🌹 - 40

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"You make a lion hungry. Hm."

Carl Ayden melepas kasar cengkaman di rahang lelaki itu. Tengkuk yang tak gatal digaru. Dia malas sebenarnya nak kotorkan tangan, tapi siapa suruh buat dia naik angin sekarang?

Jack dan Shay duduk di sofa berangkai dua begitu juga Fazz dan Zull. Carl Amsyar pula dah awal-awal minta diri untuk pulang, ada kerja katanya.

Mereka hanya memerhati segala tindak-tanduk Carl Ayden, selagi tak ada arahan mereka tak akan masuk campur. Tak mahu menyibuk.

Pistol dikeluarkan lalu muncung pistol tersebut dihalakan pada kaki lelaki itu. Sekilas dipandang riak cuak lelaki tersebut yang mula ketakutan.

BANG!

Ditembak lutut kiri lelaki itu tanpa membuang masa, tak dipedulikan raungan kesakitan yang bergema dalam bilik tersebut.

Bagi Carl Ayden, bila mangsanya menjerit kesakitan itu adalah satu kepuasan pada dia.

BANG!

Lutut kanan pula menjadi sasarannya kali ini. Senyuman sinis terlakar dibibir. Tak cukup dengan itu dia mencapai sebatang besi yang terletak bersebelahan dengan tiang dimana lelaki itu diikat.

"Sikit je tu." gumamnya sinis dipendengaran mereka.

Batang besi tersebut dihayunkan pada tepi kepala sebelah kanan lelaki itu, darah mengalir keluar pada dahinya. Untuk kali kedua besi itu dihentak lagi pada tepi kepala lelaki tersebut.

Puas hati dia.

Lelaki itu tertunduk kebawah  wajahnya, tak bermaya untuk mendongak kepala. Kesakitan yang dirasakan sungguh perit.

Manakala kedua lutut yang ditembak Carl Ayden tak mampu lagi menampung berat badannya sebelum dia melurut jatuh dengan tangan yang terikat itu.

"Sakit? Takpe, lepasni kau tak rasa sakit lagi."

BANG!

BANG!

Dua das tembakan dilepaskan pada dada dan juga dahi lelaki tersebut. Sekelip mata tubuh lemah itu kaku tak bernyawa.

Mangsanya sudah dihapuskan.

Carl Ayden melihat jam ditangan kirinya, dia perlu pulang memandangkan hari ini dia akan balik ke rumahnya. Entah macam mana cik isteri dirumah papa dan mamanya itu.

"Settle mayat dia, hantar dekat Haris. Aku nak balik." arahnya tegas sambil menyimpan kembali senjatanya.

Dia berlalu keluar daripada bilik tersebut tanpa menoleh lagi. Pandai-pandai lah lelaki empat orang tu bersihkan, dia dah bagi arahan.

Jack memberi isyarat mata pada Fazz sebelum dia bangun menghampiri mayat lelaki itu lalu ikatan pada tangan dibuka. Fazz merengus geram, asal ada mayat je dia yang kena bungkus!

Plastik hitam yang tersedia di sudut bilik diambil lalu dikuak seluas-luasnya. Jack mengangkat tubuh kaku lelaki tersebut lalu dimasukkan ke dalam plastik hitam itu.

Lincah tangan Fazz mengikat plastik hitam yang berisi mayat tersebut lalu diheret keluar daripada bilik itu. Shay pula mengarahkan anak buah Carl Ayden untuk membersihkan kesan darah pada lantai bilik.

Jack dan Shay turut membuntuti langkah Fazz keluar daripada bilik itu. Plastik hitam tersebut dicampak Fazz pada seorang lelaki yang lengannya dipenuhi tatu naga itu.

"Hantar depan rumah Haris!" arahnya dengan muka dingin.

Tanpa soal, lelaki itu mengangkat mayat yang dibungkus tersebut sebelum berlalu pergi. Semestinya untuk dihapuskan mayat tersebut tanpa meninggalkan sebarang kesan.

×××××

Zara bingkas bangun daripada katil sebaik kelibat Carl Ayden masuk ke dalam bilik.

Wajah tenang suaminya melegakan Zara, tak seronok lah dia nak bagitahu berita gembira pada Carl Ayden kalau muka encik suami bengis saja.

"Kenapa? Tak sabar nak balik rumah ke? Ke tak sabar nak terkam aku?" soal Carla Ayden dengan sebelah kening yang diangkat.

Zara mencebik bibir, dia tak cakap lagi encik suami dah fikir benda lain. Sabar je lah! Belakang tangan suaminya dikucup lembut, senyuman tak lekang dibibirnya.

Ditarik lengan suaminya menuju ke arah katil dan punggung dilabuhkan pada birai katil. Badan dipusing menghadap Carl Ayden yang hanya memerhati.

"Saya ada benda penting nak bagitahu awak ni. Saya harap awak tak marah sebab —" sengaja tak dihabiskan ayatnya lalu muka dipura-pura sedih.

Carl Ayden mengerut dahi, tadi senyum semacam sekarang sedih pulak. Apa yang tak kena dengan isterinya?

"Sebab?"

Lagi bertambah hairan Carl Ayden bila cik isteri kembali senyum seperti tadi. Pelik betul cik isteri hari ni, emosi tak stabil. Sekejap ceria, sekajap sedih. Haih.

"Awak akan dapat baby nanti!" terjerit kecil Zara dengan wajah gembira lalu terus memeluk suaminya kemas.

Carl Ayden terdiam. Ayat yang dituturkan Zara cuba difahamkan, masih tak jelas.

Baby? Nanti? Jadi isterinya mengandung lah sekarang. Terus terpancar riak terkejutnya.

"Seriously wife?!"

Pelukan Zara turut dibalas dengan rasa gembira yang terdetik dihati. Patutlah isterinya ceria bukan main lagi. Carl Ayden tersenyum lebar, dia akan jadi papa tak lama lagi.

"Saya pergi buat check up dengan mama tadi, doktor cakap dah enam minggu. Ya Allah! Bahagia sangat!" riak teruja jelas diwajahnya.

Pelukan dilonggarkan, bibir Carl Ayden yang tersenyum tadi perlahan-lahan pudar senyumannya.

Zara ketap bibir, suaminya tak suka ke? Ditatap wajah keruh suaminya itu.

"Awak tak happy ke? Awak tak suka saya mengandungkan anak awak?" lirih Zara bertanya, airmata mula bertakung ditubir mata.

Carl Ayden tersentap dengan pertanyaan isterinya. Hilang apa yang difikirkannya sebentar tadi, dia cuma rasa bersalah dengan Zara.

Dia tak pernah ambil tahu pasal isterinya hingga Zara sendiri yang pergi buat pemeriksaan di klinik sedangkan dia? Selalu saja sibuk.

"Tak! Aku suka, aku happy bila kau pregnant. Jangan fikir benda lain kau isteri aku takkan lah aku tak suka pulak. Hm.."

Airmata yang mengalir dipipi Zara dikesat dengan ibu jari, lagi kuat rasa bersalahnya melihat kesdihan isterinya.

Kedua pipi cik isteri ditekap dengan kedua belah tangannya sambil memandang wajah sayu Zara.Nafas ditarik panjang sebelum dihembus perlahan.

Dia tak betah simpan lama-lama rasa ini, sekarang masa yang sesuai untuk dia luahkan semuanya pada isterinya.

"Aku mintak maaf sebab tak ambil tahu pasal kau, kau mengandung pun aku tak teman kau buat check up. Aku betul-betul mintak maaf, aku sayang kau Zara."

"Kau satu-satunya perempuan yang berjaya buat aku sayangkan kau. Kau perempuan pertama yang buat aku bahagia. Kau maafkan aku tak?"

Terkebil-kebil Zara melihat encik suami yang bersungguh-sungguh minta maaf padanya. Dia sendiri tak menjangka akan perkara tersebut.

Tergelak Zara bila wajah serius encik suami memandangnya dengan ucapan maaf yang diucapkan. Terasa lain saja suaminya itu.

"Asal kau gelak pulak? Aku serius lah!" berkerut keningnya melihat tawa cik isteri yang tiba-tiba.

Tajam anak matanya merenung cik isteri yang sedang ketawakan dia. Dia tak buat lawak rasanya sebab dia cuma mintak maaf. Takkan tu pun nak gelak?

"Awak ni lawak lah! Nak tahu kenapa? Masa awak mintak maaf tu saya tengok muka awak bukan main serius mintak maaf dengan saya..."

"Yang buat saya nak gelak sangat, muka singa awak dah tak nampak terus, yang saya nampak muka jambu je sekarang. Haha! HAHAHA!"

Tersentap Carl Ayden dengan kata-kata Zara. Mentang-mentang dia mintak maaf, mentang-mentang muka dia bengis sesenang hati je Zara nak perli dia. Nasib bini kesayangan!

Carl Ayden turut tergelak sekali bila cik isteri makin kuat ketawa, llawak pulak tengok muka merah Zara akibat kuat sangat ketawakan dia. Lantas tubuh Zara ditindihnya.

Zara terus berhenti ketawakan suaminya bila badan encik suami sedang menghempapnya. Terkebil-kebil Zara melihat suaminya yang sedang ketawa itu, tergamam.

Suaminya ketawa? Singa tengah ketawa? Tuhan! Dia tak salah tengok kan? Tak sempat dia ingin bertanya, sekali lagi buat Zara rasa nak hantuk kepala dia dekat dinding dengan ayat encik suami.

"I love you so damn much, Zara Nafisa."

Hari itu paling bahagia dan berharga buatnya, sudah lah dia dikurniakan dengan seorang bayi yang masih belum keluar.

Sekarang, encik suami tak lagi berselindung dengan perasaan sendiri dengan menyatakan rasa cinta padanya.

×××××

Sejak Zara mengandung, tak terkata Carl Ayden melayan kerenah isterinya. Perangai Zara juga makin menjadi-jadi. Kalau silap sikit merajuk. Kalau tegur terus menangis.

Pening kepala Carl Ayden dibuatnya. Kadang, disuruh beli macam-macam tengah malam buta pulak tu, bila dah beli tak nak makan pulak.

Semua itu cukup menguji kesabaran Carl Ayden, disebabkan sayang diikutkan je kerenah Zara.

Kandungan isterinya sudah mencecah enam minggu, bahagia rasanya kerana Zara sudi melahirkan zuriatnya.

Setelah mengungkapkan kata-kata keramat tempoh hari, jelas Carl Ayden punya perasan sekarang.

Bukan lagi singa yang sentiasa bengis, bukan lagi kayu yang tak berperasaan dan yang penting tak lagi beku dengan muka tanpa senyuman itu.

Carl Ayden yang baru, selalu tersenyum bila bersama Zara saja. Zara saja, kalau orang lain macam biasa bengis dia. Dah belajar untuk ketawa, yang penting bukan ketawa sinis lagi.

Carl Ayden sedang belajar untuk memikat hati cik isteri walhal cik isteri dah lama terpikat dengan dia, tak lupa juga belajar cara nak pujuk cik isteri.

Baru dia tahu perempuan kalau merajuk memang susah nak pujuk dan ya, dia berjaya sikit-sikit.

"Awak..."

Zara menghampiri Carl Ayden yang sedang membelek skrin telefon, lengan suaminya digoyang kecil seraya memuncungkan bibirnya. Dia bosan.

"Ya, kenapa?"

Carl Ayden menoleh ke arah Zara sekilas lalu mata dihalakan kembali pada skrin telefon, dibaca pesanan yang dihantar Diego padanya tentang jadual kerjanya.

Zara mendengus kasar bila suaminya layan dia acuh tak acuh saja, sibuk je dengan besi tu! Lantas dirampas telefon encik suami lalu disembunyikan pada belakang badannya.

"Zara... Bagi balik! Jangan lah macam tu. Okay, cakap kau nak apa?" selembut mungkin suaranya cuba dikeluarkan, mata merenung cik isteri.

Zara mencebik bibir, macam tak penting saja dia, telefon tu lagi penting gamaknya. Wajah tak puas hati Carl Ayden dipandang tajam.

"Awak selalu aje sibuk dengan phone! Awak tak layan saya! Awak dah tak sayang saya!" hambur Zara dengan muka seakan mahu menangis.

Tercengang Carl Ayden mendengar kata-kata Zara yang langsung tak betul itu, bila masa pulak dia tak layan Zara? Sayang pun tak pernah kurang terhadap isterinya.

"Aku mintak maaf, aku sayang kau lah mana ada tak sayangnya. Dah, jangan lah nangis nanti tak cantik." pujuknya lembut lalu kepala Zara diusap perlahan.

Zara terus tersenyum, kepala dilentokkan pada dada encik suami. Dia pun tak tahu kenapa, sejak mengandung ni perangai dia lain sangat.

Childish terlebih.

Tersenyum Carl Ayden, isterinya nak bermanja lah tu. Bahu Zara ditepuk sambil mencium ubun-ubun isterinya. Kalau nak bermanja cakap jelah, ni sampai nak menangis bagai. Haih, Zara.

"Manja betul kau ni, kan? Jangan manja sangat nanti baby pun manja teruk pada kau pulak. Larat ke nak handle?"

Kepala didongak sedikit ke atas sambil merenung wajah tenang encik suami. Siapa cakap dia manja? Encik suami pandai je nak kenakan dia.

"Mana ada saya manja! Awak tu tak nak layan saya. Kalau baby manja pun salah awak lah." dijeling tajam suaminya.

Tergelak Carl Ayden dengan jawapan Zara. Manja tapi tak nak mengaku lepastu nak salahkan dia pulak? Tingkah Zara selalu buat dia senang hati.

"Salah kau lah manja sangat bukan aku. Isteri siapa entah, perangai macam budak dua tahun. Malu betul!" sakatnya dengan senyuman lucu dibibir.

Dada Carl Ayden dicubit manja, tak sah kalau tak menyakat dia. Carl Ayden mengaduh sakit, dia pun nak bermanja jugak bukan Zara je. Cubitan Zara tu tak sakit pun sebenarnya.

"Awak ni! Malas lah layan awak! Jangan kawan dengan saya, saya nak kawan dengan baby je. Hmph!" mata dipejam rapat lalu wajah disembamkan pada dada Carl Ayden.

Carl Ayden menggeleng kecil dengan kerenah cik isteri. Isterinya dah pandai menjawap sekarang, kalau bertekak memang dia tak pernah menang.

"Tak nak kawan sudah! Pergi lah kawan dengan baby tu. Aku tak nak peluk kau." dalam hati dia tergelak menanti reaksi cik isteri.

Zara mencelik mata luas bila suaminya tak mahu peluk dia. Tak lena lah tidur dia kalau Carl Ayden tak peluk sebab dah jadi perkara wajib tidur dipeluk encik suami.

Serta-merta Zara bangun dan duduk tegak sambil memandang suaminya yang tersenyum mengejek pada dia.

"Alaaa... Saya nak kawan lah gurau je tadi tu. Esok lah saya kawan dengan baby pulak, malam ni nak kawan dengan awak." tutur Zara manja, berkerut mukanya.

Terhambur ketawa Carl Ayden. Alahai! cik isteri selalu saja mencuit hatinya.

Tangan Zara ditarik lembut supaya berbaring mengiring di sebelahnya. Tangan menyusup masuk ke belakang badan Zara lalu dipeluk erat.

"Tahu pun.. Lain kali merajuk lah lagi. Lepasni memang tak nak dah peluk kau, tidur kau sorang-sorang!"

"Jangan lah.."

Wajah berkerut Zara menambahkan lagi rasa seronok dihati untuk menyakat cik isteri, mengenangkan dah lewat malam ditangguh dulu aktiviti menyakatnya.

"Kalau nak aku peluk, bagi goodnight kiss dulu. Hm.." ujar Carl Ayden dengan sebelah kening yang diangkat pada Zara.

Dikucup bibir encik suami sekilas. Dah masak dengan perangai Carl Ayden sejak dari kayu berubah jadi manusia ni, selalu saja mintak goodnight kiss lah, morning kiss lah.

Segala jenis kiss encik suami mintak. Mujur tak ada subuh kiss je. Terpejam mata Carl Ayden menerima kucupan isterinya, sentuhan Zara buat dada dia sesak.

Memang dia betul-betul bahagia dengan Zara sekarang, kalau dia tahu cinta tu macam ni rasanya, dari hari pertama kahwin lagi dia nak jatuh cinta dengan Zara.

Isteri yang penyayang dan lemah lembut. Sentiasa menghormatinya dan juga nakal.

Yang nakal tu dia paling suka, menggoda betul. Iman dia yang tak berapa nak ada pun kadang berterabur dengan kenakalan Zara.

"Good night, wife." bisiknya lembut sebelum menutup mata.

Dirapatkan tubuh Zara pada badannya dengan sebelah tangan yang memeluk erat bahu cik isteri, manakala sebelah tangan lagi memeluk pinggan ramping isterinya. Dahi Zara dikucup penuh kasih.

"Good night too, husband." balas Zara juga berbisik.

Carl Ayden tersenyum puas manakala Zara turut menutup mata. Seketika, suasana dalam bilik tersebut sunyi sepi.

Mereka berdua tertidur dalam pelukan kasih sayang yang kian mekar. Tanpa sedar ada sesuatu yang menanti.


[DONE]

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro