💐20

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Raisya terpegun melihat betapa besarnya villa di hadapan dia kini. Lebih besar dari rumah mereka.

"Assalamualaikum Sya, bos"

Sapa Mark dan Jay. Ternganga mulut Raisya melihat dua manusia itu. Tergugut iman dia. Hampir saja cair. Tak berkelip mata Raisya melihat Mark dan Jay.

"Amboi Puan tenung anak teruna dua orang macam nak tembus. Lupa ke encik suami awak ni"

Suara Shawn memecahkan angan Raisya. Dia tersenyum malu. Mark dan Jay hanya tersengih saja. Danny hanya memerhati saja. Dalam hati terbit juga rasa cemburu melihat isterinya merenung dua makluk itu.

"Hahaha segan ke?"

Usik Shawn lagi. Kali ini dia memeluk bahu Mark. Jay pula dia hanya senyum saja. Dia menanggalkan kaca matanya. Raisya terkedu melihat wajah Shawn.

'Dia lagi cantik dari aku? Kenapa muka dia macam perempuan?'

Danny yang ternampak isterinya merenung Shawn tak berkelip pantas berdehem kuat. Shawn sudah menyembunyikan senyuman dia.

"Tenung macam nak makan"

Komen Danny. Cemburu dia cuba dikawal. Sudahlah anak buah dia ramai. Nanti tak pasal-pasal jadi topik hangat.

"Tak saya terkejut tengok muka Shawn"

Jujur Raisya tanpa berselindung. Danny mengerutkan dahinya. Terkejut? Tersangat pelik. Tetapi Mark dan Jay sudah menahan gelak.

"Kenapa? Saya kacak sangat ke?"

Shawn sudah mula perasan. Danny mencebik menyampah. Shawn kalau tak perasan tak sah. Pantas saja Raisya mengeleng. Dahi Shawn sudah berkerut.

"Tak kan--"

Belum habis Shawn berkata suara Raisya mencelah dulu.

"Bukan. Muka awak Shawn. Macam perempuan. Cantik sangat. Kalah saya. Awak betul ke lelaki? Jelesnya saya dengan awak"

Kata-kata Raisya mengundang ketawa daripada mereka semua termaksud lah Danny. Berair mata mereka mengelakkan Shawn. Shawn sudah menarik muka.

"Saya lelakilah"

Tegas Shawn. Raisya sudah pelik. Habis tu kenapa muka macam perempuan sangat.

"Sya kalau awak nak tahu Shawn memang muka macam girl sikit tapi hati dia keras macam batu. Baik awak minta maaf sekarang. Shawn kalau merajuk teruk"

Mark menepuk bahu Shawn. Selepas itu dia ketawa perlahan. Raisya sudah serba salah.

"Maafkan saya Shawn. Tak bermaksud nak kata awak perempuam. Saya--"

"Takpe saya maafkan. Dah biasa kena macam ni. Kalau saya tak maafkan habislah saya. Tak bernyawalah jawabnya"

Shawn menjeling Danny. Jay sudah tersengih. Tahu takut. Ingatkan berani sangat.

"Maksud awak?"

"Tak payah tahu sayang. Jom kita masuk dalam. Abang penatlah"

Danny memeluk pinggang Raisya erat. Gadis itu seperti terkaku mendengar panggilan Danny.

"Jom sayang"

Raisya hanya mengikut jejak langkah Danny. Dia masih lagi blur dan keliru. Danny ni okey tak?

"Bos tu dah angau ke apa? Bersayang dan berabang dengan Sya"

Mark memuncung mulutnya. Buang tabiat ke apa si Danny tu? Tak pernah bersweet-sweet pun selama ni. Hari ini tiba-tiba pula.

"Biarlah. Bagus apa bos macam tu dari dia cool dan beku macam selalu. Aku nak ajak gurau fikir 10 kali"

Celah Shawn. Dia merenggangkan badan dia. Penat memandu. Budak-budak lain semua dah pergi ke belakang.

"Korang bawa masuk bagasi bos. Aku nak ke bilik. Nak tidur. Kalau siapa-siapa cari aku kata aku kat bilik"

Mark dan Jay dibiarkan begitu saja. Shawn masuk ke dalam rumah. Mark dan Jay mengeluh. Terpaksalah mereka membawa masuk bagasi-bagasi milik bos mereka itu.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro