ZH - 49

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Tepat pukul satu pagi, Qayyum terjaga dari tidurnya kerana merasa haus dan kering tekak. Dia bangkit dari tempat tidurnya sambil mengapai t-shirt putihnya yang terletak di birai katil. Menjadi kebiasaan untuknya tidur tidak memakai baju. Dia menguap besar sambil tangan membuka pintu bilik perlahan-lahan.

Dengan diterangi cahaya lampu malap, dia menuruni tangga sambil melihat-lihat suasana rumah datuknya yang semakin sunyi. Maklumlah, pada waktu begini semua sudah masuk tidur. Dia melewati tangga di tingkat dua.

Sempat dia meninjau bilik Farhani. Ternyata perempuan itu sudah tertidur. Dia tersenyum sinis. Farhani tidak akan tidur lewat kerana wanita itu begitu menjaga kecantikkan pada dirinya.

Dia akhirnya turun ke tingkat bawah. Membelok ke belah kiri memasuki ruangan makan terlebih dahulu barulah bertemu ruangan dapur. Berkerut dahi dia melihat suasana belakang halaman rumah datuknya terang benderang.

Dia membuka peti ais dan mengambil sebotol air mineral sejuk. Dibuka penutup dan diteguk sedikit bagi melegakan tekaknya. Qayyum mendengar jelas suara gelak tawa di belakang halaman.

Kerana rasa ingin tahu, dia melangkah ke belakang halaman rumah. Kawasan kolam renang yang terletak dalam jarak dua meter dari kawasan rumah terlihat terang benderang. Disusuli dengan suara gurau senda membuatkan Qayyum tanpa sedar melangkah ke situ.

Helina tertawa senang melihat tingkah laku bodoh yang ditunjukkan oleh Hael dan Hanz. Mereka dengan senang hati berjoget dan diiringi lagu dangdut yang dipasang pada telefon milik Kiesha.

Mereka berdua mengoyangkan punggung mereka, kemudian melagakan sesama sendiri membuatkan tawa mereka berderai tanpa dapat di tahan lagi.

Kawasan kolam renung itu dipenuhi dengan gelak tawa mereka. Kiesha elok melantak ayam goreng KFC. Turut ada disitu pizza dan burger yang dibeli tepi jalan. Aina pula hanya mengeleng kepala melihat perangai tiga suku kedua sepupunya.

Hanz dan Hael melepaskan tawa mereka. Seronok sangat bergoyang sana sini sampai mereka bertindak bodoh seperti itu. Darwin pula hanya diam, memerhati air di dalam kolam renang.

"Kenapa tak tidur lagi?"

Mereka tersentak menerima kehadiran Qayyum yang tiba-tiba itu. Qayyum berdiri tegak sambil memeluk tubuh. Merenung mereka semua dan akhir sekali jatuh ke arah Helina yang asyik melahap burger.

Begitu berselera sekali Helina mengigit dan mengunyah burger tanpa menyedari sekelilingnya yang telah berubah. Hael yang tersedar akan renungan tajam abangnya terus menarik sengih.

"Eh bang. Bila masa berdiri kat situ?" Lain yang ditanya, lain yang dijawab oleh adiknya.

Qayyum mendengus. Dia mendekati mereka semua, lalu tanpa segan dia melabuh punggung di sebelah Helina. Tersedak Helina melihat Qayyum yang sudah duduk di sebelah dia. Dada ditepuk beberapa kali menahan perit di bahagian dada.

Qayyum segera menghulurkan air miliknya. Helina tanpa banyak soal, meneguk air itu dengan laju. Perit tekak dia apabila tersedak burger. Yang lain hanya memerhati sambil menarik sengihan.

Hanz dan Darwin saling berpandangan. Hanz hanya mempamerkan wajah biasanya berbeza dengan Darwin. Pandangan cukup tajam memerhati Qayyum yang duduk di sebelah kakak kesayangan dia.
"Kita makan-makan abang. Maklumlah, dekat dalam tadi ada makhluk asing pulak menganggu. Terpaksa lah kami makan malam-malam macam ni" Kiesha mula bersuara apabila suasana tiba-tiba sepi dengan kehadiran sepupunya.

Aina sudah menjengil mata kepada adiknya. "Adik! Behave!" Dalam lembut, ada ketegasannya.

Kiesha hanya buat wajah tidak pedulinya. Tangan dia laju menyambar dua potongan pizza bersaiz kecil yang masih berbaki di dalam kotak. Dia tidak takut pun dengan abang sepupu dia.

Qayyum hanya diam. Mata dia asyik memerhatikan Helina disebelahnya. Sungguh berselera sekali wanita itu makan ayam goreng KFC tanpa menoleh kiri kanan. Padahal sudah berketul ditelan olehnya.

Dia faham maksud dari kata-kata Kiesha. Bukan dia tidak perasan kejadian di meja makan tadi. Hanya dia saja buat-buat tidak nampak dan malas mahu melayan. Dia tidak mahu memperbesarkan masalah.

"Bro, ikut aku jap"

Darwin tiba-tiba menegur Qayyum. Mencuit bahu Qayyum dengan raut wajah datarnya. Qayyum yang mengerti pandangan mata dari Darwin segera bangkit. Mereka sama-sama meninggalkan kawasan kolam renang dan berdiri agak jauh dari mereka yang lain.

"Hmm apa?"

Darwin memerhati Qayyum dari atas sampai bawah. Mereka saling bertentangan. Kilatan amarah jelas kelihatan di raut wajah Darwin. Qayyum hanya memandang dengan riak kosongnya.

"Aku tak tahu apa rancangan busuk kau pada kakak aku. Tapi aku nak, apa-apa jadi kau orang pertama aku cari nanti! Aku tak kira kau keluarga aku atau tak. Kalau perlu membunuh sekalipun aku akan lakukan demi kakak aku!"

Darwin memberi amaran penuh kepada Qayyum. Setiap kata-kata dia tidak main-main. Dia begitu sayangkan Helina. Sesiapa pun yang berani menyakiti kakak kesayangan dia, akan berhadapan dengan sisi dia yang belum ada sesiapa yang melihatnya sebelum ini.

"Jangan ingat aku tak tahu apa yang kau pada kakak aku. Punca dia hilang sebelum ini pun, aku tahu kau puncanya dan dalang disebaliknya. Aku tahu, kau buat semua tu untuk balas dendam kau yang entah apa-apa tu. Tch- tak sangka kau ni bodoh jugak ya?"

Qayyum mengetap gigi mendengar cemuhan secara langsung dari Darwin. Kedua tangan di kepal di sisi badan. Menahan diri dari menumbuk wajah mengejek Darwin di hadapan dia.

'Nasib kau bakal adik ipar aku! Kalau tidak, muka kau memang pecah budak!'.

"Macam mana lah papa aku boleh percayakan orang macam kau ni. Bagi aku lah, kakak aku tu deserve lelaki lagi baik dari kau lah. Macam kau sorang je lelaki terbaik dalam dunia ni" Darwin meniup anak rambutnya yang terjuntai di dahi.

Mata sepetnya makin sepet menahan silau cahaya lampu. Menatap wajah Qayyum yang jelas seakan tercabar dengan setiap kata-katanya.

"Aku pun malas nak hadap muka kau lama-lama bro. Aku nak pesan satu perkara sahaja! Jaga kakak aku baik-baik. Aku tak tahu apa rancangan kau, papa dan semua orang yang terlibat. Aku cuma nak kebahagiaan pada kakak aku. Cau bro!"

Darwin melenggang pergi setelah menghabiskan kata-katanya. Dia kembali menyertai sepupu-sepupu dia yang lain. Qayyum meraup kasar wajahnya. Luka bekas dibelasah Hunter masih belum baik lagi ini ditambah lagi masalah baru.

Bukan dia tidak kenal Darwin. Adik sepupunya boleh tahan barannya. Jika marah, memang hilang semua pangkat adik beradik, darah daging apa semua. Akan dibelasahnya sehingga hatinya puas.





















Farhan Adham merenung dada langit dari balkoni biliknya. Memandang kepekatan malam sambil memikirkan beberapa perkara yang asyik membelenggu dirinya sejak akhir-akhirnya ini. Walaupun usia dia semakin meningkat, dia masih lagi turun padang membantu kedua anak lelakinya meneruskan legasi keluarga mereka.

Tersenyum Farhan melihat cahaya terang dari kawasan kolam renang. Bukan dia tidak tahu aktiviti-aktiviti yang dilakukan budak-budak tu semua pada malam begini. Ada sahaja aktiviti mereka apabila berkumpul.

Dia memikirkan permasalahan yang akan jadi pada keesokkan hari. Dia malas mahu berfikir lebih, kerana dia sudah menyerahkan semua tanggungjawab kepada Qayyum untuk menguruskannya. Dia tidak akan campur tangan kali ini.

Dia memandang isterinya yang tertidur lena di atas katil. Melina tidak mengetahui perancangan gila ini. Hanya dia, Qayyum, Hunter dan beberapa anak buah mereka sahaja yang tahu. Jika Medina tahu, pasti akan menimbulkan permasalahan.

Farhan membuang selamba putung rokok yang sudah separuh ke tingkat bawah. Pandai-pandai lah pembantu rumah membersihkannya esok. Dia menampak masuk ke dalam bilik sambil menutup pintu sliding dan menguncinya. Langsir ditarik hingga bilik itu menjadi gelap. Hanya diterangai cahaya lampu bilik tidur mereka.

Perlahan, badannya direbahkan ke atas katil mengiring menghadap isteri kesayangan dia. Pelbagai liku kehidupan mereka hadapi dari masa muda hingga tua. Tapi Farhan dan Melina sabar menghadapinya dan menerima dengan hati yang terbuka.

Farhan begitu menyayangi Melina dan Helina. Dua permata berharganya. Malah, dia tidak ingin sesiapa pun menyakiti dua wanita kesayangan dia. Sejak dulu lagi, Farhan akan cuba yang terbaik untuk menjernihkan kembali hubungan keluarga mereka. Dalam diam, Farhan melakukan sesuatu yang cukup besar dan dia tidak yakin apakah mereka menerimanya atau tidak.

"Maafkan abang sayang. Andai suatu hari nanti abang betul-betul tiada di sisi sayang. Abang buat semua ini untuk masa depan keluarga kini. Demi papa dan anak-anak kita. Andai masanya sudah tiba, abang harap sayang akan terus berjuang demi anak-anak"

Bisiknya perlahan sambil mendakap erat tubuh Melina ke dalam pelukkannya. Farhan yakin dengan keputusannya. Dia rela berkorban demi kebahagian keluarganya. Dia memejam mata dan tidak lama itu, Farhan dibuai mimpi.

Melina membuka matanya saat terdengar dengkuran halus dari suaminya. Dia tersenyum nipis mendengar bisikan suaminya tadi. Dia membalas pelukkan Farhan semakin erat. Tanpa sedar, airmata dia jatuh ke pipi.

"Mel rela ikut bersama abang. Jangan tinggalkan Mel seorang diri tanpa abang..."

Melina mengusap airmata di pipinya. Dia akan bersama-sama dengan suaminya membangkitkan kembali kebahagiaan dalam keluarga mereka. Melina tidak akan berdiam diri dan dia akan cuba untuk selamatkan keluarga ini kembali.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro