Part 22

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Tok! Tok!

" Qis! Tidur dah ke?"

Aku yang sedang bermalas-malasan atas katil bangun dan buka pintu bilik. Terpampang wajah mak yang tengah tersenyum sipi tu. Aku biarkan mak masuk dan tutup pintu bilik semula. Aku kerling jam. Dah pukul 10 malam. Kenapa mak tiba-tiba masuk bilik aku ni. Macam ada sesuatu je ni.

" Kenapa mak? Bad dan Bunga mana? Dah tidur ke dorang tu?"

" Ada tengah tengok tv. Dengan Naim. Ayah dah masuk bilik."

Aku Cuma angguk dan kembali tengok mak.

" Balqis."

" Ye mak. Kenapa ni?"

Tanganku ditarik perlahan digenggam mak lembut. Aku masih diam. Menanti butir bicara mak. Macam penting je benda yang mak nak beritahu aku ni.

" Mak dah lama berkenan dengan Naim tu."

Okay. Then?

" Kamu kahwin ye dengan Naim? Korang pun dah lama kenal kan?"

Aku termangu. Ya Allah. Mak dah fikir sampai ke situ. Aku sendiri pun tak terfikir sampai ke situ sebab banyak masalah belum selesai. Selagi adik tiri dia belum ditangkap selagi tu la nyawa Naim ada dalam bahaya.

" Mak. Ye memang kami dah kenal lama. Tapi masih awal lagi untuk kami bincang soal tu mak. Qis pun tak yakin lagi nak ke arah tu." Jujurku dengan perlahan.

" Tapi tak elok tunggu lama-lama sayang. Korang berdua bukan muhrim."

Aku terdiam. Betul juga kata mak tu. Tapi ini bukan benda main-main.

" Mak tahu Naim pun suka dekat kamu. Rasanya dia pun ada fikirkan benda yang sama. Cuma sekarang ni jawapan terletak dekat tangan kamu je Qis."

Aku ketap bibir. Aduh! Kenapa tiba-tiba ni? Aku belum ready.

" Tak apa mak. Nanti Qis tanya Naim dulu. Mak jangan risau. Kalau kami berdua ada jodoh, InsyaAllah mesti akan berjodoh juga."

Mak Cuma tersenyum sambil usap lembut tanganku.

" Mak harap sangat kamu berdua akan disatukan."

Aku pula senyum serba salah.

" InsyaAllah mak."

Semua ni terlalu awal mak. Andai saja mak tahu apa masalah kami berdua sekarang ni. Mesti mak fikir panjang. Hurmm.

**

Alisha. – Naim

Ye. Nak apa?

Nak call kau boleh? – Naim

Aku kerling jam. Dah pukul 12 malam kot. Tak letih ke dia ni? Drive pagi tadi. Tak rehat. Sekarang pun rasanya entah dia masuk bilik ke belum. Ops! Bukan rumah aku tapi rumah sepupu dia.

Call la.

Tak sampai sesaat pun, dia dah phone. Aku jawab dengan malas.

" Helo."

" Ha. Nak apa? Tak letih ke? Dah lewat ni. Tak mengantuk ke?" Soalku terus tanpa henti.

Terdengar tawa kecil dari dia. Aku pula yang pelik. Apa yang lawak?

" Satu-satulah sayang oii. Tak letih pun. Biasa je. Cuma rindu tu yang telefon kau tu. Kau tengah buat apa ni?"

" Baring je."

" Alisha. Berapa lama kau nak duduk sini?"

Aku terdiam. Berapa lama? Aku sendiri pun tak pasti.

" Luka kau dah sembuh ke?"

" Alhamdulillah. Beransur pulih. Jangan risau lah."

" Lusa aku kena balik KL. Nasrul nak balik sini. Aku kena pergi jemput dia."

Aku tersenyum. Finally balik juga mamat tu.

" So, hati-hati. Make sure awak selamat."

" Tapi lagi best kalau kita balik sekali."

Aku mengeluh kecil. Aku bangun duduk dan menghadap ke arah tingkap.

" Naim. Mak ada jumpa awak tak tadi? I mean ada benda yang dia cakap dekat awak tak?"

" Ada. Kenapa?"

" Pasal apa?"

" Kahwin."

Aku ketap bibir. Mak ni. Aduh.

" Jadi awak jawab apa dekat mak saya?"

" Aku jawab aku setuju. Tunggu kau je."

Terus aku terbeliak mata dengar jawapan dia.

" Naim!"

" Haha. Gurau je la. Aku terangkan baik-baik dekat mak yang benda ni bukan main-main. Jadi beri masa pada kita berdua untuk fikir dan bincang baik-baik. InsyaAllah tak lama lagi mak kau akan dapat berita gembira dari kita berdua."

Aku tersenyum kecil. Naim ni nampak je macam ni. Tapi akal dia jauh lebih matang dari aku sebenarnya.

" Terima kasih Naim."

" Aku yang patut ucapkan terima kasih dekat kau sebab sudi terima dan tunggu aku sampai aku sedar. Alahai. Ni yang buat aku lagi rindu kau. macam manalah aku nak balik KL macam ni Alisha?"

Aku tertawa kecil.

" Mengada. Dah lah. Letak lah. Tidur."

" Tak nak. Tak mengantuk lagi."

Haih mamat ni. Tapi mata aku dah kuyu ni.

" Alisha. Kau tahu kan adik tiri aku tengah cari kita berdua?"

Aku terdiam dalam kesepian. I know.

" Dan kau tahu kan aku akan lindungi kau di mana saja kau berada."

Aku angguk even dia tak nampak.

" Sebab aku sayang kau. Sebab cinta aku ada dengan kau."

Aku rasa terharu. Naim. jangan buat aku menangis malam ni please.

" Walau apa pun yang terjadi, jangan pernah anggap aku tiada. Aku akan sentiasa dalam hati kau. Begitu juga aku. Kau akan sentiasa ada jauh disudut hati aku. Aku dah kunci rapat-rapat. Jangan bagi keluar."

Aku tersenyum nipis. Ada-ada je dia ni.

" Ye. Faham. Dah habis ke? Nak tidur ni. mengantuk la dengar bebelan awak."

" Eh budak ni."

Aku tertawa kecil dan kembali baring.

" Okay la. Tidur. Kita jumpa esok. Goodnight sweetheart. Sweet dream. Bye. Assalamualaikum."

" Goodnight juga. Bye. waalaikumussalam."

Selepas tamatkan panggilan, aku tarik senyuman sambil tengok skrin phone. Ya Allah. Andai dia benar jodohku dekatkan kami. Tapi andai dia bukan untukku, jauhkanlah kami berdua. Aminn.

**

Kring! Kring!

Aku tutup telinga. Siapalah yang call aku pagi-pagi buta ni. Orang nak tidurlah!

Kring!

Arghh!!! Cari fasal betullah. Aku buka mata dan ambil phone yang ada dekat sebelah. Tapi bila tengok nombor di skrin, aku tak kenal. Dah 2 pagi. Siapa call aku pagi-pagi buta ni. Angkat ke tak? Menakutkan pula. Aku bangun duduk.

Panggilan itu aku biarkan sampai mati sendiri. Kemudian aku whastupp Naim. Aku tak berani dah buat macam dulu. Apa pun kena beritahu Naim.

Awak. Ada orang call saya tadi. Tapi saya tak angkat. Saya takut.

Baru je aku nak off skrin phone, whatsupp aku direply. Aik? Tak tidur lagi ke mamat ni?

Hantar dekat aku nombor tu. Jangan sesekali angkat. Dah. kau sambung tidur. Biar aku uruskan semuanya. – Naim

Aku Cuma menurut. Bila dah selesai aku letak phone di tepi dan kembali baring. Mataku mula rasa layu balik. Time to sleep back. Jangan fikir soal tu. Naim ada. Don't worry okay?

**

Sekeliling aku tengok. Nak cari kelibat insan tu. Tapi tak nampak dari tadi. Penat je aku jadi spy tadi. Sampai si Bad tengok pun dah pelik dengan kerenah kak dia ni. Serupa apa lagi.

Penat tunggu dan jadi spy dari dalam rumah, akhirnya aku keluar ke pangkin rumah. Aku duduk melepaskan lelah. Tengok phone. Tak ada message dari dia pun. Aku tertanya-tanya tentang semalam ni. Siapa yang call aku tu. Naim dah siasat ke? Mana dia menghilang ni. Haih.

" Akak."

Lain yang harap lain yang muncul. Bunga datang duduk sebelah aku.

" Kenapa?"

" Tunggu sapa dekat luar pagi-pagi ni?"

Sengajala tu nak usik. Ceh.

" Saja. Bunga dan Bad cuti sampai bila?"

" Minggu depan dah masuk balik. Tapi dah last sem dah."

Aku Cuma angguk dan pandang ke depan. Hilang mood arh pagi ni.

" Tadi Bunga ada nampak abang Naim tergesa-gesa keluar dengan kereta dia. Tapi tak tahu la ke mana sebab dia tak singgah sini."

Aku terkedu. Serius? Dia pergi mana awal-awal pagi ni? inform aku pun tak. Haih dia ni pun satu.

" Balik KL kot?"

Bad pula muncul dengan buat kesimpulan macam tu. Kata balik esok. Takkan hari ni? cakap dekat aku pun tak. Ha nak merajuk lagi la ni.

" Bunga rasa tak sebab tak nampak dia bawa beg pun. Lagipun nampak simple je pakaian dia tadi. Yang Bunga perasanlah."

Aku Cuma diam. Naim. Awak pergi mana. Jangan buat saya risau please.

" Bad tolong aku angkat barang dekat belakang jap. Aku tak larat angkat sorang."

" Barang apa?"

" Entah. Mak suruh angkat tadi. Jom."

Tinggallah aku seorang dekat sini melayani perasaan. Bosan juga sebenarnya duduk termenung dekat sini. Nak cari kerja tapi tak ada mood lagi. Dengan belum sembuh lagi.

Telefon aku berbunyi tetiba. Dan nama Dahlia terpampar di skrin. Aku jadi teragak-agak nak angkat. Aku tahu aku bersalah dekat dia. Mesti dia risau dan marah kan? Huhu. Dengan sisa baki kekuatan yang ada aku angkat juga panggilan dia.

" Helo."

" Ya Allah Qis! Finally kau angkat juga! Kau pergi mana?"

Aku tergaru keningku yang tidak gatal ni. Tak tahu nak jawab macam mana.

" Aku minta maaf. Aku tahu aku silap. Termarah kau. Teremo. Sedangkan kau buat demi kebaikan kita semua. Aku minta maaf Qis. Maafkan aku?"

Aku tarik senyuman kecil. Dahlia. Kau ni buat aku rindu la.

" Aku dah lama maafkan kau. Jangan risau. Aku pun salah sebenarnya. Lari je aku tahu."

" Tu lagi satu. Kau tahu tak cemas aku dan Naim bila tengok kau tak ada dekat bilik rawatan kau. Uzair pun terkejut. Bila tanya nurse dekat kaunter, dia kata kau dah keluar dan bayar pun. Kau buat kami ni macam nak mati tahu tak? Ingat kau kena culik ke apa."

Aku tertawa. Entah kenapa penerangan Dahlia tadi agak kelakar bagi aku. Jahat la aku gelak. Haha.

" Sorry. Tu la. Korang la. Marah sangat dekat aku. Aku pun sentap la terus lari. Buat apa lama-lama dekat situ kalau tak ada orang peduli dekat aku ni."

" Qis! Apa kau cakap macam tu?"

Aku tersengih. Sengaja je. Tak bermaksud pun.

" Sorry."

" Naim dah jumpa kau ke? Kau dekat mana sebenarnya ni?"

" Jangan risau. Aku selamat. Aku ada dekat kampung. Aku dengan Naim pun dah okay. don't worry okay. nanti aku balik KL aku pergi cari kau."

" Alhamdulillah. Mujurlah. Jaga diri tau. Apa-apa call aku."

" Yela. Bye. assalamualaikum."

" Waalaikumussalam."

Arh! Barulah terasa lega. Sebab dah selesai. Aku dengan Dahlia memang tak boleh gaduh lama-lama. Nanti rindu. Gaduh sebab sayang je. haha.

" Hai."

Lamunanku dekat Dahlia terus terhenti bila dengar suara garau itu menegur. Aku toleh ke sisi. Terkejut aku jadinya. Bila masa dia datang ni? kenapa aku tak perasan pun?

" Jauh mengelamun sampai tak sedar ada orang dekat sebelah."

Aku sengih senget. Kemudian aku tengok ke rumah sepupu dia. kereta dia ada dekat situ. Tapi tadi Bunga kata dia keluar kan?

" Awak pergi mana pagi-pagi buta tadi?"

Dia lunjurkan kedua-dua kakinya kemudian tarik nafas dalam.

" Nothing. Saja."

Aku tengok dia dengan penuh tanda tanya. Tipu. Aku tak percaya.

" Cakaplah betul-betul." Gesaku geram.

" Pergi siasat tentang nombor yang kau bagi semalam."

Ha? Aku tersentak.

" So macam mana? Dah settle ke?"

Dia Cuma angguk dan terus baring atas pangkin. Matanya setia tengok ke arah aku.

" Siapa?" Soalku lagi ingin tahu.

" Itu kau tak perlu tahu. Tak penting. Yang penting dah settle. Okay sayang?"

Aku mencebik. Sengaja kan buat aku macam ni. Huhu.

" Semalam awak tak tidur ke? Cepat sungguh reply chat saya."

" Saya belum tidur time tu. Tengah main game. Sekali awak whatsupp. Terkejut la saya."

Ohh. Main game. Ini la lelaki. Game dengan lelaki tidak dapat dipisahkan. Tapi better dari kaki perempuan la.

" Alisha."

" Hmm?"

" Ikut aku balik KL?"

Aku terdiam. Tak toleh ke arah dia sikit pun. Aku mana ada tempat tinggal dekat KL tu.

" Aku perlukan kau. Kau kekuatan aku. Dan bila kau dekat dengan aku, senang aku perhatikan kau dan lindungi kau. kalau kau kat sini susah aku nak perhati kau."

Aku lepaskan keluhan kecil.

" Tapi saya nak tinggal dekat mana Naim?"

" Rumah aku. I mean dekat apartment aku. Bukan dekat rumah lama tu."

" Habis awak nak tinggal mana pula?"

Aku ingin protes. Ini namanya menyusahkan dia.

" Aku duduk dengan Nasrul. Dia kan dah balik sini esok. So aku duduk dekat dia. Jangan risau. Kita tinggal satu apartment tapi lain rumah. Kau tingkat 3 aku pula tingkat 5."

Aku terdiam. Mampu ke aku?

" Saya takut tak cukup duit nak bayar sewa."

" Alisha! Tak payah gatal nak bayar sewa segala. Tu rumah aku okay."

Dia dah bengang. Yalah. Banyak sangat alasan aku bagi.

" Ermm. Tanya mak dan ayah saya. Kalau dorang izinkan baru saya okay."

Dia mula bangun duduk dan tarik sengihan lebar.

" Dorang setuju. So esok balik dengan aku tau."

Aku terlopong. What? Mak dan ayah setuju? Biar betul?

" Jangan nak buat muka terkejut sangat lah. Aku dah tanya dorang semalam. Dah bincang dengan dorang. So kau tak boleh kata tak nak ye?"

Aku mencebik. Terkena aku. Sabar je la.

***

" Bad! Serang dia!"

" Hey! Tak aci!"

Aku yang baru tersedar dari tidur petang rasa pelik bila dengar bunyi riuh dari luar rumah. Apa yang riuh sangat pun tak tahu la. Aku kerling jam. Dah pukul 6 petang. Alamak. Tertidur lama pula. Aku bangun dan raup wajahku perlahan.

Bila dah agak segar aku masuk bilik air dan basuh muka. Mujur tadi dah solat asar before tidur. Kalau tak kelam kabut. Bila dah yakin segar barulah aku keluar dan sarung tudung. Nak pergi tengok apa yang terjadi dekat luar.

Aku keluar dari bilik dan jenguk ke dapur. Okay tak ada orang. Dekat ruang tamu pun tak ada. Sunyi. Tapi riuh dari luar. So, aku pun melangkah ke arah pintu utama rumah. Bila dah sampai, aku terlopong tengok adik-adik kembar aku tengah kejar Naim. What? Naim?

Tak cukup dengan tu, dekat tangan masing-masing penuh buih. Okay. tengah basuh kereta tapi sempat lagi main. Bila nak selesai macam tu? Aku tergeleng-geleng tengok dorang. Aku kerling ke arah pangkin pula. Mak dan ayah tengah santai menikmati minuman petang sambil tengok anak-anak dorang main. Aduhai. Mak dan ayah pun join sekaki?

Malas nak tengok dari jauh, aku pun sarung selipar dan melangkah ke arah pangkin rumah. Mak dan ayah tersenyum ke arah aku. Aku naik atas pangkin dan tumpukan perhatian pada budak-budak tu.

" Apa yang dorang buat tu mak? Membazir air je la. Bilalah nak selesai basuh kereta kalau macam ni."

Tak fasal-fasal aku bebel dekat sini. Mak yang dengar Cuma tergelak kecil.

" Biarlah dorang. Bukan selalu pun."

Aku Cuma tengok. Macam budak-budak. Bad dan Bunga aku tak hairan. Tapi yang si tua tu. Tak padan dah umur 29 tahun tapi still buat macam budak-budak. Teruk betul. Pakwe siapa entah? Aku tak mengaku tu pakwe aku. Haha.

" Akak! Sini!"

Bad sudah panggil. Aku cepat-cepat geleng kepala. Memang tak la aku nak join korang. Basah juga baju aku. Dan tak fasal-fasal kena luka aku yang baru nak sembuh ni.

" Jom lah kak." Giliran Bunga pula ajak.

Aku masih tidak bergerak. Statik. Dengan gelengan aku buat muka dono. Cuma tengok je. tiada hati nak join dan turun dari sini.

Tiba-tiba Bad datang dekat. Dengan sengihan lebar dia tu. Okay. Cara dia senyum tu macam ada agenda tersembunyi je.

" Akak........" Meleret je panggil aku.

Aku tengok dia dengan kerutan di dahi.

" Kau dah kenapa? Buang tabiat?"

Dia tersenyum dan tanpa amaran apa-apa dia tarik lengan aku kuat sampai aku terdorong ke arah dia. Terkejut aku. Dan tak fasal fasal aku berdiri tengah-tengah Bad dengan Bunga. Di depan aku mesti si Naim tu. Dengan senyuman jahatnya tu. Haish!

" Bad! Akak dah kata tak nak join kan?!" Berangku.

" Ops! Maaf! Abang naim yang suruh."

Aku mencerlung ke arah Naim yang selamba dia tu. Aku rasa bengang. Tak boleh jadi. Kena balas dendam. Aku tunduk tengok paip air. Air ada sikit. Aku tengok pula baldi air sabun. Tak. Air cukuplah. So tak berlengah lagi aku tunduk capai paip air dan tanpa sebarang amaran aku percikan air tu ke arah Naim.

" Alisha!"

Aku dan adik kembarku gelak kuat saat badan dia dah basah gara-gara aku. Bila dia dah kena basah aku cepat-cepat jatuhkan paip tadi ke bawah semula. Aku sengih bila dapat jelingan tak puas hati dia tu. Tapi senyuman jahat tetap maintain dekat bibir dia ye.

" Ohh. Akak korang ni ajak main pula."

Dia raup rambutnya yang basah itu ke belakang. Tapi mata tu tak lepas pandang aku. Aku mula undurkan langkah ke belakang. Mengelak dari kena basah. Aku tahu dia nak balas dendam.

" Bad! Bunga! Tahan dia!"

Tak tunggu lama aku lari dari dorang. Keliling kereta tu sampai aku hampir saja tergelincir. Mujur ada seseorang yang sempat tarik lengan aku. Aku dah kecut perut tadi.

" Kau okay?"

Aku toleh ke belakang. Ternyata Naim yang tarik aku tadi.

" Okay."

Aku tarik nafas dalam. Belum sempat aku nak bersuara. Tiba-tiba tangan Naim ni calitkan air sabun dekat pipi aku. Aku dah kaku gara-gara terkejut. Giliran aku pula kena gelak dengan adik-adik aku tu. Hampeh punya Naim.

" You looked so cute Alisha."

Usai saja dia kata begitu terus dia lari dari aku. Aku pula lap pipi aku tadi dengan lengan baju aku. Basah dah.

" Korang! Siap korang!"

Dan begitulah kami kejar-mengejar sampai masing-masing dah letih dan terduduk keletihan dekat bonet kereta. Aku pula hampir rebah kalau Bad tak tampung aku dengan lengan dia.

" Akak okay ke tak ni? Nampak pucat je ni?"

Semua mata memandang ke arah aku. Terutama sekali Naim. Wajahnya dah berubah riak.

" Okay. Letih sikit je ni. jangan risaulah."

Jangan risau konon tapi mata aku dah mula rasa kabur. Pening pun ada. Tapi aku buat biasa. Tak nak dorang risau. Pada masa yang sama aku rasa sakit dekat tempat tikaman sebelum ni. Aku gigit bibir. Mula rasa tak sedap hati. Ya Allah!

" Akak masuk dulu. Sakit perut."

Tanpa hiraukan pandangan mereka, aku bangun perlahan-lahan sambil menahan kesakitan. Tapi dipertengahan jalan aku rasa pandanganku makin kabur sampai akhirnya aku rebah. Cuma telingaku dapat menangkap suara menjerit-jerit memanggil namaku.

" Ya Allah Qis!"

" Alisha!"

" Akak!"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro