ZH - 66

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Maaf, kami tak dapat selamatkan Tuan Farhan dan isterinya..."

Sekumpulan lelaki menunduk dengan wajah sugul mereka. Berita yang amat mengejutkan seluruh ahli keluarga Firash Aryan. Malah, merentap tangkai hati Firash apabila mengetahui anak keduanya mati bersama isterinya akibat dibom pihak musuh. Terperangkap dalam sisa runtuhan dan sehingga kini mayat mereka berdua tidak ditemui.

Darwin dan Hanz menahan airmata dari jatuh ke pipi. Sekelip mata, Allah swt menarik nyawa mama dan papa mereka. Menjadikan mereka yatim piatu. Tidak sempat mereka ingin membahagiakan Farhan dan juga Melina. Hati mereka berlagu pilu mendengarkan khabar dari anak buah Hanz yang dikerahkan untuk meneruskan operasi mencari mayat Farhan dan Melina. Namun, hasilnya tetap sama. Tiada tanda-tanda atau bukti yang mereka temukan di kawasan pengeboman tersebut.

"Allah...ya Allah..."

Firash jatuh terduduk di atas lantai hospital. Mereka berada di dalam wad VIP yang menempatkan anak bongsunya; Farish Amri dan Nur Aqira yang masih belum sedarkan diri setelah menjalani pembedahan.

"Anak aku. Ya Allah...aku tak kuat..." Firash menangis di atas lantai hospital.

Firhad segera memeluk papanya. Airmata jantan dia turut tumpah. Lepas satu persatu, ahli keluarganya pergi. Firash memeluk tubuh anak sulung erat. Dia begitu sedih dan terkilan, kerana Farhan meninggalkan dia begitu cepat. Malah, dia berasa sangat sedih mengenangkan Farhan anak yang banyak berkorban untuk keluarga mereka.

Darwin dan Hanz menghamburkan tangisan mereka. Terhinjut-hinjut bahu mereka. Mengenangkan, Farhan dan Melina yang kini sudah tiada. Hasil pencarian mereka nihil. Tiada sebarang tanda-tanda bahawa mereka berdua masih hidup.

Anak-anak buah Hanz terdiam. Mereka sudah kerah tenaga mencari di setiap runtuhan bangunan. Tiada apa-apa mereka temui selain limpahan daging yang berselerakkan di atas lantai, anggota badan yakni milik anak-anak buah Datuk Faruk yang terpisah kerana impak bom yang meletup cukup kuat.

Suasana di dalam wad itu bertukar sepi. Masing-masing menahan perasaan. Darwin dan Hanz paling berasa sedih. Khabar yang cukup mendukakan mereka berdua. Aira Kirana dan yang lain turut mengalirkan airmata mereka. Hanz lagi lah kecewa, kerana dia terlambat membantu mama dan papa dia.

"Tuan Hanz!"

Pintu bilik dibuka kasar oleh seorang lelaki. Dia berlari mendekati Hanz yang bersandar di dinding. Menunjukkan sesuatu di dalam iPad miliknya. Dia baru saja mendapat berita dari pasukan kedua yang dikerahkan mencari lagi mayat Farhan dan Melina. Selagi belum ditemui, Hanz tidak akan menghentikan operasi pencarian dia.

"Pasukan kedua jumpa ini Tuan!" Ujar lelaki itu dalam nada seriusnya.

Hanz segera mengambil iPad di tangan anak buahnya itu. Dibesarkan gambar yang agak kabur itu. Ada sepasang tangan yang saling bertaut dan Hanz cukup jelas apabila melihat cincin di jari manis kedua tangan yang saling bertaut itu. Wajah Hanz langsung berubah.

"Apa tu?" Darwin mendekati adiknya. Wajah dia berkerut melihat satu gambar di dalam iPad itu.

"Itu...itu...cincin kahwin mama dan papa kan..." tutur Darwin dalam nada terkejutnya.

Kedua tangan itu ditindih dengan timbunan batu yang cukup besar. Malah, ada kesan darah kering di atas lantai dan keliling tangan yang saling bertaut dan digenggam erat. Hati Darwin dan Hanz bagai direntap dengan beribu bilah pisau saat itu.

"Ta...tak...mungkin..." Darwin mengeleng kepalanya berulang kali. Dia tidak percaya apa yang dia lihat pada skrin iPad itu.

Tidak lama itu, kedengaran satu panggilan masuk dan mereka semua memandang Hanz yang masih kaku berdiri dengan riak wajah kosongnya. Firhad yang melihat kedua anak saudara hanya diam dan berdiri kaku, terus mengapai telefon milik Hanz yang diletakkan di atas meja kopi berhampiran.

Ditekan butang hijau, di-slide ketepi sebagai tanda panggilan dijawab. Pembesar suara dibuka. Membiarkan semua di dalam bilik itu boleh mendengar suara orang di talian.

"Tuan Hanz! Kami dah jumpa mayat Tuan Farhan dan Puan Melina. Maafkan kami Tuan Hanz! Kedua mereka sudah meninggal dengan kecederaan cukup parah! Pihak kami terpaksa membawa keluar kedua mayat menggunakan jentolak kerana timbunan batu yang menimpa mereka cukup berat! Satu lagi Tuan..."

Suara di talian kedengaran sangat berat mahu menyatakan sesuatu. Mereka di sana turut bersedih sama. Hanz menarik nafas dalam-dalam. Menguatkan dirinya. Tidak mahu terus hanyut dalam perasaan sedihnya.

"Apa? Straight to the point! Aku tak ada masa nak dengar bunyi nafas kau..." jawab Hanz cukup keras. Membuatkan si pemanggil berasa gentar dan gerun menghadapi ketuanya.

"Boleh Tuan dan ahli keluarga terdekat datang ke sini? Kami ingin memastikan sesuatu Tuan!"

Tut! Panggilan dimatikan oleh Firhad. Tidak mampu dia mendengarkan yang seterusnya. Dia menyerahkan telefon itu kembali kepada Hanz. Mengusap lembut bahu anak saudaranya.

"Pergi lah. Biar paklong dan yang lain uruskan urusan dekat sini. Pergi..."

Hanz dan Darwin segera berlari. Mereka kelihatan tergesa-gesa. Firhad kembali menghadap Firash yang merenung kosong tingkap hospital. Wajah tua itu nampak mendung dan Firhad tahu, papa dia sangat terpukul dengan berita yang tidak disangka ini.

"Papa..."

"Balik. Kita uruskan pengebumian adik dan adik ipar kamu. Papa dah hubungi pihak hospital, majlis terdekat. Papa akan uruskan pengebumian...adik kamu..." ucap Firash sebak. Sesak dadanya ingin menuturkan semua itu.

Firhad segera memeluk papanya. Dia tahu, Firash cuba kelihatan kuat namun tidak berhasil. Mereka sama-sama tidak kuat. Dulu, arwah mama dia meninggal papa mereka lagi rapuh dan sangat murung. Tapi kali ini, wajah Firash nampak lagi sedih dan wajahnya tuanya kelihatan sendu mengenangkan si anak yang telah pergi menghadap Ilahi.




















Renny berjaya membawa Helina meninggalkan kawasan mansion Qayyum. Mereka kini berada di safe house milik Qayyum yang tidak jauh dari kawasan bandar. Namun, tiada sesiapa kewujudan rumah itu kerana dibina ditengah hutan tebal dan hanya melalui laluan kecil dan cukup sempit. Hanya memuatkan sebuah kereta.

Helina merenung keluar tingkap. Sejak semalam, dia asyik terbayang wajah suaminya. Baru saja dia ingin mengkecapi kebahagiaan, sekejap saja direntap kebahagiaan milik mereka berdua. Helina asyik menangis di tepi jendela meratapi nasibnya.

Renny puas memujuk. Malah, hanya esakkan dan geleng sebagai tanda jawapan dari Helina. Renny menjadi putus asa. Dia juga gusar, kerana tidak menerima berita dari Luke dan Mattias. Asyik mereka mengelamun, kedengaran bunyi loceng rumah ditekan beberapa kali.

Renny segera berlari dan membukakan pintu rumah itu. Tangan dia naik menekup mulut melihat dua lelaki yang tercedera parah berdiri lemah di hadapan dia. Renny segera menjerit memanggil beberapa pengawal dan memapah dua lelaki itu ke dalam rumah.

Di dalam, Helina seakan tertarik ingin melihat kekecohan yang terjadi di ruang tamu. Mata Helina membulat besar melihat keadaan Luke dan Mattias yang cukup parah. Kepala mereka mengalirkan darah, dan beberapa darah kering terkena pada tubuh mereka yang terdedah.

"Renny, panggilkan doktor! Cepat!"

Renny mengangguk. Segera dia berlari dan membuat panggilan. Memanggil doktor yang biasa menangani jika berlaku kejadian sebegini. Di dalam safe house itu, tersedia sebuah bilik yang dijadikan sebagai bilik bedah. Cukup lengkap dengan peralatan serba canggih. Persediaan jika ada sesiapa cedera parah dan tidak sempat dihantarkan ke hospital.

Helina membantu Luke dan Mattias berbaring di atas sofa. Airmata dia mengalir melihat keadaan Luke dan Mattias yang baginya cukup parah. Luke sedang menekup luka di peha dan perutnya. Luka tusukan pisau semasa dia berlawan dengan anak buah Zafar. Mattias pula mengalami kecederaan di kepala. Dahinya koyak dan tangan kirinya patah.

Kedu mereka menahan sakit sehingga tiba di safe house. Namun, hati Luke dan Mattias tidak tenang. Mereka tidak nampak kelibat ketua mereka.

"Ma...mana...Qay...Qayyum..." tutur Luke satu persatu. Menahan senak di dada.

Badan Luke tercampak kuat dan dada dia menghentam kuat runtuhan batu di atas tanah. Manakala, Mattias tangan kiri dia ditimpa tiang mansion yang runtuh. Kedua mereka tidak sempat berlari menyelamatkan diri. Semuanya berlaku cukup pantas.

Helina terkedu mendengar nama itu disebut oleh Luke. Dia sendiri bungkam, tidak tahu membalas apa. Renny yang melihat riak wajah Helina kembali mendung terus membuka suaranya.

"Tuan Qayyum belum datang sini lagi. Dari semalam, kami nantikan kehadiran Tuan Qayyum. Tapi tiada...erm apa sebenarnya yang dah terjadi?"

Luke terus memejam matanya. Kenyataan yang membuatkan dirinya berasa dihentak dengan batu. Qayyum tiada. Ini bermakna, hanya mereka berdua yang terselamat.

"Mansion...mansion...Tuan Qayyum dibom oleh Za...Zafar..." jawab Luke dengan suara cukup perlahan.

Membuatkan tangkai hati Helina direntap. Dia jatuh terduduk di atas sofa menerima berita itu. Tak mungkin! Qayyum telah berjanji padanya bahawa dia akan pulang. Helina mengeleng kepalanya berulang kali.


"Aku janji!"



Suara Qayyum yang menyatakan janji bagaikan pita rakaman di telinga Helina. Kata-kata yang membuatkan dia tidak teragak-agak melarikan diri. Berlari jauh hingga sampai di jeti. Mereka dibawa sebuah yacht mewah hingga ke safe house milik Qayyum. Namun, perkara yang tidak disangkakan sampai di telinganya.

"Ma...maafkan kami ma Lady..."

Luke dan Mattias mengucap perkataan maaf serentak. Mereka gagal melindungi ketua mereka. Malah, mereka pula yang terselamat. Nyawa mereka sanggup ditaruhkan demi menyelamatkan ketua mereka.

Helina mengunci mulutnya. Tidak lama itu, tiba pasukan perubatan dan seorang doktor yang sudah berusia. Doktor lelaki itu segera mengarahkan pasukannya bersedia di bilik bedah sementara dia melihat keadaan Luke dan Mattias.

"Semua dah sedia doktor!" Ucap seorang jururawat lelaki. Malah, semua pasukannya terdiri daripada lelaki dan cukup terlatih. Pantas dan cekap.

Tidak hairanlah, doktor itu sanggup lagi bekerja di bawah Qayyum. Mengubati lelaki itu serta mengubati anak-anak buah Qayyum yang tercedera semasa berlaku perlawanan antara kumpulan-kumpulan mafia sebelum ini.

"Baik. Bawa dua pesakit ke dalam bilik bedah! Pastikan pek darah mencukupi!" Tegas doktor itu dan terus berlari ke bilik bedah yang terletak di bilik bawah tanah.

Tubuh Luke dan Mattias diangkat ke atas strecher. Dibawa ke bilik bawah tanah menggunakan lif. Para pengawal Qayyum bergerak pantas menjaga keamanan safe house tersebut. Senjata berada di tangan mereka. Malah, safe house itu suasananya amat beza dengan suasana mansion Qayyum yang lebih tenang.

Safe house itu memiliki sistem keselamatan yang cukup ketat. Empat pengawal menjaga di tembok atas. Memegang manchine gun, dan bersiap sedia menyerang musuh jika ada yang menghampiri safe house tersebut. Menara kawalan yang terletak kira-kira lima ratus meter dari safe house tersebut. Malah, kawasan safe house tersebut merupakan kawasan high security dan kawasan persendirian. Tiada sesiapa dibenarkan melihtasi atau melalui safe house itu tanpa kebenaran dari Qayyum sendiri.

Apabila ada musuh menyerang, dinding rumah tersebut akan ditutup dan bertukar menjadi dinding kalis peluru dan kalis hentam kuat seperti bom. Qayyum sanggup menghabiskan duit membina safe house yang kini diyakini olehnya selamat diduduki ahli keluarganya.

Paparan hilogram akan keluar di dinding. Mempamerkan suasana di persekitaran pulau milik Qayyum yang dibelinya dan tidak jauh dari perairan Malaysia. Bilik bawah tanah yang dijadikan sebagai mini hospital. Ruang atas yang cukup lengkap dan canggih. Malah, ada estet besar di belakang safe house yang telah dijadikan tempat tinggal anak-anak buahnya.

"Kak El...ada panggilan dari Tuan Darwin..."

Suara Renny menyentakkan segala lamunan Helina. Hilang sudah kepingan kenangan antara dia dan Qayyum. Telefon milik Renny bertukar tangan. Helina menekap di telinganya, mendengar suara di atas talian sana.

"Hello..."

Wajah Helina berubah mendengar khabar duka dari Darwin. Automatik, tangan dia lemah dan telefon milik Renny jatuh menimpa sofa yang didudukinya. Tubuh dia mengeletar. Wajahnya pucat lesi. Membuatkan Renny bergegas menghampiri Helina.

"Kak El! Oh my god!" Renny menjerit melihat keadaan Helina.

Helina pengsan di dalam pelukkan Renny. Terlalu banyak menangis dan menerima berita yang begitu memeranjatkan dirinya membuatkan Helina tidak mampu menahan perasaannya lagi. Akhirnya, pandangan dia menjadi gelap.

Renny segera mengapai telefon miliknya. Talian masih bersambung.

"Please Renny...bawa Ara balik...kami...kami...baru kehilangan mama dan papa. Pengebumian akan dilakukan dengan segera...please bring her back safely..."

Tut!

Renny bungkam. Wajah dia berubah sendu menatap Helina yang pengsan dalam dakapan dia. Sungguh malang sekali nasib wanita hamil itu. Kehilangan suami, pada masa yang sama kehilangan kedua orang tuanya. Ujian yang sangat berat untuk dilalui oleh Helina sendiri.




















Bang!

Bang!

Zafar jatuh ke atas lantai dengan darah membuak keluar dari tubuhnya. Tiba di markas milik Datuk Faruk, tanpa apa-apa kata...Datuk Faruk melepaskan tembakan sebaik saja melihat wajah anaknya. Wajah yang selama ini yang cukup membuatkan dia meluat.

"Matilah kau anak haram!" Cemuh Datuk Faruk. Meminjak badan Zafar yang kaku tidak bergerak.

Zafar, anak yang tidak diakui olehnya sebelum ini. Zafar, anak hasik pemerkosaan dia terhadap seorang wanita suatu tika dulu. Ibu Zafar meninggal selepas melahirkan Zafar pada usia cukup muda. Datuk Faruk hadir menuntut hak dia kerana isteri pertamanya tidak dapat memberikan dia pewaris kerana menghidapi kanser rahim tahap empat.

Datuk Faruk begitu menyayangi isteri pertama. Cinta hatinya. Namun, takdir tidak berpihak padanya. Sebaik saja Zafar dijadikan anak angkat olehnya, isterinya menghempas nafas terakhir. Senyuman kali terakhir dia lihat dari si isteri kesayangan pada waktu itu.

Kerana itulah, Datuk Faruk mula berubah. Sikap baiknya, hanya topeng semata-mata menutup sisi jahatnya. Dan kemudian, pertama kali dia melihat Iman Aulia...yang mempunyai wajah iras isterinya membuatkan hati Datuk Faruk yang tertutup kembali terbuka.

Namun, siapa sangka wanita itu milik musuh utamanya; Firash Aryan. Lelaki yang cukup dia benci dan berdendam. Kerana Firash juga, Datuk Faruk hilang hak dalam manjoriti pemilihan tender besar suatu tika dulu. Membuatkan Datuk Faruk begitu menanam kebencian kepada keluarga Firash Aryan.

Dia mengambil langkah menggunakan Zafar. Anak yang baginya sangat mengusahkan. Dia yang mengubah Zafar yang naif kepada Zafar yang jahat. Kenyataannya, Zafar seorang anak yang baik.

"Kasihan, budak sebaik kau tak patut mati macam ni! Tch...tragis betul kisah kau kan..." pipi Zafar ditepuknya beberapa kali.

Dia mengambil The Code dan pendrive dari Zafar. Dua benda yang sangat penting dalam hidupnya. Jika jatuh ke pihak berkuasa, maka tamatlah riwayat dia. Di dalam itu, tersimpan semua aktiviti gelapnya. Kerana itulah, Datuk Faruk sanggup menjadikan Zafar kambing hitamnya.

Dua benda yang dulu berada di tangan Helina dan Qayyum, kini jatuh kembali ke tangan pemilik asalnya iaitu Datuk Faruk. Lelaki itu tertawa riang apabila mendapatkan dua benda itu serentak.

"Baby..."

Farhani memeluk tubuh boroi Datuk Faruk dari tepi. Sengaja dia menggunakan lenggok bahasa menggoda.

"Let enjoy our party! Mereka dah tunggu dekat bawah sana..." ucap Farhani manja.

Datuk Faruk tersenyum senang. "Okay, let's enjoy baby..."

Farhani dan Datuk Faruk tergelak manja. Mereka menikmati malam itu dalam tawa besar mereka. Menikmati arak dan menari-nari umpama malam itu milik mereka semua. Datuk Faruk meraikan kejayaan dia dengan menyewa beberapa pelacur untuk dijadikan pemuas kepada anak-anak buahnya.

Begitu pun dengan Farhani. Wanita itu leka melayani Datuk Faruk. Membiarkan tubuhnya disentuh oleh Datuk Faruk. Sejak dulu lagi, mereka saling bekerjasama. Menjadi Zafar sebagai kambing hitam. Farhani sebagai wanita penggoda. Datuk Faruk sebagai pengarah utama. Mengarahkan sesuatu pada Zafar dan Farhani untuk meneruskan kegiatan haramnya.





































Bab lepas sedih sgt ke? Emo sgt sis baca komen korang. Lupa pulak nk sediakan tisu sekali haa...

Maaf x dpt reply komen korang sebelum² ni huhu 🤧 bukan x sudi...sudi je balas mne sempat 😭...









Cuma sis nk ckap sesuatu lah...if kita nak kan sesuatu usahakan, jangan ambil mudah or tangkap muat je. Begitu juga dgn kita...yg byk berusaha utk sampai ke satu tahap...

Not mention anyone here...
But sis nk tekankan lah pd readers sis. Sbb byk sgt isu plagiat/ciplak skrg ni. Bukan x nak kecoh, tpi biar lah sendiri² je tahu kan? Sbb all stories mesti akn ada All Right Reserved.

All Right Reserved.
Benda ni maksudnya, sesuatu cerita/story itu kepunyaan author tu sendiri. Dan tidak diciplak dari mana-mana hasil karya orang lain. Idea asal author tu sendiri.

Fahamkan. Kalau tak faham, boleh search google. Kat situ, lebih jelas & terang lagi. Sis cuba ringkas kan je sbb isu plagiat ni kita tak boleh main2 sbb byk sgt terjadi...lagi2 dalam dunia penulisan ni.

So, bagi adik2 or kakak2...yg memang ada minat mendalam dalam penulisan tu...hopefully korang tak ciplak/plagiat cerita orang lain. Sebab apa? Sebab benda ni senang je nak detect. Lagi² readers sendiri.

So, nasihat akak lah kan. Kalau korang tak ada idea sangat. Cari ilham guna cara lain. Byk caranya. Tak tinggi imaginasi? Boleh layan lagu or tengok movie & idea tu akan timbul dgn sendiri...tak caya? Cubalah.

Isu plagiat/ciplak hasil kerja orang sangat² lah berat. Sebab dalam wattpad ni ada macam² gaya orang. Ada itu...ada ini...so akak harap korang semua yang buat cerita tu...hasil murni dari idea korang sendiri.

Bukan nak tuduh, but sis cuma terlintas nk ckp pasal benda ni. Dan benda nilah yg buatkan semua author sgt takutkan. Lagi menakutkan dri nightmare korang tu. Sekali hasil kerja kita...yg kita usahakan berbulan² utk cari idea...jalan cerita...plot...klimaks...semua tu...sgt² ambil masa utk dijadikan sebuah cerita.

Jadi, akak harap. Korang semua jaga baik² karya sendiri. Karya kita tu umpama sebahagian dri hidup kita. Sekali kena curi, rasa hidupnya tak bermakna lagi...acewah ayat 😂😂

So, akak ucapkan goodluck utk adik²...kakak²....abang²...yg masih bru dalam dunia penulisan ni. Kalu nak tips, boleh je akak bagi je.

Tak banyak pun nak luah...bukan luah sgt pun just opinion lah...pendapat sebagai seorang author yg lama...lama eh? Lama jugak laa dlm dunia oren ni...

Jujur dalam setiap keringat tulisan/idea yg kita curahkan utk dikongsi bersama. Semoga hidup diberkati.

There's no right way too turn the light.
But, there's have a light too cheers your life.

Jadi, sebagai readers jugak ada credit utk awak² semua. Sebab kerana readers lah...org first yg boleh detect si plagiat tu...sebab apa? Sebab readers ni pembaca...

Dia baca semua cite...dan mmg dia ingat jalan cite tu...same goes with me...indeed...readers ni dh mcm org paling bermakna dlm hidup semua author ❤

Terlintas isu plagiat ni di pagi hari.
3.36 am.
Fuhh, masa ni mesti korang dh tidur.
Btw, if korang nk tips ke...nk tanpa pendapat ke...just dm me 💃🏻 tak marah pun...cuma tulah...
Lambat reply 😭 kadang x sedar pun ada noti naik...sbb mmg jdi tgok noti. Bukak wp terus baca story tu je.






Safe safe everyone.

Adios,
Hakak kentang.



Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro