BAB 28

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng


Selesai sahaja solat dan mandi, Aira terus sahaja turun untuk membantu mamanya menyediakan sarapan di dapur. Nampaknya makanan sudah terhidang di atas meja. Aira pun terus sahaja menuju ke dapur untuk melihat mamanya.

"Morning mama... " sapa Aira sambil memeluk Puan Amina

"Morning juga princess mama, awal Aira bangun tak penat ke semalam. Haufan mana?" soal Puan Amina

"Penat juga mama.. Ni mama nak masak apa lagi? "Soal Aira pula

"Mama ingat nak buat mushroom soup dengan garlic bread, tapi dah alang-alang Aira ada ni, biar professional je la masak" ucap mama sambil tergelak kecil

"Ehh mama ni.... Masakan mama pun sedap apa, meh Aira masakkan mama pergi la panggil diorang turun makan" Aira pun segera mengambil alih dapur.

Beberapa minit kemudian Aira selesai menyediakan mushroom soup, ketika dia mahu menghidangkan, kelihatan Haufan sedang menuruni anak tangga bersama Azriq. Mereka berdua pun mengambil tempat duduk di meja makan sementara menunggu yang lain turun.

Setelah selesai breakfast, Haufan meminta izin untuk membawa Aira ke rumah keluarganya.

*******************************************

Rumah Keluarga Haufan...

"Menantu mama!! " ucap Puan Afia teruja apabila melihat Haufan dan Aira tiba di rumah mereka. Aira yang berada di sebelah Haufan itu di peluk dengan erat sekali oleh Puan Afia.

"Meh masuk... Papa ada hadiah untuk kamu berdua" ajak Puan Afia. Aira terus sahaja di tarik oleh Puan Afia meninggalkan Haufan keseorangan di luar.

"Ada menantu, anak sendiri dilupakan " ujar Haufan sambil melangkah masuk ke rumahnya.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Apabila Haufan masuk, kelihatan Aira sedang duduk di sebelah mamanya sambil berborak-borak mesra, jelas kelihatan bahawa Aira sudah tidak kekok dengan keluarganya.

"Ma.. Pa mana?" soal Haufan yang melabuhkan punggungnya di kerusi sebelah Aira.

"Ada dalam bilik bacaan dia,kejap lagi papa turun la tu"beritahu Puan Afia. Tidak lama selepas itu, Encik Hanz pun muncul.

"Ada apa papa nak jumpa kitaorang berdua? " soal Haufan

" yé ye (datuk) dengan nǎi nai (nenek) kamu rindu sangat kat kamu... Diorang teringin nak jumpa isteri kamu tapi diorang tak dapat nak datang sini" jelas Encik Hanz

"Diorang harap kamu boleh la datang sana dengan Aira"

"Haufan okay je... " kata-kata Haufan tergantung namun matanya terus melirik ke arah Aira.

"Aaa err saya? Kita nak pergi mana? Jumpa siapa? " soal Aira bertalu-talu

"Macam ni Aira, nenek dengan atok Haufan nak sangat jumpa kamu, jadi diorang harap kamu berdua dapat la jenguk mereka kat sana" Puan Afia terus sahaja menjelaskan kepada Aira.

" Aira ikut je Haufan, kalau dia pergi Aira pergi je"

"Baguslah, jangan risau tak perlu beli tiket kapal terbang, naik je pesawat peribadi keluarga kita"

" Bié wàngle dài shàng nǐ de nánrén yīcì ( jangan lupa bawa anak buah kamu sekali)" pesan Encik Hanz juga kerana sudah pasti ramai musuh mereka yang berada di sana jadi dia mesti memastikan keselamatan anak dan menantunya selamat.

Aira kelihatan sangat bingung kerana tidak faham apa yang di cakapkan oleh bapa mentuanya. Puan Afia yang melihat menantunya kebingungan itu terus sahaja mengajaknya ke dapur untuk menemaninya membancuh air.

"Aira.. Meh ikut mama kita pergi dapur ye" ajak Puan Afia lalu menarik Aira mengikutinya. Sebaik sahaja kelibat isteri dan mamanya hilang terus sahaja Haufan menyoal Encik Hanz dengan serius.

"Pa.. Baik papa terus terang je apa yang     yé ye nak?  Fan tak rasa dia yé ye cuma rindu je" soal Haufan serius. Encik Hanz terus sahaja tergelak

"Hahahah,  pandai eh kamu yé ye kamu tu la nak sangat test cucu menantu dia and dia tau yang kamu hadapi masalah dengan Hadif sekarang ni jadi yé ye nak cuba tolong" beritahu Encik Hanz. Haufan hanya mengangguk kerana dia kenal sangat dengan perangai datuknya yang tegas itu.

Walaupun dia tegas dia mahukan yang terbaik untuk anak-anak dan cucunya. Puan Afia pun pernah menghadapi begitu semasa berkahwin dengan papa dan yé ye nampak sungguh kesungguhan Puan Afia untuk hidup bersama dengan Encik Hanz

" Dah tu ni Haufan nak kena bertolak bila? " soal Haufan

"Kalau boleh esok tengah hari, pastikan orang kanan kamu semua ada" pesan Encik Hanz lagi.

*******************************************

Haufan dan Aira pun dalam perjalanan pulang ke rumah keluarga Aira. Aira hanya termenung memandang luar tingkap sambil mendengar lagu dari radio.

"Awak...  Bila kita nak jumpa datuk dengan nenek awak? "  soal Aira

"Esok" seperti biasa pernyataan Aira hanya di balas sepatah sahaja dari Haufan. Aira yang tidak berpuas hati terus sahaja menanyakan soalan lagi kepada Haufan.

" pagi ke?  Datuk dengan nenek awak duduk dekat daerah mana? "

"Tengah hari... Guangzhou "  Aira hanya mengeluh perlahan dengan jawapan Haufan. Dia cuba untuk berbual dengan Haufan namun lelaki itu seperti tidak mahu melayannya.

"Emm tadi papa cakap apa?  Saya tak faham" soal Aira yang masih tidak berputus asa.

"Kau betul-betul nak tau ke? " soal Haufan kembali dengan senyuman sinis. Aira mengangguk sambil memandang Haufan.

"Papa cakap nak cucu"  ujar Haufan selamba. Aira yang mendengar kata-kata Haufan itu terus tersedak.

"Cu-cu!  Aaa- awak tipu!!  Tadi papa cakap panjang kot " bantah Aira

"Heh! Betul la papa cakap nak cucu... Kalau tak percaya call la papa" ujar Haufan berani. aira terus sahaja mendiamkan diri, dia tidak berani berkata apa-apa.

"Diam dah?  Tadi bukan main banyak mulutnya" perli Haufan. Aira hanya mengabaikan Haufan dan berpura-pura bermain telefonnya.

"Jangan risau ye sayang, aku tuntut hak aku kat sana nanti, lagipun rumah yé ye aku besar banyak bilik" ujar Haufan dengan riak muka yang sukar di tafsir. Aira sudah menelan air liur kesat, habislah dia.

"Mati la aku!! " jerit Aira di dalam hatinya.

*******************************************

Markas Black Blood....

"Guys!!!  Kita kena pack barang cepat-cepat" jerit Kevin tiba-tiba

"Huh?  Asal tiba-tiba je, pindah markas baru ke? " soal Nathan yang sedang sedap terlentang di sofa.

"Kita kena ikut Haufan pergi Guangzhou" beritahu Rizqin yang sibuk sentiasa sibuk dengan laptopnya.

"Kenapa?  Ada masalah ke kat sana?  Bukan ke Nathan dah settle kan masalah markas kat sana? "  soal Ayan sambil memandang Nathan

"Ehh pandang aku asal?  Aku dah settle eh markas kat sana"  dalih Nathan

"Bukan!!  yé ye Haufan nak jumpa kita and Aira sekali"  beritahu Kevin serius, sekiranya perkara tersebut melibatkan datuk Haufan pasti ia sesuatu yang penting.

Bukannya mereka tidak mengenali yé ye Haufan. Tengok muka sahaja sudah menyeramkan tiada siapa berani membantah kata-kata orang tua itu. Oleh sebab itu dia sememangnya layak menjadi ketua mafia yang di geruni suatu ketika dahulu.

"Pastikan senjata kita lengkap Ayan...  Bawa mana yang penting " pesan Rizqin pula kerana Ayan yang bertanggungjawab menyediakan senjata tersebut.

"Jangan lupa sediakan pesawat peribadi kita esok, kita bertolak tengah hari"  kesemua mereka pun segera mengemas barang keperluan yang di perlukan.

🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼

Maaf sedikit hambar😣

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro