ZH - 50

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Helina merenung sayu kearah dada langit sambil memeluk kemas kedua lututnya. Mengingati segala kepahitan yang terjadi di dalam hidupnya, membuatkan dia dengan mudahnya menumpahkan airmata ke pipi. Alangkah indahnya, jika segala kesakitan yang dia alami selama ini digantikan dengan kebahagiaan.

Tapi Helina tahu, itu semua hanyalah angan-angan dia sahaja. Sejak dulu lagi, kebahagiaan tidak pernah berpihak kepadanya. Bahagia cuma seketika, dan dia lebih banyak menderita dari merasakan kebahagiaan itu.

Sakit. Itu yang dia rasakan selama ini. Dibenci. Dihina. Diejek. Malah dia tidak sanggup menghadapi orang-orang yang memandang dia penuh kebenciaan. Apatah lagi orang itu ahli keluarganya sendiri.

Sedangkan itu bukanlah kesalahan darinya. Bukan dia yang menjadi punca ini semua terjadi. Apatah lagi ingin hidup sebegini sekali. Helina melentok kepalanya di dinding. Mendongak memandang bintang-bintang di dada langit.







Pang! Helina tergamam apabila dia menerima sebuah tamparan yang cukup kuat di pipinya. Otaknya masih belum dapat proses apa yang terjadi pada masa ini. Dia dalam keadaan separuh sedar. Peritnya dipipinya tidak dihiraukan melainkan suasana berlainan dari bilik tidurnya yang sebelum ini.

Bilik ini mencirikan seorang lelaki. Dengan bauan lavender yang semerbak menyapa deria hidungnya membuat mata Helina membulat besar. Dia memegang kepalanya yang terasa berpinar.

Memegang kemas selimut di dadanya. Dia berasa sangat dingin dan seperti bahagian atas badannya terdedah sepenuhnya tanpa apa-apa pakaian yang membaluti tubuhnya saat ini. Allah! Helina terasa dirinya begitu menjijikkan apabila tersedar.

Apatah lagi, dirinya melihat sosok seorang lelaki yang terbaring di sebelahnya tanpa bergerak walau sedikit pun. Dengan keadaan badannya yang penuh dengan lebam gigitan cinta dan rambutnya yang cukup serabai membuatkan Helina terasa ingin menjerit.

"Tak guna! Kau perangkap anak aku kan!"

Helina menjerit kesakitan apabila rambutnya ditarik kuat dan secara tak langsung mendorong tubuhnya jatuh dari katil.
Helina memegang erat selimut menutupi tubuhnya yang tidak mengenakan apa-apa ketika itu. Celah pehanya terasa perit yang amat dan lebih kesal lagi dia melihat ada bercak darah di atas katil itu.

Sedangkan, si lelaki itu mengenakan seluar pendek tanpa baju. Helina menahan rasa pening di kepalanya menerima segala tamparan, jambakkan rambut dari Nur Aqira.

Dia tidak mengerti. Bagaimana dia berasa satu kamar di dalam bilik Qayyum. Abang sepupunya itu. Setahu dia, dia baru sahaja pulang dari sekolah. Seterusnya, dia tidak ingat apa-apa.

Helina mengigit bibir bawahnya apabila dia tidak dapat lagi menahan tubuhnya yang lemah itu. Dia memegang sisi kepalanya. Terasa mahu tercabut rambutnya apabila ditarik kasar sebegitu sekali.

Kiesha orang pertama meleraikan kegilaan Nur Aqira. Dia menarik tubuh tua itu menjauhi Helina yang nampak sangat lemah dan tidak berkutik satu pun. Menerima sahaja pukulan daripada ibu saudaranya.

"Sabar maksu! Kita perlu dengar penjelasan mereka dulu sebelum nak jatuhkan apa-apa hukuman sekalipun!" Tegas Kiesha dan memeluk erat tubuh ibu saudaranya.

Bimbang pula dia melihat kegilaan ibu saudaranya. Nur Aqira menarik nafas kasar. Ingin saja dia melukakan wajah Helina yang kelihatan seperti tidak bersalah.

"Erghhh!"

Kini mereka menumpu kearah suara garau yang baru sahaja terjaga itu. Qayyum memejam matanya beberapa kali sebelum dibuka seluasnya. Terpinga-pinga dia melihat keadaan di dalam biliknya. Apakah yang telah terjadi?

"Kenapa? Apa semua ni?"

Qayyum bingkas berdiri dan melihat keadaan biliknya yang seperti tongkah pecah. Pakaian merata di atas lantai dan pecahan kaca di sudut biliknyan. Kemudian, mata dia terpacak kearah bercak merah di atas katilnya.

Kening dia terjungkit kening melihat semua itu. "Duduk dulu. Kita bincang baik-baik"

Firhad mengambil langkah sebagai tertua di rumah itu. Dia ingin semua orang bertenang dan tidak menimbulkan perbalahan lain. Qayyum memandang Helina yang terduduk di tepi katilnya. Apa yang berlaku sebenarnya?

"Nak bincang apa lagi long! Dah sah-sah budak ni yang perangkap anak aku! Entah-entah selama ni, bukan anak aku je jadi mangsa dia. Aku rasa ramai lelaki kat luar sana dah 'rasa' tubuh dia. Muka macam naif, tapi huh....!" Marah Farish Amri. Dia tidak menerima apabila melihat keadaan Qayyum dan Helina yang sangat mengaibkan itu.

Helina tertegun mendengar kata-kata dari Farish Amri. Dia ingin bersuara, tetapi tidak terluah. Jika dia menegakkan kebenaran sekalipun, belum tentu akan ada yang percayakan dia. Helina membungkus tubuhnya. Menutupi segala yang terdedah.

"Sudah! Sekarang ni, kita bincang baik-baik" tegas Firhad sekali lagi. Kali ini nada dia sangat serius.

Helina dibawa keluar dari bilik Qayyum oleh Aina dan Kiesha. Dia hanya diam dan tidak menoleh langsung ke arah Qayyum. Riak wajahnya seakan kosong. Menerima segala tundingan jari yang mengata dirinya pada waktu itu.

Helina tidak dapat berfikir apa-apa lagi. Membiarkan sahaja tubuhnya dibawa pergi dan tika itulah dia menangkap suara terakhir sebelum dia benar-benar hilang dari bilik Qayyum.

"Aku tak akan maafkan kau Ara!"











Helina tersenyum nipis mengingati kembali detik-detik hitam itu. Airmata sudah lama mengering ke kedua pipinya. Bengkak. Sembap. Dia masih lagi berjaga di pagi hari. Padahal yang lain sudah masuk ke alam mimpi.

Dia tidak mempunyai cara lain untuk melenyapkan semua itu. Sejak itulah, segala penderitaan dia terima dan tidak akan pernah berakhir. Helina menutupi semua itu dengan senyuman. Sedangkan luka yang ditanam selama ini cukup membuat dia sakit.

"Huff. Memang aku tak patut bahagia. Siapalah aku untuk dapatkan semua tu. Aku hanyalah seorang perempuan yang sangat menyedihkan..."

Jarinya bermain-main dengan loket di pangkal lehernya. Rantai leher itu merupakan pemberian Firash Aryan kepadanya. Loket berbentuk bulan sabit dan bintang. Firash memberi loket sebegitu, kerana dia mahukan sinar kebahagiaan pada cucu perempuannya.

Helina berdiri setelah lama duduk melutut di luar balkoni bilik. Lepas sahaja dia naik ke atas, meninggalkan yang lain di halaman belakang. Dia ingin melarikan diri daripada Qayyum. Makin dia melihat wajah itu, makin hatinya sakit.

Pintu sliding ditutup rapat. Langsir ditarik dan suasana bilik itu terus bertukar suram. Hanya ditemani cahaya dari lampu tidur sahaja. Helina duduk di birai katil sambil merenung cermin di hadapannya. Dia tersenyum nipis merenung ke dada langit. Melihat bintang-bintang yang kelihatan cantik bersinar pada malam itu.

Alangkah indahnya, jika kehidupan dia begitu. Tiada apa-apa yang perlu difikirkan. Melainkan, jika takdirnya memang tertulis begini Helina terima dengan hati yang lapang walaupun hati dia tersakiti.

"Memang patut aku menderita sebegini..."

Helina merebahkan dirinya di atas katil. Perlahan, mata dipejam. Cuba untuk membuang segala pemikiran yang membelenggu dirinya sejak akhir-akhir ini.
























Seorang lelaki berpakaian serba hitam menceroboh masuk ke dalam sebuah kereta. Dia menyorok di tempat duduk belakang tanpa disedari oleh sesiapa pun. Dia yakin, tidak lama lagi pemilik kereta itu akan keluar dan memandu kereta tersebut. Dia sudah menyelidik pemilik itu sejak beberapa bulan lalu.

Dan jangkaan dia tepat sekali. Kelihatan seorang wanita yang memakai baju kurung moden warna krim berjalan ke arah kereta tersebut. Kelihatan sangat ayu dengan tudung bawal membelit leher dan menutupi dada. Tidak seperti sebelum ini.

"Wow! Cantik..." gumam lelaki itu perlahan. Senyuman sinis terukir di bibirnya.

Wanita itu menekan alarm keretanya. Apabila terdengar bunyi kunci dibuka, dia langsung menerobos masuk ke dalam dan meletakkan sling bag miliknya di tempat duduk sebelah. Enjin kereta dibuka dan dipanaskan terlebih dahulu.

Lelaki itu hanya diam mengamati wajah cantik itu. Sangat cantik tanpa olesan di wajah. Hanya pelembap, bedak dan sedikit blusher di pipi. Simple. Tidak bermekap tebal. Natural beauty yang begitu kelihatan di wajah manisnya.

Lelaki itu segera melarikan matanya. Jika bos dia tahu, maka tamat riwayatnya. Namun, hatinya tidak menyangkal semua itu. Memang kenyataan. Wanita itu sangat cantik.
Kereta itu mula bergerak meninggalkan perkarangan rumah agam tersebut. Lelaki itu dalam diam, memberi isyarat kepada anak-anak buah dia yang lain untuk bersiap sedia. Jam tangan digital ditekan, dan satu tanda yang berkedip merah menandakan mereka akan tiba di kawasan itu.

Melihat tiada kenderaan lain mengekori kereta wanita itu, lelaki itu dengan berani memunculkan dirinya membuatkan wanita itu tanpa sengaja membrek kereta secara mengejut. Mata dia membulat melihat sosok tubuh asing di dalam keretanya selain dirinya.

Dengan pantas dan cekap, lelaki itu mengunci pergerakkan wanita itu dari belakang. Sepilah pisau yang tajam dibawa keluar dan diacukan di bahagian pangkah leher yang dilapisi tudung itu.

"You move. You die."

Ugut lelaki itu dalam nada keras. Tiada cara lain, dia harus menggunakan cara yang kasar. Tidak lama itu, sebuah alphard hitam berhenti di sebelah kereta milik wanita itu. Muncul tiga orang lelaki berpakaian serba hitam dan mengenakan topeng pada wajah mereka.

Pintu kereta wanita itu dibuka dengan kasar. Lelaki itu menekan kuat pisau miliknya. Hingga membuatkan wanita itu meringis ketakutan. Dia bukan tidak mahu melawan, tetapi kudratnya tidak mengizinkan. Dia tidak larat. Malah jika dia melawan sekalipun. Dia pasti akan tumbang. Lelaki itu lebih gagah dan kuat darinya.

"Faster! We don't have much time!" Gesa lelaki itu dan menarik tubuh kecil wanita itu ke dalam kereta lagi satu.

Manakala anak-anak buah dia mula mengalih perhatian ke arah kereta milik wanita itu. Beg milik wanita itu dan kunci kereta dibawa bersama. Mereka bergegas masuk ke dalam kereta setelah memastikan tiada sesiapa perasaan mengenai kejadian itu.

"Lepas! Lepaskan aku lah!" Ronta wanita itu kuat. Dia mengigit kuat tangan lelaki itu. Membuatkan pisau itu terlepas dari tangan.

Lelaki itu mula berang. Dia memegang kemas kedua tangan wanita itu. Kereta mula bergerak laju meninggalkan kawasan itu. Salah seorang lelaki itu membawa keluar sehelai sapu tangan.

"Cepat! Kita kena sampai sana sebelum bos datang!" Gesa kawannya yang berada di sebelah si pemandu.

Mereka tidak mahu kehilangan nyawa mereka jika gagal menjalankan misi mereka dengan menculit wanita itu. Bukan untuk dijadikan tebusan. Tetapi sebagai hak milik ketua mereka.

Dengan sigap, lelaki itu menekup mulut dan hidung wanita itu. Tidak sempat dia mahu mengelak, terasa satu bauan yang sempat dihidu olehnya. Tidak sampai sesaat, wanita itu rebah tidak sedarkan diri.

Mereka semua menarik nafas lega. Membuka topeng masing-masing setelah yakin wanita itu tidak sedarkan diri. Lelaki yang mencengkam kuat tangan wanita itu turut membuka topeng wajahnya.

Tersalah wajah Eropah miliknya. Rambut blonde miliknya diraup ke belakang dengan sengihan di bibir. "We are very sorry ma lady..." bisiknya perlahan.

























Kini semua menanti penuh sabar acara akad nikah yang bakal dijalankan di sebuah masjid. Sunyi sepi, menghormati majlis yang akan berlangsung tidak lama lagi. Nur Aqira mengenggam kemas tangan Farhani yang berada di sebelahnya. Cantik dalam persalinan serba putihnya.

Farhani memandang ukiran inai di tangan dia. Berdebar menanti lafas yang bakal dilantunkan oleh bakal suaminya. Yakni Qayyum Adham. Lelaki itu sudah bersiap sedia di hadapan kadi dan para saksi nikah mereka.

Dulang hantaran dihiasi cantik. Malah, beberapa kilatan cahaya kamera menghiasi ruang masjid itu. Memotret memori yang bakal menjadi sejarah tidak lama lagi. Sebuah memori yang tidak akan luput dari ingatan.

Majlis yang suci. Disaksikan keluarga terdekat dan para sahabat serta keluarga yang lain. Rasa tenang. Damai. Seakan hilang segala tekanan mereka. Melina hanya diam menyaksikan akad nikah yang bakal berlangsung itu.

Dada dia dihurung rasa sebak. Namun segera dia menepis rasa itu dan digantikan dengan sebuah senyuman yang turut bergembira di hari yang penuh kebahagiaan ini. Qayyum tidak menoleh ke belakang.

Dia asyik melayan fikirannya sendiri. Memutar segala kenangan yang hadir dalam hidupnya. Songkok di kepala dibetulkan. Qayyum kelihatan kacak pada pagi itu. Seri pengantin katakan. Namun, sudut hatinya mempunyai rasa bersalah kepada seseorang.

Bagi Farhani. Ini merupakan kemenangan yang dimiliki. Menolak Helina jauh dari kehidupan dia. Memiliki segala yang dimiliki oleh Helina semakin tercapai. Dia tidak akan berpaling dari semua ini. Penderitaan Helina tidak akan pernah berakhir tanpa izin Farhani.

Dia berjaya sampai ke tahap ini. Secara perlahan-lahan, dia akan menguasi yang lain pula walaupun agak sukar. Kerana belum tentu mereka akan menerimanya sepenuh hati. Farhani tekad, ini adalah jalan yang dipilih olehnya.

Zafar sudah banyak membantu dia. Mengusir Helina. Membuat orang membenci wanita itu. Menjadi dalang di sebalik kejadian yang berlaku selama ini. Cukup membuatkan Farhani menjulang piala kemenangannya.

"Bismillah. Baiklah. Dah bersedia?"

Suara lembut Tok Kadi itu mula kedengaran. Dengan lafaz basmallah, dia mulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dan khutbah nikah. Agar pasangan itu jelas dan faham erti perkahwinan. Bukan hanya tahu menghalalkan suatu hubungan sahaja.

"Baiklah. Boleh kita mula?"

Qayyum menarik nafas dalam-dalam. Tangan dia membalas genggaman Tok Kadi tersebut. Wajah dia kelihatan tenang. Tidak gementar, tidak mengelabah dan santai sahaja. Qayyum yakin ini keputusan terbaik yang dibuat olehnya.

Sebaik sahaja, terasa tangannya digoncang kemas dan kuat oleh Tok Kadi itu. Qayyum menghela nafas panjang. Riak dia masih kekal tenang.

"Aku terima nikahnya..."



















P/s: mengenai flashback Helina & Qayyum tu...sis dh lupa sebenarnya sama ada sis ada explain atau tak dlm bab2 yg lepas. So, if ada please remind me ok 😊 maklumlah, sis ni kuat mkn semut. Mmg dh lupa, even dh baca byk kali bab2 yg lps ttp rasa mcm - 'dh explain blum eh?' 'Ke dh' 'arghh lantak lah asalkan ada' 'tapi kan pening plak bila org baca' - benda ni yg asyik sis fikir sokmo 😂 pah pening mikir huhu...tpi ttp sis selit dlm bab yg ni huhu 🤧 btw, selamat membaca 💃🏻

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro