14 • PHONE

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng


Aaliya terbaring separuh meniarap. Aaliya kepenatan, kepenatan puasa. Dah tiga minggu bos di Qatar dia cakap tu. Dan dah sembilan hari aku puasa.

Mata Aaliya terkebil-kebil memandang bunga-bunga yang berwarna-warni lembut ditiup angin sepoi-sepoi. Mak Cik Aaida takde. Tapi nanti petang Mak Cik Aaida sampai. Mak Cik Aaida berbuka puasa dengannya hanya bila Mak Cik Aaida takde aktiviti dengan anak-anaknya. Bukan 30 hari puasa lah Mak Cik Aiada buka puasa dengan dia. Baru empat kali Aaliya buka puasa berteman setakat sembilan hari puasa ni.

Aaliya teringat pagi itu, hari di mana bos kena pergi tu.

Bos nampak biasa saja mukanya. Aaliya rasa sangat lain. Kerana pagi tu, pertama kali Aaliya mengetahui aktiviti bos dan ke mana bos pergi. Sebelum-sebelum ni, mana pernah bos bagitahu dia, dia hilang ke mana sampai berhari-hari. Aaliya cuma sedar bos takde dan ada urusan kerja ke entah hape urusan, bila bos tak balik-balik sampai tiga hari. Masa tu dia tahu lah yang bos dia takde.

Sebab tu, pagi tu... dia rasa sangat lain. Kerana dia menghantar bosnya ke pintu lif, dia tahu bos tak akan balik petang ni dan malam ni, dia tahu bos takkan ada sampai bulan-bulan.

Bagasi bos sudah diambil seorang lelaki tadi. Lelaki yang tak dikenalinya, sebab dengan cermin mata hitam dan berkot bagai. Bila lelaki tu dah turun bawah dengan barang-barang bos, bos terus memandangnya dan memeluknya kuat. Didiamkan rasa pelik, dan cuma berpaut mencengkam belakang t-shirt mahal yang dipakai bos.

Pada Zill... dia mesti akan rindukan Aaliya sangat-sangat.

Pada Aaliya... dia hanya pelik dan diam dan ikutkan saja.

Zill leraikan pelukan, dicupped kedua pipi Aaliya, dipandang wajah Aaliya lama. Aaliya cuba kawal haba muka, hanya terkebil-kebil memandang bos. Zill tunduk mencium bibir Aaliya. Aaliya pejam mata, kakinya menjengket, tangannya mencengkam t-shirt di dada bos, menikmati ciuman dalam ini dengan debaran di hati.

Zill kembali memandang Aaliya. Lama memandang, baru dibuka mulut. "Kau... jaga diri elok-elok. Tunggu aku dekat sini."

Aaliya senyum sikit dan mengangguk, "Baik, tuan."

Zill mahu dengar suara Aaliya lagi. Tapi tak mahu menunjukkan yang dia desperate for this girl's voices. So dia menutur begini, "Kau takde nak cakap apa-apa ke?"

Aaliya diam. Bos masih memandangnya, dibalas sehabis hormat, "Saya doakan kesihatan tuan. Dan... saya nak ucapkan... selamat menyambut bulan puasa... dekat... dekat Qatar sana."

Zill terdiam mendengarkan suara itu mengatakan begitu. Sungguh dia terharu dan tersentuh bila mendengar suara polos itu menuturkan, 'doakan kesihatan tuan.' Dan hati lelakinya terusik mendengar 'selamat menyambut bulan puasa.' Sebab.... Zill dah berapa tahun dah wei tak puasa.

Tak puasa... and how dengan bulan Syawal? Haa... Zill ni kesian.

Zill diam lama. Tiba-tiba dilepaskan saja sentuhannya pada pipi Aaliya. "Kau puasa je elok-elok. Aku tahu lah fasal diri aku. Jangan banyak cakap pula. Ingat duduk sini je, jangan cuba macam-macam."

Terus bos pusing masuk lif. Aaliya terpinga-pinga. Bila bos dah hilang, terus ditendang-tendangkan kakinya ke hadapan bagaikan menyepak bola. Padahal sepak udara je. Haha. Aaliya mula membebel, "Eii... gila. Semalam romantik, tadi romantik. Tiba-tiba jadi rimau. Entah hape-hape."

Di dalam lif, Zill menyentuh dadanya. Zill merasa lain... hatinya terusik dengan kata-kata Aaliya mengenai 'mendoakannya' dan mengenai 'puasa'.

Puasa... Zill pejam mata, digeleng kepala perlahan. Aku tak kisah.

Masih dikeraskan hatinya, masih menafikan lagi. Dia still nak jadi Zill Qayyim... yang sekarang. Yang egoistik, yang kekosongan hati mengenai agama, juga kekosongan hati mengenai hati lelakinya yang seperti sudah nak terisi. Tapi dia nak kekal kosong. Masih cuba nak dia menang. Because it's fuckin' impossible aku rasa macam ni sebab budak kampung tu!

Aaliya terkebil-kebil memandang langit dan bunga di tepinya dalam dia sedang enak terbaring. Aaliya memandang bunga mawar, bunga matahari, bunga kekwa, bunga macam-macam lagi. Aaliya menyentuh bunga kekwa. Aaliya senyum teringatkan bos bagi taman ni padanya di petang dulu.

"Bunga..." Aaliya dah mula dah. "Aku rindulah nak solat tarawih."

Aaliya memandang bunga matahari yang bergerak ke kiri kanan ditiup angin. Dipandang bunga mawar merah. Tiba-tiba terkenang mengenai kelakuan bos kebelakangan ni.

"Korang... kenapa tuan kita macam tu, ya? Dia bagi korang kat aku, lepas tu dia bagi telekung masa birthday aku. Aku suka sangat. Sebab cantik dan rasa selesa dan tambah khusyuk je masa aku solat. Quran pun... cantik dan ukiran huruf dia jelas terang je."

Aaliya mula meniarap membaringkan kepalanya di kedua lengannya. Aaliya senyum, tenang dalam kegembiraan gebu-gebu dalam hatinya.

"Aku suka gila dengan hadiah telekung dengan Quran tu. Aku jaga elok-elok je tau. Rasa macam... barang hantaran kahwin." Aaliya ketawa geli hati, ditutup muka dan berguling-guling di atas rumput lembut hijau tu.Tiba-tiba Aaliya kembali meniarap, straight mukanya memandang bunga mawar merah.

"Tapi kan... semenjak dua menjak ni. Tuan macam lain... Dia makin jelas romantik dia, lepas tu dia dah lama tak kasar dengan aku masa kami tut. Dia penyayang je, nampak macam... dia sayang aku je.."

Aaliya senyum mengenangkan pelukan ciuman bos, yang dia rasa macam makin lain.

Kemudian Aaliya masam, "Tapi... bila aku balas dia cakap, kadang-kadang dia terus buat perangai gila dia. Dia tak tengking dan tak teruk macam dulu. Dia suka ejek lepas tu suka main-mainkan aku cakap. Tapi nampak lah dia... sekejap penyayang, sekejap dia... tiba-tiba jadi marah... Dia..."

Aaliya mula bangun duduk, dipandang lurus bunga mawar yang kembang cantik itu, "Dia ego kan? Dia... sayang aku ke?" Aaliya terkebil-kebil memandang bunga, seperti bunga itu akan memberinya jawapan.

Kemudian Aaliya menggelengkan kepalanya dalam ketawa. "Mustahil lah, kan? Aku ni siapa? Dah macam orang gila dah cakap dengan kau, hahaha." Aaliya bangun melangkah keluar dari mini garden ini. Baik pergi dapur, tengok lauk nak masak untuk berbuka, kan? Nak sediakan untuk Mak Cik Aaida.

Aaliya tiba-tiba rasa nak makan nasi barat seperti nasi goreng tu tapi ada kuah untuk berbuka nanti. Nak suruh Mak Cik Aaida masakkan.

Apa dia? Rice and risotto lah Aaliya.

❋❋❋

"Mr. Zill?"

Zill diam saja, memandang kertas.

Mr. Akbar (Group Chief Executive Qatar Airways) with few peoples, side of Zill and side of Mr. Akbar dah pandang each other.

Azham di kanan Zill. Zill di depan sekali lah, tempat leader meja meeting tu. Azham menepuk sikit tangan bosnya, "Boss." Zill bagaikan baru tersedar dari mimpi. Diangkat muka terpinga-pinga, "Oh yeah. What's the problem?"

Azham dah menutur serba salah, "Er... Mr. Akbar ask about the launching of that plane."

Zill maintain his pro and image dan senyum pada Mr. Akbar.

"Oh Mr. Akbar. I just scrutinize fer sum mistakes if there is any. Ya kna I loike aw perfect righ fer me project, so... I just tiny mince pies abaht yarh report. An' thank god, yer not that Sorry and the Sad. (I just scrutinize (meneliti) for some mistakes, if there is any. You know, I like all perfects right for my project? So.. I just tiny eyes about your reports. And.. thank God, you're not that bad)"

Zill senyum, Mr. Akbar pula yang tersengih cover diri, takut ada kesilapan kerja yang dia lakukan tanpa sedar. Nasib baik aku tak blur dia bagi aku accent pekat dia tu. Mr. Akbar lega.

"So, I'm aw Lords and Peers. What's da problem abaht da launcin'? (Okay, I'm all ears. What's the problem about the launching)" Zill terus masuk mode CEO. Padahal tadi dia zoned out sebenarnya. Dia ternampak Aaliya di celahan tables and description di kertas tu. Haha.

Lama di dalam meeting room yang beraicond tu, finally habis juga. Zill keluar, diikuti Azham. Zill berhenti melangkah, dipandang Azham, his Senior Private Secretary, "Bell Sham on me phone."

Azham keluarkan iPhone bos dari poket seluanya, dicall nama yang diarah bos. Zill ambil phone dan terus melangkah selepas bagi isyarat pada Azham; you can go. Zill melangkah keluar dari bangunan HQ itu, terus bersuara apabila orangnya itu sudah angkat call.

"Sham... kau beli phone. Tapi bukan gadget, just Samsung biasa. For calls an' messages. And bagi pada Aaliya. Not simcard, but guna private line aku fer da number." Sebaik mendengar 'baik, boss', terus Zill matikan panggilan. Zill memandang suasana depan mata dengan senyum.

Aku nak dengar suara dia.

Sedang Zill duduk menikmati angin panas di tempat hijau damai ini sambil memejam mata, tiba-tiba Azham melaung. "Boss! Ada emergency, boss!"

Zill terkejut. Dari jauh dah nampak Azham berlari laju ke arahnya. "Apa?"

Azham menghulur phone. "Boss, ni Encik Bob. Reporter. Dia dapat tahu, ada orang cakap... bos simpan perempuan... nu ha dekat rumah!"

Zill terus bulat mata memandang Azham. Zill mencapai phone dan terus berbunyi, "'Ello."

"Mr. Zill?"

"Yes."

"Hehe. Saya Bob dari..."

"Save it. Aku tahu kau dari mana, channel mana. Nak apa?" Kurang ajar? Ha,ah itu Zill Qayyim.

"Aku dapat tahu... yang you have... a girl inside your Binjai."

Zill senyum sinis. Tosh! (total bullshit)

Zill selamba jawab, "Is there any pictures, any solid statements ter proof da head (topik)?"

Bob diam. "No... but aku akan cari lah."

Zill ketawa terus. "Kau jangan nak buang masa aku. Takde, jangan kacau aku. Dah ada, baru tunjuk kat aku. Kau cuba lah cari kalau this story akan jadi lauk laku kau."

Bob makin diam.

Zill kian senyum.

"An' wahn more fin', jangan buat aku... guna lauk kau nak cari makan ni, membolehkan aku saman kau. Kau hati-hati... jangan main dengan api. Aku ada proof yang membolehkan kau hilang lauk terus nak makan. Daan't playin' a Daffy Dahn Dilly bugger ha friend. (Don't playing a silly bugger ha friend * don't act like a fool)"

Zill terus off. Terus dihulurkan business phone itu pada Azham.

"Kau call Sheila. Cakap pada dia, kalau any repor'er nak jumpa or make appointmuns dengan aku after land on Malaysia nanti, suruh Sheila reject aw. Any repor'er cari fasal, suruh Sheila off... jangan kasi dorang buat kecoh kat Zill Corporation pula." Azham mengangguk.

Zill petik jari, "And... alert Herry. Suruh dia dengan budak dia open wide eyes at me Binjai. Repor'ers wif cameras, phones, just.." Zill buat gaya potong leher. Azham mengangguk faham, terus berlari pergi dalam tangannya mula mendial.

Zill merengus, dicapai iPhone, dicall number Aleesya.

"Hello, baby." Suara manja yang betul membuatkan Zill rasa nak terbelahak di atas rumput hijau ni.

"Kau buat apa?"

Aleesya sudah menggeletis suka, "I tak buat apa. Nak jumpa I ke. I pun.."

"Bollocks. Kau dah buat apa? Kau bagitahu Bob?"

Aleesya diam.

"Kau jangan main-main dengan aku. Jangan sampai aku jual fasal kau dengan Bob dekat public. Aku ada everyfin' fasal korang dua ekor."

Aleesya makin menikus.

"Ni last warnin' aku, ya filthy daft (bodoh yang kotor). Kau jangan nak invade me space, me girl's space dengan yarh arse-bitchy-stupid motherfucker statement fasal aku. Aku ada solid proof fasal korang dua. Aku ada lagi banyak media coverage okay. Wahn whole world. Sekali aku buat press, kau mati betina. Periuk nasi kau hilang terus. Aku cakap betul. Daan't fuckin' try ter mess up wif me. (Don't fucking try to mess up with me)"

Zill terus off. Zill sumpah geram. Berani kau nak cari fasal, Aleesya. Zill dah genggam penumbuk.

❋❋❋

Hampir genap sebulan Zill di Qatar. Dan tiba-tiba Sham datang ke penthouse bukan dengan barang-barang biasa macam selalunya, tapi kerana Sham nak jumpa Aaliya. Aaliya terus berlari, menyarung jubah tidur dengan sweater yang ada hood. Sumpah Sham rasa nak ketawa tapi dikawal dari terlepas.

Aaliya takut-takut duduk di depan Sham yang sudah menunggu di ruang antik tu. Ini.. first time lelaki ni nak berdepan, nak cakap dengan Aaliya. Yelah, sebelum ni Aaliya tengok dia, Aaliya cuba senyum masa dia simpan barang dalam rumah bos ni, dia tak pernah hiraukan Aaliya. Aaliya masih tak tahu nama dia pun.

Ni... nak jumpa pula. Kenapa? Ada fasal bos ke? Aaliya meneka terus dalam hati.

"Okay, Cik Aaliya... bos, Encik Zill... dia..." Sham mula buka suara. Aaliya terus membuka mulut selari dengan matanya yang bulat, memintas ayat Syam, "Kenapa dengan dia? Dia balik lambat lagi ke? Ke ada apa-apa jadi pada dia?"

Sham berhenti kejap. Cuba dikawal senyum dan ketawanya. Muka Sham stone macam robot seperti biasanya.

Selama ni pun, aku cuba kawal ketawa sebenarnya. Sebab selama aku naik hantar barang, gadis ni.... mesti akan berlari masuk bilik dulu dan sarung je sebarang jubah dan sweater yang menutup aurat dia. Dia... perempuan simpanan bos. Tapi dia... menjaga aurat.

Aku malas nak kisah fasal personal life bos. So aku just buat kerja aku jelah. Lepas tu, dia mesti akan tengok je dari jauh apa aku buat dekat dapur, dekat supply room. Creepy pun ada rupa dia sebab mengintai balik dinding, balik pintu. Tapi lama-lama aku rasa dia weird lepas tu kelakar pula aku rasa. Lama-lama dah jadi biasa.

Sham malas nak respon atau tunjuk sebarang reaksi pada Aaliya selama dia naik ke level ini menghantar barang dan selama dia sibuk menyusun barang. Sebab Zill dah tegaskan. Kau just naik, letak semua needs dekat every places, lepas tu jangan hirau anything yang girl tu buat, terus turun. Be a robot terus.

Dan... itu yang Sham buat. Dan ini pertama kali, Sham dengar suara Aaliya dan Aaliya dengar suara Sham.

"Bukan. Sabar." Sham berbunyi saja begitu. Aaliya diam terus. Sham menghulurkan satu kotak. Aaliya tengok. Eh, kotak phone!

"Tu.... bos bagi. Anything, dia akan call cik pakai phone tu. Private number, milik boss. Phone ni... hanya boleh dicall oleh bos. Bukan cik call bos. Bos akan call Cik Aaliya pakai phone ni saja."

Aaliya diam, cuma 'ooohh' je. Sham bangun, terus keluar menuju ke lif. Terkebil-kebil Aaliya memandang lif yang sudah ditutup. Tu je? Cakap-cakap terus blah. Eii... Aaliya mencebik sikit. Dicapai kotak itu, dikeluarkan phone.

Ceh... ingatkan best sangat. Macam phone dia ke... Ni macam Nokia aku je. Cuma nama dia Samsung. Harga mesti sama macam aku beli Nokia tu. (Lebih RM15 je Aaliya, haha)

Aaliya bangun sambil membelek phone. Sambil lalu, dicabut sweater dan jubah labuhnya. Jubah yang Aaliya selalu pakai tika sejuk berseluar pendek, kain nipis macam kain pantai Hawaii.

Aaliya buka kunci phone, main tekan-tekan, takde apa sangat pun. Kosong. Aaliya mencebik sikit. Ingat boleh aku nak main game ke. Ada game Sudoku je. Aaliya tersandar memandang perabot mewah di sekitar.

Takkan dia nak bagi kau phone macam tu, kan? Mesti dia fikir kau nak buka benda social or dia fikir kau nak try contact orang lain.. macam Facebook ke, kan? Dan mesti dia fikir kau nak lari dari dia.

Aaliya diam. Kalau... ada peluang. Kau nak lari tak, Aaliya?

Aaliya diam lagi. Dipejam mata, teringatkan belaian bos padanya... di atas katil.

Semenjak dua menjak ni, bos macam makin baik. Tak berkasar sangat pun. Kalau ada pun, dia tiba-tiba buat perangai dia... yang macam entah hape-hape tu... yang aku rasa hanya nak ketuk kepala dia, bukan yang aku selalu takut dan menangis tu.

Aaliya diam terkebil-kebil. Kenapa ya?

Sedang Aaliya tersenyum-senyum tu, tiba-tiba phone barunya berbunyi. Private number. Bos lah, kan? Aaliya mencebik. Private sangat. Aaliya terus angkat. Kang lama-lama bos marah pula.

Dah angkat. Tapi Aaliya dan Zill diam.

"'Ello?" Zill mula dulu.

Aaliya terkejut sikit mendengarkan suara bos pada phone. Kedengaran bergemersik, hati Aaliya rasa wee! di awan biru.

"Ya, tuan." Aaliya membalas juga, macam biasa lembutnya.

Zill senyum. Tapi... "Asal kau diam je?"

Berkerut dahi Aaliya. "Err... saya tunggu tuan cakap dulu."

Zill diam. Tersenyum sikit. "Dah berbuka, kan?"

Aaliya senyum. "Dah, tuan. Saya berbuka pasta Italy tadi. Mak Cik Aaida ada sekali." Sekarang dah 8.45 malam. Qatar... 5 jam.. tuan mesti jam 3.45 petang.

Zill tahan ketawa. "Aku tak tanya pun kau makan apa."

Aaliya terus diam. "Maaf, tuan."

Zill terlepas ketawa kecil. Aaliya kerut dahi. "Ni tengah buat apa ni?"

Aaliya memandang sekeliling. Aku tengah buat apa ya tadi? Ada majalah. Ha langgar je lah. "Saya tengah tengok majalah."

Zill senyum sikit. "Kau tengah tengok majalah ke, kau tengah teringat kan aku masa kau tengok muka aku dekat majalah tu?" Zill cuba nak duga.

Aaliya diam terus. Mana dia tahu majalah tu ada muka dia? Tapi... "Errr... saya... tak teringatkan tuan pun." Aaliya membalas terus.

"Asal tak teringatkan aku? Tak suka aku ke? Tak... rindu aku ke?" Zill bertanya, perlahan... biasa... and a little calm.

Aaliya diam. Sebab suara bos macam lain. Gemersik... dan Aaliya rasa macam cakap dengan orang yang kita sayang. Erk?

"Err... saya... ada juga teringatkan tuan." Tapi rindu... macam tak je. Aaliya sambung dalam hati.

Zill diam. Aaliya... aku separuh mati rindu kau dekat sini. Zill hmm kejap. "Takpelah. Aku nak out. Ada meeting lagi. Before that, kau ada nak apa-apa tak?"

Aaliya bersinar-sinar mata. Dia dah lama nak, tapi dia takut nak cakap ni. "Ada, tuan."

"Kau nak apa dia?" Nak kiss ke? Zill ketawa dalam hati.

"Saya nak nanti... tuan balik sini. Tuan belikan saya novel Melayu, boleh? Sebab saya tak faham baca novel Inggeris." Aaliya menyusun ayat dan suara sehabis baik.

Zill pula... adoii, kecewa dalam hati. Layu terus hati Zill yang tadinya kembang mekar, haha. Tapi tak ditunjukkan dari nada suaranya tu. "Novel Melayu tak pernah hayat aku beli. Baca je lah novel Inggeris tu. Cerdik sikit kau nanti. Dah aku out dulu. Jaga diri elok-elok."

Terus Zill off.

Aaliya terkebil-kebil memandang phone Samsung cikang tu. Eiiii... Aaliya tahan geram, dijentik Samsung itu di atas sofa mewah yang tengah diduduki. Mula-mula lembut gemersik je suara, tanya sangat aku nak apa. Lepas tu, macam tu pula. Geramnya. Baru nak ucap selamat berbuka dekat boss.

Aaliya tak tahu, Zill bukan puasa pun dekat sana. Tak cukup... debaran keinsafan tu lagi dalam hati bebas macam Zill tu. Tapi... wait and see lah nanti macam mana si Zill tu.

And... dua hari lepas tu, Sham datang lagi. Kali ini dengan tiga beg kertas besar Kinokuniya. Sham menyusun elok-elok segala dalam tu di rak buku dan terus Sham keluar.

Aaliya terlopong kejap dan barulah dia meluru ke rak buku yang ditinggalkan Sham tadi. Aaliya bulat mata, bulat mulut, bulat hidung. Dan terus Aaliya melompat-lompat di depan rak buku tu. Sebab tiga baris tu ada novels Melayu! Ada dari Alaf, dari Kaki, dari JS, macam-macam.

Aaliya memeluk satu novel dan berguling-guling di atas permaidani putih ini. Aaliya senyum dalam mata pejam.

Terima kasih, tuan.

Zill Qayyim... is a sweet Brits man. Sweetnya makin nampak dari hari ke hari pada a little girl names Aaliya.

British men... known as the least romantics guy on Earth. And dorang jenis laid-baik (selamba), tak kisah, tak sweet talker macam American men sangat.

Tapi... apa yang Zill buat... Aaliya makin rasa wee! dan rasa gebu-gebu. Aaliya... mula suka atau cintakan Zill tak? Or... Aaliya dah lama cinta dan sukakan Zill way before that? Atau... Aaliya masih hormat dan takutkan Zill semata-mata?

And how about Zill? Zill... dah lama sukakan Aaliya, dah lama terpaut pada Aaliya. Dari masa Zill nampak Aaliya di officenya di Zill Corporation menghantar white coffee and cake lagi. But Zill tak sedar sebab kosongnya hati dia.

Kita tengok... how the love journey for these two hearts.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro