Aku masih merenung ke arah tasik.

" Teman saya jumpa dia. Saya takut saya tak kuat kalau saya pergi sorang."

Barulah aku kerling ke arah Hairul semula. Dia nampak terkejut. Tapi tak lama bila dia dah mula menarik senyuman.

" Awak yakin?"

" InsyaAllah. At least awak boleh tolong cakap bagi pihak saya."

" Saya cuba. Tapi kalau gagal saya minta maaf awal-awal la ye."

Aku tersengih kecil.

" It's okay."

" So, bila nak pergi?"

" Now?"

" Now?"

" Yes. Boleh?"

Dia terdiam seketika. Selepas beberapa ketika barulah dia mengangguk dengan yakin.

" Sure. Jom."

**

Gurlp!

Itu je aku dapat gambarkan perasaan aku sekarang. Takut. Gelisah. Cuak. Aku kerling Hairul dekat sebelah. Dia masih tenang seperti tadi. Weh! Besar gila bangunan depan aku ni. Gah! Mewah! Orang kaya juga si Naim ni. Ke dia kerja sini?

Bila Hairul dah melangkah masuk, aku masih statik. Kaku. Jadi teragak-agak nak masuk atau tak. Last-last minute ni jadi nak tukar fikiran pula. Aku nak balik boleh tak? Rasa tak ready lagi la nak jumpa dia.

" Qis!"

Hairul dah panggil. Aku terus gelengkan kepalaku. Dia kembali ke arah aku dengan kerutan di dahi.

" Kenapa?"

" Hairul. Saya rasa tak ready la. Tiba-tiba hilang semangat nak jumpa dia. tak nak."

Hairul dah tersenyum nipis. Maybe tahu kelemahan aku.

" Nasib awak ajak saya teman. Kalau tidak awak mesti akan balik macam tu je kan?"

Aku mencebik. Nak buat macam mana. Tiba-tiba hilang keyakinan tu. Macam mana kalau aku menangis depan dia?

" Qis. Awak dah sampai ke sini. Takkan awak nak berpatah balik? Okay. if awak tak nak jumpa dia pun. Tengok dia dari jauh boleh kan?"

Aku terteguk air liur. Takut la pula. Ready ke aku?

" Qis?"

Hairul masih setia menanti. Aku jadi kesian dekat Hairul. Sebab aku dia sanggup datang sini. Akhirnya aku setuju untuk ikut dia.

" Yela. Jom."

Barulah dia tersenyum puas. Aku ikut langkah dia masuk ke dalam. Sampai dekat kaunter pertanyaan, kami berhenti. Aku dengar Hairul tanya si jaga kaunter tu. Dalam bahasa France. Pergh! Cayalah Hairul. Aku yang duduk tiga tahun dekat sini pun tak fasih lagi bahasa tu.

" Jom Qis. Dia maybe ada dekat kilang."

Sambil tengok sekeliling, aku setia ikut Hairul dari belakang. Keluar dari bangunan mewah ni, Hairul bawa aku ke sebuah rumah. Eh kilang. Kilang pun dah serupa macam rumah banglo kau. besar. Dan of course nampak gah.

" Betul ke ni tempatnya Rul?"

" Yes. Saya yakin."

Aku ikut rapat belakang Hairul. Takut dan rasa terasing. Banyak mat salleh dekat sini. Semua nampak fokus buat kerja. Tak berpaling sama sekali. Tabik arh!

" Qis. Awak tunggu sini kejap. Saya nak ke situ kejap."

Aku terus menggelengkan kepalaku tanda tidak benarkan dia pergi.

" Nak ikut. Takutlah Rul."

Hairul tersengih.

" Rileks. Chill. Kejap je. tunggu tau."

Tak sempat aku nak menghalang, dia dah pergi. Tinggalkan aku dalam keadaan terpinga-pinga dan cuak. Aduhai. Mataku meliar sekeliling. Mencari seseorang yang aku kenal. Setiap satu persatu wajah yang ada dekat situ aku teliti habis. Mana tahu jumpa. Tapi hampa. Satu pun tak ada. Betul ke Hairul ni?

" Yes. Please take this. And make sure don't leave it outside anymore."

Suara garau itu membuatkan langkahku kaku. Nak gerak sikit pun tak berani. Suara seakan tersekat. Tapi aku kuatkan hati menoleh ke belakang. Nak kepastian betul ke itu suara yang aku tercari-cari selama ini.

Bila dah nampak keseluruhan tubuh dan wajahnya yang sedang berbicara dengan seseorang itu, aku rasa nak rebah. Aku tekup mulut. Rasa berdebar semakin kencang. Air mata ditahan dari mengalir ke pipi. Itu dia kan?

" Qis. Saya..-"

Aku tahu Hairul pun dah nampak dia. tiba-tiba dia diam. Aku nak pergi dekat tapi aku tiada kekuatan tu.

" Qis?"

" Saya nak balik. Jom Rul."

Terus aku memusingkan tubuhku ke belakang semula. Tarik nafas dan cari kekuatan itu semula. Bila dah rasa agak tenang, barulah aku melangkah. Tapi sempat ditahan Hairul. Aku mendongak tengok dia dah berdiri depan aku dengan wajah yang cukup serius. Dia menggelengkan kepalanya.

Aku ketap bibir. Aku meminta dia agar ke tepi. Tapi dia tetap bertegas.

" You need to see him Qis." Bisiknya tegas.

" No! I wont!"

Aku baru nak tolak dia ke tepi. Tapi suara garau itu sekali lagi mematikan hasratku. Seraya itu aku tengok Hairul yang sudah melirik ke arah belakang aku. Aku terteguk air liur. Dia perasan ke?

" Saya tolong awak setakat ini saja Qis. Selebihnya awak pandai-pandai la. Saya pergi dulu."

Dia terus berlalu meninggalkan aku yang tak tahu nak buat apa.

" Hairul!"

Jeritan aku ternyata tidak berkesan bila dia langsung tiada tanda untuk kembali. Aku meraup wajahku perlahan. Aku tarik nafas dalam. Sampai bila aku nak lari kan? Inilah masanya. Dengan sisa kekuatan yang masih ada, aku pantas menoleh ke belakang semula. Berhadapan dengan lelaki yang sedang bertakhta dalam hati aku saat ini.

Bila dia nampak wajah aku, dia terkejut. Kami sama-sama saling merenung dan berdiam diri. Tapi kenapa aku rasakan pandangan dia tak seperti sebelum ini? renungan itu langsung tiada rasa cinta. Langsung tiada kesedihan. Yang ada hanya terkejut dan simpati. Kenapa?

" Alisha?"

Dan cara dia tanya macam baru first time dia jumpa aku. What?

" Naim."

Dia tiba-tiba menggelengkan kepalanya dengan senyuman pahit.

" No. Nasrul."

Aku hampir nak terjatuh, tapi bahuku sempat diraih. Siapa lagi kalau bukan orang yang mengaku Nasrul ini.

" Are you okay?"

Aku tepis tangan dia. Aku tengok dia dengan kerutan di dahi. Kemudian aku tertawa sinis. Oh! Baru aku teringat. Dia kembar Naim.

" Nasrul. Naim. Twins. Almost forgot."

Dia terdiam. Aku pula dah rasa nak menangis dekat sini.

" Mana kembar awak?"

Dia diam lagi. Tak reti nak jawab ke? Arh! Stress aku macam ni.

" Tell me Nasrul! Where he is?!"

Aku nampak dia teragak-agak nak beritahu. Bibirnya diketap. Perlahan-lahan dia menggelengkan kepalanya. berserta senyuman hambar.

" I need to talk to you. Now!"

**

Suasana sejuk menyelubungi aku saat ini. Bilik yang sederhana besar dan kemas plus cantik ini aku perhati habis. Atau lebih tepat lagi bilik kerja si Nasrul ni. Dia menghilang entah ke mana. Katanya kejap je tadi. Aku peluk tubuh. Tingginya suhu bilik ni.

Aku mula berjalan perlahan meninjau kawasan bilik ini. Sampailah ke meja kerja Nasrul aku berhenti. Ada dua frame gambar dekat situ. Satu gambar family. Satu lagi gambar dia dan Naim. Aku tersenyum melihat kemesraan mereka.

Perlahan aku mencapai frame gambar tersebut. Kedua-dua memang mirip. Dua-dua juga handsome. Kalau orang tak kenal lebih dalam salah seorang ni mesti dorang tak dapat bezakan. Aku dapat bezakan hanya melalui renungan matanya. Renungan Naim lebih mendamaikan dan lebih redup berbanding Nasrul. Arh! Kau dah suka dia bolehlah cakap macam tu. Cis!

" Masa tu kami baru habis belajar."

Aku toleh ke belakang. Ternyata Nasrul dah kembali. Aku letak semula frame tu ke meja. Kemudian aku ambil tempat aku semula berhadapan dengan Nasrul. Rupanya dia bawakan aku air coffee. Bagus. Boleh hilangkan sikit rasa sejuk aku ni.

" Alisha. Macam mana awak boleh kenal dengan adik saya?"

Terdiam. Bukankah sepatutnya aku yang tanya soalan tu dekat dia? Adik dia yang kenal aku dulu. Bukan aku. Atau ya aku dulu la kot sebab aku selamatkan adik dia dulu.

" Bukan ke adik awak dah ceritakan segala-galanya pada awak?" Soalku kembali.

Soalan dia sebelum ni belum dijawab aku tanya pula soalan lain. Biar.

" Awak la orang yang selamatkan dia beberapa tahun yang lalu kan? Awak juga orang yang muncul dalam mimpi dia. I'm right?"

Aku tersenyum sinis. Mesti Naim dah ceritakan segalanya dalam diari tu. Aku tarik nafas sebelum menjawab persoalan itu.

" Yes."

Giliran dia tersenyum. Nampak riak lega pada wajahnya.

" Dah lama saya cari awak Alisha. Susahnya nak jumpa."

Aku mengerutkan dahi. Susah?

" Adik awak kan dah jumpa saya. Apa yang susah? Tapi sekarang saya tak nampak pun dia. Dia pergi mana Nasrul? Tolong. Saya nak sangat jumpa dia."

" Alisha."

Dia nampak serba salah. Kenapa?

" Ada satu perkara yang awak tak tahu."

" Saya tahu. Dia koma kan? Tapi dia tak sedar lagi ke?"

Okay. Dia nampak terkejut selepas aku berkata demikian. Yala. Tiada sesiapa pun yang tahu. Aku boleh pula tahu.

" How do you know?"

See. Like I expect.

" Dream."

Barulah dia buat muka faham. Kemudian dia kembali serius sambil merenung aku.

" Ye. Dia masih koma. Cuma awak je dapat selamatkan dia."

Aku termangu. Masih koma? Tapi yang aku nampak dia hari tu apa?

" Awak tipu kan? Habis macam mana saya jumpa dia hari tu? Dia datang jumpa saya. Berdepan. Tolong katakan awak tipu Nasrul."

Dia mengeluh kecil. Kemudian dia menggelengkan kepalanya perlahan. Aku dah cuak. Apa yang terjadi ni?

" Satu lagi perkara yang awak tak tahu. I think you need to know this."

Aku terteguk air liur melihat Nasrul. Apa dia ni?

" Yang awak jumpa dia sebelum ni adalah roh dia. Dengan menggunakan tubuh saya."

Nonsense!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro