ZH - 48

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Farhani tersenyum senang melihat persiapan majlis akad nikahnya yang sudah hampir 90% siap. Hanya tinggal hiasana di bahagian pelamin dan dulang hantaran sahaja. Selebihnya sudah siap tersedia. Farhani tersenyum memikirkan dirinya bakal menjadi suri hati Qayyum Adham.

Seorang jejaka yang cukup pakej. Namun, apabila memikirkan balik lagi bertuah dia memiliki Qayyum daripada Zafar yang kini sudah tidak punyai apa-apa lagi. Zafar mengalami kerugiaan besar apabila Casino dan gudang lelaki itu diletupkan oleh pihak musuh.

Membuatkan Zafar mengalami kerugiaan yang cukup besar. Farhani memikirkan hidup dia selepas ini. Nasib baik, dia mempunyai Qayyum untuk menampung hidup dia. Lagi mewah, selesa dan paling penting dia dapat apa yang dia nak selama ini.

Farhani memandang ukiran inai di jarinya. Sangat cantik. Dia sekarang berada di kediaman besar keluarga Qayyum. Rumah agam milik Firash Aryan. Majlis akan berlangsung pada malam esok tepat pukul 8.45 malam.

Dia memandang pula ke arah baju akad nikah dia yang tergantung cantik di almari. Baju ditempah khas, seratus peratus jahitan tangan dari sebuah butik ternama. Tidak dikira lagi persiapan barang kemas untuknya pakai nanti.

Farhani tidak sabar mahu bergelak isteri kepada Qayyum Adham. Mungkin waktu 48 jam tidak cukup untuknya. Dia risau, sekiranya ada yang menganggu majlis mereka. Susah payah dia mengarang cerita mengenai Helina.

Dia tidak akan kalah pada musuh dia yang satu itu. Helina akan tetap berada di bawah tapak kaki dia. Sebaik sahaja dia diangkat sebagai salah satu keluarga besar itu nanti, dia akan perlahan-lahan menyinggirkan Helina dan anak kembar Helina.

"Damia. Kamu ada dekat dalam ke sayang?" Suara Nur Aqira kedengaran dari luar pintu biliknya.

Farhani menggulingkan mata dia ke atas. Hilang segala pemikiran jahat dia dan digantikan dengan wajah menyampahnya. Dengan penuh paksa, dia membalas.

"Ada mummy. Masuklah!" Laung dia kuat. Bilik dia berada di tingkat dua.

Ditempatkan di bilik tamu. Manakala ahli keluarga lain berada di tingkat tiga. Bilik mereka jauh lebih besar dan mewah. Farhani ingin memberontak, tapi disabarkan hari.

Pintu ditolak dari luar oleh Nur Aqira. Tersenyum dia melihat wajah cantik bakal menantu dia. Impian dia akhirnya tercapai jua. Dia yakin Farhani dapat membahagiakan anaknya. Mereka bercinta sejak di bangku sekolah menengah lagi. Hingga saat ini masih berkekalan lagi. Nur Aqira menutup kembali pintu bilik tamu itu.

"Kenapa mummy? Ada apa-apa yang boleh Damia tolong ke kat luar sana?"

Nur Aqira mengeleng. "Semua dah settle sayang. Mummy datang sini sebab nak bagi something untuk kamu. Benda ni sangat amat bermakna buat mummy..."

Farhani makin bersinar mata dia melihat seutas rantai leher berada di tangan Nur Aqira. Batu permata yang berkilauan itu cukup membuatkan Farhani tahu berada harga rantai leher tersebut. Pastu mencecah nilai ratusan ribu ringgit.

"Rantai ni rantai yang direka khas untuk setiap anak perempuan keluarga Aryan dan Aulia. Kamu salah satunya sayang. Jadi mummy hadiahkan rantai ini untuk kamu. Sebab kamu dah layak memegang nama keluarga Aryan dan Aulia..."

Farhani membuat wajah terharunya. Memek wajahnya sengaja disedihkan. "Tapi Damia tak layak mummy. Damia hanya orang luar. Pasti rantai ni mahal. Damia tak mampu untuk menerima rantai ni mummy..."

Nur Aqira pantas mengeleng. Susah payah dia memujuk bapa mentua dia untuk menyerahkan rantai tersebut kepadanya. Rantai itu menandakan mereka dari keluarga Aryan yang cukup disegani. Direka khas dari luar negara, mencirikan pewaris keluarga Aryan.

"Tapi mummy...-"

"Pusing. Mummy pasangkan untuk kamu sayang..."

Farhani perlahan-lahan memusingkan badan dia. Terasa rambut panjangnya diselak oleh Nur Aqira. Batang leher dia yang sebelum ini kosong kini dihiasi dengan rantai cantik itu. Membuatkan Farhani tersenyum lebar. Pasti lepas ini semua akan menunduk hormat padanya.

Nur Aqira membalikkan badan Farhani menghadapnya. Tersenyum dia melihat rantai leher itu tersangkut kemas di leher Farhani. Cantik. Tidak sia-sia dia memberikan rantai leher itu kepada Farhani.

"Esok kamu rasmi jadi sebahagian dari keluarga Aryan dan Aulia. Jadi mummy harap, kamu akan selalu berada di sisi suami kamu ya..."

"Baik mummy. Terima kasih sebab terima Damia menjadi sebahagian dari keluarga ni"

Mereka berpelukkan. Farhani tersenyum jahat. Dengan ini, lebih mudah lagi dia menguasai harta keluarga itu dan menyingkirkan Helina. Tidak sabar dia mahu melihat kesengsaraan di mata Helina. Tunggu dan lihat sahaja.
























Kiesha mendengus tidak puas hati. Mata dia memandang tajam Farhani yang sedang menghidangkan makan malam mereka. Tercebik-cebik bibirnya menyumpah seranah Farhani dalam hati. Berdongkol geram melihat wajah penuh kepalsuan Farhani.

Aina yang berada di sebelah adiknya mengeleng kepala. Dia diam sahaja sambil mengalunkan zikir sementara menunggu ketibaan yang lain. Ibu dan ayah dia sudah berada di meja makan.

Firhad Aqasha berbual kosong dengan Aira Kirana. Mereka berdua sesekali melepaskan tawa. Firhad Aqasha tidak terlalu memikirkan masa depan kedua anak perempuan mereka. Kerana yang perempuan tidak digalakkan terlibat dalam dunia mafia mereka.

Mereka bebas melakukan apa-apa kerja tapi masih di bawah pemgawasan anak-anak buah Firhad Aqasha sendiri. Tidak lama itu, semua mulai memenuhi ruang makan keluarga. Firash Aryan duduk di kepala meja.

"Semua dah ada?"

"Dah papa. Semua dah ada..." jawab Aira Kirana lembut.

Firash Aryan tersenyum. Hari ini Helina turut serta tapi tanpa anak-anak dia. Irqy dititipkan di bawah penjagaan Rosè dan Hunter. Arqish pun sama. Masih menerima rawatan di hospital.

"Awin. Baca doa makan..."

Darwin yang asyik merenung kosong meja makan tersentak apabila lengan dia disonggol oleh Hael. Terjungkit tinggi kening dia melihat semua menadah tangan.

"Baca doa makan woii!" Bisik Hanz agak keras. Kemudian, dia menarik sengih apabila semua mata memandang mereka dengan riak pelik. Darwin yang mengerti segera mengangguk.

"Bismillah..."

Selesai membaca doa, para perempuan mula bangun untuk menghidangkan hidangan kepada para lelaki. Farhani turut serta dan terhegeh-hegeh menghimpit Helina yang sedang menuang air teh panas ke dalam cawan mereka semua.

Terkejut Helina apabila bahunya dirempuh dari tepi. Kemudian, teko air yang dipegang olehnya dirampas oleh Farhani. Terdiam dia melihat kelakuan Farhani yang agak tidak sopan di meja makan.

Helina diam. Dia malas mahu melawan. Dia kembali duduk di antara dua adik lelakinya. Kiesha yang perasan mula melorek senyuman kecil. Melihat Farhani yang tidak sedar, perlahan Kiesha menarik cawan miliknya membuatkan air yang dituang oleh Farhani jatuh ke atas tangan dia.

"Auch! Panas! Panas!"

Kiesha menjerit kuat sambil melibas-libas tangan dia. Farhani sudah berubah pucat melihat tangan Kiesha mula kemerah-merahan. Firhad dan Aira yang perasan kelakuan anak mereka hanya menarik senyuman penuh makna. Kiesha paling nakal dan suka bertindak mengikut kepalanya sendiri.

"Cepat! Ambilkan air!" Jerit Aina kuat. Dia menarik tangan adiknya. Mujurlah air tidak terlalu panas. Hanya merah sahaja dan sedikit melecur.

Helina berlari ke dapur ingin mengambil air. Disusuli oleh Farhani dari belakang. Sekali lagi, Farhani merempuh kuat badan kecil Helina. Membuatkan Helina terlanggar bucu meja. Berkerut dahi dia menahan sakit di bahagian tepi pinggang dia.

"Ops sorry!" Ejek Farhani. Dia membawa satu besen air ke ruang makan.

Helina mengetap gigi kuat. Jika dia melawan, pasti akan banyak masalah lagi. Nak tak nak, Helina kembali ke depan. Menutup rasa sakit di tepi pinggang dia dengan riak wajah kosongnya.

Aina mencelupkan tangan Kiesha ke dalam air. Kiesha tersenyum lega apabila rasa sakit itu perlahan-lahan menghilang. Farhani membuat wajah risaunya.

"Maaf. Damia tak sengaja" ucapnya lirih.

Kiesha hanya mengangguk malas. Bukan sakit pun. Dia hanya berlagak sakit untuk mengenakan Farhani. "Sokay. Nasib tak melecur je. Kalau melecur, muka kau aku simbah dengan asid!"

Farhani berubah wajah apabila diperkatakan sebegitu oleh Kiesha. Manakala yang lain menahan tawa mereka melihat wajah terkejut Farhani. Firash Aryan mengeleng kepala melihat kenakalan cucu perempuannya.

Ada saja akal untuk mengenakan orang. Hanya Farish Amri, Nur Aqira dan Qayyum sahaja tidak bersuara. Farhani melabuh punggung di atas kerusi bersebelahan Qayyum.

"Dah jom makan..." ucap Kiesha ceria. Seakan tidak ada apa-apa.

Mereka semua menjamu selera. Helina mengapai senduk untuk mengambil ketam yang sudah tinggal seekor. Cukup-cukup untuk mereka sahaja. Tapi pantas sahaja dihalang oleh Farhani.

"Erm...El boleh bagi Damia tak? Damia dah lama tak makan ketam ni..."

Helina terkebil-kebil memandang wajah sendu Farhani. Dia memandang pula ketam masak lemak cili api itu. Terteguk air liur dia melihat ketam itu. Dia betul-betul teringin makan ketam masak lemak cili api. Tapi-

"Kau bagi jelah dekat Damia tu. Kau dah makan seekor tak akan tak cukup lagi?" Sinis Nur Aqira.

Helina menghembus nafas perlahan. "Erm...ambil lah..." perlahan dia menutur.

Farhani tersenyum suka. Ketam itu saiz paling besar. Farhani meletakkan di atas pinggan dia. Tersenyum sinis dia melihat Helina yang hanya akur. Nasi di dalam pinggan Helina langsung tak luak. Hanya dua suap sahaja dia makan.

Helina rasa ingin menjerit pada malam itu. Setiap lauk hidangan dia nak makan, pasti akan dicelah oleh Farhani. Helina jadi putus selera padahal perut dia betul-betul lapar. Tapi, memikirkan Farhani dia terpaksa mengunci mulut.

Hanya Aina, Kiesha, Hael dan Darwin menyedari kejadian itu. Ibu bapa mereka yang lain rancak berbual sesama mereka. Tanpa menyedari situasi tegang antara Helina dan Farhani.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro