💐21

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Bos ada masalah"

Mark menyerbu masuk ke bilik kerja Danny di tingkat atas. Danny yang ketika itu menghadap macbook terkejut. Membulat mata dia memandang Mark yang nampak termengah-mengah itu.

"Apa? Aku tak dengar?"

Danny menyoal. Dia tak dengar pun apa yang dikatakan oleh Mark. Terlalu fokus dengan kerjanya. Apabila nafas semakin stabil Mark memandang memandang bosnya.

"Joshua rancang nak sabotaj bos esok di Zhou Company"

Kata Mark satu nafas. Danny sudah mengetap gigi menahan geram. Muka dia terus berubah dingin yang amat.

"Mana kau tahu?"

Soal Danny keras. Macbook ditutup kasar sehingga menghasilkan bunyi yang kuat. Mark sudah berpeluh. Mampus! Bos dah mengamuk desis hatinya.

"Budak-budak kita terdengar perbualan Joshua dengan budak-budaknya"

Mark memandang tegak wajah tegang Danny. Bosnya itu memandang dia dengan pandangan membunuh. Naik buku roma Mark dibuatnya.

Jay merempuh masuk ke bilik bosnya bersama Shawn. Di tangan Shawn ada laptop dan terus dia menuju ke arah Danny.

"Aku dah dapat. Ini semua rancangan Shawn setakat ini. Selebihnya rahsia. Aku tak boleh masuk dalam sistem dia"

Terang Shawn yang memang pandai dalam menggodam sistem maklumat peribadi musuh mereka. Laptop itu ditarik kasar dan Danny melihat satu persatu.

BAM!

Terhenjut bahu mereka bertiga. Jay sudah menggigil. Shawn pula sudah mahu pengsan. Hanya Mark saja beriak biasa. Danny memandang mereka bertiga dengan pandangan membunuh.

"Macam mana idea dia boleh sama dengan aku! Shawn! Bukan kau sepatutnya jaga sistem aku! Macam mana boleh terlepas. 100% sama dengan aku punya!"

Danny mengamuk. Rahang dia bergerak menahan amarah. Shawn hampir menutup mata apabila dijerkah. Salah dia juga. Careless sampai musuh boleh tahu mereka punya sistem.

"Maaf bos. Orang yang ceroboh maklumat kita orang kanan Joshua. Wu yang sebar virus ke dalam sistem kita. Aku baru dapat kesan tadi"

Shawn menjelaskan perkara itu. Hampir saja dia mahu pengsan dengan pandangan membunuh Danny. Huawaa! Gila!

"Back off! Kau Shawn kuatkan sistem kita. Jangan sampai terjadi lagi sekali. Kalau tidak kau aku bunuh!"

Shawn pantas mengangguk. Kata-kata Danny bukan boleh buat main. Kalau terkeluar devil dia habis semua mengeletar lutut.

"Baik bos"

Shawn menunduk hormat. Danny hanya menjeling sekilas. Shawn ambil laptop dia dan terus keluar. Nak tercabut jantung dia!

"Kau berdua pastikan Wu menghadap aku! Cari dia sampai dapat! Guna macam mana pun cara dia. Aku nak dia hidup-hidup!"

Arah Danny keras. Jay dan Mark angguk. Jay sudah mengeletar badan. Lembik!

"Baik bos"

Mereka berundur dan terus keluar dari bilik itu. Macam dekat peperangan! Tegang dan panas! Danny meraup wajahnya. Rambutnya diramas kasar.

"Shit! Kau Josh! Kau main kotor! Heh kau guna cara macam tu aku akan follow kau punya game. Kita tengok siapa yang tersungkur! Kau atau aku?"

Danny tersenyum sinis. Dia menatap macbooknya. Akal dia mula berfungsi. Joshua dan Danny bermusuh sejak dahulu lagi. Joshua tidak dapat menumpaskan Danny kerana pengaruh dia yang kuat.


__________

Update from me! 😄

Hai guys! I'm back! Just for this time 😔

Huhu nak ckp Author akn hiatus tak lama lgi. So update tu bila author ada masa. Klu boleh nk abiskan terus story ni

So gusy support me! I'm begging 😔

Mmg nmpak mcm minta kaki tapi author terpaksa!

Kalu korang support terus story ni I feel more happy utk update hoho 😂

#nkmakanpenamparkirikanan

#terbatakpulak

#authorkejam

#imcrazyhoho

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro