ZH - 47

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Pintu bilik itu dirempuh kasar menggunakan bahunya. Hampir rebah dia apabila melihat sekujur tubuh yang terbaring lemah di atas katil. Luluh hati seorang ibu melihat anaknya terlantar sakit sebegitu.

Helina menghampiri katil itu bagi melihat lebih dekat lagi. Sakit di bahagian lengan kirinya tidak dihiraukan. Itu tidak penting berbanding si kecil di atas katil itu. Airmata yang ditahan akhirnya tumpah jua ke pipi.

"Momma datang sayang..." ucapnya perlahan. Mengusap kepala Arqish yang tidak sedarkan diri.

Dia menerima panggilan telefon daripada Rosè dan menerima khabar kurang baik mengenai kesihatan anaknya. Rosè yang melihat Helina seakan ingin rebah segera memaut erat tubuh wanita itu. Dia juga sudah lencun dengan airmata.

Masih teringat lagi tawa Arqish, gurau Arqish semasa dibawa bermain di taman permainan tadi. Rosè dan Hunter tidak menyangka, keadaan Arqish semakin memburuk. Padahal rawatan yang dijalankan selama ini menunjukkan Arqish kuat melawan sakitnya.

Arqish pengsan semasa bermain lari-lari bersama Irqy. Tanpa bertangguh lagi, Hunter membawa Arqish ke hospital berdekatan. Rosè turut panik sama dan dalam masa yang sama dia harus menenangkan Irqy yang cemas melihat kembarnya pengsan secara tiba-tiba.

"Buka mata sayang. Arqish cakap nak main dengan momma...momma dah datang sayang. Buka mata sayang..."

Helina membiarkan airmatanya menitis di atas tangan kecil Arqish. Dia tahu, Arqish selama ini tidak kuat tapi berpura-pura nampak kuat di hadapan mereka semua.

Helina tidak sanggup menerina pemergian Arqish. Dia belum bersedia lagi melepaskan anaknya pergi jauh. Dia memandang Irqy yang sudah tertidur di pangkuan Hunter. Bengkak mata anaknya kerana terlalu banyak menangis.

"Sabar El. Aku tahu Arqish kuat. Kau kena terus sabar, berdoa supaya Arqish terus kuat lawan sakit dia. Kau jangan macam ni El" pujuk Rosè. Dia mengusap perlahan belakang badan Helina.

Tidak sanggup lagi dia melihat Helina kembali menderita. Cukup lah derita lama yang harus Helina hadapi ketika suatu dulu. Berikanlah kebahagiaan pula buat sahabatnya. Rosè tidak mahu melihat Helina kembali jadi seperti dulu. Merapati nasib diri hingga membuatkan dia menjadi lemah.

"Calm down yourself El..."

Helina mengelap airmatanya. Ya, dia harus kuat demi anak-anak dia. Dia perlu kuat untuk melawan semua ujian yang dia hadapi sekarang ini. Helina memusingkan badan dia, lalu tubuh Rosè dipeluknya erat.

"Terima kasih Rosè. Kai selalu ada untuk aku" ujar Helina pendek. Dia menahan esakkan dari terkeluar.

Rosè mengangguk pendek. "Kau sahabat aku El. Wajar kalau  aku selalu ada untuk kau El" belakang badan Helina ditepuknya beberapa kali. Menyalurkan semangat dalam diam.

Helina meregangkan pelukkan mereka. Rosè tersenyum melihat Helina yang semakin tenang. Tersenyum kecil padanya walaupun Rosè tahu Helina cukup pandai menyembunyikan perasaannya.

Hunter hanya melihat dari jauh kelakuan dua wanita kesayangan dia. Seorang kekasih hati. Seorang lagi bagaikan adik kepadanya. Dia amat sayangkan dua wanita itu. Mereka yang ada dikala dia susah dahulu dan hingga kini.

Hunter melihat satu chat yang masuk ke telefonnya. Dia hanya membawa sekilas sahaja. Chat dari anak buahnya sendiri. Tubuh kecil Irqy direbahkan perlahan-lahan ke atas sofa. Dia menyelimuti Irqy menggunakan jaket kulitnya.

Setelah yakin Irqy tidak terjaga, perlahan Hunter berdiri sambil melihat telefonnya. Dia kemudian menghampir Helina dan Rosè yang sudah rancak berbual. Tapi dalam nada perlahan.

"I need to go..."

Hunter memandang dua wanita itu bersamaan. Rosè berkerut dahi hairan. "Pergi mana? Bukan ke you cakap dah tak ada apa-apa urusan lepas ni?"

Hunter segera mengucup dahi Rosè. "Don't ask me anything babe. Nanti kita bincang..."

Rosè akhirnya mengalah. Helina hanya memandang sahaja pemergian Hunter. Sudah biasa dengan sikap mesra Hunter dan Rosè di hadapan dia. Sejak di England lagi mereka berdua sering menunjukkan sikap romantis mereka tidak kira tempat.

"Lucky you to have him...so caring, loving and romantic..." kata Helina sambil tersenyum simpul.

Rosè hanya tertawa ringkas. "I like when he like that. But, bila marah lebih baik aku angkat kaki dulu sebelum ada yang jadi mangsa amukkan dia"

Helina melepaskan tawanya. Rosè juga sama. Mereka teringat suatu tika dulu, pada waktu Hunter dalam keadaan yang marah kerana ada seseorang ingin mengorat Rosè dan di depan mata Hunter sendiri lelaki itu menyatakan hasrat hatinya ingin memiliki Rosè sebagai si kekasih hati.

Hunter yang tidak dapat memendam rasa cemburunya, pada waktu itu juga dia mengajar lelaki itu dan disaksikan puluhan orang awam lain. Lunyai lelaki itu dipukul, ditendang dan ditumbuk oleh Hunter.

Hunter kalau marah, memang tiada sesiapa berani masuk campur termasuklah Rosè sendiri. Hunter kalau marah, memang dia akan betul-betul marah. Orang di sekeliling dia akan jadi mangsa dia. Rosè sendiri gerun melihatnya.






















Qayyum menerima setiap pukulan dari lelaki itu tanpa rasa ingin melawan balik. Bibirnya pecah mengeluarkan titisan darah. Dilap menggunakan hujung lengan bajunya dengan mata terpejam rapat menahan senak di bahagian perutnya.

"Bodoh! Aku tak sangka kau buat dia macam tu sekali lagi! Kau memang tak guna Qayyum!" Suara itu melantun tinggi.

Mereka berada di sebuah bangunan lama. Di bahagian paling atas dan hanya ada mereka serta anak-anak buah mereka sahaja disitu. Qayyum terduduk lemah setelah dibelasah hebat oleh Hunter.

"Kenapa kau tak mati saja hah?!" Tengking Hunter. Dada dia naik turun dengan laju sekali.

Dia tahu setiap perkembangan Helina. Kemana wanita itu, dengan siapa. Semua Hunter tahu. Dia mengupah seorang anak buah dia untuk mengawasi Helina dalam diam. Malah tentang Helina diserang oleh anak buah Zafar, Hunter sudah menyelesaikan masalah itu.

"Tchh...sayang sangat kau dekat dia erk?" Qayyum berdecit panjang. Dia bangun dengan menongkat sebelah tangan ke belakang. Mengimbangi tubuh dia.

Hunter mencerlung tajam ke arah Qayyum. "Aku dah anggap dia macam adik aku sendiri! Apa-apa yang berlaku pada dia, orang tu pasti akan hadap aku jugak!"

Qayyum terbatuk-batuk kecil. Dia mengusap rahang dia yang terasa sengal dan mula membengkak. Kuat betul penangan dari Hunter. Sampai dia sendiri nampak lemah. Tch. Qayyum hanya memberi peluang kepada lelaki itu untuk membelasahnya. Dia tidak mahu panjangkan masalah yang sedia ada.

"Kau jangan risau Alex. Aku akan bertanggungjawab apa yang aku dah buat dekat adik kau tu..." Qayyum mula bersuara serius.

Dia tidak akan membiarkan Helina sekali lagi membesarkan anak-anak mereka bersendirian. Walaupun cara yang dia gunakan salah, tapi itu saja cara untuk dia mengikat Helina untuk terus bersamanya. Helina hanya layak bersama dia.

Hunter tersandar di bumper keretanya. Dia memeluk tubuh dengan renungan yang tajam. Anak-anak buah mereka hanya diam. Berdiri tegak memerhati dua ketua yang saling bertikam lidah itu.

"Jadi kau tetap nak teruskan plan kau tu?"

Qayyum mengangguk ringkas. "Teruskan saja. Aku dah uruskan semuanya. Kau, aku nak buat seperti yang kita rancang selama ni. Aku tak nak gagal!"

Hunter mengerti. Mereka sudah lama berhubung. Hunter tahu mengenai penyakit yang dihadapi oleh Qayyum. Dia harus pandai bermain psikologi juga kerana orang di depan dia jauh lebih kejam dari personaliti dia yang sebelum ini.
"Baik. Ingat bro, kau ada masa tiga hari lagi..."

Qayyum hanya mengimbas tangan kanan dia. Bertenggek di atas tembok bangunan lama sambil memandang dada langit. Deruan enjin kereta Hunter semakin menjauh. Qayyum termenung sendiri di atas tembok tinggi itu.

"Ara...Zara Helina..."

Nama itu meniti di bibirnya berulang kali. Disertakan dengan satu senyuman yang cukup bermakna. Qayyum melompat turun dari tembok yang dipanjat olehnya tadi. Badan direngangkan ke kiri dan kanan. Dia memandang wajah anak-anak buah dia yang berdiri di hadapan dia.

"Buat apa yang kita bincang sebelum ini...pastikan tak ada kegagalan. Atau kepala kau orang semua hilang dari badan!"

Mereka mengangguk. Seram mendengar amaran yang diberikan oleh ketua mereka. Qayyum bersiul-siul kecil memasuki keretanya. Dia menjilat darah kering di bibirnya sambil melepaskan tawa kecilnya.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro