Part 23

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

" Alisha."

Dari jauh aku mendengar suara itu memanggil namaku. Tapi aku masih tak mampu untuk membuka mata. Rasa letih sangat.

" Bangunlah Alisha. Kau takutkan aku. Takutkan family kau."

Maafkan aku. Aku tak sangka akan buat korang risau.

" Please bangun. Esok aku dah nak balik KL. Dan aku nak kau ikut sekali. Kau dah janji kan nak ikut aku balik."

Entah kenapa mata aku terasa berat sangat nak buka. Rasa nak tidur lagi. Letih sangat ke?

" Aku balik dulu. Esok pagi aku datang balik."

Perlahan-lahan derap kaki itu berlalu sehingga telinga aku tidak dapat dengar apa-apa. Aku menangis dalam hati. Kenapa aku tak boleh bangun? Jangan cakap aku koma. Tak nak. Jangan katakan aku koma. Aku nak sedar. Nak jumpa Naim.

**

Aku tersedar saat terdengar bunyi bising. Dan kali ni mataku terasa ringan untuk dibuka. Entah berapa lama aku tertidur pun aku tak tahu. Saat aku buka mata, jelas mataku dapat menangkap kelibat Naim yang tengah tidur itu. Tidur sambil duduk.

Aku toleh ke arah kiri dan kanan. Tiada sesiapa melainkan dia Tapi apa yang bising tadi? Maybe dari luar. Aku tengok ke arah tingkap. Gelap? Malam ke?

Aku cuba bangun duduk tanpa sedarkan Naim. Terasa sedikit pedih tapi tak terlalu sakit. Aku usap perutku. Maybe kesan luka ni masih belum sembuh. Sebab tu sampai pengsan tu. Bila dah agak selesa duduk, aku jatuhkan kakiku ke bawah. Perlahan-lahan juga aku turun dari katil.

Aduh. Sakit. Tapi kejap je sakit tu. So, aku ambil langkah perlahan-lahan sehingga berdiri depan Naim. Aku tersenyum kecil. Comel je tidur macam ni. Dia tak lenguh ke?

" Naim."

Panggilku perlahan. Tak nak dia terkejut dengar suara aku.

" Naim. Bangun."

Dia mula gerakkan tubuh dia dan buka mata perlahan-lahan. Bila matanya menangkap kelibat aku terus dia duduk tegak sambil gosok matanya.

" Eh. Kenapa kau turun? Kau tu kena rehat tak boleh banyak gerak."

Aku pula kena marah balik. Tapi aku Cuma senyum.

" Baliklah Naim. kenapa tidur sini? Tak lenguh ke?"

Dia bangun berdiri dan tarik lenganku lembut.

" Aku nak teman kau. Sini. Naik atas katil balik."

Aku menurut perintah sampai aku terbaring semula atas katil. Dia pula tarik kerusi dan duduk sebelah aku.

" Sekarang pukul berapa Naim?"

" Baru 2 pagi."

" Kenapa awak ada di sini lagi. Awak sepatutnya balik. Esok kan awak nak drive ke KL. Mesti letih." Ujarku simpati.

" Tak apa. Aku tak jadi pergi. Aku dah maklumkan dekat Nas. Dia kata jangan datang sebab tahu kau masuk hospital. Lagipun aku memang nak teman kau dekat sini sampai kau sembuh."

Aku termangu. Serba salah pula aku rasa sekarang ni.

" Kesian awak. Saya pun salah. Tak pandai jaga diri betul."

Aku salahkan diriku dengan memek muka sedih. Tapi Naim Cuma tersenyum dan menggelengkan kepalanya perlahan.

" Bukan salah kau. Berhenti salahkan diri sendiri. By the way, family kau tahu kau kena tikam tapi aku Cuma cakap kesan dari kena rompak tapi sempat dapat barang balik."

Sekali lagi aku termangu.

" Kesian mak ayah saya. Mesti dorang kecewa sebab saya tak beritahu mereka dari dulu lagi.

" Dah lah. Benda dah lepas pun kan? Yang penting awak kena sembuh. Jangan lari dari hospital macam dulu lagi ye."

Dalam nasihat masih ada kata-kata perlian di situ. Siapa makan cili dia terasa pedas. Haha.

" Naim. Boleh saya tanya sikit? Berkenaan family awak."

Dia terdiam tapi tak lama dia hanya anggukkan kepalanya.

" Tanyalah. Nak tahu apa?"

" Cerita sikit fasal family awak. Saya tak tahu apa-apa melainkan ayah dan adik tiri awak. Dan sikit berkenaan arwah mama awak."

Dia menarik nafas dalam dan turut menarik senyuman kecil buatku.

" Dah 2 pagi ni. Kau tak letih ke? Kau patut rehat. Kita sambung esok la ye?"

Aku terus menggelengkan kepalaku.

" Nak tahu sekarang. Saya dah rasa puas tidur. Tak rasa mengantuk lagi.

" Degil."

Aku Cuma sengih. Dia mula serius dan pandang ke arah tingkap.

" Okay. Aku start. Aku Naim ada seorang abang kembar iaitu Nasrul. Dulu kami hidup bahagia. Berempat dengan mak ayah aku. Tapi semunya jadi berubah bila arwah ayah aku sakit. Ayah aku seorang usahawan berjaya dan berjaya membuat sebuah company ternama. Disebabkan penat lelah dia tu dia jatuh sakit. Masa tu aku dan Nas dah 15 tahun. Selepas kematian ayah aku, mak akulah orang yang banyak bersusah payah demi kami adik-beradik. Dia juga yang sambung titik peluh ayah."

Aku diam. Tidak menjawab langsung. Biarkan dia cerita segala-galanya.

" Lepas setahun mak jumpa Mazlan. Ayah tiri aku. Dan dorang berkahwin. Masa tu alhamdulillah kami bahagia. Macam dulu-dulu. Tapi tak lama bila syarikat yang mak usahakan tiba-tiba dilandai badai. Disahkan muflis oleh pihak atasan. Bermula dari situ sikap ayah berubah seratus peratus. Hanya sebab wang dia berubah. Dia sanggup pukul mak dan aku. Nasrul langsung tak tahu sebab dia pandai sorok. Aku tak tahu kenapa dengan Nas dia baik sangat tapi dengan aku dia kejam."

Aku perasan mata dia berair. Maybe teringat apa yang dia dengan arwah mak dia hadapi dulu.

" Aku rasa nak dekat 3 tahun juga dia buat mak aku dan aku macam hamba abdi dia. Tapi satu je aku paling tak boleh maafkan dia. Dia bunuh mak aku. Kalau kau dengar orang kata mak aku mati sebab serangan jantung tu ye memang betul tapi ada sebab kenapa. Mak aku mati sebab kena pukul hidup-hidup dengan si Mazlan tu sampai mak aku kena serangan jantung. Kau rasa apa yang aku rasa time tu? Aku balik-balik je tengok mak aku dah tak bernyawa. Seorang diri dalam rumah. Dengan penuh darah."

Aku ketap bibir. Rasa sebak bila nampak dia cuba sedaya upaya tahan air mata dari mengalir.

" Lepas kematian mak, aku bertekad aku takkan duduk diam. Masa tu umur aku dah 18 tahun. Aku dan Nas sambung study tapi aku buat part time juga. Aku siasat apa yang jadi dekat syarikat ayah aku yang telah dibeli oleh kawan baik ayah. Mujur kawan baik ayah aku tu orang yang boleh dipercayai. Selepas disah muflis, dia tolong naikkan semula syarikat hasil titik peluh ayah sehinggalah ke hari ini. Aku kerja part time dekat syarikat ayah dan selidik sebanyak yang boleh apa yang jadi time syarikat dilapor muflis dulu."

Dia raup wajahnya perlahan. Menghilangkan rasa sedih.

" Aku usaha dan usaha sampai aku jumpa apa yang aku nak. Nasrul langsung tak tahu sebab dia ada dekat kolej. Study. Kami Cuma berhubung melalui telefon bimbit ja. Rumah pun dia jarang balik. Aku dan adik tiri aku je selalu dekat rumah. Aku tak nafikan dulu hubungan aku dengan adik tiri aku tu baik. Tapi aku memang tak percayakan dia 100 peratus."

Dia menarik senyuman sinis. Aku jadi seram pula tengok senyuman dia tu.

" Dekat 3 tahun juga aku selidik dan sampai aku habis belajar pun aku still selidik. Aku jumpa tapi masih belum cukup kukuh bukti tu. Si Nas pula dia dapat peluang sambung study dekat Paris sambil luaskan perniagaan ayah aku. Ye. Kawan baik ayah aku amanahkan dia. that's why kau tengok sekarang dia selalu dekat Paris sebab dia usahakan syarikat ayah aku dekat sana. Berkat usaha dia aku dan dia dapat survive sampai sekarang. Ayah tiri dan adik tiri aku tak tahu yang Nas buka cawangan kedua dekat Paris. Dorang tahu dia pergi just untuk study."

Tiba-tiba dia menoleh ke arah aku dengan senyuman kecil. Aku Cuma diam. Menanti butir bicara dia yang seterusnya.

" Kau ingat kan kenapa kau fobia air?"

Aku angguk.

" Ya. Aku ditolak oleh ayah tiri aku. Masa tu aku seorang diri. Pergi situ sebab nak tahu apa yang ayah tiri aku buat dekat situ. Sebab aku dapat tahu dari seseorang yang dia ada kerja dekat kawasan tu. So aku ikut. Tapi bila aku sampai aku tak dapat jejak dia. Hilang. Jadi aku pergi la ke arah pantai tu. Jalan-jalan sambil cuba tenangkan diri. Tapi tak sangka, dia tengah perhati aku dari jauh. Aku dah lah tak pandai berenang time tu dah tu terkejut sama bila tiba-tiba belakang aku dipukul dan ditolak kuat ke tengah laut. Aku tak sempat nak buat apa-apa."

" And awak pun hampir lemas tapi mujur saya cepat kan?"

Dia angguk dengan senyuman kecil.

" Terima kasih dekat kau. Sebab kau aku tak putus asa untuk cari kebenaran. Sampailah satu hari aku terjumpa seorang bekas staf dekat syarikat ayah aku. Dia bekas PA mak aku. Dia la yang cerita semuanya dekat aku. Dan bukti pun dia bagi dekat aku. Alhamdulillah. Time tu aku rasa lega sangat bila Allah hantar seseorang ketika aku sangat-sangat buntu nak cari kebenaran."

Dia bangun pula dan berdiri di tepi tingkap. Menghadap suasana pagi yang sunyi sepi.

" Patutlah dia berubah seratus peratus bila syarikat muflis. Rupanya dia kahwin dengan mak hanya sebab harta. Yang buatkan dia lagi mengamuk bila harta yang mak wasiatkan tu tak ada satu sen pun untuk dia dan anak dia tu. Semuanya dekat aku dan Nas. Dan dia baik dengan Nas sebab hampir 60 peratus harta tu diberikan pada Nas. Aku pula dapat selebihnya. That's why dia jadi macam tu. Aku langsung tak terasa bila mak lebihkan Nas sebab aku percaya Nas boleh uruskan hal syarikat. Buktinya kau tengoklah sekarang. Dia lebih berjaya dan dikenali dari aku. Haha."

Aku tersenyum sipi. Sempat lagi dia gurau.

" Dia tak sedar dia juga yang punca syarikat muflis. Sebab dia sanggup gelapkan wang syarikat yang selama ini mak ayah aku usahakan. Dia memang kejam. Bila aku dapat tahu tu aku memang sakit hati bagai nak gila. Nas tak tahu. Dan aku tak cakap dekat dia. Aku tak nak dia tahu apa yang aku dah alami. Aku nak dia fokus dekat apa yang dia tengah buat sekarang."

" Maksud awak sampai sekarang ke dia tak tahu? Dia just tahu awak accident sebab ayah tiri awak. Kan?"

Bila dia mengangguk aku jadi terkedu. Rupanya banyak yang Nas tak tahu. Aku jamin bila Nas tahu mesti dia akan rasa kesal dan kecewa seumur hidup kerana tak dapat lindungi adik kembar dia.

" Kawan baik ayah aku pun aku suruh dia jangan suarakan hal ni dekat Nas. Aku nak dia tahu dari mulut aku sendiri satu hari nanti. Kes kau kena tikam pun dia tak tahu sebab apa. Aku Cuma beritahu dia yang kau kemalangan. Tu je. Tapi dia tahu ayah tiri kami kena tangkap. Cuma fasal adik tiri dia tu, dia sendiri tak tahu. Aku rasa kalau dia tahu mesti dia akan simpan dendam."

Aku tersentak. Tajam aku merenung belakang Naim.

" Kenapa?"

" Kau tengok je dia macam tu Alisha. Tapi sebenarnya dia jenis pendendam juga. If ada benda yang terjadi belakang dia dan melibatkan hal peribadi dia or hal orang yang dia sayang, dia akan betul-betul ambil peduli dan dia boleh buat orang yang dia percaya tu menyesal seumur hidup kalau orang tu tikam belakang dia. kau nampak je dia lembut, baik tapi hati dia tiada sesiapa pun yang tahu. Kira aku ni baik sikit la dari dia."

Aku tergelak kecil. Baiklah sangat.

" Then lepas kes awak dah tahu tu apa jadi?"

Dia menghembus nafas perlahan.

" Aku berdepan dengan dia. Tapi susah nak jumpa dia. Dia selalu menghilang. Tak lekat langsung dekat rumah. Bila balik je mesti mabuk-mabuk. Aku sampai fed up. Sampailah satu hari tu aku nampak dia balik tapi tak mabuk. Aku soal dia dan minta dia jawab. Gaduh jugalah. Bila dia mengaku tu. Hanya Allah je tahu betapa remuknya hati aku ni kau tau? Sebab aku dah tak tahan aku pun keluar la guna kereta aku tu. Tapi tak sangka, dia khianat aku. Nak bunuh aku dalam diam. Mujur umur aku masih panjang lagi. Alhamdulillah."

Dia berhadapan dengan aku semula. Bibirnya menarik senyuman pahit. Matanya tak lekang memandang ke arahku. Aku Cuma diam. Rasa simpati meluak-luak. Ya Allah. Betapa besarnya dugaan yang awak kena tempuhi Naim. Kalau saya jadi awak belum tentu saya kuat dan bertahan sehingga sekarang.

" Itu je la cerita aku. The end. Ada lagi yang kau nak tahu?"

" Ermmm. Rumah apartment awak tu?"

" Oh. Rumah tu memang dah lama dah si Nas tu beli. Lepas kes aku accident tu kan dia ada balik sini. Masa tu la dia beli. Dia kata kalau dia balik sini dia tak tahu nak stay mana. Dan dia takkan sesekali ajak aku stay dekat rumah lama kami. Sebab rumah tu penuh dengan kenangan pahit dan manis. So dia ambil keputusan untuk beli satu rumah khas untuk kami berdua. Tapi aku pelik kenapa dia beli satu tingkat lima lagi satu tingkat 3. Tu aku tak faham."

Dia buat muka blur. Aku pula yang ketawa tengok reaksi dia.

" Ala awak ni. Dia pun perlukan privacy. Even dia abang kembar awak. Dia pun ada life juga. So dia saja la beli jarak sikit." Aku buat andaian aku sendiri.

Giliran dia pula yang tertawa.

" Yela tu. Okay dah. Cukuplah untuk malam ni. Now time to sleep. Pejam mata. Aku takkan tidur selagi kau tak tidur. Faham?"

Aku tersengih bila dia beri amaran. Dia mendekat dan tarik selimut sehingga menutupi dadaku. Kemudian dia tarik senyuman kecil buatku.

" Terima kasih Alisha sebab sentiasa ada dengan aku. Aku sayang kau."

Aku turut tersenyum dan mula memejamkan mata. Aku pun sayang kau.

**

Aku buka mulut luas-luas bila dia nak suap buah. Bila dah masuk ke dalam mulut tu hanya Allah je tahu rasa nikmat tu macam mana. Haha. Over pula kau ni Qis.

" Doktor cakap petang ni kau dah boleh balik."

Aku mula tarik senyuman lebar.

" Yeayy. Good. Cukuplah 3 hari saya duduk sini. Bosan tau tak?"

Dia tergeleng kepala dengan keletah kanak-kanak riang aku ni.

" Kalau tak nak masuk hospital buat kali ketiga, tolong jaga diri baik-baik ye. Bagi luka tu sembuh dulu baru nak buat kerja berat. Faham?"

" Aip bos! Faham!"

Akhirnya aku tergelak juga bila tengok reaksi geram dia tu. Dia serius aku pula main-main. Kahkah.

" Alisha. Boleh janji dengan aku satu benda?"

" Apa tu?"

Dia hentikan kerjanya mengemas dan pandang ke arah aku lembut.

" Janji dengan aku hal semalam antara kita berdua je tahu. Jangan beritahu sesiapa terutama Nas. Hal dia biar aku yang uruskan. Dan janji dengan aku jangan sesekali jauh dari aku."

Aku terdiam. Perlahan-lahan aku membuat anggukan tanda berjanji dengan dia. InsyaAllah.

" Good girl. Sekarang ni kau nak makan apa? Aku nak pergi beli."

" Tak nak la. Tak rasa lapar lagipun."

" Okay. then.."

Dia tarik kerusi dan duduk sebelah aku. Kedua-dua tangannya digenggam dan diletakkan di bawah dagu. Matanya pula teralih pada aku. Aku yang tengok dia dah pelik semacam.

" Dah kenapa pula ni?"

" Saja. Rindu nak tengok wajah kau."

Aku mencebik dan terus tampar lengannya dengan bantal. Dia elak kemudian tertawa kecil.

" Eii. Kedekut. Nak tengok muka dia pun tak bagi."

Dia dah bangun kerusi dan ambil barang.

" Nak pergi mana?"

Dia toleh ke arah aku dengan senyuman nakal. Aku pula dah terdiam. Dah kenapa pulak?

" Why sayang? Rindu dah ke? Tak sempat nak keluar lagi pun."

Aku tepuk dahi. Dia ni kalau tak mengusik tak sah.

" Naim!"

" Hahaha. Nak pergi toilet kejap. Nanti aku datang balik. Tunggu saya ye sayang."

Terus dia berlalu dengan tawa kecilnya itu. Sengaja la tu. Tapi aku juga turut tersenyum. Tak lama lepas tu phone aku pula berbunyi. Aku capai phone dan tengok nama di skrin. Eh? Nombor tak dikenali. Erk. Nak angkat ke tak erk? Angkat je la. Mana tahu penting.

" Helo. Ye?"

Sepi. Aik?

" Helo! Siapa di sana?"

Still lagi sepi. Haih. Dia ni dah melampau. Call tapi tak nak cakap. Apa kes?

" Kalau tak nak cakap baik jangan call!"

Baru je aku nak letak tiba-tiba dengar suara lelaki dari corong telefon.

" Kau."

Erk. Kenapa dengar macam seram je ni.

" Aku akan cari kau sampai jumpa. Kau jangan ingat kau dah terlepas. Aku akan buat kau hidup merana. Kau tunggu!"

Aku dah mula rasa tak sedap hati. Dia ni siapa? Tiba-tiba cakap macam ni.

" Kau siapa? Tolong jangan main-main erk. Ingat sikit yang aku dah rakam perbualan kita ni. ingat aku takut? Jangan ingat tak berani nak lapor polis? Kau tu siapa nak ugut-ugut aku!"

Entah dari mana datangnya keberanian aku untuk menjawab lelaki dekat telefon ni.

" Tak guna!"

" Yes! Aku memang tak guna. So what? Hey! Nak kacau orang bukan aku! Carilah mangsa yang lebih senang termakan kata-kata kau tu."

Terdengar juga rengusan kasar dia. Maybe dah geram sangat dekat aku. Biar padan dengan muka dia.

" Kau jangan ingat kau ada Naim kau selamat wahai Balqis. Ingat ye yang aku akan cari kau sampai jumpa. Nyawa kau terletak di tangan aku. Dan aku rasa kau dah tahu siapa aku kan? Hahahaha!"

Kecut terus perut aku. Tangan pula dah mula menggeletar. Ni adik tiri Naim! Ya Allah!

" So betullah kau memang terkejut. Dah tak jawab soalan aku. Haha! Aku takkan lepaskan korang. Sebab korang ayah aku masuk penjara. So kau ingat senang lenang je aku nak lepaskan korang. No!"

Aku terteguk air liur. Tapi aku cuba cari kekuatan yang masih ada.

" Dah habis cakap? Dah habis ugut? Ingat ye encik. Nyawa aku bukan di tangan kau tapi di tangan Allah! Kau ingat kau tu Tuhan ke? And one more thing. Ohh tak rasa bersalah langsung ke bila tengok ayah kau tikam orang? Memang patutlah digelar penjenayah dekat korang berdua ni. tak sedar diri lagi! Bawa la insaf. Penat la hadap orang macam korang ni."

" Hoi!! Aku tak kira. Kau kena tunggu. Tunggu sampai aku datang. Masa tu baru kau akan tau apa yang kau cakap tu menjadi atau fake semata-mata!"

Tak sempat aku nak cakap lagi, panggilan terputus. Aku gigit bibir. Aku mendecit geram. Tak guna!!

" Alisha."

Tersentak aku bila dengar namaku dipanggil. Bila aku toleh ke kanan, aku dapat tangkap renungan tajam seorang insan yang bernama Naim itu. Aku Cuma kaku dan tunduk tengok phone. Alamak. Kantoi ke?

" Siapa call kau tadi?"

Arh! Dia dengar la ni?

" Nothing. Biasalah kawan mengamuk manja."

Apa benda siak mengamuk manja. Kau ni pun satu la Balqis!

" Kau angkat nombor yang kau tak save kan tadi? Dan kau sebenarnya tengah simpan perasaan kan? Kau sebenarnya tengah takut kan?"

Aku rasa aku makin mengecil bila depan Naim ni. Dia punya soalan dan tekaan tu memang padu. Kenapa tak dia ni jadi polis. Senang sikit.

" Mana ada."

Aku sedaya upaya nafikan hal tu. Naim tu boleh baca fikiran orang ke? Semua benda dia boleh tau even aku tak buka mulut.

" Alishaa..."

Suara dia dah meleret. Minta penjelasan.

" Ye. Tak tahu siapa. Silap nombor kot."

Dia serius. Dia mendekati aku dan ambil phone dari peganganku. Serius je muka dia. takut pula aku.

" Kau tipu. Kau sedar tak ini nombor yang sama call kau pagi-pagi buta sebelum ni. dah lupa ke?"

Aku terlopong. What? So pada malam tersebut si budak tak guna tu yang call! Shit!

" Baik kau cakap dekat aku apa yang dia hasut kau."

" Naim. Saya.."

" Alisha. Please!"

Aku mengeluh kecil.

" Fine."

So aku cerita dekat dia dari A sampai Z. Dia Cuma diam dan kadang-kadang aku nampak rahangnya bergerak. Aku tahu dia sangat bengang saat ini.

" Kan aku dah kata. Alisha. Please. Lain kali kalau nombor tak kenal jangan jawab. Aku yakin sekarang ni dia mesti tengah lakukan sesuatu untuk dapatkan kita. Arh!"

Aku rasa serba salah buat Naim macam ni. Oh God!

" Saya minta maaf. Saya tak sengaja."

" Hmmm. Yela. Yang penting dia selamat."

Aku tersenyum mengiakan kata-katanya itu.

" Dahlah. Kau rehat. jangan fikir sangat fasal tadi. Tahulah apa yang aku nak buat nanti.

" Jangan cederakan diri. Please." Tu je pesanan aku buat masa sekarang. Haha.

" InsyaAllah. Aku balik dulu. Nanti aku datang balik. Ingat jangan buat bukan-bukan."

Aku tersengih dan mengangguk perlahan. Bila dia dah yakin barulah dia keluar. Aku pula kembali muram. What should I do? Arh! Jangan give up. Kau boleh Alisha. Kau boleh!

" One more!"

Terkejut aku bila dia kembali muncul. Dengan muka seriusnya tu lagi. Hampeh punya Naim!

" Selalu ingat dan rindu aku tau. Muah! Bye!"

Erk.

One.

Two.

Three.

" Hahaha."

Sorry. Aku tak dapat tahan diri dari tergelak. Hehe. Alahai. Naim Naim. Jangan risau. Aku selalu rindu dan risaukan kau.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro