ZH - 30

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Laura menyisip perlahan secawan latte panas yang masih berasap tipis di dalam cawannya. Dia merenung ke luar jendela sambil mengetuk jari kirinya di atas meja beberapa kali.

Dia memakai kaca mata bulat dan rambut dibiarkan lepas. Keluhan terbit di bibirnya mengenangkan si kekasih hati. Sudah hampir lima bulan hubungan dia dan juga Zafar. Namun tiada perkembangan.

Zafar terlalu sibuk bekerja hingga mereka tiada masa untuk meluangkan masa bersama. Laura tersenyum nipis menenangkan Zafar. Di awal perkenalan mereka, Zafar sering bersikap romantis dan mempedulikan dia.

Namun akhir-akhir ini, Zafar seakan menyepi diri. Sudah banyak kali dia membuat panggilan, menghantar chat kepada lelaki itu namun tidak dibalas dan diangkat sehingga sekarang.

Laura membetulkan duduknya. Seketika dia terkaku mendengar suara yang cukup dikenali olehnya. Suara lelaki itu cukup membuatkan tubuh Laura menegang hebat.

"Habis tu you nak buat apa dengan perempuan tu? You taknak hapuskan dia ke?" Suara manja seorang perempuan kedengaran.

Laura menarik nafas panjang-panjang. Dia menarik keluar bedak kompak miliknya dari dalam beg. Dihala cermin bedak kompak itu sedikit ke kiri sambil-sambil membelek matanya.

Dugaan dia tepat. Di belakang dia, selang dua buah meja ada dua pasangan asyik bergelak tawa disitu. Zafar dan seorang perempuan yang cukup Laura benci sehingga sekarang.

"I nak mainkan dia dulu. I belum puas sayang. Lepas I dah 'rasa' perempuan tu, maybe I akan campak dia sama macam bapak dia yang tak guna tu..." Zafar bersuara keras.

Kalau bukan kerana rancangan dia untuk menjatuhkan Master Aden dan Qayyum dalam masa yang sama dia mengambil peluang untuk mempergunakan anak perempuan Master Aden.

"I tak sabar nak tengok suara teriakkan perempuan tu sayang. Mesti menyeronokkan bukan?"

Laura tersenyum sinis. Dia bukan jenis manusia yang mudah melatah. Dia segera menutup bedak kompaknya. Sebaik saja wajah dia dipaling ke hadapan, mata dia membulat luas.

"Did you having fun?" Soal lelaki berambut perang asli itu. Dia menyisip selamba latte milik Laura.

Laura membuat wajah. "How long you have been here?" Dia memeluk tubuh. Merenung tajam wajah kacak lelaki di hadapan dia kini.

Leo Tiger tersengih. "Cukup lama untuk tengok wajah kau yang comel tu berkerut-kerut tak puas hati..." balas dia tenang.

Laura mendengus kasar. "Kau nak apa Leo?"

Leo Tiger tersenyum sinis. Dia kini kembali kepada sikap asalnya. Lengan yang dipenuhi tatu dijeling oleh Laura sekilas.

"Aku nak kau..."

Laura tercengang. Apakah? Bukankah selama ini Leo sering mengacuhkan dia. Nak pandang apatah lagi.

"Nonsense. Kau banyak minum ketum ni..." dia segera berdiri. Beg disilangkan ke tubuh langsing dia. Laura meninggalkan sekeping not lima puluh di atas meja.

Dia tidak boleh lama-lama menghadap wajah Leo Tiger. Sering membuatkan jiwa kewanitaan dia tidak tenang. Dia melepasi selamba meja yang diduduki Zafar dan perempuan tadi.

Bukan Zafar perasan pun. Kerana Laura tidak suka mendedahkan dirinya di hadapan umum. Hanya orang tertentu saja. Diluar, dia sering menyamar menjadi seseorang yang lain.

"Bukan ke dulu kau tergila-gila kan aku?"

Laura terkedu melihat Leo Tiger yang kini berdiri di hadapan dia. Menghalang laluan dia. Laura tidak sedar, lelaki itu mengikuti dia sedari tadi.

"Move Leo. Aku tak ada masa nak layan perangai tiga suku ikan koi..." dia menolak selamba badan tegap Leo Tiger.

Sungguh, Laura berserabut dengan kemunculan Leo Tiger secara tiba-tiba. Cukuplah dia berserabut mengenai hal Zafar. Jangan ditambahkan lagi kekusutan dalam dirinya.

"Avageline..."

Kaki Laura terhenti melangkah. Dirinya kaku apabila mendengar nama tengah dia dipanggil oleh Leo Tiger. Lelaki itu tersenyum nipis melihat sosok tubuh Laura.

Hanya seseorang saja memanggil dia nama itu. Tapi, Laura segera menindakkan akal dia yang asyik mengingati masa kecilnya. Hanya seorang saja memanggil dia begitu. Badan Laura menggigil menahan sebak yang semakin menghimpit dada.

"Avageline. My love...my buddy..."

Laura memejam mata rapat. Cecair hangat mulai jatuh ke pipinya. Dia tidak berpaling langsung ke belakang. Hanya berdiri tegak di tengah keramaian orang lalu lalang.

"I miss you buddy..."

Laura tidak sanggup lagi mendengarnya. Laura berlari laju meninggalkan Leo Tiger di belakang. Teresak-esak dia menangis melepaskan tangisan. Dia tidak boleh terima kemunculan lelaki yang sering hadir dalam mimpi dia selama ini.















"Kita nak jumpa momma ke?" Soal si kecil dengan suara yang ceria. Mengoyangkan tangan seorang wanita yang berdiri di sisi dia.

"Yes son. Kita akan jumpa your momma..." kata wanita itu seraya mengusap peluh di dahi anak lelaki itu.

Di sisi wanita itu, seorang lelaki bertatu penuh di anggota badan mendorang stroller yang diduduki oleh seorang budak lelaki. Berbadan kecil dan jelas wajah itu pucat tidak bermaya.

"I think we should move now. Kesian, my boy yang dalam ni..." dia menjengul kepala melihat budak lelaki yang duduk selesa di dalam stroller bayi.

Nampak sangat nyenyak tertidur sambil memeluk bantal busuk kesayangan dia. Ada botol susu yang masih berbaki separuh. Dia tersenyum melihat kecomelan budak lelaki itu.

"Adik tidur ke daddy?" Soal budak lelaki itu. Mencuit pipi pucat si adik dengan jari kecilnya.

"Yes Irqy. Adik penat. Jom kita gerak, your uncle semua dah tunggu dekat luar..." Hunter mengusap kepala Irqy penuh sayang.

Irqy dipimpin oleh Rose. Beg bagasi milik mereka ditarik oleh beberapa lelaki berpakaian serba hitam. Mereka menjadi pusat perhatian di KLIA itu. Sampai saja di pintu gerbang utama KLIA, lima buah kereta BMW hitam terpakir di hadapan pintu masuk.

"Bos!" Seorang lelaki yang memakai jaket warna hijau lumut menunduk hormat. Sebaik saja terpandang wajah dingin Hunter dia menarik sengih.

"Bos, masam-masam nak gi mana?" Guraunya tanpa rasa takut. Siap mencuit-cuit pipi Hunter.

Rose di sebelah teman lelakinya ingin saja menghamburkan tawa, namun ditaha. Irqy pula memandang sekeliling dengan riak kagum. Pertama kali dia menjejak kaki ke Malaysia setelah lima tahun tinggal di sana.

"Kau nak aku pancung ke Keding?" Tajam mata Hunter menghunus tepat ke dalam mata Keding yang asyik tersengih-sengih.

Mat pula mengeleng kepala kesal. Begitu juga Arshad dan Faris. Mereka sanggup turun padang untuk menjemput bos kedua mereka. Arahan dari Helina sendiri.

"Eh bos ni. Main pancung-pancung pulak..."

Hunter tidak mempedulikan Keding. Dia menolak stroller ke arah kereta yang bakal dinaiki olehnya. Keding mencebik bibir. Dia memandang Rose yang asyik menahan tawa sedari tadi.

"Pakwe kau tu baru terlepas dari kutub utara ke?" Bisik dia perlahan.

Rose mengeleng kepala. "Bawa beg aku. Aku nak pergi dekat Xander. Sebelum kepala aku pulak dia pancung nanti..." beg kecil yang berisi barang keperluan Irqy dan Arqish dihempas kasar ke dada Keding.

Mengaduh juga lelaki itu. Dia mengurut dadanya. Mat segera membukakan pintu kereta buat Rose dan Irqy. Keding berjalan di belakang dengan wajah seriusnya. Faris dan Arshad menahan senyum. Padan muka.













Arqish terkebil-kebil memandang suasana yang lain. Bibirnya bergetar seakan ingin mengatakan sesuatu namun tidak terluah. Dia menahan rasa sakit yang menjalar ke seluruhan tubuhnya.

"Daddy adik..." Irqu mula menangis melihat adik kembarnya yang seakan menahan sakit. Sejak mereka tiba di Kuala Lumpur, Arqish terus dibawa ke HKL untuk mendapat rawatan lanjut di hospital itu apabila si kecil kembali sakit dan mengeluarkan darah melalui hidung dan mulut.

Hunter menahan sebak melihat Arqish yang kembali menderita. Pada hal, anak itu sudah seminggu menunjukkan tanda-tanda dia bakal sihat sepenuhnya. Namun, kesihatan Arqish kembali seperti dulu.

Arqish menghidap Leukimia iaitu kanser darah. Penyakit ini dikesan selepas Arqish sering berasa keletihan dan mengalami demam pada setiap bulan. Membuatkan Hunter tanpa bertangguh membawa Arqish berjumpa dengan pakar semasa mereka berada di London.

Hunter tersenyum nipis memandang Arqish yang kembali lena setelah diberikan rawatan lanjut oleh doktor pakar di situ. Doktor lelaki itu memandang Hunter, selaku penjaga terdekat si kecil.

"Pesakit perlu lakukan pemindahan sum-sum tulang dengan segera. Kesihatan Arqish, dari fail pesakit dia saya dah tengok. Dia mempunyai masa dalam enam bulan lagi. Jika kita tak melakukan pemindahan sum-sum tulang dengan segera, Arqish tidak dapat bertahan lama untuk hidup..."

Doktor itu menutup fail di tangan dia. Dia juga membaca beberapa perkara yang ditulis dalam fail kesihatan Arqish. Kasihan, baru saja berusia lima tahun sudah menderita penyakit ini.

"Saya akan pertimbangkan. Terima kasih doktor..." ucap Hunter perlahan.

Doktor itu segera meminta diri bersama beberapa pembantunya. Kini tinggal mereka sahaja di dalam bilik itu. Sengaja Hunter menempah wad VIP untuk keselesaan Arqish.

Hunter meruap wajahnya kasar. Sehingga kini, tiada lagi penderma sum-sum tulang yang sepadan dengan Arqish. Mereka perlu menunggu dan menunggu untuk mendapatkan penderma yang sesuai.

Irqy menatap sayu kearah wajah Arqish yang semakin lemah dan pucat. Badan yang semakin kurus dan tidak bermaya seperti dulu. Irqy berasa sunyi apabila teman sepermainan dia terlantar begini.
























Im backkkkkkkk!!!

Byk sgt ke plot twist?

Nk tanya, korang ingat x umur Irqy tu brape? 😂
(Sbb sis pon lupa 😭 hampeh betul)

Ps: mengenai Leukimia tu sis just baca di google. Amik sedikit info disana. Klu ada tersilap or tersalah fakta mohon tegur 🥰
Sis x fail bab2 kesihatan ni 💔 klu boleh nk elak tu mmg dh elak dh but sis kena gunakan utk cite ni 🌹

Questions:

1) Kenapa perempuan selalu betul? Dan lelaki selalu dipersalah? Bincangkan.

2) Adakah anda yakin anda comel, anda cantik atau anda kacak? 🙈

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro