ZH - 29

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Wajah cantik Helina direnung dengan perasaan penuh sayang. Dia melarikan jarinya disekeliling wajah cantik itu. Bibir dia menyungging senyuman tipis. Jika bukan kerana kejadian dulu, dia tidak akan merosakkan gadis sebaik Helina.

Dia tersenyum melihat wajah cantik itu berkerut-kerut. Tetapi mata masih terpejam rapat. Dia bersandar di kepala katil sambil memikirkan sesuatu. Banyak benda yang perlu dia selesaikan dengan segera, sebelum dirinya yang satu lagi bangkit.

Dia tidak menginginkan dirinya menjadi seperti ini. Menghidap DID adalah perkara yang sukar yang perlu dia tempuh dalam hidupnya. Bukan dia menginginkan semua itu. Bahkan, benda ini terjadi kerana trauma pada masa lalu.

Ketika usia dia dalam lingkungan lima tahun, dirinya telah diculik oleh musuh keluarganya. Dikurung di dalam bilik yang gelap, tanpa cahaya kemudian didera tanpa belas kasihan. Apa saja dia boleh lakukan untuk melawan?

Dia hanyalah kanak-kanak lelaki yang masih lemah. Tidak terdaya. Penderaan fizikal yang dihadapi membuatkan dia mewujudkan sesuatu dalam dirinya. Penyakit dia dapat dikesan apabila atuknya sendiri melihat dia bercakap-cakap sendiri di depan cermin.

Dan kerana itulah, dia dibawa berjumpa dengan pakar psikiatri. Hidup dia terus berubah 360° darjah semenjak itu. Dia ditemui dalam keadaan penuh dengan darah, dan kesan penderaan pada tubuh.

Seminggu berada di dalam bilik kurungan, tanpa minuman dan makanan membuatkan dia tanpa sedar mewujudkan sisi kejamnya. Sisi seorang Qayyum yang kejam dan penuh dengan dendam.

Qays turun dari katil. Dia mengambil sekotak rokok yang diletakkan di atas meja lampu tadi. Pintu balkoni ditolak luas, membiarkan angin malam masuk ke dalam. Qays ingin menenangkan diri dari terus dibelenggu masa silamnya.

Dia mengambil sebatang rokok, lalu dikepit di celahan bibirnya. Pemetik api dibuka, dan dibakar pada hujung rokok. Asap putih mula berkepul keluar dari rongga hidung dan mulutnya. Qays termenung sendiri.








Jam sudah menginjak pukul 8 malam. Dia yang dari sedari tadi melepak di restoran mamak itu mula mengerut dahi. Pen diselit di dalam buku lalu buku latihan itu ditutup. Dia menyisip perlahan milo ais yang sudah tinggal separuh itu hingga habis. Sempat juga dia makan petang disitu sekaligus menyiapkan kerja sekolah.

Helina tersenyum kecil. Dia menyimpan alat tulis, dan buku latihannya. Baju kurung sekolah masih kemas di badan dia walaupun setelah seharian dia melepak di restoran mamak itu. Pulang saja dari sekolah, dia terus ke restoran mamak berhampiran dengan kawasan rumahnya.

Sengaja tidak terus pulang, kerana dia tahu di dalam rumah ada abang sepupunya. Dia tidak selesa berdua-duaan dengan lelaki. Apatah lagi dengan Qayyum.

"Sudah mau pulang ka adik manis?" Tegur seorang mamak. Dia berdiri di sisi meja yang di duduki oleh Helina.

"Yalah aney...hari sudah malam. Saya belum mandi lagi aney..." Helina menarik sengih.

Mamak itu tersenyum. "Ini hari saya kasi belanja. Sudah malam, kamu pulang lah cepat..." gesa mamak itu.

Helina sudah menarik senyuman lebar. Bukan sekali dua, malah sudah beberapa kali mamak itu membelanja dia semenjak dia melepak di restoran itu. Helina melambai-lambai pada mamak itu dengan cerianya.

Dia mengambil masa dalam empat puluh lima minit untuk sampai di rumah agam itu. Sunyi saja kawasan itu, hanya ada beberapa buah rumah lain. Itu pun jauh. Berdekatan dengan kawasan hutan, dan kawasan yang jarang dilalui kenderaan dan orang awam.

Helina mengerut dahi melihat tiada satu pun kereta ahli keluarganya di dalam garaj. Seketika, dia menepuk dahi kuat.

"Lupa pulak! Dorang semua pergi majlis graduation Kak Aina esok!" Dia mengumam sendiri.

Sudah dimaklumkan, bahawa mereka semua pergi ke UM untuk menghadiri majlis graduasi Aina Zara Kirana. Jadi, mereka semua pergi kecuali Helina dan Qayyum.

Helina teragak-agak mahu masuk ke dalam rumah. Tetapi dia masuk juga apabila terasa rumah itu gelap dan sunyi saja. Mungkin saja Qayyum belum pulang dari berjumpa rakan-rakan dia.

Dia terus naik ke tingkat atas, pintu biliknya dibuka. Beg sekolah diletakkan di atas meja belajarnya. Ikatan rambut dilepaskan. Lalu dia membuka pakaian sekolah yang melekat di tubuhnya, dicampak ke dalam bakul kotor.

Hanya meninggalkan singlet hitam dan legging pendek paras peha. Helina menarik tuala yang disangkul pada palang penyangkut. Pusing saja ke belakang, dia dikejutkan dengan wajah seseorang.

"A-abang b-buat apa d-dalam b-bilik Ara?"

Tuala ditarik menutup tubuhnya. Dia mengigit bibir memandang Qayyum di hadapan dia. Dia tidak perasan bila masa lelaki itu berada di dalam biliknya.

"Aku dah lama tunggu kau...erm..." Qayyum membuka baju-t putih ditubuhnya. Rambut dia kusut masai. Entah kenapa, malam ini dia terasa panas yang luar biasa.

Berpeluh-peluh badan dia. Dia mengerut dahi, menahan sesuatu yang mula bangkit dari dirinya. Helina makin ketakutan. Kemas genggaman dia memegang tuala. Melangkah makin kebelakang.

"A-abang o-okay?" Soal Helina gagap. Sungguh, dia begitu takut menghadap sisi Qayyum yang ini.

Sejak kejadian lelaki itu jatuh tangga, pada tahun lepas. Qayyum disahkan koma selama tiga bulan kerana mengalami hentakkan yang kuat di kepala. Dia disahkan hilang ingatan.

"P-panas...aku panas..." Qayyum mendekati Helina.

Melihat adik sepupunya begitu, serta merta nafsu dia mula bangkit. Sejak tadi, dia sudah berasa begitu. Selepas pertemuan dia bersama Farhani, badan dia terus berasa pening setelag meminum air yang dipesan oleh gadis itu.

Jadi dia terus meminta diri untuk pulang. Sedangkan dia masih mahu berlama lagi dengan kekasih hati dia. Tapi dia batalkan kerana rasa pening semakin mencengkam kepalanya.

"Jangan dekat!" Jerit Helina apabila kaki Qayyum makin mendekati dirinya.

Qayyum tertawa sini. "Kalau aku nak dekat jugak? Kau nak buah apa hmm...?" Dia menarik kasar lengan halus Helina.

Terus tubuh Helina jatuh di atas karpet biliknya. Tubuhnya ditindih oleh Qayyum. Kedua tangan dia dicengkam kuat. Helina menjerit dan meronta-ronta agar dirinya terlepas dari cengkaman kuat lelaki itu.

"Kau cantik...Ara...aku suka..." dia mencium perlahan leher Helina. Dijilat dengan mata terpejam rapat.

Helina menangis apabila diperlakukan begitu. Dia tahu, jeritan dia tiada sesiapa yang dengar. Helina menangis dalam diam. Dirinya telah dinodai dan maruah dia telah dirampas secara paksa. Bagaikan mimpi ngeri buatnya pada tika itu.












"Kau dah bangun?"

Helina tersentak. Dia memandang seseorang yang duduk di tepinya sambil mengetik sesuatu pada skrin laptop. Helina memegang kepalanya yang terasa pening.

Qays mengerling sekilas kearah Helina yang baru tersedar dari tidur. Seharian Helina hanya terbaring di atas katil dan pada pukul sebelas malam barulah Helina terjaga sepenuhnya.

"Erm...siapa salin pakaian aku?" Helina bertanya perlahan. Dia memandang kosong pakaian tidur yang tersarung di tubuhnya.

Qays menjungkit kening sebelah. "Kau rasa?"

Helina menjuling mata keatas. Dia sudah agak. Kalau lelaki gila itu yang menukar pakaian dia. Qays menutup laptop miliknya dan diletakkan di atas meja lampu. Dia merenung Helina dengan pandangan redup.

"Qayyum dera kau ke?"

Helina terkedu. Dia yang ingin melangkah ke bilik air terus tidak jadi. Dia membiarkan saja kaki dia terjuntai di birai katil.

"Kalau tahu perlu ke bertanya lagi?" Sinis Helina. Dia meraup anak rambutnya.

Dia mengetap gigi kuat. Qays melepaskan keluhan lemah. "Maaf. Aku tak sedar. Memang tak sedar langsung masa dera kau tu..." Qays bersuara mendayu.

Helina mengeleng kepala. "Kau tak sedar. Aku maafkan..."

Dia terus bangkit menuju ke bilik air tanpa menoleh ke belakang lagi. Qays menumbuk katil dengan perasaan yang geram. Kenapa? Kenapa dia perlu hadap semua ini? Qays mengetap gigi kuat. Jika tidak, dia tidak akan sakitkan wanita kesayangan dia sebegitu sekali. Dia tidak sedar

"Maafkan aku Ara..."



















#Flashback
Nanti sis akn terangkan lbih lanjut ya 😊
Harap korang sabar menunggu.
Sis busy skrg ni. Apapun. Ni dh kira double update tau 🥰
Tunggu je utk penerangan lbih lanjut utk bab seterusnya 💃🏻

Sayang korang ketat² 🌹

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro