BAB 48

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

'Song: ♪Sleepless Night - Crush ft Punch♪'

Okay lah sis baik hati kasi update awal sikit! 🙈 for next chapter kalau dapat 30k view baru sis update okay! 😝

Happy Eid Mubarak readers sis sekalian!✨

Lots of love,
Author 💛

🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼

Aira terkejut melihat begitu ramai lelaki yang berada di dalam markas tersebut. Kelihatannya ada daripada mereka yang sedang berlatih menggunakan senjata. Apabila mereka melihat Haufan mereka terus sahaja berhenti melakukan kerja mereka

Mereka semua menunduk hormat

"Master!! " ujar kesemua lelaki tersebut sambil menunduk hormat ke arah Haufan. Aira mengeratkan lagi pegangan pada lengan Haufan.

Haufan hanya mengangguk dan berjalan menuju ke biliknya. Masuk sahaja di dalam tersebut kelihatan Kevin dan Nathan sedang bergusti di atas lantai, Ayan menjadi tukang sorak manaklah Rizqin sentiasa dengan kerjanya.

"Fan!! Asal datang tak beritahu?" soal Kevin yang sedang menindih Nathan.

"Eh Aira pun ada juga"

Aira yang berada di belakang Haufan itu hanya tersenyum memandang Kevin.

"Bangun lah sial! Kau fikir kau ringan ke! " jerit Nathan lalu menolak Kevin sehingga jatuh.

"Salah ke aku nak datang? Aku boleh datang sesuka hati aku je"

"Yelah Fan! Ambik lah menang huh!" ujar Kevin merajuk

Aira tergelak kecil dengan perangai Kevin itu terus sahaja memukul bahu Haufan lembut.

"Tak baik la, kesian Kevin"

"Haa kau tengok, Aira pun faham perasaan aku huhuhu" ujar Kevin sambil berdrama

"Kau diam!" ucap Haufan sambil menjegilkan matanya ke arah Kevin.

"Ada masalah ke Fan? " soal Rizqin

"Tak pun.. Aku cuma nak bawa Aira jumpa cat aku"

"Sejak bila kau bela cat dekat sini?" soal Ayan pula

"Maksud kau felix ke?!" sampuk Nathan.

Haufan hanya tersenyum kecil lalu membawa Aira menuju ke bilik khas Felix.
Sebaik sahaja mereka melangkah masuk ke dalam bilik tersebut, kelihatan bilik tersebut sungguh luas akan tetapi sangat sunyi dan terdapat sedikit kawasan berumput.

"Awak letak cat awak dalam bilik besar macam ni?  Tapi kenapa senyap je? " soal Aira sambil kepalanya di jenguk-jenguk mencari kelibat cat yang dimaksudkan Haufan.

"Felix!!!" laung Haufan dengan kuat.

Sebaik sahaja namanya di panggil Felix terus sahaja mengaum dengan kuat lalu keluar dari celahan batu. Dia berjalan menuju ke arah Haufan dan Aira

(Felix,Harimau Putih)

Ya itulah Felix si harimau putih jantan, haiwan kesayangan Haufan. Harimau putih atau dikenali juga sebagai harimau bengal ini sekarang sukar untuk di jumpai di Malaysia. Kebiasaannya harimau putih ini tinggal di negara India.

Namun Haufan sangat bertuah kerana dapat memiliki Felix. Oleh itu, dia sayang akan harimaunya dan selalu memberi makan yang sedap-sedap. Sekarang dia menunggu harimau putih betina untuk di pasangkan dengan Felix supaya generasi harimau putih ini tidak akan pupus.

Aira yang melihat harimau putih tersebut mendekatinya terus sahaja mengundur ke belakang dan menjerit dengan kuat.

"Arghhhhh!!! Awak!!!  Dia datang sini!!! " jerit Aira dengan kuat

Jeritan Aira itu sama sekali tidak menakutkan Felix malah dia ingin mendekati Aira dengan lebih dekat. Haufan hanya memandang sahaja kerana dia tau apa yang Felix ingin lakukan.

Apabila Felix tiba di hadapan Aira dia terus sahaja berguling-guling di hadapan Aira seperti seekor kucing. Kemudian dia mengaum perlahan seperti memanggil Aira.

Aira berasa takut, dia memandang Haufan namun Haufan hanya memberi isyarat supaya Aira mengusap perut Felix. Jadi Aira dengan perlahan-lahan mendekati Felix dan menyentuh perut Felix sedikit, melihat Felix tidak bertindak kasar dia pun cuba mengusap perlahan perut Felix.

Kelihatan Felix menikmati usapan Aira sambil mengaum perlahan tanda dia suka. Aira pun dengan berani merapati Felix kemudian dia tersenyum.

"Jinaknya dia.. " ujar Aira sambil menggosok kepala Felix

"Ye,aku bela dia dari dia kecil jadi dia dah terbiasa dengan manusia" ujar Haufan lalu merapati Aira dan Felix

"Comelnya dia!!" ujar Aira teruja dia sudah pun melupakan rasa takutnya tadi. Felix pun memberi respon yang baik terhadap Aira, dia menggeselkan mukanya pada lengan Aira seperti kucing.

Mengada!

Itu yang berada di dalam fikiran Haufan.

"Jadi kau tak payah la nak bela cat, cukup la ada Felix je ni"

"Tapi... Kita tak boleh bawa Felix balik rumah macam mana? "

"Call je Nathan, nanti dia datang ambil kau so kau boleh main dengan Felix sementara pasangan Felix sampai Malaysia" jelas Haufan panjang lebar.

"Pasangan Felix? "

"Ye.. Aku beli lagi sekor harimau putih betina untuk pasangkan dengan Felix so we can get cute cubs"

"Wah!!  Dengar tak tu Felix, nanti awak dapat pasangan. Yeay!! " Aira bercakap dengan Felix sambil mengusap badan Felix. Felix hanya mengaum seperti dia pun suka.

🌼🌼🌼🌼🌼

"Weh korang perasan tak semenjak dua menjak ni kita tak dapat ancaman daripada kumpulan Black Cat" ujar Kevin secara tiba-tiba

"Itulah... Dah serik kot" balas Ayan pula

"Takde istilah seriknya lah! Dah boss diorang kat hospital" sampuk Rizqin

"Haaa awat?!!!" ujar Nathan yang tiba-tiba sahaja keluar loghat kedah

"Entahlah katanya sakit tapi sakit apa aku tak pasti lagi" balas Rizqin. Sudah semestinya hanya Rizqin yang mengambil tahu kerana hanya dia yang tetap komited terhadap kerjanya berbanding tiga ekor beruk itu.

"Haa biar dia duduk hospital tu, biar dia mampus takdelah menyusahkan kita" sumpah Kevin

"Hahahaha kurang ajar betul kau ni!! Cuba kalau tu kau baru kau tau!"

"Kau diam Ayan!  Kau ada je benda tak puas hati dengan aku. Ye aku tau aku lagi kacak dari kau and ramai perempuan nak ke aku berbanding kau" ujar Kevin bangga diri. Kevin sememangnya dikenali dengan title playboy sebab tu sampai sekarang takde awek. Jadi kepada readers yang nak cuba masuk line boleh lah hihihi Kevin dah bagi green light!

Kemudian dia tersenyum-senyum malu apabila memuji dirinya sendiri.

Rizqin dan Ayan hanya membuat muka jijik melihat Kevin memuji dirinya sendiri.

"Sebelum kau puji diri kau handsome meh aku nak tunjuk dekat kau lelaki paling handsome,lagi handsome dari kau" sampuk Nathan lalu membuka Iphonenya

"Haa kau tengok... Dia lagi handsome dari kau kan! " Nathan menujukkan gambarnya ketika dia berada di Itali.

"Ehhh babi betul kau ni!!  Ni gambar kau la sial!! " marah Kevin sambil menolak kuat Nathan yang sedang ketawa kuat di sebelahnya

"HAHAHAHAH!  Betul lah, aku paling handsome okay antara korang semua! " ujar Nathan sambil menepuk dadanya bangga.

"Siapa cakap korang berdua handsome, muka macam beruk je aku tengok" balas Ayan menyampah.

"Buuuuu!!! Kau tu jeles dengan kitaorang"

"Haa kita tanya Rizqin siapa paling handsome antara kita bertiga. Haa Rizqin kau rasa siapa? " soal Nathan

Masing-masing membuat muka berharap agar Rizqin menyebut nama mereka.

"Aku"  balas Rizqin selamba sambil tersenyum sinis lalu meninggalkan mereka bertiga bodoh-bodoh begitu sahaja.

"RIZQIN FAIQ!!!!! " jerit mereka bertiga serentak.

🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro