BAB 37

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng


🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼

Selesai sahaja Luqman dan Haq membawa wanita-wanita gedik itu menonton wayang mereka mengajak wanita itu untuk singgah di rumah mereka kononnya mahu mengenali mereka dengan lebih rapat padahal mereka sudah pun termasuk ke dalam kandang harimau.

Sally dan Elly tidak melepaskan peluang, mereka juga berniat ingin memerangkap Luqman dan Haq agar tidur dengan mereka.

"Boleh juga you! " ujar Sally gedik sambil memaut lengan Haq. Haq pun terpaksa melayan karenah si Sally yang asyik ingin melekat dengannya sahaja.

"Jom kita pergi kat kereta i, rasanya Luq dah ada kat sana tu" ajak Haq. Sally dan Elly terus sahaja mengikuti langkah Haq dengan terkedek-kedek.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Kelihatan Luqman sedang menanti mereka bertiga di parking basement sambil memegang air coffee yang di tangannya. Elly yang melihat kelibat Luqman itu terus sahaja berlari lalu memeluk dengan Luqman.

"Lamanya you pergi tandas! I rindu! " ujar Elly gedik. Haq yang melihat itu cuba untuk mengawal reaksi mukanya. Sungguh dia tidak sanggup untuk menghadap kegedikan mereka untuk menjayakan apa yang di suruh oleh bossnya mereka.

"I pergi beli air jap, nah untuk you and ni untuk kawan you" Luqman pun terpaksa pura-pura senang melihat kehadiran Elly itu sambil menghulurkan cawan kopi tersebut.

Mereka pun mengambil minuman tersebut lalu terus masuk ke dalam kereta BMW milik Haq. Sejurus sahaja mereka masuk terus sahaja Haq memberi isyarat kau dah masukkan benda tu ke belum? kepada Luqman. Luqman hanya mengangguk sambil membuat simbol okay.

*******************************************

Aira Side...

Aira sedang bermundar-mandir di ruang tamu menunggu kepulangan Haufan. Jam sudah menunjukkan pukul 7.30 namun kelibat kereta Haufan masih tidak kelihatan. Tiba-tiba sahaja hatinya berasa tidak keruan tambahan pula dia teringat akan cerita yang di ceritakan oleh Falia semasa di cafe tadi.

Di dalam otaknya sudah berfikiran bukan-bukan memikirkan mengapa Haufan masih tidak pulang-pulang.

"Hish kenapa dia tak balik-balik lagi?! Takkan la banyak kerja? Dah tu kenapa perlu tak call aku?! " omel Aira seorang diri.

"Patut ke aku call dia eh? Tapi nanti apa pula dia cakap eiii" bebel Aira sambil berperang dengan otaknya sendiri.

Tiba-tiba telefon nya berdering menandakan adanya panggilan masuk, Aira pun segera mencapai telefonnya yang berada di atas meja kopi. Tertera nama singa garang 🦁 iaitu Haufan yang sedang menelefon Aira.

Singa Garang 🦁
Assalamualaikum

Aira
Waalaikumussalam

Singa Garang 🦁
Aku balik lambat sikit hari ni, ada kerja banyak tak settle lagi jadi kau tak perlu la tunggu aku balik.

Aira hanya mendiamkan diri sahaja mendengar kata-kata Haufan itu. Aira cuba berfikiran positif mungkin betul banyak kerja yang perlu di selesaikan oleh Haufan.

Aira
Lambat sangat ke awak balik?

Singa Garang 🦁
Entah, cepat aku settle cepat la aku balik. Kau tidur je tak payah tunggu aku.

Belum sempat Aira ingin menjawab Haufan telah mematikan panggilan telefon terlebih dahulu. Aira terus sahaja mengeluh perlahan.

"Penat je aku masak banyak, ingatkan dia balik. Makan sorang je la jawabnya" ujar Aira perlahan.

*******************************************

(Markas Black Blood)

Jam sudah menunjukkan pukul 8 malam. Haufan sedang duduk di mejanya sambil menunggu kedatangan Luqman dan Haq. Mereka yang lain juga turut berada di dalam bilik tersebut bersama Haufan.

Tidak lama kemudian, Luqman dan Haq pun tiba sambil mengendong perempuan-perempuan itu tadi. Kelihatan mereka tidak sedarkan diri disebabkan oleh penangan ubat tidur yang di beri olehnya.

"Boss!  Maaf lambat perempuan ni macam-macam ajak shopping sana sini" ujar Haq. Sesungguhnya mereka sangat menyampah dan penat melayan karena perempuan pisau cukur itu. Habis duit mereka membeli barangan mahal.

"Its okay... Letak anjing-anjing tak guna dekat situ. Pasal duit korang jangan risau nanti aku bayar triple dari selalu" jelas Haufan. Luqman dan Haq hanya mengikut arahan dan meletakkan perempuan tersebut di atas lantai bilik tersebut.

"Satu lagi... Pastikan korang awasi wife aku selalu. Aku percayakan korang!"pesan Haufan lagi sebelum Luqman dan Haq beredar dari bilik tersebut.

Tugas mereka untuk membawa wanita-wanita tersebut sudah selesai. Kini mereka perlu berhadapan dengan Haufan Hazzan sendiri. Siapa suruh mereka mencari masalah dengan wife boss mereka itulah padahnya.

"Kau nak buat apa sekarang ?" soal Rizqin

"Ikat je anjing tak guna ni, bila diorang sedar panggil aku dekat kandang felix"  beritahu Haufan lalu beredar. Tanpa buang masa Nathan dan Ayan terus sahaja mengangkat dan mengikat mereka di kerusi yang berada di dalam bilik tersebut.

Beberapa minit kemudian Sally dan Elly pun sedar dari tidur mereka yang lama itu. Mereka memandang sekeliling bilik tersebut dan berfikir di manakah mereka. Sally cuba untuk menggerakkan tangan dan kakinya namun tidak boleh ikatan tersebut sungguh kemas dan ketat.

Elly juga tidak dapat melepaskan diri dari ikatan tersebut. Mereka berdua terus sahaja berasa panik dan menjerit meminta tolong. Sudahlah bilik tersebut menyeramkan dan terdapat pelabagai senjata.

Jeritan mereka itu menyebabkan Haufan yang berada di kandang Felix itu merasa geram lalu terus sahaja dia keluar meninggalkan Felix.

"Sabar ye Felix, kejap lagi aku bawa kan kau daging okay!" ujar Haufan sambil mengusap badan harimau jantannya yang bernama Felix itu.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

"Tolong!  Tolong lepaskan kami!! " jerit Sally dan Elly

"Memekak betul la anjing-anjing ni! " marah Haufan yang membuka pintu bilik tersebut dengan kasar diikuti dengan rakan-rakannya yang lain.

Sally dan Elly yang sedang menjerit itu terkejut melihat lima orang jejaka yang kacak tiba-tiba sahaja masuk ke dalam bilik tersebut.

"You!  Tolong kami you! " rayu Sally dengan gedik sambil meliuk-liukkan badannya namun tidak di hiraukan oleh Haufan. Haufan hanya memandang jijik ke arah mereka.

"Kami.. Kami sanggup bayar berapa pun asalkan lepaskan papa kami boleh bayar" ujar Elly pula selepas melihat Sally tidak di layan oleh mereka.

"Kau kenal aku siapa? " soal Haufan sambil mengelap pisaunya. Sally dan Elly hanya menggelengkan kepala mereka.

"Aku Haufan Hazzan" ujar Haufan sambil tersenyum sinis ke arah mereka berdua terasa ada aura gelap menyelubungi bilik tersebut.

"Kau tau kenapa kau ada kat sini? " soal Haufan lagi namun mereka hanya mendiamkan diri kerana berasa gerun melihat senyuman sinis Haufan.

"Asal diam haa!!  Aku tanya ni kan!! " jerit Haufan. "Masa dekat cafe tu pandai pula kau menjawab terjerit-jerit haa! "Ujar Haufan lagi.

"M-macam m-mana awak tau? "  soal Sally gagap yang sudah hilang kegedikannya. Haufan hanya berdecit sinis ke arah Sally.

"Kau cari masalah dengan wife aku kiranya kau cari masalah dengan aku anjing! " Haufan pun segera mendekati Sally sambil memegang pisaunya.

"Mulut ni...  Mulut ni la yang terjerit-jerit dekat wife aku tadi kan" ujar Haufan lalu menghiris tepi bibir Sally. Sally yang tidak tahan akan rasa sakit itu terus sahaja menjerit kesakitan. Dia merayu-rayu agar di lepaskan oleh Haufan. Darah dari bibir Sally sudah pun mengalir sehingga ke atas lantai bilik tersebut.

"Tangan ni pula yang berani jirus air dekat wife aku kan" ujar Haufan lalu mengerat jari-jari tangan Sally sehingga hanya tinggal tapak tangannya sahaja.

"Sakit! " rintih Sally dengan linangan air mata.

🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro