15 • SYAWAL

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng




            

Aaliya tahan muka sebek. Harini... sudah Syawal. Pagi Syawal ni... Aaliya hanya menonton TV siaran langsung di Masjid Negara, mendengar takbir raya.

Aaliya sedihh... sangat.

Penthouse ini sunyi. Tiada bos, tiada Mak Cik Aaida. Sungguh... sangat sunyi. Rasa sunyi ini membuatkan Aaliya sangat teringatkan mak dan ayah. Pagi-pagi macam ni, mak selalu buat nasi minyak. Lepas tu, mak akan bertukar-tukar juadah dan kuih raya dengan jiran. Jadi makanan di rumah mereka sekeluarga pun akan bertambah. Seronok.

Walaupun rumah mereka tak besar, tapi ramai yang datang bertandang. Keluarga Liza, keluarga tok ketua kadang-kadang. Dan tika musim raya... paksu selalu bagi Aaliya duit raya. Aaliya suka... tapi...

Terus dikesat air mata. Takmahu ingat hal kampung yang melibatkan paksu.

Rindunya dekat mak dengan ayah. Dahlah rumah ni sunyi. Lagi rasa macam aku ni betul-betul dah takde apa-apa. Dikesat air mata, terus bangun melangkah ke dapur. Cuba memalaskan diri dari melayan suasana pagi Syawal. Aaliya cuba buat pagi ni seperti suasana di hari-hari biasanya di sini.

Sedang dia meneguk susu HL, tiba-tiba teringatkan bos.

Kan best kalau bos call aku sekarang. Ada juga rasa macam aku ni tak sorang-sorang, rasa jugaklah macam aku ni ada sesiapa kan. Huhu. Tapi... sekarang dah 8.30 pagi. Dekat sana mesti... 3.30 pagi. Hmm... bos mesti tengah tidur. Takkan dia nak call aku, kan? Hmm... sunyinya. Kalau ada suara bos teman aku dekat phone, best juga ni.

Sambil meneguk susu, sambil mencapai satu novel Melayu yang masih tidak habis dibaca, tiba-tiba Samsungnya berbunyi. Terus raut mukanya suka macam apa sampai terkeluar sisa susu yang tak sempat ditelan. Dikesat ala kadar, segera menuju ke sofa besar tadi.

Aaliya segera duduk dan mencapai. Tanpa dapat dikawal, suara Aaliya melonjak dulu, "Tuan!"

Zill yang masih mamai, terus segar bugar. Zill menggelengkan kepala sikit, cuba hilangkan sisa mamai. Dengan masih baring mengiring, dibiarkan je iPhone tersadai di telinga kanan.

Zill ketawa kecil, dengan mata pejam dibalas juga, "Ya, Aaliya." Zill mendengar ketawa suka dari Aaliya. Ini... pertama kali Aaliya seperti bebas dengannya. Walaupun melalui phone, tapi Zill dapat rasa kebebasan Aaliya bersuara, bukan takut-takut dan malu-malu seperti selalunya.

Dengar suara suka Aaliya ni, makin Zill tak sabar nak balik Malaysia. Aduii... dua puluh enam hari lagi...

"Kau buat apa ni?" Zill bertanya dulu.

Aaliya diam kejap. "Saya... tengah dengar takbir raya dekat TV, tuan." Aaliya membalas perlahan. Tapi Zill kesan nada sedih dan getar sayu dalam suara itu.

"Kau sedih ke?" Zill mencelikkan mata dan bertanya perlahan.

"Tak, tuan. Saya tak sedih."

"Jangan tipu aku, Aaliya." Zill buat suara sikit.

Aaliya tunduk. "Saya... teringatkan mak ayah saya, tuan."

Zill terdiam. Zill faham perasaan Aaliya. Zill... selalu rasa seperti itu. Sudah hampir lebih dua puluh tahun dia merasa perasaan itu. Tiap tahun di bulan Syawal, Zill tidak berada di Malaysia. Dia akan pergi ke London, habiskan musim meriah awal Syawal di sana. Sebab apa?

Zill sunyi, Zill rasa kosong bila melihatkan staffsnya kecoh perihal raya bersama kawan-kawan, dengan keluarga besar, datuk nenek, mak ayah di kampung apa semua.

Dan Zill? Dia kesunyian sangat di musim Syawal. So, dia pergi London. Lepak menghabiskan masa di rumahnya di sana, menghabiskan rasa sunyi Syawal di sana.

Tak kisah lah dia tak sambut Syawal, asalkan dia bebas, dia tak sappy di Malaysia. Zill meronda sajalah kota London tu, asalkan dapat melupakan kekosongan di Malaysia.

Dan sekarang... Aaliya. Dia... tiada mak ayah juga. Macam aku. Dia... dah lama hanya pandangkan dinding dan siling dan KLCC je di Binjai tu. Tambah pula, pagi Syawal yang syahdu macam tu. Zill.. rasa kesian. Aaliya... Aaliya... Aku... buat... kau... susah...

Zill diam, digelengkan kepala. Jangan fikir.

"Kau selalu buat apa masa pagi raya ni dengan mak ayah?"

Zill mengalih topik, sekali gus cuba membuat Aaliya bercerita dengannya, terbuka dengannya.

Aaliya diam kejap. "Emm... mak saya selalu buat nasi minyak. Dan selalu tukar-tukar lauk raya dengan jiran." Tu je. Sebab Aaliya taknak cerita lebih, nanti terbuka fasal paksu.

Zill diam. "Aaliya..."

Aaliya diam, Zill diam.

"Aku nak kau jangan sedih ya masa pagi raya ni. Aku... takde dekat sana. Kau... cubalah tengok bunga ke, emm tengok movies ke. Boleh?" Zill bersuara, serba salah dan memujuk.

Aaliya bulat mata. Hilang terus rasa sedihnya. Sebab sekarang... Aaliya cuma terkejut. Bos... lembut dan seperti memujuknyaa. Boss... pujuk dan tenangkan aku? Dia kisah fasal aku?

Aaliya diam lama. Zill pula serba salah, "Kau okey tak?" Zill dah macam nak bangun terus dari baringannya.

Aaliya tersedar. "Aaa... okay, tuan. Okay."

Zill senyum lega balik. Kembali menelentang dengan iPhone di telinga. Matanya memandang siling biliknya.

"Aaliyaaaaa..."

Tiba-tiba bos bersuara .... macam... mengada je di telinga Aaliya. Aaliya kerut dahi tapi menjawab juga, "Ya, tuan."

"Kau tengah pakai apa tu?"

Aaliya pelik. Menunduk melihat juga apa yang dipakai. "Em... saya pakai seluar pendek dengan t-shirt biasa je, tuan."

"Seluar pendek apa? T-shirt biasa apa?" Zill masih bersuara mengada serupa itu.

Aaliya kerut dahi lagi. Aku tak ingat lah jenama seluar pendek dengan baju ni. "Seluar pendek jeans, tuan. Ada koyak sikit dekat hujung. Sampai paha je, tuan." Aaliya terus merah muka.

"T-shirt?" Zill masih dengan suaranya yang perlahan, gemersik dan tanpa nada. Makin membuatkan Aaliya merah muka.

Dalam kepala Zill, dibayangkan sepersalinan comel itu pada si Aaliyanya ini. God.. a much I missed 'er. (how much I miss her)

"Err... t-shirt kecil. Paras pinggang saya je, tuan." Dengan naifnya, dengan kepala menunduk, Aaliya membalas juga.

"T-shirt yang aku suka tengok kau pakai dengan underwear je, kan? Yang bila kau duduk, aku boleh nampak belakang kau, kan? T-shirt... yang tangan aku... selalu seluk masuk... raba perut... raba tetek kau, kan?" Zill masih bersuara perlahan, tanpa nada dan seperti menguji Aaliya. Padahal, Zill beria tahan ketawa.

"Emm... t-shirt tu, tuan." Aaliya mengiakan dengan kepalanya makin menunduk, macam nak bersatu dengan dadanya.

Zill tahu itu kerana dia perasan dari nada dan nafas Aaliya di corong iPhonenya. Zill makin menahan gelaknya dari terlepas.

"Set dalam? Kau pakai yang mana?"

Aaliya sumpah rasa nak tamatkan panggilan dan mencampak Samsung ni. Tapi Aaliya menjawab juga. Itu pun lepas dilihat jenis bra yang dia pakai. "Err... bra... yang tuan suka tu." Aaliya menggigit bibir selepas mengatakan itu.

"Bra... Victoria? Yang plunge... dan aku nampak terus rupa tetek kau, kan?" Zill masih menguji. Senyuman lucunya makin terukir.

Aaliya makin gabra. "Ya, tuan."

"Bra tu... aku boleh sentuh terus tetek kau, kan?"

"Aaa... err ya, tuan."

"Kau sentuh tetek kau sekarang untuk aku, boleh?"

Rasa malu, rasa tak keruan terus besar menghempapnya bagaikan mahu pengsan. "Err tuan... saya... err..."

Terus terlepas ketawa panjang Zill di sana.

Sebaik saja mendengar bos ketawa, terus hilang rasa malunya, hilang rasa gabranya, hilang rasa tak keruannya. Terus berkerut dahinya pelik dan wujud rasa geram itu sikit, kerana bosnya ketawa panjang. Malu masih tersisa kerana bos seperti main-mainkan dia saja.

"Kau kelakar lah, Aaliya." Zill masih ketawa dan bila sudah reda, "Kau suka kuih raya apa?"

Aaliya terkejut sikit dengan soalan biasa yang tiba-tiba itu. Tapi terus juga dia menjawab. Perasaan tak keruan tadi sudah hilang bila mendengarkan ketawa mengejek dari bos ni.

"Emm saya suka Almond London... dengan biskut raya tak kisah apa dia asalkan rasa coklat dan ada kacang."

Zill senyum mendengar suara lurus dan comel Aaliya. "Kau takde nak tanya aku apa-apa ke?" Zill bertanya soalan lain pula.

Aaliya diam kejap. Tanya? Dia nak tanya dan nak cakap banyak sebenarnya. Jadi Aaliya pula yang bertanya bila bos seperti bagi izin untuk membuka mulut, kan?

"Em... tuan sambut raya dekat Qatar sana? Ada makanan raya apa? Tuan, selamat hari raya dari saya. Tuan, terima kasih untuk semua novel Melayu yang tuan belikan. Saya tak sedih, sebab saya ada novel Melayu tu. Terima kasih, tuan."

Zill senyum mendengar suara lembut yang lancar itu. Aaliya tersenyum juga di sana bila mendengarkan breathy chuckle Zill.

"Aku tak raya lah dekat sini. Aku ada kerja banyak. Takde masa pun nak sambut raya. Semua fasal kerja. And... sama-sama fasal novel Melayu tu. Aku dah beli, pastikan kau baca semua. Jangan bazirkan pula aku beli, tapi kau tak baca."

Aaliya diam, dimuncungkan bibirnya tanda menyampah. Tapi dibalas juga, "Terima kasih, tuan. Saya akan habiskan baca semua. Ni... dah enam novel saya habiskan." Aaliya bagitahu, semangat dan macam bangga.

Zill senyum lucu. Zill kesan perasaan bangga dan semangat dari ayat gadis ni.

Zill dan Aaliya diam. Aaliya nak sangat bercakap dan bertanya, tapi dia takut pula nak buka mulut.

"Kau nak cakap, cakap je." Zill berbunyi dulu apabila dikesan 'er er' dari Aaliya walaupun tak jelas.

Aaliya terkejut. Menunduk sekejap. Aaliya duduk tegak je masa bercakap ni. Sebab dia nak kawal suara dia masa bercakap. Taknak kantoi dengan bos kalau bos perasan suaranya macam relaks, macam malas-malas, macam terbuai sangat bercakap dengan bos. Aaliya masih berhati-hati, tidak bebas sepenuhnya dengan Zill.

Diangkat muka balik dan perlahan menuturkan. "Err... saya... nak minta maaf dan ampun dari tuan... sempena pagi raya ni. Saya kan..." Aaliya diam, Zill diam. Aaliya tunduk. Zill diam juga memandang siling.

Aaliya menggigit bibir. Nak cakap isteri ke?

Zill membalas saja dulu, "Aku maafkan." Perlahan saja suara bos, Aaliya terus mengangkat muka dari tundukannya.

Zill resah. Dijauhkan iPhone dari telinga, dipicit dahi dengan mata pejam. Godd... Kembali melekapkan iPhone di telinga kanannya, "Soalan lain, Aaliya..."

Aaliya terus diam. Tuan... tak suka... aku cakap fasal tu. Aaliya cuba melupakan. Ditanya soalan yang dia tertanya-tanya juga tadi.

"Err tuan... kenapa telefon saya masa ni? Dekat sana, baru nak dekat 4 pagi. Tuan... tak tidur ke? Tuan tak penat?"

Zill terus bisu. Nak cakap apa? Takkan nak cakap aku beria set alarm masa ni, sebab taknak dia sedih di pagi raya? Gila! Nampak sangat!

Zill sanggup set alarm dengan masa Malaysianya 8.20 am. Kerana mahu menemani Aaliya. Kerana dia faham perasaan Aaliya yang sorang-sorang di pagi Syawal.

Hmm... Baik kan Zill? Sanggup set alarm pagi-pagi buta semata-mata nak teman Aaliya. Supaya that girl tak sedih sayu sangat.

"Sibuk lah. Adalah sebab aku tak tidur lagi masa ni. Jangan sibuk fasal aku. Apa aku buat, jangan nak pelik sangat."

Aaliya terdiam terus. "Em, baik tuan."

Zill serba salah pula. "Aku baru siap buat kerja aku, fasal deal letters apa semua." Zill cuba lembutkan suara.

Aaliya ooohh dan okay, tuan. Walaupun dia tak faham pun fasal apa.

Zill makin rasa resah dan tak kena dengan hati sendiri. Lama-lama aku layan, makin banyak aku dedahkan ni. Tak mustahil, budak ni boleh bentuk the puzzles.

"Aaliya, aku nak tidur balik." Terus Zill letak.

Aaliya kebil-kebil dan mencebik ei... Tapi tersenyum juga. Hati Aaliya yang tadinya sunyi tiada siapa-siapa, sudah kembali penuh terisi, selepas mendengar suara bos.

Dan selepas zuhur pertama Syawal itu, Aaliya terjumpa empat bekas biskut raya di ruangan depan dia selalu lepak. Aaliya terpaku. Dua bekas Almond London, dua bekas chocolate cookies dengan chips dengan hazel. Aaliya senyum. Almond London and Brownies Cookies.

Dipeluk satu bekas Almond London itu dalam dirinya berbaring sekejap sambil memejam mata.

"Ya Allah... Alhamdulillah..."

Menitis sikit air mata Aaliya. Bos... sangat baik.

"Terima kasih, tuan." Aaliya berbisik sendiri dalam senyuman syukur, sayu, gembira, happy, gebu... semuanya memenuhi hati Aaliya.

❋❋❋

Aaliya beria menikmati rendang ayam dan ketupat, juga lemang yang dibawa Mak Cik Aaida. Harini dah hari raya kesembilan. Baru Mak Cik Aaida ada masa ke mari. Mak Cik Aaida senyum je tengok selera Aaliya.

"Liya nak tahu tak?"

"Tahu apa, makcik?"

"Makcik tak pernah tengok Zill macam tu, macam sekarang."

Aaliya berhenti dari menyuap rendang ayam. "Macam apa?"

Mak Cik Aaida senyum lagi. "Sekarang... makcik perasan, muka dan hati Zill tak kosong. Tak macam dulu."

Aaliya diam terus.

"Dulu... masa makcik kerja... muka dia, kelakuan dia... macam robot dan hanya fikir kerja je, fikir company besar dia tu je. Perempuan... banyak keluar masuk tempat ni. Tapi-tiap pagi, dia tak layan pun semua perempuan yang masih menyibuk dekat rumah dia. Dia akan terus keluar pergi kerja."

Aaliya diam saja lagi. Ini... perkara baru yang Mak Cik Aaida cakap padanya. Fasal bos. Ini pertama kali Aaliya mendengar kisah dalam bos dari orang lain. Lagi satu... dia taknak buka mulut dan hanya memutuskan nak mendengar saja bagi topik ni. Dia takmahu dia terlebih cakap dan terbongkar.

"Sekarang... makcik nampak... dia macam lain. Dia ada keutamaan lain, dekat rumah ni." Mak Cik Aaida senyum. "Pada Aaliya."

Aaliya makin diam, terhenti kunyahan di dalam mulutnya. Mak Cik Aaida hanya senyum.

"Masa tiap kali raya, mak cik nampak dia sunyi dan kosong. Zill... nampak je dia ada semua. Tapi dia takde apa-apa. Hati dia sangat kosong. Masa raya, Malaysia akan meriah fasal raya dan jamuan, kan?

Zill akan ke London. Ke rumah moyang dia dekat sana. Zill... akan habiskan masa dekat sana je. Tak tahu apa dia buat. Tapi masa raya, dia hanya akan balik sana, rumah yang hanya ada orang gaji je sekarang."

Macam mana Mak Cik Aaida tahu semua ni?

Sebab sepupu Mak Cik Aaida pernah kerja dengan Zill. Kak Ros? Bekas coffee lady Zill?

Yap... Kak Ros dan Mak Cik Aaida tahu fasal Zill, tahu fasal kesunyian dan kelakuan Zill yang memang agak kesian pada hati tua mereka. Tapi Zill tak tahu fasal relationship Mak Cik Aaida dan Kak Ros.

Aaliya terkebil-kebil.

Mak Cik Aaida senyum menambah lagi, "Masa dia duduk sorang-sorang di rumah ni, dia tak pernah lepak dekat sini pun melainkan masa bawa perempuan. Sebab dia lebih cari dekat luar, cari keseronokan nak hilangkan sunyi dia dekat luar. Tapi... sejak Aaliya ada, Aaliya sorang dah cukup untuk hilangkan kesunyian dia makcik tengok. Sebab Aaliya, Zill dah tak melepak dekat luar, duduk rumah je."

Aaliya kaku terus, tawar terus. Tak jadi menghabiskan rendang, ketupat dan lemang.

Mak Cik Aaida senyum saja lagi. Dia taknak menyuarakan terus; get married. Dia cuma menunjukkan jalan kabur. Mak Cik Aaida harap, Aaliya akan jumpa jalan terangnya nanti.

Tapi sebenarnya pada Aaliya, Aaliya hanya rasa terkejut dan tak tahu apa dia rasa sebenarnya. Sebab macam pelik... dan macam tak sangka. Tuan... hmm... dia layan aku teruk. Tapi... memang semenjak dua menjak ni dia baik. Tapi... dia... pada aku...

Mak Cik Aaida bukan jenis makcik-makcik yang kampung sangat. Mak Cik Aaida agak moden kerana anak-anaknya semua kerja moden dan besar-besar. Dia kerja as housekeeper ni sebab dia bosan duduk di rumah. Anak-anak semua nak menanggungnya, tapi dia nak merasa kerja. Lagipun dia ada banyak pengalaman sebagai housekeeper. Di hotel.

Sebab tu, Mak Cik Aaida lulus untuk jadi housekeeper di bangunan jutawan ni. Dan disebabkan dah lama kerja dengan Zill, Mak Cik Aaida dah kenal sangat dengan rutin dan hidup Zill yang teratur macam robot. Kosong sangat tanpa perasaan. But now, hidup Zill itu macam bercorak, ada gelap ada terang. Dan semuanya sebab gadis ni.

Tapi siapa Mak Cik Aaida nak menegur? Kang kena saja je walaupun Zill memang tak pernah marahkan dia. Tapi serius seorang Zill Qayyim buat Mak Cik Aaida kecut perut juga.

❋❋❋

Aaliya termenung di mini garden. Disiram bunga-bunga. Dipotong rumput dan daun sikit-sikit, untuk hiasan, untuk aliran dia seperti Mak Cik Aaida ajarkan.

Tapi... kata-kata Mak Cik Aaida tiga hari lepas masih bermain di minda, di telinga Aaliya. Aaliya mengeluh. Dicium bunga, dibelai bunga-bunga yang terasa gebu lembut dan tenang di kulit tangannya.

Sebab bos... dara aku hilang. Sebab bos... aku tak rasa bebas akibat dikurung tiap masa dekat sini. Sebab bos... suami aku... aku merasa seksa sebuah perkahwinan, yang patutnya aku manis menikmati selayaknya seorang isteri.

Zill... sudah mengambil segala-galanya milik Aaliya. Segala-galanya yang sedikit, yang hanya tinggal untuknya di masa dia takut selepas kena dengan Badrul.

Sebab Zill, Aaliya hilang semua. Dara, kebebasan, kekuatan, keberaniannya yang baru mahu terbina, ketenangan yang cuba digapai dan dicari selepas apa yang jadi di kampung. Semua itu, Zill merentap merampas dari Aaliya dalam satu malam.

Tapi... Aaliya tak boleh nafi. Dalam kesakitannya, Aaliya merasa selamat di tempat ini. Selamat dari Badrul dan mimpi ngeri di kampung. Tapi diganti dengan mimpi manis ngeri yang dihadiahkan Zill. Tapi... Zill masih menjaga Aaliya, cukup makan pakai, cukup ruang untuk ibadah, cukup ruang untuk ketenangan dan bersendiri.

Dan... Aaliya masih memandang Zill itu suaminya. Suami... yang ditaati dan yang menjaganya. Walaupun bukan menjaga dalam erti kata sebenar.

Lama... Aaliya bertahan dan membina kekuatan diri sepanjang hidup dengan Zill. Dan bersabar dan menguatkan dalaman hati sepanjang duduk di sini bersama Zill.

Dan tiba-tiba, Zill menjadi seorang yang... macam baik. Makin baik dan makin mengurangkan ketakutan dan kesakitan dan kesedihan di hati Aaliya. Diganti dengan belaian kasih, diganti dengan suara yang tak menengking dia macam selalunya.

Aaliya mengeluh.

Kenapa ya? Hidup aku... macam ni. Terlibat dengan permainan bos besar, orang kaya dunia macam tuan. Tuan main-mainkan aku. Dibelai kasih sayang dan kemudian aku ditengking sesuka hati.

Dan sekarang, tiap layanannya dah tak macam dulu. Sentiasa baik dan lembut dan selalu membuat aku tertanya-tanya. Tapi aku masih tak tahu apa dan siapa aku pada dia?

Aaliya tunduk.

Betul ke Mak Cik Aaida cakap? Aku dah mengubah tuan? Aku... merupakan gadis istimewa pada tuan? Sampai menghilangkan kekosongan di hati tuan macam Mak Cik Aaida cakap? Kosong? Tuan merasa kosong yang macam mana?

Aaliya tunduk lagi. Dan dia teringat.

Satu petang tika Zill balik dari kerja, Zill pening kepala. Tak tahu sebab apa. Masa tu... baru dua bulan lepas dorang kahwin. Zill ada masalah kerja atau Zill kena hujan ke, entah. Aaliya tengah duduk tengok TV bila Zill tiba-tiba muncul ke ruang tu.

Zill terus duduk di sebelah Aaliya. Aaliya terus berdiri menunggu arahan. Aaliya takkan buka mulut untuk bertanya. Aaliya hanya buka mulut untuk menjawab. Keadaan mereka di awal-awal pernikahan.

Aaliya memandang bos yang bersandar penat. Zill dengan mata masih pejam tiba-tiba bersuara, "Picit kepala aku." Aaliya mula bergerak ke belakang sofa mewah itu, nak memicit kepala bos. Ini pertama kali Aaliya tengok bos seperti lemah.

Tapi sebelum Aaliya belakang sofa mewah itu, bos memegang tangan kanannya. Bos membuka mata sedikit, nampak sangat bos tak larat.

"Jangan... Kau... duduk. Aku nak baring dekat riba." Zill menambah perlahan. Dan Aaliya terus bulat mata sikit. Tapi Aaliya hanya ikutkan saja.

Aaliya duduk dan Zill terus baringkan kepalanya di paha yang terdedah gebu itu. Zill selesakan diri.

Dan Aaliya mula memicit kepala bos perlahan. Aaliya melihat tiap perubahan wajah bos. Muka bos berkerut mengaduh sikit dan nampak bos lesu dan pening sangat. Lama Aaliya memicit, bos mula beriak tenang dan segar sikit.

Aaliya mula nampak bibir bos senyum. Zill dalam memejam mata, dia mula mengiring. Dibenamkan mukanya pada perut Aaliya, tangan kanannya merangkul pinggang Aaliya.

"Thanks, Aaliya. Ada kau, aku rasa ada teman."

Aaliya kebil-kebil tak faham tapi dia terang mendengar bisikan bos itu. Dan masa tu, bos tidur lama di pahanya sampai dia rasa kebas, terlentok tidur juga.

Aaliya teringat moment tu.

"Ada kau, aku rasa ada teman."

Aaliya memandang riba sendiri. Betul ke, aku teman pada dia? Dari mula? Betul ke, aku je yang dah berjaya isi kekosongan dalam hidup dia? Macam Mak Cik Aaida cakap? Aku ada bagi sesuatu pada tuan?

Aaliya kebil-kebil lagi pada warna warni bunga di sekitar.

Aku tak boleh nafi, yang aku dah makin tenang dan makin tak takut dan dah makin tak seram macam dulu masa dia ada atau masa dia takde dekat sini. Tapi... dia lelaki yang merogol aku. Dan sekarang, dia suami aku.

Digeleng kepala dan membawa dirinya masuk. Merayap sekejap di ruangan tamu atas ini. Balinese resort style.

Dicapai bingkai gambar yang berisi front page Forbe. Ada muka kacak Zill Qayyim. Zill Future. Aaliya hanya pandang. Kemudian, dibawa bingkai gambar tu menuju ke balkoni. Dilabuhkan duduk di kerusi santai kayu berkusyen yang disediakan.

Aaliya bersandar melunjurkan kaki. Matanya masih pada gambar Zill. Gambar bos dia yang handsome, nampak kaya, nampak kuasanya.

Dicium gambar itu. Aaliya tak senyum, mukanya beriak sedih.

Dia sayang aku ke? Dia rogol aku... sebab dia sayang aku ke?

Aaliya kebil-kebil dan mula dilelapkan mata sekejap. Dilekapkan gambar itu pada dadanya.

Cuaca panas merangkak ke petang begitu menenangkan, sebab Aaliya hanya pakai seluar pendek dan t-shirt longgar pendeknya macam biasa. Matahari makin condong nak tenggelam.

Jikaada bahagia untuk aku, tunjukkan pada aku, Ya Allah. Bersama tuan atau tidak,moga aku dapat rasa juga suatu hari nanti. Hati Aaliya berbisikperlahan.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro