ZH - 65

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Zafar tersenyum puas melihat pintu gerbang yang mempertahankan mansion milik Qays hancur begitu saja. Beberapa anak buahnya mara ke hadapan dan berbalas tembakan dengan konco-konco Qays. Zafar melepaskan tawa kecilnya.

"Senang betul nak hancurkan kau Qayyum..."

Zafar hanya bersandar pada keretanya dan membiarkan anak-anak buahnya bertempur di hadapan. Dia tidak mahu menyentuh senjata. Dia hanya menanti kemunculan Qays di tengah-tengah kerumunan dua kelompok itu.

Luke dan Mattias berbalas tembakan dan melindungi mansion ketua mereka selagi mampu. Keringat peluh membasahi wajah dan badan mereka. Luke mencampak AK-47 yang sudah kehabisan peluru ke atas tanah. Dia meluru dan menumbuk salah seorang anak buah Zafar.

Mattias menembak dan terus menembak anak buah Zafar yang berjaya menembusi gerbang mereka. Malah, dia hampir terkena tembakan dari salah seorang anak buah Zafar. Mattias mengetap gigi melihat bilangan anak-anak buah Zafar semakin ramai.

"Matt! Get down!"

Mattias terus menunduk dan terdengar tembakan dari arah belakang. Luke menghela nafas panjang dan melutut sebelah kaki. Dia berjaya menembak seorang anak buah Zafar yang ingin menyerang hendap Mattias dari belakang. Mattias tersenyum nipis.

"Dia orang makin ramai. Team kita makin berkurang dan ramai dah tumpas. Kau hantar isyarat pada budak-budak lain!" Arah Luke tegas.

Mattias mengangguk. Dia menekan sesuatu pada telefonnya yang bersambung terus pada markas utama mereka yang tidak jauh dari mansion ketua mereka. Setelah menghantar isyarat kecemasan itu, Mattias kembali beraksi.

Dia mematahkan serangan seorang anak buah Zafar dengan menyepak betis lelaki hingga tumbang dan menjerut leher lelaki itu menggunakan lengan kanan dia. Apabila merasai tiada gerakkan dari lelaki itu, Mattias merampas AK-47 milik lelaki itu.

Menyorok di sebalik runtuhan gerbang yang berdekatan. Menembak dan terus menembak tanpa rasa mahu berhenti. Luke pula menggunakan pisau belati miliknya menghiris dan menbelah isi daging anak-anak buah Zafar yang menghalangi dia.

"Lambat lagi ke Matt!" Jerit Luke dari sebarang sana. Menikam dada anak buah Zafar dan menetak tangan lelaki itu yang ingin menumbuknya hingga berbunyi tulang lelaki itu.

"30 minutes more!" Balas Mattias yang asyik menembak itu.

Luke mendengus. Tiga puluh minit itu akan mengambil masa yang lama untuk ketibaan anak-anak buah mereka yang lain tiba dari markas utama. Tidak lama itu, satu letupan kedua terhasil. Luke dan Mattias tercampak dan menimpa kuat runtuhan gerbang tadi.

"Arghh! Tak guna!" Luke berbatuk-batuk. Keseluruhan badan dia terasa sakit. Letupan kali ini lebih besar dan lebih kuat dari yang pertama.

Mattias memegang kepalanya yang mula mengeluarkan darah. Juga beberapa anak-anak buah mereka yang terdampar tidak bernyawa kerana ledakkan bom kedua tadi.

"Qayyum keluar kau!"

Zafar menjerit dari luar mansion itu. Tersenyum menunggu kehadiran musuh utamanya. Zafar memusing-musing revolver di tangan dia. Tidak lama itu, kelibat yang dia nanti-nantikan akhirnya keluar.

"Well...well...look who is here! Qayyum Adham! My dearest enemy!"

Qays hanya memasang wajah tidak perasaan dia. Dia melihat sekeliling mansion dia yang sudah hancur separuh. Dia tercari-cari kelibat Mattias dan Luke. Namun tidak kelihatan kerana terlampu banyak mayat bergelimpangan di hadapan mansion dia.

"Kau nak The Code dan benda ni kan?" Qays mengangkat tangan kanan dia. Dua benda yang selama ini dicari oleh Zafar.

Zafar tersenyum. "Pandai. Tapi, aku nak kau berikan aku benda tu...dan aku tak akan sentuh kau dan budak-budak kau lagi"

Qays tersenyum sinis. Dia berjalan mendekati Zafar yang memeluk tubuh di hadapan dia. Zafar sangat berani berhadapan dengan dia. Tapi, Qays tidak bodoh dan dia nampak muslihat di sebalik senyuman Zafar.

"Aku tak akan serahkan pada kau...Zafar..." tekan Qays dengan wajah mengejeknya.

Membuatkan Zafar tidak teragak-agak menarik revolver nya dan diacukan ke dahi Qays yang berdiri tegak di hadapan dia. Kini, Qays telah dikepung oleh konco-konco Zafar. Anak-anak buah Qays sudah ramai yang tumpang.

Melihat Zafar sedikit leka, Qays pantas menumbuk dada lelaki itu dan menetak kuat tangan kanan Zafar yang memegang revolver itu. Dia menyepak jauh revolver itu. Zafar terkejut dan dia kembali tersenyum apabila menyedari dia sedikit leka.

"Kau masih mahu melawan aku?"

Zafar berdiri megah. Membetulkan pakaian dia yang renyuk kerana bergelut dengan Qays. Dia ramai, sedangkan Qays hanya keseorangan.

"Aku tak akan biar kau hidup senang Zafar!"

Zafar yang mendengarnya menjadi semakin berang. "Kau yang patut mati dari dulu lagi Qayyum! Kau dah rampas milik aku! Kau rampas Helina aku! Aku akan pastikan kau mati kali ini! Kau tak guna!"

Qays mengelak mudah serangan dari Zafar yang kelihatan semakin beremosi. Qays tersenyum senget. Dia sengaja menaikkan emosi Zafar yang dengan mudahnya menunjukkan emosinya pada musuh. Membuatkan Zafar menyerangnya secara melulu.

"Aku akan pastikan...Helina jadi milik aku!"

Zafar menendang kuat dan melakukan backflip. Dia mengilas kuat tangan kanan Qays membuatkan lelaki itu jatuh melutut. Zafar tersenyum kemenangan. Melihat musuhnya jatuh melutut.

"Terima lah kekalahan kau Qayyum..." bisik Zafar dalam tawa kencangnya.

Qays bertindak pantas dan melakukan backflip seperti Zafar. Mereka saling beradu tenang. Sama-sama nampak kuat dan sukar ditumpaskan. Tapi, dalam diam Zafar memberi isyarat pada anak buahnya.

Bang!

Qays jatuh tertiarap menerima tembakan di perutnya. Perit dan sakit! Zafar tertawa suka. Dia memijak kuat belakang badan Qays yang tertiarap di bawahnya. Zafar menundukkan separuh badannya dan menarik The Code dan pendrive miliknya secara paksa dari tangan Qays.

"Terima kasih sebab kau dah mudahkan kerja aku. Aku dah dapat The Code dan pendrive ni...lepas ni aku akan dapatkan...Helina pulak..."

Qays mengerang kesakitan di bawah sana. Zafar tertawa puas. Dia menyepak kuat kepala Qays hingga lelaki itu terlanggar kuat cebisan runtuhan batu gerbang. Qays memejam matanya. Pandangan dia makin kabur.

"Jom kita gerak! Pastikan tempat ni hancur macam ketua dia..." arah Zafar yang semakin menjauh.

Qays tidak mampu untuk berdiri. Pandangan dia berbalam-balam dan kepalanya menjadi pening. Dia melihat anak-anak buah Zafar mula beredar. Qays memejam matanya. Dia melihat satu letupan yang cukup kuat dan tubuhnya melayang tinggi menimpa runtuhan mansion dia. Dan semuanya bertukar gelap.

Boom! Boom!

Letupan ketiga paling kuat dan memusnah sepenuhnya mansion yang berdiri megah itu hingga tiada yang tersisa. Begitu juga mereka yang lain.










































"Akhirnya, kau datang jugak Farhan..."

Suara itu bergema di pelosok banguna terbiar itu. Farhan mengetap gigi melihat ramai anak buah Datuk Faruk mengepung mereka di dalam bangunan tersebut. Farhan memerhati sekeliling namun tidak melihat kelibat Datuk Faruk.

"Kau cari aku?" Suara itu kembali lagi.

"Keluar Faruk! Kau jangan jadi pengecut! Aku tahu kau ada dekat dalam! Keluar kau!" Jerit Farhan kuat. Suaranya kedengaran bergema di dalam bangunan itu.

Tidak lama itu, Datuk Faruk keluar dari tempat persembunyian dia dengan wajah bersahaja. Dia tersenyum lebar melihat Farhan datang bersama anak-anak buahnya. Datuk Faruk tertawa melihat Farhan akhirnya datang menemui dia.

"Aku dah keluar. Aku akan pastikan kau dan budak-budak kau mati malam ni!"

Farhan terus mengarahkan anak-anak buah dia menyerang anak-anak buah Datuk Faruk. Manakala dia, mencari celah untuk keluar mencari keberadaan Farish Amri dan Nur Aqira. Dia melihat sekeliling bangunan itu.

"Aku dah jumpa Tuan Farish dan isteri dia bos! Ada dekat bilik nombor tiga dari kanan. Ada dua lelaki jaga depan bilik. Aku akan buka ruang bos ke sana!"

Satu suara kedengaran dari corong alat yang berada di telinga kanannya. Farhan terus bertindak pantas menembak anak-anak buah Datuk Faruk yang menghalangi jalannya. Farhan berlari ke lorong kanan dan dia menarik nafas lega tatkala mata dia melihat ke arah bilik yang dimaksudkan oleh anak buahnya tadi.

"Huh! Aku dah ju-jumpa..." ujar Farhan dalam nafas mengah. Dia menyorok di sebalik dinding.

Datuk Faruk sudah menghilang apabila Farhan dan anak-anak buahnya menyerang Datuk Faruk. Farhan menembak dua orang lelaki yang menjaga bilik itu tepat di bahagian dada dan kepala.

Farhan melihat dua lelaki itu terdampar ke atas lantai dengan darah mengalir. Farhan memandang tiga anak buahnya yang dipercayai olehnya untuk cover dirinya.

Prak! Pintu bilii itu ditendang hingga pecah oleh Farhan. Mereka masuk ke dalam bilik itu dan melihat keadaan Farish Amri dan Nur Aqira yang teruk diseksa oleh Datuk Faruk. Badan mereka penuh dengan kesan sayatan, luka lebam dan darah yang mulai mengering.

"Panggil team 4 masuk!"

Dua anak buah Farhan mengangguk. Mereka memanggil kumpulan empat melalui alat yang berhubung di telinga mereka.

"Bos! Team empat dah get ready! Dalam kiraan...tiga...dua...satu..."

Boom! Letupan besar kedengaran. Satu lubang besar terhasil dan muncul lima lelaki berpakaian hitam dan bersenjata. Farhan segera melepaskan ikatan yang membelit tubuh adik kembarnya dan Nur Aqira. Mereka berdua dalam keadaan separuh sedar. Farish Amri terharu melihat abang kembar dia datang menyelamatkan dia. Nur Aqira pula menangis teresak-esak.

"Bos! Watch out!"

Tubuh Farhan ditolak oleh salah seorang anak buahnya. Satu tembakan tersasar di dinding belakang Farhan. Seorang anak buah Datuk Faruk tumpas terkena tembakan di dahi. Farhan terpinga-pinga.

"Bukan dari budak-budak kita bos! Tembakan dari jam lapan..." jawab seorang anak buah Farhan.

Muncul figura seseorang berpakaian serba hitam membawa sniper di atas bahunya. Farhan terkedu melihat figura orang berpakaian seakan ninja itu. Hanya dua mata dia yang kelihatan. Farhan cukup kenal postur tubuh itu.

"Melina..." ujar Farhan dalam nada datarnya.

Melina segera menurunkan kain hitam hingga paras leher. Dia tersengih memandang Farhan, suaminya. Farhan berdiri dan mendekati isterinya. Tidak habis fikir dia bahawa Melina yang menyelamatkan dirinya.

"Buat apa datang sini? Kan abang dah cakap, abang akan selesaikan..."

Melina mencebik bibirnya. "Saja. Haa kau, bawa adik ipar aku keluar dengan selamat! Kau pun, ikut dia orang sekali!" Arah Melina tanpa mempedulikan riak marah suaminya.

Farish Amri dan Nur Aqira dibawa keluar oleh kumpulan empat melalui dinding yang dibom oleh mereka. Sebuah helikopter sudah menunggu mereka di luar.

Farhan mengeleng kepalanya. Pistol diambil dan disisipkan ke pinggang. Melina mengarahkan snipernya ke kiri dan kanan, mengawal Farhan dari musuh. Begitu juga anak-anak buah Farhan yang lain.

"Well...well...well...laki bini dah berkumpul. Memudahkan kerja aku!" Ucap Datuk Faruk yang baru saja melepaskan tembakan ke dada anak buah Farhan.

"Sekarang, giliran kau orang tua tak guna!"

Farhan menyerang Datuk Faruk yang tiada sesiapa menjaganya kerana kebanyakkan anak buah Datuk Faruk tumpas di tangan anak buah Farhan. Datuk Faruk mengelak pantas setiap serangan Farhan dan mengakis laju.

Melina pula menembak anak-anak buah Datuk Faruk yang datang dari tingkat atas dan pintu masuk. Suara tembakan, pukulan, hentakkan kedengaran begitu kuat. Bergema di dalam bangunan itu.

Prak! Bang! Dum!

Farhan menghentam kuat tubuh Datuk Faruk ke dinding bangunan. Datuk Faruk berbatuk-batuk dan menghentam kuat badan Farhan ke arah tiang bangunan. Mereka saling berbalas tumbukan dan tendangan. Farhan menyepak kuat dada Datuk Faruk dan menepis betis lelaki tua itu hingga badan Datuk Faruk rebah ke atas lantai.

Melina melempar sniper miliknya yang sudah kehabisan peluru, mengambil kerambit yang diselit di celah betisnya dan menyerang laju anak-anak buah Datuk Faruk.
Datuk Faruk tersenyum sinis, dalam diam dia berjaya memerangkap Farhan dan Melina. Dia memetik jarinya, dan satu bangunan itu bertukar gelap. Datuk Faruk mengambil kesempatan melarikan diri dan dibantu oleh anak-anak buahnya. Manakala, sebahagian telah memasang bom di sekeliling bangunan itu.

Pap! Lampu kembali menyala. Tapi, Farhan, Melina serta yang lain mula terperangkap. Jalan keluar ditutup oleh anak buah Faruk. Farhan menyepak kuat meja kayu berhampirannya.

"Bos! Kita dah masuk perangkap! Jalan keluar semua dah tutup! Bom dah dipasang! Ada masa seminit lagi!" Ujar seorang anak buah Farhan.

Mereka melepaskan lelah dan tersandar lemah di dinding. Tiada jalan keluar. Semua telah ditutup menggunakan runtuhan bangunan itu dan jika mereka keluar sekali pun, tidak akan selamat.

"Tak guna kau Faruk!" Jerit Farhan kuat. Geram kerana Datuk Faruk berhasil melarikan diri.

Farish Amri dan Nur Aqira menunggu kehadiran Farhan dan Melina. Mereka sudah menerima perawatan awal dari anak buah Farhan. Tapi, mereka tidak mahu meninggalkan bangunan itu sebelum Farhan dan Melina kembali.

"Tuan! Kita kena pergi sekarang! Bangunan akan meletup dalam masa 20 minit dari sekarang!" Jerit anak buah Farhan. Melawam bunyi kipas helikopter.

"Aku tak akan pergi selagi Farhan dan Melina tak datang sini!" Jerit Farish Amri. Dia risau akan keadaan abang kembarnya di dalam sana.

Anak buah Farhan yang berjaga-jaga di situ mula mengangguk kepala. Kumpulan empat diberikan misi menyelamatkan Farish Amri dan Nur Aqira selamat tiba di hospital. Mereka tiada pilihan lain.

Tubuh Farhan dan Nur Aqira ditolak masuk ke dalam helikopter. Farish Amri cuba melawan, namun dia tidak terdaya kerana terlalu lemah. Pintu helikopter ditutup rapat oleh anak buah Farhan yang memegang AK-47 itu.

"Naik!"

Helikopter itu perlahan-lahan naik ke atas. Farish Amri merenung kosong ke arah bangunan itu dan kelihatan semakin kecil. Nur Aqira menangis teresak-esak dan menyesali segala perbuatan jahatnya pada Farhan dan Melina. Bergetar tangan dia menahan rasa.

Di dalam bangunan, Farhan memeluk Melina yang terduduk lemah di sebelahnya. Anak-anak buahnya berusaha mencari jalan keluar namun mereka semakin berputus asa. Melina memeluk tubuh suaminya.

"Mel dah janji dengan abang. Kita akan tetap bersama sehingga mati yang memisahkan kita. Mel nak tunaikan janji Mel pada abang..."

Farhan tersenyum nipis. "Macam mana dengan anak-anak kita?"

"Mel tahu mereka kuat. Mereka akan terima pemergian kita. Tapi satu je Mel nak cakap, Mel tak menyesal mati bersama abang sebab Mel memang nak jadi bidadari abang di sana nanti. Abang, maafkan Mel kalau Mel ada salah silap selama ni..." ujar Melina dalam nada sebaknya.

Farhan makin mengetatkan pelukan pada tubuh isterinya. Airmata dia juga tumpah sama. Mereka sudah putus asa.

"Abang sayangkan Mel. Abang maafkan semua kesalaham isteri abang..."

Mereka saling berpelukan. Tidak lama itu, kedengaran suara jeritan dari luar dan serentak itu dinding bangunan itu pecah. Mereka semua bersorak. Tapi tidak bagi Farhan. Bibirnya berubah pucat. Wajah dia berpeluh.

"Bos! Kita selamat!" Jerit anak-anak buah Farhan ceria.

Farhan tersenyum. Dia dan Melina saling berbalas senyuman dan Melina mengangguk kepalanya.

"Sampaikan salam sayang kami pada Helina, Darwin dan Hanz..." ucap Melina dalam tangisan.

Anak-anak buah Farhan terkedu. Pada masa itu, mereka baru perasan bahawa Farhan dan Melina tercedera. Darah membuak-buak keluar dari perut Farhan yang terkena tembakan rambang semasa bergelut dengan anak buah Datuk Faruk. Melina pula tercedera di bahagian betis kirinya.

"Bos!"

Melina dan Farhan mengeleng kepala mereka. Mereka tidak mampu bergerak lagi. Badan mereka semakin lemah, menahan rasa perit kesakitan. Anak-anak buah Farhan ditarik paksa keluar dari bangunan itu. Mereka menjerit-jerit memanggil nama ketua mereka.

Farhan dan Melina berdakapan. Ini jalan yang dipilih mereka. Farhan, memejam matanya begitu juga Helina. Bunyi bom jangka semakin kuat dan semakin cepat. Melina mengetatkan pelukkan di tubuh suaminya.

Boom! Boom! Boom!

Letupan besar kedengaran kuat. Anak-anak buah Farhan terduduk lemah di atas tanah melihat api yang marak dan serpihan bangunan yang berterbangan. Mereka menangis mengenangkan ketua mereka di dalam sana. Mereka meraung-raung kerana tidak berjaya menyelamatkan ketua mereka.

Manakala, pasukan yang tiba akhir itu merupakan anak buah Darwin. Dia baru saja mendapat berita tentang penyerangan Datuk Faruk dan kumpulan papa dia. Namun, Darwin terlambat. Api semakin marak semasa dia tiba di tempat itu. Anak-anak buahnya hanya berjaya menyelamatkan anak buah Farhan, namun tidak papa dan mama dia.

Darwin terduduk lemah. Wajah dia berubah sendu. Dada dicengkam kuat melihat bangunan itu hancur dan hanya sebahagian yang dijilat api.

"Mama...papa...maafkan Awin sebab lambat selamatkan mama...dan....papa...ma...maafkan Awin..."

Tangisan Darwin pecah akhirnya. Dia tidak dapat mengawal perasaan dia. Mama dan papa telah pergi. Dia terlambat menyelamatkan kedua ibu bapanya.

Darwin menjerit kuat dan meraung sepuas-puasnya. Wajah dia basah dengan airmata. Terbayang wajah tua Farhan dan Melina yang sering tersenyum manis dan wajah itu, tidak lagi ditatap oleh mereka.

Farish Amri dan Nur Aqira terkedu melihat letupan besar yang berlaku di bawah sana. Mereka terdiam melihat api yang marak menjilat kesemua bahagian bangunan yang hancur itu. Farish dan Aqira terdiam dan terkedu.

"Tenanglah di sana bos!" Ucap anak buah Farhan perlahan. Mengesat airmata di pipinya.

Dia merupakan anak buah kepercayaan Farhan. Jika, Farhan menjadi korban pada malam itu, maka dia perlu rela melepaskan pemergian ketuanya. Tiada apa yang perlu dia halang kerana itu keputusan dari Farhan sendiri.

Di satu tempat, Datuk Faruk tertawa besar mendengar berita kematian Farhan dan Melina. Mereka berdua terperangkap di dalam bangunan itu dan tercedera parah. Datuk Faruk tertawa dan menepuk-nepuk bahu orang kanannya.

"Farhan...Melina...mati lah kau! Aku akan pastikan seluruh keturunan kau mati di tangan aku!"



























Maaf dh lama x update.
Balik dri poli, sihat x brape sihat. Biasalah cuaca kejap panas. Kejap sejuk. Tak menentu. Hopefully, korang semua sentiasa sihat 🥰

Ps: Cite ni dh nk tamat 💃🏻 maybe akn ada 4 chapter lgi 💔

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro