BAB 29

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼

Keluarga Aira dah Haufan menghantar mereka ke tempat terletaknya pesawat peribadi milik keluarga Haufan. Pemandu pesawat tersebut merupakan orang kepercayaan Encik Hanz sendiri yang sememangnya mempunyai lesen mengendalikan kapal terbang dan pesawat.

Aira pelik dan sangsi kerana kawan-kawan Haufan juga mengikuti mereka untuk berjumpa dengan datuk dan nenek Haufan. Namun perasaan itu cuba di tepis oleh Aira.

"Adik jaga diri tau kat sana, dengar cakap Haufan dan jangan keluar sorang-sorang" pesan Azriq

"Ye along... Adik jaga diri kat sana along jangan la risau. Along tengok-tengokkan mama papa tau" pesan Aira pula

"Jangan lupa bawak awek cina seorang untuk angah HAHAHAAH"  ujar Aryan sambil gelas besar sehingga kesemua mereka memandang pelik ke arahnya.

"Hihihi sorry" Aryan segera meminta maaf kerana malu.  Azeen hanya memeluk Aira dan berpesan supaya jaga diri di sana. Kemudian Aqil hanya memandang Aira dengan sengihan

"Kakak jangan lupa belikan buah tangan untuk Aqil" ujar Aqil tanpa segan silu. Aira hanya tersenyum dengan permintaan Aqil kemudian dia terus sahaja menyalami tangan mama papanya serta keluarga mentuanya.

"Dah sampai sana jangan lupa beritahu kami" pesan Dato Rizqi.

Mereka semua pun menaiki pesawat tersebut agar dapat segera sampai ke Guangzhou. Perjalanan dari Malaysia ke Guangzhou hanya memakan masa 4jam sahaja. Perbezaan masa antara Malaysia dan Guangzhou tidak banyak beza.

Oleh itu, sekiranya mereka bertolak pukul 1 tengah hari maka mereka akan di jangka tiba di Guangzhou pada jam 6 petang. Guangzhou merupakan bandar yang paling cantik di china serta merupakan tempat yang ramai orang akan berkunjung kerana terdapatnya pasar borong.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Di dalam pesawat...

Aira sedang duduk bersama-sama dengan tiga orang lelaki. Dia berasa sungguh kekok kerana dia sahaja perempuan dan dia tidak nampak kelibat Haufan daripada tadi. Namun tiba-tiba Nathan menegur Aira.

"Kekok ye?  Kejap lagi datang la husband you tu, dia tengah simpan barang btw i Nathan"  ucap Nathan dengan gedik sambil memperkenalkan dirinya kepada Aira. Aira hanya senyum ke arah Nathan.

"Nathan pun geng kitaorang juga Aira, jadi awak jangan risau okay! " ucap Kevin sambil mengenyitkan matanya ke arah Aira.

"Baik lah" ujar Aira sambil tergelak kecil, dia sememangnya berasa selesa dengan Kevin.

"Umur you berapa ye Aira?  I guess you muda lagi kan? "  soal Nathan yang ingin tahu.

"Umur saya 21 and saya dah kerja"

"Wau muda lagi you-

" tak payah nak ber i - you sangat lah geli aku mendengarnya"perli Ayan kerana menyampah dengan Nathan

"Alah kau ni chill la, saja je nak bergurau dengan wife Haufan je pun. Haa yelahh, sorry ye Aira"  ucap Nathan yang berasa jengkel dengan Ayan.

"Takpe... Saya okay je! "  Aira segera menidakkan agar Nathan tidak rasa tersinggung.

"Patutlah Haufan suka, baik orangnya" bisik Nathan.

"Hah apa?  Saya tak dengar? " soal Aira kerana tidak dengar apa yang di katakan oleh Nathan. Nathan hanya menggeleng sahaja. Rizqin yang malas ingin melayan terus sahaja melelapkan matanya di kerusi bersebelahan Ayan.

Haufan pun tiba di ruangngan di mana isteri dan rakan-rakannya berada setelah selesai mengemas barang dan senjatanya. Dia melihat Aira begitu seronok bergelak tawa bersama rakan-rakannya itu menimbulkan rasa cemburu di hatinya.

Tanpa buang masa, Haufan terus sahaja melangkah ke arah mereka berempat. "Seronok nampak? " sapa Haufan dengan dingin sehingga mereka yang sedang bergelak tawa itu terdiam.

"Hei bro! " sapa Nathan namun sapaannya hanya di pandang sepi oleh Haufan.

"Kau ikut aku masuk bilik rehat" arah Haufan kepada Aira lalu terus sahaja melangkah menuju ke bilik rehat khas yang terdapat di dalam pesawat itu. Aira pun segera mengikuti Haufan.

"Dah kenapa dengan Haufan tu?  Datang bulan ke apa "  soal Nathan

"Jealous la tu"  balas Kevin sambil mengangkat kedua-dua bahunya.

*******************************************

Bilik rehat...

"Ada apa awak panggil saya? "  soal Aira sebaik sahaja dia tiba di bilik rehat itu.

"Saja"  balas Haufan bersahaja. Aira yang mendengar jawapan Haufan itu berasa sungguh geram tapi dia cuba untuk mengawal emosinya.

"Kalau tak de apa-apa saya keluar dulu la" Aira pun ingin melangkah keluar dari bilik tersebut namun lengan di tarik oleh Haufan sehingga dia terjatuh di atas katil di dalam bilik tersebut. Tubuh Haufan menindih tubuhnya.

" errr saya nak keluar... " ucap Aira perlahan namun Haufan hanya merenungnya sahaja. Haufan pun mendekatkan mukanya dengan Aira, jarak antara muka hanya beberapa inchi sahaja. Aira yang berasa nervous itu terus sahaja memejamkan kedua-dua belah matanya.

Bibir Haufan hampir sahaja menyentuh bibir Aira namun tiba-tiba sahaja pintu bilik rehat itu terbuka dan kelihatan Kevin jatuh di tindih oleh Nathan dan Ayan. Nampak gayanya mereka bertiga sedang cuba curi-curi dengar perbualan antara Haufan dan Aira.

Aira yang terkejut itu terus sahaja menolak dada Haufan agar menjauhi dirinya. Aira pun segera berdiri dan membetulkan rambut dan pakaiannya. Haufan hanya memandang tajam ke arah mereka bertiga.

"Hihi kitaorang cuma... " kata-kata Kevin tergantung kerana cuba memikirkan alasan yang sesuai agar tidak di kerjakan oleh Haufan.

"Haa nak ambik selimut ni... Kesian Rizqin tertidur kat kerusi kan" jawab Ayan sambil memandang ke arah Nathan dan Kevin agar mereka setuju.

"Aaa ye betul-betul" ucao mereka berdua serentak. Kevin pun segera mencapai selimut yang berada di atas katil itu.

"Baik korang  keluar sekarang !" arah Haufan dengan tegas, lalu mereka bertiga pun segera keluar dari bilik rehat tersebut. Keadaan di dalam bilik rehat tersebut menjadi kekok sekali, Aira hanya berdiri tegak di sebelah katil.

Perlahan-lahan Aira mengorak langkah untuk keluar dari bilik tersebut namun Haufan memanggilnya.

"Aku tak suruh kau keluar... Kau teman aku tidur"  Haufan pun segera menanggalkan bajunya lalu berbaring di atas katil tersebut.

"Hah?  Teman awak tidur?  Tapi-

"No excuse! Kau baring sebelah aku" arah Haufan lagi. Aira dengan terpaksa melangkah menuju ke katil lalu berbaring di sebelah Haufan. Namun tubuhnya kaku sahaja kerana berasa tidak selesa tidur sekatil dengan Haufan.

Tiba-tiba dia rasa ada tangan yang melingkar di pinggangnya. Ternyata Haufan sedang memeluknya. Aira yang terkejut itu cuba untuk merungkaikan lingkaran tangan Haufan dari pinggannya namun Haufan mengetatkan lagi pelukkannya.

"Duduk diam-diam... Aku nak tidur"  bisik Haufan di telinga Aira. Beberapa minit kemudian kedengaran dengkuran halus daripada Haufan.

"Dah tidur " bisik Aira perlahan. Mata Aira juga semakin memberat lalu dia pun terlena bersama-sama dengan Haufan tanpa dia sedar.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Di Luar Bilik...

"Ni semua idea kau la ni... Nasib baik Haufan tak mengamuk"  marah Ayan kepada Kevin

"Eleh...  Tapi korang juga setuju kan jadi bukan salah aku je" Kevin cuba untuk membela dirinya

"Alaa rilek tak de apa-apa la, tapi kau nampak tak tadi  sikit je lagi Haufan tu nak kiss Aira tu. Kalau pintu tu tak terbuka mesti diorang dah-" kata-kata Nathan dipotong oleh Kevin

"Haa otak kau jangan nak kotor sangat eh" marah Kevin. Nathan hanya tersengih tidak bersalah lalu mereka pun duduk di kerusi masing-masing. Nampaknya lagi beberapa jam sahaja mereka akan tiba di kota Guangzhou.

🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼

Dekat media atas tu author ada letak gambar bandar Guangzhou. Cantik sangat! Author cuma tulis pasal Guangzhou ni berdasarkan pengalaman dan review orang dari youtube kalau ada apa-apa yang salah harap maaf ye 😅

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro