BAB 38

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼

"Kenapa sakit ke? " soal Haufan sinis sahaja. "Ini baru sikit je aku seksa kau" ujar Haufan lagi sambil memotong jari Sally lagi. Elly yang melihat adegan itu hanya mampu memejamkan mata kerana tidak sanggup melihat darah yang membuak-buak keluar itu.

"Maaf... Maaf... " rintih Sally untuk meminta simpati. Rakan Haufan yang lain hanya mampu melihat sahaja, mereka tidak boleh menghalang apa yang di lakukan oleh Haufan.

"Perkataan maaf tu sepatutnya kau cakap dekat wife aku!!!! " jerit Haufan lalu menikam perut Sally berkali-kali. Dia tidak kisah darah Sally itu terpercik ke arah pakaian kerjanya.

"Arghhhh! " darah pun keluar dari mulutnya Sally. Sally sudah pun berada dalam keadaan nyawa-nyawa ikan itu dibiarkan sahaja oleh Haufan. Kemudian dia mendekati Elly yang sedang menutup matanya.

Haufan hanya berdecit sinis memandang Elly yang ketakutan itu. Tidak ada sedikit pun rasa kasihan yang singgah di hati Haufan.

"Perempuan ni korang settlekan. Tembak je dia sampai mati" arah Haufan. Elly yang mendengar kata-kata Haufan itu terus sahaja merayu-rayu agar dirinya di lepaskan.

"JANGAN!!! Tolong jangan bunuh aku!! " jerit Elly. Haufan terus sahaja memberi isyarat kepada Ayan agar menembak Elly.

Bang! Bang!

Dua das tembakan dilepaskan oleh Ayan tepat mengenai dahi Elly itu. Akhirnya kedua-dua mereka pun mati dalam keadaan yang mengerikan.

"Aku nak kau bagi Felix aku makan daging perempuan tu. Kesian Felix aku dah 2 minggu tak makan daging" ujar Haufan lalu beredar meninggalkan bilik tersebut.
.


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Haufan pun tiba di rumahnya tepat pukul 11.30 malam. Sebaik sahaja kaki kanannya melangkah masuk ke dalam rumah dia melihat ada seseorang sedang berbaring di sofa ruang tamunya. Adakah Aira menunggu kepulangannya?

Haufan pun segera mendekati sofa tersebut. Ternyata benar sekali tekaannya, kelihatan Aira sedang nyenyak tidur di sofa beralaskan lengannya sendiri. Haufan pun menarik senyum kecil melihat Aira, sudah di beritahu jangan menunggunya pulang tetapi masih berdegil untuk menunggunya sehingga tertidur.

"Degil juga nak tunggu orang balik budak ni" ujar Haufan perlahan. Dia pun cuba untuk menggendong Aira yang sedang lena itu agar naik ke bilik mereka dengan berhati-hati. Namun tiba-tiba sahaja Aira tersedar.

Aira yang melihat wajah Haufan sangat dekat dengan wajahnya itu terus sahaja duduk dalam keadaan mamai. Dia memandang Haufan dengan keadaan yang samar-samar kerana matanya yang hanya terbuka separuh disebabkan mengantuk.

"Bila awak balik?" ujar Aira dalam keadaan mamai.

"Aku baru je sampai rumah, kau tu kenapa tidur dekat sini aku dah cakap tak payah tunggu aku kan" balas Haufan. Aira yang mamai itu terus sahaja memandang Haufan sambil mengerutkan dahinya, matanya di gosok berkali-kali

"Kau dah kenapa? " soal Haufan pelik

"Kejap..... Bukan ke awak pakai kemeja putih pagi tadi tapi kenapa sekarang ni awak pakai tshirt hitam? Bila masa awak tukar? " soal Aira dengan penuh tanda tanya.

"Baju aku kotor klien tertumpahkan air jadi aku pinjamlah baju Kevin" tipu Haufan tanpa rasa gugup sedikit pun. Baju kemejanya tadi sudahpun kotor dengan darah anjing tidak guna itu jadi dia terpaksa menukarnya dengan meminjam baju Kevin yang berada di markasnya itu. Takkan la dia mahu pulang dalam keadaan bajunya berlumuran darah itu.

"Tumpah banyak sangat ke sampai kena tukar baju? " soal Aira sangsi. Dia sudah mula berfikiran bukan-bukan. Adakah Haufan keluar dengan perempuan? Itulah yang berada di dalam fikiran Aira.

"Yang kau banyak tanya sangat ni kenapa? Tak payah nak fikir bukan-bukan okay" ujar Haufan lalu menjentik dahinya Aira sehingga Aira mengaduh kesakitan.

"Dah, naik tidur dalam bilik ke kau nak aku angkat kau naik atas? " soal Haufan sambil mengangkat keningnya.

"Tak!! Saya boleh naik sendiri!! " laju sahaja Aira jawab lalu cepat-cepat naik ke biliknya.

*******************************************

Haufan yang berada di sebelah Aira sudah pun selamat masuk ke dalam alam mimpi manakala Aira masih memikirkan mengapa Haufan pulang lambat ? Mengapa dia menukar baju kerjanya ? Adakah benar apa yang di katakan oleh Falia semasa di cafe tadi. Fikiran Aira menjadi kusut.

Sekejap dia mengiring ke sebelah kiri,sekejap dia mengiring ke sebelah kanan. Hatinya memang sangat-sangat gelisah.

"Aku tak boleh biarkan suami aku dengan perempuan lain.. Yee tak boleh!!" omel Aira perlahan.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Keesokan pagi...

Apabila Haufan sedar dari lenannya dia terus sahaja meraba-raba sisi kanannya namun kosong. Ternyata Aira bangun awal berbandingnya namun mengapa Aira tidak mengejutnya.

Tanpa buang masa dia terus sahaja membersihkan dirinya dan terus sahaja solat subuh. Selesai sahaja solat dia melihat kemeja kerjanya sudah bergosok tergantung di almari bilik bersama dengan tie dan seluar kerjanya.

"Bila masa pula dia gosok baju aku ni? " soal Haufan sendiri. Dia pun menyarungkan pakaian lalu turun ke bawah.

Apabila dia tiba je di ruang tamu kelihatan Aira sedang menyiapkan sarapan di dapur. Aira yang sedar akan kehadiran Haufan itu terus sahaja mendekatinya lalu menariknya menuju ke meja makan.

"Haa awak!! Meh cepat makan, saya dah masak ni" ujar Aira sambil menarik lengan Haufan. Haufan hanya memandang pelik ke arah Aira yang berkelakuan pelik itu. Namun dia hanya mengikuti langkah wifenya itu.

"Kau ni pagi-pagi dah hyper semacam kenapa? " soal Haufan sambil menikmati sandwich tuna yang disediakan oleh Aira.

"Eh apa yang hypernya, biasa je. Saya sebagai wife awak kena la jaga makan minum awak" balas Aira sambil menuang kopi panas ke dalam cawan Haufan.

"Hari ni awak balik lambat lagi ke? " soal Aira lalu mengambil tempat di hadapan Haufan sambil memandang Haufan dengan penuh tekun.

"Tak" balas Haufan sepatah. Aira yang mendengar jawapan Haufan itu terus sahaja tersenyum lebar.

"Heheh okay! Saya masak special untuk awak malam nanti" ujar Aira sambil tersengih. Haufan hanya menggelengkan kepalanya sambil tersenyum kecil pelik-pelik sahaja perangai wifenya hari ni.

Selesai sahaja sarapan dia pun segera bertolak ke pejabat seperti biasa Aira akan menyalami tangannya. Namun hari ni tiba-tiba sahaja Aira bertindak berani mencium pipi Haufan. Belum sempat Haufan ingin bertanya Aira terus sahaja masuk ke dalam rumah.

"Period ke apa wife aku ni" ujar Haufan

*******************************************

H.H Tech...

Haufan hanya tersenyum senang mendengar berita daripada televisyen di pejabatnya yang menyatakan bahawa anak kepada ahli korporat terkenal telah hilang iaitu Sally dan Elly. Menurut kenyataan dari keluarga mangsa, anak mereka telah keluar dari pagi semalam namun sehingga ke hari ini masih tidak pulang.

Keluarga mangsa masing-masing berasa risau sekiranya anak mereka di culik kerana tidak pernah mangsa membuat perangai tidak pulang ke rumah. Mereka juga tidak mendapat sebarang maklumat berkaitan keberadaan mangsa sekiranya mereka di culik.

Polis sedang menjalankan siasatan untuk menjejaki kehilangan anak kepada ahli korporat itu. Mereka juga menawarkan wang hadiah sekiranya dapat memberi maklumat berkaitan dengan kehilangan mereka.

"Heh! Bodoh! " carut Haufan lalu menutup televisyen tersebut. "Sampai bila-bila la kau takkan jumpa anak kau" ujar Haufan.

🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro