BAB 46

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

'Song:♪A Bit Sweet by Silence Wang ft BY2♪'

🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼

Seminggu Kemudian...

Aira dan Haufan sedang menikmati makan malam bersama namun hanya kedengaran  bunyi sudu dan garfu yang berlaga sahaja. Aira sesekali melirik ke arah Haufan yang sedang menikmati makan malam itu.

Dia ingin mengeluarkan suara namun tiada keberanian.

"Kalau kau nak cakap, cakap je lah" ujar Haufan tiba-tiba namun matanya masih fokus dengan makanan.

"Ahh, tak... Saya cuma nak tanya sesuatu je" ujar Aira ragu-ragu

"Tanya la"

"Lepas makan je lah" balas Aira

Mereka berdua pun menyambung makan kembali.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Ruang Tamu...

"Nak tanya apa? " soal Haufan sebaik sahaja mereka selesai makan.

Kini mereka berada di ruang tamu sambil menonton televisyen.

"Errr macam mana eh nak cakap... " ujar Aira seakan takut-takut. Haufan hanya memandang Aira sambil mengangkat keningnya.

"Sebelum tu saya nak minta sebab saya terdengar perbualan telefon awak" Aira berkata dengan sangat laju kerana takut, matanya hanya memandang lantai tidak sanggup memandang mata Haufan

"Kau dengar apa?"

"Saya dengar awak cakap pasal bunuh, emm" beritahu Aira

"Jadi kau nak tau?" Haufan terus sahaja menarik tangan Aira menaiki tangga.

Aira terpinga-pinga semasa tangannya di tarik. Dia hanya mengikuti langkah Haufan tanpa banyak soal. Kemudian Haufan membawa Aira memasuki bilik bacaan rumah mereka.

Haufan terus sahaja menekan perlahan dinding bilik bacaan tersebut dan secara tiba-tiba sahaja dinding tersebut tertolak ke dalam seperti pintu ditolak. Kelihatan sepertinya ada bilik rahsia.

Bilik tersebut sungguh gelap...

Pelbagai persoalan bermain di dalam fikiran Aira, mengapa dia tidak tahu bahawa di dalam rumah ini terdapatnya bilik rahsia. Apakah yang terdapat di dalam bilik rahsia tersebut? Fikir Aira

Haufan segera melangkah masuk ke dalam bilik tersebut meninggalkan Aira yang masih terpinga-pinga.

"Masuk la" arah Haufan

Sebaik sahaja Aira melangkah masuk ke dalam bilik tersebut, dia terkejut dan terkesima kerana bilik tersebut di penuhi dengan pelbagai senjata dan bahan api. Terdapat pelbagai jenis pistol dan senapang yang terdapat di dalam bilik tersebut.

(Bilik Senjata Haufan)


Aira memandang Haufan seakan tidak percaya, kakinya terasa lemah. Sungguh dia berasa takut sekarang ini. Siapa Haufan sebenarnya?!!

"A-ap se-semua ni... " soal Aira gagap

"Macam kau nampak... Aku sebenarnya pembunuh bukan atau lebih tepat lagi aku mafia. Aku ketua mafia" jelas Haufan tenang.

Tiada langsung getaran atau perasaan takut ketika dia memberitahu perkara sebenar tentang dirinya kepada Aira.

Aira hanya kaku..

Dia tidak mampu berkata-kata..

MAFIA?!

SUAMI AKU MAFIA?!!

Itulah yang berada di dalam fikiran Aira sekarang.



🌼🌼🌼🌼🌼


Hadif Side...

Hadif masih lagi berada di hospital kerana dia perlu di pantau oleh pihak hospital. Setiap kali dia mengamuk pasti nurse yang menjaganya akan bergegas memanggil doktor agar dapat menenangkannya.

Hari ini Hadif tiba-tiba sahaja berkelakuan baik mungkin kerana mama dan papanya akan datang melawatnya.

"Anak mama macam mana hari ni?  Ada rasa sakit dekat mana-mana? " soal mama Hadif sebaik sahaja dia tiba.

Hadif hanya diam....

"Kenapa diam je ni? Sakit ye? "

"Mama... Hadif ada permintaan"

"Apa dia sayang?  Beritahu mama dengan papa kami akan tunaikan" balas mamanya sambil menggengam erat tangan Hadif seakan-akan mahu memberi kekuatan.

"Hadif nak jumpa Aira"

Kata-kata Hadif menyebabkan air muka mama dan papanya berubah.

"Hadif!  Papa dah cakap hari tu kan Aira tu isteri orang!! " ujar Papa Hadif dengan tegas, sungguh dia tidak faham dengan perangai anaknya sorang ini.

"Hadif nak jumpa Aira je papa! Bawa la Aira jumpa Hadif papa tolong la mama papa, ni je permintaan Hadif" rayu Hadif

"Abang..." panggil mama Hadif perlahan. Dia cuba untuk menenangkan hati suaminya itu.

"Hadif tak minta banyak pun papa... Kalau Hadif dapat jumpa Aira baru Hadif setuju jalankan pembedahan" ugut Hadif dengan berani

Papa Hadif sudah dapat menahan sabarnya, tangannya di angkat untuk menampar Hadif namun sempat di halang oleh mama Hadif.

"Abang... Kita bawa Aira jumpa Hadif ye" pujuk mama Hadif.

Bagi mama Hadif kalau itu sahaja cara agar anaknya ingin menjalani pembedahan dia sanggup menuruti permintaan anaknya.

"Sayang! Awak ingat senang-senang ke Haufan nak bagi isteri dia jumpa Hadif ni! " ujar Papa Hadif berang

"Tapi abang ni semua demi anak kita! Sayang tak nak kehilangan satu-satunya anak kita! " balas mama Hadif

"Kita tak payah beritahu Haufan...  Kita jumpa Aira je abang" cadang mama Hadif

Papa Hadif melepaskan keluhan perlahan.

"Ikut awak la sayang.. Abang malas nak masuk campur, kalau sayang nak pujuk Aira sayang buat sendiri" ujar Papa Hadif pasrah

Mama Hadif terus sahaja tersenyum

Bukannya dia tidak sayang Hadif namun permintaan anaknya sangat mengada namun apakan daya jika isterinya inginkan Hadif sembuh jadi dia pun terpaksa mengikut sahaja.

"Nanti mama bawa Aira ye... Hadif janji eh akan jalankan pembedahan tu"

Hadif terus sahaja tersenyum dan mengangguk apabila mamanya setuju untuk membawa Aira berjumpa dengannya.


🌼🌼🌼🌼🌼


Kini Aira dan Haufan berada di dalam bilik mereka. Pelbagai persoalan di ajukan oleh Aira kepada Haufan kerana dia terasa bagai mimpi. Suami dia mafia?!  Dia terasa dirinya seperti di dalam cerita dan drama-drama yang pernah di tontonnya.

"Awak mafia?! Awak bunuh orang?! Rumah ni ada bilik rahsia lain ke?  Awak bunuh orang ni dapat duit ke?!!! " soal Aira bertalu-talu.

"Tak boleh rilek ke? "

"Ye aku mafia, aku bunuh orang tapi aku tak bunuh orang sembarangan siapa yang ganggu kumpulan aku, and siapa yang ganggu kau je aku bunuh" ucap Haufan selamba

Aira hanya mendengar dengan tekun sekali

"Tu bukan bilik rahsia, tu bilik senjata aku sebagai protection lagipun semua tu mahal okay!  And ye tapi duit tu aku guna untuk beli keperluan senjata aku jangan risau aku tau mana duit haram mana duit halal sebelum beri pada kau" jelas Haufan lagi panjang lebar.

"Woah!  Hebat!! " ujar Aira teruja

Haufan memandang pelik ke arah Aira ketika Aira berkata Hebat. Tadi kelihatan dia begitu takut kini dia begitu teruja pula.

"Kau tak marah?  Takut? "

"Takut tu ada lah sikit. Kenapa nak marah?  Lagipun awak dah jadi suami saya pun jadi saya kena terima la kelebihan dan kekurangan awak" ujar Aira ikhlas.

Ini semua disebabkan oleh nasihat daripada keluarganya. Mamanya pernah berpesan walaubagaimanapun suami dia dia harus terima dan hormatnya. Tambahan pula, kata-kata Azeen semalam juga menyebabkan Aira sedar.

Haufan hanya tersenyum kecil

Dia mendekati Aira dan memeluk erat tubuh wifenya itu. Aira juga turut membalas pelukan Haufan.

"Terima kasih terima aku... Aku sayangkan kau" bisik Haufan.

Aira hanya tersenyum mendengar kata-kata Haufan.

"Saya pun sayang awak" balas Aira perlahan namun masih dapat di dengari oleh Haufan.

🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro