BAB 47

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Happy reading ye readers kesayangan semua!!! 🤭💛

🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼

Keesokan...

Cafe Lovely...

Seperti biasa Aira pasti akan sibuk berada di cafenya. Kebetulan pada hari ini pekerja Aira tidak ramai jadi Aira turut membantu memasak di dapur.

Baru sahaja Aira ingin melabuhkan punggung di atas kerusi yang berada di dapur itu tiba-tiba sahaja salah seorang pekerja Aira datang memanggilnya.

"Boss! Ada orang nak jumpa boss"

"Siapa? " soal Aira namun pekerjanya itu hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu.

Aira pun segera menanggalkan apronnya dan keluar dari ruangan dapur cafenya itu. Kemudian dia melihat ada satu pasangan sedang berdiri seperti menunggu seseorang dia pun segera mendekati mereka.

"Encik dengan Puan ke yang nak jumpa saya? " sapa Aira lembut

"Aira! Ni mak ngah dengan pak ngah" sapa mama Hadif dengan senyuman manis. Dia terus sahaja memeluk Aira erat.

Aira hanya tersenyum kekok, mengapa tiba-tiba sahaja mama dan papa Hadif datang je cafenya secara tiba-tiba.

"Duduk dulu Aira" ajak Pak ngah

Mereka bertiga pun mengambil tempat duduk. Aira hanya memandang sahaja pak ngah dan mak ngah.

"Ada apa ye pak ngah dengan mak ngah datang sini?  Nak cakap pasal Haufan ye?" soal Aira kerana tiada seorang pun yang bersuara.

"Ehh bukan!! Mak ngah datang sini memang nak jumpa dengan Aira" ujar mama Hadif. Kemudian dia menyondol lengan papanya Hadif namun papa Hadif hanya hanya membuat muka menyuruh dia sendiri yang bercakap.

"Macam ni Aira, mak ngah datang sini sebab nak minta tolong sangat-sangat dengan Aira sebab Aira je satu-satunya harapan mak ngah" ujar mama Hadif sambil mengenggam lembut tangan Aira

"Tolong apa tu mak ngah, kalau Aira boleh tolong Aira tolong"

"Tolong jumpa Hadif... Mak ngah merayu sangat-sangat!! Hadif sakit tapi dia tak nak jalankan pembedahan, Aira je boleh pujuk Hadif tu" ujar mama Hadif terus terang

Aira terdiam...

"Hadif satu-satunya anak mak ngah... Mak ngah tak nak kehilangan dia tolong Aira... Tolong mak ngah!" rayu mak ngah sambil menangis-nangis.

Aira yang melihat mak ngah menangis itu terus berasa simpati. Apa yang patut dia lakukan? Adakah Haufan akan memberi keizinan untuknya melawat Hadif?

"Mak ngah... Aira kena minta izin dengan Haufan dulu-

"Jangan!! Mak ngah tau Haufan takkan bagi, Aira datang je eh melawat Hadif" mama Hadif terus sahaja memintas kata-kata Aira

"Sayang! Apa masalah awak ni! Haufan tu suami Aira memang patut dia minta izin Haufan" tegur papa Hadif tegas kerana melihat isterinya semakin melampau

"Tapi abang... Kalau Haufan tau mesti dia tak bagi Aira lawat Hadif!! Kesian la ke anak kita!! " balas mama Hadif pula

"Kita boleh je pujuk Hadif tu... Percaya la cakap abang"

"Tak nak!! Kita kena tunaikan permintaan Hadif tu je caranya abang!!" ujar mama Hadif dengan linangan air mata.

"Pak ngah mak ngah.. Jangan la gaduh emm macam ni la bagi Aira masa dulu ye biar Aira fikir" cadang Aira supaya dapat meleraikan pergaduhan pak ngah dan mak ngah.

"Boleh! Boleh! Tapi jangan lama-lama sangat ye Aira, mak ngah risau dengan keadaan Hadif tu" ucap mama Hadif dengan lembut supaya Aira bersetuju.

"Lagi satu.. Mak ngah minta sangat-sangat jangan beritahu suami kamu ye" mama Hadif memandang Aira dengan penuh harapan dan dengan terpaksa Aira pun mengangguk.

🌼🌼🌼🌼🌼

Haufan side...

"Aku nak korang ikut je kemana wife aku pergi... Pastikan wife aku selalu ada depan mata korang" ujar Haufan melalui telefon bimbit.

"Aku tak tau apa yang kau rancang Hadif sampai perlu libatkan pak ngah dan mak ngah, tapi aku akan pastikan Aira tetap milik aku" tekad Haufan

Ya, Haufan tahu bahawa pak ngah dan mak ngahnya datang menemui Aira di cafe. Nasib baik Luqman dan Haq merupakan bodyguard yang boleh di harap jadi Haufan mengetahui ke mana sahaja pergerakan Aira.

Nak cakap Haufan stalker?

Memang itu yang dia lakukan supaya Aira sentiasa selamat.

🌼🌼🌼🌼🌼

Malam itu...

Aira dan Haufan memakai baju tidur couple.

(Baju Tidur Haufan&Aira)

HAHAHAH comel kan!! Bayangkan Haufan yang dingin pakai baju tidur comel tu! Itu pun puas Aira pujuk supaya Haufan pakai. Oleh itu,dengan terpaksa Haufan pun pakai baju tersebut.

Aira hanya tersenyum melihat muka ketat Haufan setelah mengenakan baju tersebut.

"Puas? " soal Haufan dengan nada tidak puas hati.

Aira hanya tersengih tidak bersalah ke arah Haufan. Kemudian dia mula merapati Haufan yang sedang menghadap kerja di laptopnya itu.

"Awak.... " panggil Aira meleret-leret namun Haufan hanya mengabaikan sahaja.

"Awak..." panggil Aira lagi sambil menarik-narik lengan baju Haufan. Aira berasa geram kerana Haufan tidak mahu melayannya terus sahaja muncul satu idea.

"Abang... " Aira memanggil Haufan dengan perkataan abang buat pertama kalinya. Haufan terus sahaja berhenti menaip.

"Hm nak apa? "  Aira hanya tergelak, panggil abang baru nak menyahut mengada sungguh!

"Hehe boleh tak saya nak bela cat? " soal Aira sambil membuat muka comel sambil jari telunjuk kanannya bertemu dengan jari telunjuk kirinya.

"Dah kenapa tiba-tiba kau nak bela cat?" soal Haufan

"Alaaa boleh la... Saya teringin nak main dengan cat, kalau awak sibuk macam ni boleh la saya main dengan cat" ujar Aira

Haufan diam...

Kemudian dia tersenyum sinis...

"Tak payah susah-susah beli cat, aku ada bela sekor"

Aira menunjukkan riak muka teruja

"Wah! Betul ke?! Awak simpan dekat mana?  Rumah mama papa eh? " soal Aira tidak sabar

"Jom!  Cat aku tu tak tidur malam " ajak Haufan. Dia pun menarik tangan Aira dan mengambil kunci keretanya. Mereka berdua keluar dengan berpakaian tidur untuk pergi melihat cat. Aira tanpa banyak soal hanya mengikut Haufan.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Tidak lama kemudian, mereka pun tiba di hadapan markas iaitu markas Black Blood. Aira memandang Haufan pelik, dia fikir Haufan ingin membawanya ke rumah keluarga Haufan namun dia di bawa ke tempat yang dia sendiri tidak tahu.

"Err awak.. Cat awak tu dekat sini ke? Kenapa seram sangat tempat ni? " soal Aira ketakutan.

"Ni la markas kumpulan aku... Yup aku simpan cat aku sini, dah jom keluar! " ajak Haufan

"Ehh awak!! Tunggu!! "Jerit Aira. Dia terus sahaja memegang lengan Haufan, takut sekiranya berpisah dengan suaminya. Sudahlah tempat itu gelap.

Haufan hanya tersenyum kecil dan membiarkan sahaja Aira memegang lengannya. Dia tidak sabar mahu memperkenalkan catnya kepada Aira. Mereka berdua pun masuk ke dalam markas Black Blood itu.

Sebaik sahaja mereka melangkah masuk, Aira terkejut.

🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro