🌹 - 41

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng


R

estoran tersebut yang sedikit bising dengan pelanggan tak mengganggu perbualan antara Ainna dan Carl Amsyar.

"Hah?! Awak tak main-main kan? Tak payah buat lawak lah, tak kelakar langsung!" bisiknya sedikit kuat dengan merenung tajam lelaki itu.

Terkejut Ainna dengan kata-kata yang diungkapkan Carl Amsyar sebentar tadi yang meminta kepastiannya. Bahagia tu memang lah tapi dia cuma terkejut, takut Carl Amsyar sekadar bergurau.

Pelanggan yang memerhati tak dihiraukan. Benda macam ni bukan boleh diajak bergurau. Ianya melibatkan kehidupan mereka berdua.

Carl Amsyar tersenyum lebar melihat wajah terperanjat dan tak percaya kekasih hatinya, memang kalau difikirkan balik nampak macam terburu-buru tapi itu yang terbaik dia rasakan untuk mereka.

"Ainna, saya tak main-main dengan benda macam ni. I mean what I said, trust me. I know this decision macam terburu-buru sangat tapi kita dah lama kenal. Salah ke?"

Carl Amsyar menyoal, tegas nada suaranya. Ainna merenung dalam anak mata Carl Amsyar, masih tak yakin sebenarnya. Dia pun setuju dengan cadangan Carl Amsyar tapi dia cuma takut.

Lagipun dia risau kalau ibu bapa lelaki itu tak bersetuju nanti, makin haru jadinya. Dia ni cuma biasa, bukan orang berada macam kekasihnya itu.

"Terus nikah tak payah tunang? Saya tak kisah tapi family awak macam mana? Kalau diorang tak setuju? Lagipun saya tak ada mak ayah, awak faham kan?" jelas Ainna perlahan dengan senyuman kelatnya.

Keputusan yang dibuat Carl Amsyar untuk terus menikah tanpa bertunang sangat menghairankan Ainna. Nampak macam tergesa-gesa tapi dia akui yang dia dan Carl Amsyar dah berkenalan hampir tiga tahun.

Carl Amsyar tergelak dengan kerisauan kekasihnya, dia pun berdebar sebenarnya takut Ainna menolak lamarannya tapi tentang keluarganya dia dah maklumkan dari awal lagi.

"Tak payah risau, family saya dah tahu dan dorang setuju sangat. Saya nak tahu keputusan awak je sekarang. Setuju ke tak?" tanya Carl Amsyar serius, berdebar menanti jawapan.

Ainna tersenyum manis sebelum mengangguk perlahan. Wajah ditunduk ke bawah, segan dengan renungan buah hati pengarang jantungnya. Kalau sama-sama setuju tak perlu ditangguh lagi.

Sungguh dia tak menyangkan yang Carl Amsyar sudi untuk menghalalkan dia, terharu kerana taraf dia jika dibandingkan dengan Carl Amsyar jauh berbeza. Dia gadis biasa malah anak yatim piatu.

Kepala didongak ke atas, keputusan yang dibuatnya difikir sehabis mungkin dan berharap dipermudahkan segalanya. Lambat-lambat bibirnya bergerak menutur kata.

"Saya setuju." balas Ainna yakin bersama senyuman lebar dibibir.

Terus Carl Amsyar mengucap syukur dihati bila mendengar jawapan yang diharapkannya itu kini menjadi kenyataan. Sungguh dia tak percaya.

××××


Zull tersenyum-senyum dengan badan yang disandarkan pada sofa. Tak dapat dia lupakan kejadian tempoh hari semasa sedang menjalankan tugasnya.

Dari pertama kali bertembung dia dapat rasakan yang dia dah jatuh cinta pandang pertama dengan gadis yang ditemuinya itu.

Suasana yang sedikit riuh dengan suara orang ramai di lobi hotel tempat dia menginap menarik perhatiannya, kebetulan pula dia baru saja berjumpa dengan Insp.Rachell.

"Let me go! Somebody please help me!"

Zull melangkah laju ke arah dimana suara seseorang sedang menangis dan menjerit ketakutan itu tapi orang ramai hanya memerhati tanpa bersuara seakan takut.

Sebaik hampir, dilihatnya seorang gadis yang memakai dress hitam bawah lutut sedang dipaksa oleh seorang lelaki supaya mengikutinya.

Zull berdiri dihadapan gadis itu, dipandangnya bersilih ganti wajah sembab gadis tersebut dan wajah dingin lelaki yang memegang erat lengan gadis itu.

Dapat diagak yang gadis tersebut seakan dipaksa tapi tak pasti untuk apa. Melihatkan tiada sesiapa yang membantu, kepala digeleng kesal.

"Let her go. This girl obviously don't want to be with you. Don you get it? Why don't you look for another girl?" tenang bicara Zull seraya menilik wajah takut gadis dihadapannya itu.

Lelaki itu mendengus kasar, berang bila ada yang mengganggu kerjanya. Genggaman dilengan gadis itu dilepaskan lantas kolar baju Zull dicengkam kasar.

"Who do you think you are?! Why should I let that bitch go away?! Huh?!" kasar lelaki itu bersuara seraya merenung tajam Zull yang hanya beriak tenang.

Zull tersenyum nipis tanpa gentar dengan wajah dingin lelaki itu, tangan yang mencengkam kolar bajunya ditepis perlahan.

Jelas lelaki tersebut sedang berlagak samseng seperti gengster tapi langsung tak terkesan olehnya. Jika orang lain, ya tapi bukan dia.

"You didn't know, did you? She's my girl, and you better listen to me. I'm being nice right now. If not-" lengan bajunya ditarik sedikit ke atas lalu ditunjukkan pada lelaki tersebut.

Tergamam lelaki tersebut melihat tattoo kecil berlambang singa di lengan Zull yang teramat dikenalinya. Malah hampir rata-rata mereka takutkan perkara itu.

Kini dia sedar, lelaki dihadapannya ini adalah salah seorang anak buah dari lelaki paling berpengaruh diserata tempat dan dia kenal siapa ketuanya; Carl Ayden.

"Y-yeah. I-I don't know man. I- I'm -"

Terus lelaki itu berlari pantas tanpa menghabiskan kata-katanya seraya meninggalkan Zull dan juga gadis itu tanpa berpaling.

Tak berani nak bertentang mata lama-lama dengan orang-orang Carl Ayden, ianya seperti menempah maut saja jika menentang mereka.

Zull tergelak sinis sebelum menghalakan matanya pada gadis yang masih lagi ketakutan itu. Dari wajahnya saja Zull dapat meneka ianya gadis yang sama negara dengannya. Melayu.

"Kau okay?" tanya Zull serius.

Gadis itu mengangguk perlahan sambil mengesat sisa airmatanya. Terharu kerana ada yang sudi menolongnya. Wajahnya mula membahang bila diperhati lelaki yang menyelamatkannya itu.

Zull yang melihat tersenyum sinis lalu lengan gadis itu ditarik lembut ke arahnya. Wajah dirapatkan pada telinga si gadis yang ehairanan dengan tindakannya.

"From now on, you're officially mine, got it?" bisiknya lembut terselit satu janji didalamnya.

Wajah gadis tersebut dipandang buat kali terakhir, terus ditinggalkan gadis yang tergamam dengan kata-katanya itu.

Memang dia sudah terpikat sejak terpandangkan wajah cantik gadis tersebut. Ada baiknya kalau dia genggam dahulu sebelum dirampas orang lain.

Kalau gadis tu lari? Dia boleh cari.

BAM!

Terangkat bahu Zull yang terkejut bila meja dihentak kasar oleh Fazz. Terus wajah cantik gadis yang dia selamatkan di LA hari itu hilang sekelip mata.

Matanya dikecilkan merenunh tajam ke arah sahabatnya yanh satu itu. Malah makin menyampah dirasakan bila terdengar gelak tawa Shay dan Jack yang turut berada disitu.

"Kau kena sampuk dengan setan mana ni?" tanya Fazz sambil memandang hairan pada Zull yang diperhatinya sedari tadi lagi.

Zull merengus geram. Sibuk je kacau dia berangan. Nasib kawan kalau tak ada jugak yang hilang mata sekejap lagi.

"Entah! Dari tadi lagi senyum macam orang tak betul je aku tengok. Kau dah kenapa?" sampuk Jack yang sedang menahan rasa lucunya.

Makin melebar senyuman Zull bila kembali teringatkan si bidadari yang dihadiahkan untuknya. Wajah hairan rakan-rakannya dipandang sekilas.

"Aku rasa, aku dah jatuh cinta. Hm.." balasnya dengan sinar mata yang jelas teruja.

Terbuntang mata Fazz mendengar apa yang terkeluar dari bibir Zull. Jack tercengang manakala Shay terkebil-kebil pandang Zull. Tak percaya.

Tak percaya yang lelaki dihadapan mereka ini tengah dilamun cinta. Jarang Zull berminat untuk bercerita tentang perempuan.

Tak sia-sia juga lelaki itu ke luar negara, pulangnya membawa sebuah hati yang dipenuhi taman bunga. Bunganya pula masih belum diketahui siapa.

××××

Haris meneguk bergelas-gelas Tequilla yang dipesan. Fikirannya berserabut dengan ugutan daripada Carl Ayden, dia tak kira kalau anak buahnya ramai dibunuh lelaki kejam itu.

Apa yang pasti rancangannya kali ini akan buat Carl Ayden menyesal! Menyesal kerana menyakiti adiknya dan juga merampas Zara daripadanya.

"Siapkan semuanya dalam masa seminggu. Kali ni aku nak korang ketatkan lagi kawalan dekat situ!" arahnya keras dengan wajah menyinga.

Lelaki yang menjadi penemannya di kelab malam tersebut mengangguk faham. Sampul surat yang diberikan padanya diambil seraya tersenyum puas.

"Kau jangan risau pasal tu, aku akan pastikan semuanya macam yang kau nak janji bayaran dia lumayan." balas lelaki tersebut lalu sampul diselitkan dalam jaket yang dipakai.

Haris tersengih sinis, tak kisah berapa yang lelaki tu nak asalkan semua yang dia suruh semuanya lancar seperti yang dirancang.

Haris bangun dan membetulkan jaket kullitnya lalu dia keluar daripada kelab malam tersebut bersama senyuman penuh muslihat.

Tunggu saja, Tuan Muda.

×××××

Carl Ayden menilik pakaian Zara dari atas hingga ke bawah, simple tapi tetap cantik di pandangannya.

Memandangkan hari ini dia tak sibuk, dia bercadang untuk membawa Zara bersiar-siar di luar. Bosan jugak kalau asyik terkurung dalam rumah.

Tujuan pertamanya adalah pantai, itu pun cik isteri yang teringin sangat nak pergi.

Tangan Zara digenggam lembut lalu mereka keluar daripada pintu utama menuju ke arah kereta Ferarri kuning Carl Ayden. Setelah masuk ke dalam perut kereta mereka meninggalkan perkarangan rumah agam itu.

"Awak, baby cakap dia nak makan chicken chop. Boleh tak?" soal Zara tiba-tiba dengan seriusnya.

Carl Ayden menoleh ke arah isterinya sekilas dengan kerutan di dahi. Ada saja yang cik isterinya minta. Kalau boleh, semua benda dia makan.

"Baby tak boleh bercakap setahu aku, tu keluar pun tak lagi." ujarnya sinis pada cik isteri sambil mata fokus ke arah jalan raya.

Bibir dimuncungkan, memang baby pun nak makan bukan dia. Tahu lah tak boleh bercakap. Suaminya pun satu, saja je nak menyakitkan hati dia.

"Betullah! Takpe lah kalau tak nak bagi, tak payah lah nak sakitkan hati saya. Hish!" rajuk Zara lalu berpaling ke arah cermin kereta.

Tersengih Carl Ayden dengan rajuk cik isteri. Kuat betul merajuk sejak dah ada isi sekarang. Sikit-sikit nak sentap, memang preggy woman macam ni ke perangai dia? Hormon asyik tak stabil je. Haih.

"Yelah-yelah! Balik nanti kita beli. Tak payah lah merajuk, okay?" tangan cik isteri ditarik lalu belakang tapak tangan isterinya dikucup sayang.

Zara terus saja tersenyum lebar, tak dinafikan encik suami tak pernah jemu memujuknya. Bahagianya bila sikap dingin dan bengis Carl Ayden tak lagi ditunjukkan pada dia, itu pun kadang-kadang.

"Tangan saya tak nak lepas ke? Bahaya guna sebelah tangan je , laju pulak tu awak bawak." tegur Zara merenung tangannya yang masih lagi berada dibibir encik suami.

Teguran Zara dibalas dengan kenyitan mata sebelum kembali fokus pada pemanduannya, perlahan tangan cik isteri yang digenggam diletakkan atas pehanya seraya jari kecil Zara dimainkan.

"No need to worry, aku tahu."

Senyuman kecil terukit sebelum dia mengusap perlahan perutnya, tak sabar rasanya nak tahu lelaki ke perempuan. Kalau perempuan mesti comel macam dia, bengis macam encik suami.

××××

Angin yang menyapa di wajah terasa begitu mendamaikan, tambah lagi bila cik isteri tak lepas-lepas merangkul pinggangnya. Memang dia bersyukur sangat menjadikan Zara isterinya, bahagia betul.

"Cantik kan warna air laut tu.. Lembut je lepastu tenang rasa hati bila tengok." ujar Zara sambil mendongak sedikit ke atas, tersenyum memandang Carl Ayden.

Carl Ayden mengangguk kecil sambil tersenyum nipis lalu mencuit hidung isterinya dengan jari telunjuk, turut mengiayakan kata cik isteri.

Berkerut wajah cik isterinya sesaat sebelum tertawa. Suka dia melihat Zara begitu, sekurangnya dia tahu dia dapat gembirakan isterinya.

"Beautiful like my wife and calm when I'm close to you."

Memerah muka Zara dengan ayat gula-gula encik suami, muka disembamkan pada dada Carl Ayden dan sebelah tangan ditekapkan pada wajahnya. Carl Ayden sentiasa mengungkapkan kata-kata manis padanya.

Tak sangka yang selama ni selalu beku rupanya pandai bermain kata. Untung Zara rasakan kerana encik suami hanya bermanis mulut untuk dia seorang.

"Mr.husband punya ayat sweet tau, saya dengan baby malu lah.." saja turut sekali melayan perangai encik suami.

Tergelak kecil Carl Ayden, Zara masih malu lagi dengan dia dari mula nikah sampai sekarang. Apa yang dimalukan pun dia tak pasti. Kepala Zara yang berlapik dengan tudung diusap lembut.

Kaki yang melangkah terhenti seketika, orang-orang yang berselisih dengan mereka berdua di pinggir pantai tersebut tersenyum melihat mereka.

Tapi tak dihiraukan. Lantak lah nak kata apa pun yang penting dia nak bermanja dengan isteri dia.

Carl Ayden merangkul erat pinggang cik isteri, Zara mendongak dengan mata terkebil-kebil merenung wajah bahagia encik suaminya.

"You're absolutely changed mr husband, buat saya sayang awak banyak-banyak." ucap Zara terharu dan dalam masa yang sama gembira.

Carl Ayden mengucup dahi Zara sekilas. Wajah ditundukkan sedikit untuk menatap wajah polos cik isteri yang tak jemu dipandangnya.

"I know you will always love me, Mrs Ayden." sengih sinis ditayangkan dengan riak bangganya.

"And you're not a lion anymore but you're my sweet talker husband now. Mr Carl Ayden."

Mereka berdua tertawa kecil, masing-masing tak nak mengalah memberi ayat manis sesama sendiri. T-shirt yang tersarung dibadan Carl Ayden buka dan campak ke tepi. Zara tercengang.

Pantas tangan yang melingkari pinggang cik isteri dipeluk dan diperketatkan lagi sebelum tubuh yang sedikit berisi itu diangkat tinggi lalu badan dipusing berkali-kali.

"Ahahah! No! Turunkan saya awak! Jatuh nanti! Please!" gelak tawa yang bercampur seriau terkeluar dibibir dengan perbuatan suaminya itu.

Carl Ayden tersenyum mengejek, Zara yang meronta untuk turun tak dipedulikan. Dia ketawa kecil bila melihat wajah isterinya sudah masam mencuka itu merangkul kemas batang lehernya.

"Tak payah nak buat muka macam tu. Nak aku campak dalam laut tu ke?"usik Carl Ayden dengan suara yang sengaja diseriuskan.

Terbeliak mata Zara dan laju kepala digeleng berkali-kali dengan wajah cuaknya. Tak sanggup dia, berenang pun dia tak pandai.

"Tak nak. Tak buat dah muka macam tu. Ha! Tengok ni saya senyum je." senyuman manis ditunjukkan pada suaminya.

Makin kuat ketawa Carl Ayden, bersungguh isterinya tersenyum semata-mata takut dicampak ke dalam laut walhal dia cuma bergurau je.

Perlahan tubuh cik isteri diturunkan. Zara menghbus nafas lega, badannya sedikit terhuyung-hayang sebaik kaki menjejak pasir pantai.

Kesian dengan cik isteri, Carl Ayden membantu dengan menggenggam erat lengan Zara, kang terjatuh tak ke naya?

Sebelah tangan Carl Ayden memeluk bahu Zara lalu mereka berjalan beriringan di pinggir pantai. Sesekali Zara mencubit pinggang suaminya apabila encik suami menyakatnya.

"Thank you, Zara.."

Zara menoleh ke arah Carl Ayden dengan kening yang diangkat sebelah pada suaminya, tak faham dengan apa yang dimaksudkan Carl Ayden.

"Sebab sudi jadi isteri aku. Sabar layan aku, tak pernah benci hadap perangai jahanam aku. Dan terima kasih sebab bahagiakan aku dengan baby dalam perut kau tu." luahnya penuh makna sambil tepat merenung wajah cik isteri.

Zara tersenyum manis dengan apa yang dikatakan suaminya itu yang ikhlas dirasakan. Pipi encik suami diusap lembut sambil mata tunak merenung ke dalam mata Carl Ayden.

"Itu dah jadi tugas saya sebagai isteri awak dan baby dalam perut ni hadiah istimewa untuk awak, saya harap kita akan kekal bahagia macam ni.."

Terus Carl Ayden mengucup bibir cik isteri berkali-kali. Geram betul dengan bibir nipis Zara, kalau bibir tu sejenis makanan dah lama dia makan bibir isterinya.Heh!

[DONE]

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro