ZH - 67

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

3 HARI KEMUDIAN,

Helina mengusap perutnya yang semakin menonjol walaupun tidak ketara mana. Mata dia memerhati suasana luar rumah Firash Aryan yang sunyi sepi. Tiada lagi keceriaan di rumah itu selepas mendapat tahu bahawa Farhan Adham dan Zara Melina pergi buat selama-lamanya. Jasad mereka dikuburkan di tanah perkuburan tidak jauh dari rumah Firash Aryan. Bersebelahan dengan kubur Iman Aulia. Itu atas permintaan Firash Aryan sendiri.

Sejak itu, tiada lagi khabar dari anak-anak buah yang dia kerahkan untuk mencari jasad Qayyum, suaminya. Sehingga kini masih tiada berita. Malah, Luke dan Mattias sendiri turun padang mencari jasad ketua mereka di kawasan mansion Qayyum yang sudah hancur sepenuhnya.

Luke dan Mattias tidak akan melupakan ketua mereka walaupun sejahat mana pun Qayyum pada mereka ketika dulu. Luke dan Mattias dalam proses pemulihan. Mujurlah, luka mereka tidak separah mana walaupun pada luaran nampak sangat parah ketika itu. Hanya memerlukan beberapa jahitan saja.

Hanya Mattias mengalami patah tangan. Nasib baik, mereka berdua baik-baik sahaja. Helina masih lagi bersedih. Dia bukan saja kehilangan suami, malah dia turut berduka di atas kehilangan Qayyum yang hingga kini masih belum ada jawapan lagi.

Wajah dia berubah mendung. Sejak dari itu, Helina banyak mengurung diri di dalam kamar Qayyum. Merenung foto-foto mereka berdua suatu tika dulu. Melepaskan kerinduan pada suaminya. Helina tidak seperti dulu lagi. Begitu payah mahu mendengar dia membuka mulut.

Di tingkat bawah, Firash Aryan mengelamun. Merenung foto mereka satu keluarga yang diambil pada lima tahun lepas. Senyuman manis dia terlakar indah di bibir pada waktu itu. Duduk bersebelahan Iman Aulia; isteri kesayangan dia. Nostalgia pada masa lalu bermain di mata dia.

"Mesti sayang dah jumpa dengan anak dan menantu kita kan? Abang harap, Aulia jaga mereka berdua di sana. Tak lama lagi, abang akan menyusul kamu semua. Sampaikan sayang abang pada mereka berdua sayang..."

Firash mengesat airmata di pipi. Dia masih bersedih lagi dan hari ini hari ketiga kematian Farhan dan Melina. Kesedihan masih terasa lagi. Dia sudah kehilangan isteri dan kini dia kehilangan pula anaknya; Farhan Adham.

"Papa..." Aira Kirana menegur bapa mentuanya. Dia juga masih bersedih, namun tidak ditunjukkan di hadapan bapa mentuanya.

Tidak mahu kesihatan Firash semakin memburuk. Malah, Firash tidak sekuat dahulu. Impak kehilangan anak dan menantu serta ditambah berita kehilangan cucunya membuatkan kesihatan Firash semakin memburuk. Aira Kirana memapah perlahan bapa mentuanya untuk duduk di atas sofa.

"Papa nak apa-apa ke? Kalau ada, Aira ambilkan untuk papa..." Aira mengelus lembut tangan tua bapa mentuanya.

Firash mengeleng lemah. Mereka baru saja lepas membuat majlis tahlil selama tiga hari. Firash terbatuk-batuk kuat dan membuatkan Aira semakin risau.

"Minum air pa..." satu gelas air dihulurkan oleh Nur Aqira.

Firash segera minum untuk melegakan tekaknya. Dia bersandar lemah di sofa. Aira pula meletakkan bantal di belakang tubuh bapa mentuanya. Kaki Firash di letakkan di atas ribanya. Diurut perlahan-lahan.

"Mana Firhad, Aira?"

"Abang dekat luar. Kemas apa yang patut dengan yang lain. Papa nak Aira panggilkan abang ke?"

Firash segera geleng. Dia memejam matanya. Nur Aqira masih berdiri di hadapan Firash dan Aira. Riak wajah dia jelas berubah mendung. Walaupun, Firash sudah memaafkan segala kesalahan dia. Tetap jauh di hati dia berasa sangat bersalah di atas kehilangan Farhan dan Melina.

"Dah lah Qira. Jangan fikirkan sangat..." pujuk Aira lembut. Mereka sama-sama dah tua. Mungkin khilaf Nur Aqira pada masa dulu.

"Aku...aku..."

"Dah-dah. Aku taknak dengar apa-apa lagi. Kami semua dah maafkan kau dan Amri" celah Aira laju. Dia masih mengurut kaki Firash yang sudah tertidur.

Nur Aqira menghela nafas panjang. Mungkin, mereka yang lain memaafkan dia. Tapi, bagaimana dengan Helina, Darwin dan Hanz? Ketiga mereka masih belum mengeluarkan suara sejak pengebumian hari itu.





















"Tak ada apa-apa perubahan lagi?"

Hunter bersuara sambil melihat e-mail yang masuk di dalam Macbook miliknya. Hujung ekor mata dia memerhati si kekasih hati yang baru keluar dari sebuah bilik. Rosè hanya mengeleng kepala dan mengeluh lemah.

"Tak ada apa-apa tanda. Sama je macam hari sebelum ni..." ujar Rosè lemah.

Mereka sudah buat pelbagai cara. Malah, Hunter sanggup turun tangan menangasi kes ini. Hunter menutup kasar Macbook miliknya. Rosè hanya diam memerhati reaksi kekasihnya.

"Haritu, dia cakap akan sedar dalam masa dua atau tiga hari lagi..."

Rosè mengangguk sama. Itu kata-kata doktor pada waktu itu. Bunyi detingan loceng rumah membuatkan Rosè dan Hunter saling berpandangan. Rosè segera berdiri dan mendekati pintu utama. Tersenyum dia melihat wajah yang terpapar pada skrin cctv di luar sana.

"Lambatnya kau buka pintu..." rengek Laura. Sudah naik lenguh kaki dia berdiri di luar sana. Ditambah lagi dengan cuaca sejuk.

Rosè segera membantu Laura membawa barang-barang dapur yang dibeli oleh wanita itu. Laura menanggalkan bot dikakinya. Dia berjalan perlahan sehingga ke ruang tamu.

"Kau tak penat ke? Ke sana sini...dengan bawa perut macam tu?" Rosè bertanya sebaik saja siap meletakkan barang di atas kabinet dapur.

Laura hanya tersengih. Perut bulatnya diusap sayang. "Nak buat macam mana. Ini je cara untuk aku terus bahagia. Kalau nak aku jadi macam dulu ke?" Soal Laura laju.

Rosè segera mengeleng kepalanya. Laura tertawa kecil. Tahu takut. Hunter pula hanya diam. Dia bertanggungjawab menjaga Laura sepanjang ketiadaan Leo di sisi wanita itu.

"Hunt, kau taknak anak ke?" Soal Laura. Kening dijungkit beberapa kali.

Rosè yang mendengar pertanyaan dari Laura hanya membuat wajah kosong. Dia sengaja memekakkan telinganya. Lebih baik dia menonton TV dari melayan Laura yang ada saja akal mahu mengusik dia dan Hunter.

"Dalam proses..." balas Hunter mudah.

Laura meledakkan tawanya. Bukan dia tidak tahu, Rosè dan Hunter bukan seperti pasangan yang lain. Rosè sangat berbeza dengan dia. Rosè masih lagi anak dara. Hunter memang tidak akan menyentuh Rosè sebelum waktunya tiba.

"Dah lah. Anak aku nak jenguk daddy dia..."

Laura berjalan ke arah satu bilik yang berada di ruang bawah. Sebaik saja pintu bilik itu terbuka luas, semerbak bau ubat-ubatan menyapa deria baunya. Laura menutup pintu perlahan. Mendekati katil yang sedang menempatkan seorang lelaki yang badannya berselirat dengan wayar-wayar.

Bunyi bip...bip...pada mesin sering membuatkan Laura tidak tenang. Tangan dia naik mengusap wajah pucat dan kaku lelaki itu. Bibirnya tersenyum tipis. Luaran dia nampak kuat. Namun, dia sangat lemah tanpa kehadiran lelaki itu.

"Bila awak nak bangun? Baby...dah rindu sangat dekat daddy dia...baby tak sabar nak tengok daddy dia sedar..." ucap Laura pilu.

Hati dia sedih melihat keadaan Leo yang masih belum sedarkan diri. Kepalanya berbalut dan masih ada kesan darah kering. Tidak pernah sekalipun Laura melupakan lelaki itu. Leo Tiger...lelaki pertama yang berjaya membuka hatinya. Dan kini, ada seorang bayi yang menjadi penguat kuasa cinta mereka.

"Dah dua minggu awak macam ni...saya rindu awak sangat-sangat Leo...saya rindu suara awak...saya rindu gurauan awak..." airmata Laura yang ditahan sedari tadi akhirnya tumpah jua.

Dia teresak-esak menangis. Mengenggam erat tangan Leo. Mengingati segala memori mereka bersama. Leo, lelaki itu sangat kuat.

"Buka lah mata awak...saya...saya...rindu nak tatap mata biru awak tu..." sambung Laura lagi.

Seperti sebelum-sebelum ini, Laura tidak jemu berbual dengan Leo Tiger. Si kekasih hati. Dia tahu, walaupun lelaki itu tertidur. Dia pasti Leo mendengarkannya. Laura tidak putus menantikan setiap detik apabila dia bersama Leo di dalam bilik itu. Dia ingin menjadi orang pertama melihat Leo tersedar dari koma.























Kaca TV ditutup setelah mendengar berita mengenai kematian Zafar. Mayat Zafar ditemui di dalam tong sampai berdekatan dengan kawasan perumahan. Malah, mayat itu sudah tiga hari ditinggalkan di dalam tong sampah tersebut sebelum ditemui oleh penduduk setempat. Mayat yang sudah berbau dan penuh dengan ulat di badannya. Dia meraup wajah kasar.

Dia melihat kain kasa merata di atas lantai. Dia berada di sebuah rumah yang tidak jauh dari pusat bandar. Dia dapat melihat kotaraya di malam hari. Masih lagi meriah dengan kenderaan yang ke sana ke sini pada malam hari. Dia berdecit geram.

Sudah lama dia berkurung di dalam kondo miliknya. Hanya membuat panggilan delivery apabila dia mahu makan. Dia harus memasang strategi yang lebih terperinci lagi. Tidak mahu kejadian lalu terulang lagi.

Kain kasar yang penuh dengan kesan darah dibuang ke dalam tong sampah. Peralatan perubatan bersepah di atas lantai. Dia gunakan semua itu untuk merawat dirinya sendiri. Kini, sudah enam minggu dia menyembunyikan diri. Jambang di wajah semakin tebal. Dia yakin, tiada sesiapa mengecam dirinya.

Dia melihat kertas-kertas yang bertaburan di atas lantai. Ditandakan dengan marker merah dan dibulatkan besar. Map di atas meja kerjanya dilihat sekilas. Masa sebegini dia gunakan sebaik-baiknya. Tidak mahu ada kegagalan lagi sekali.

Kelibat seorang lelaki berpakaian serba hitam dilihat jelas melalui cermin biliknya. Dia tidak memusingkan badannya. Dia hanya dia memerhati melihat pemandangan kotaraya di hadapannya.

"Tuan. Aku dah dapatkan maklumat yang kau nak. Aku dah double check...dan semua ni memang betul seperti yang Tuan jangkakan sebelum ini"

Lelaki itu bersuara perlahan. Wajahnya tersembunyi disebalik kerudung hitam yang menutupi separuh wajahnya. Sangat misteri.

"Apalagi yang kau dapat?"

"Dalam masa enam bulan dari sekarang, dia akan mulakan rancangan dia. Tapi, aku dapat tahu yang dia akan mula lancarkan benda itu pada hari tersebut..."

Dia mengangguk kepalanya beberapa kali. "Kau boleh pergi"

Lelaki itu menunduk sedikit kepalanya. Kemudian, hilang di sebalik kegelapan. Tiada bunyi langkah kaki. Dia melepaskan keluhan lemah. Badan dia masih berbalut. Dia tidak boleh buat apa-apa lagi pada waktu ini.

"Saat itu tiba...aku akan pastikan kau jatuh Datuk Faruk!"





















3 BULAN KEMUDIAN,

Helina tersenyum mengusap perutnya yang kini berusia lapan bulan. Sedar tak sedar, dia melalui fasa ibu hamil dengan tenang dan tanpa rasa terbeban sekalipun. Helina tersenyum lebar melihat Irqy dan Arqish berlari riang di halaman mansion miliknya. Helina memutuskan untuk terus tinggal di mansion dia sendiri dan kembali mengendalikan bakeri miliknya. Keputusan dia diterima baik oleh Firash. Kebahagiaan cucu dan cicitnya adalah kebahagian dia juga.

Renny turut mengikuti Helina begitu juga Luke dan Mattias. Mereka kembali ceria seperti tiada apa-apa yang berlaku dalam kehidupan mereka. Helina tertawa suka melihat Irqy yang ditembak oleh Arqish hingga basah bajunya menggunakan pistol air.

Kiesha dan Hael sudah pulang dan menetap di mansion Helina. Kini, mansion Helina kembali meriah. Ditambah lagi dengan kehadiran orang baru dalam mansion dia. Farel pula bekerja di bawah Darwin sebagai akauntan disitu.

Farel sudah banyak berubah. Namun, kebun-kebun dia di kampung masih diuruskan olehnya hingga kini dan dia mengupah seorang dua penduduk kampung untuk mengawasi kebunnya. Farel sesekali akan pulang ke kampung bersama Kiesha. Tunang dia.

"Arghh...penatnya momma..." rungut Irqy. Penat berlari bersama abang kembarnya.

Arqish pula semakin berisi. Wajahnya semakin ceria. Helina segera mengajak anak kembarnya duduk di atas tikar yang sudah dia hampar di atas rumput. Ada beberapa jenis makanan di atas tikar yang dia sediakan untuk santapan mereka pada petang itu.

"Main lagi. Momma dah pesan kan...kalau penat rehat..." rambut Irqy yang sudah basah itu dilap lembut.

Arqish pula elok duduk bersila sambil melahap roti yang bersalut jem coklat dan kacang. Ditemani oleh Renny. Darwin dan Hanz masih berada di pejabat dan akan pulang sebentar lagi.

Mereka mula bangkit dari kesedihan. Walaupun, Darwin dan Hanz masih belum memaafkan Farish Amri dan Nur Aqira sepenuhnya. Helina pula, asyik mengelak jika bertembung bapa dan ibu saudaranya. Rasa sakit dan sedih itu masih terasa mengenangkan layanan mereka berdua padanya dahulu.

"Adik, sihat-sihat dalam tummy momma tau..." ucap Irqy. Dia mengucup lembut perut Helina yang berbalut gaun ibu mengandung.

Helina tersenyum apabila terasa tendangan kecil di perutnya membuatkan Irqy terkekeh ketawa. Wajah Irqy semakin hari semakin menyamai wajah Qayyum. Membuatkan rindu Helina sedikit terubat. Arqish pula perpaduan wajah dia dan Qayyum.

"Baik adik abang dekat dalam sana. Abang Iqy dan abang Qish tak sabar nak jumpa adik tau..."

Helina melayan saja Irqy yang suka berbual dengan anak dalam kandungan dia. Berbeza dengan Arqish yang diam dan suka memerhati. Hanya sesekali dia menyertai adik kembarnya berbual di perut momma mereka.

Helina sering menantikan kehadiran suaminya. Walaupun dia tahu, penantian dia hanya sia-sia. Luke dan Mattias pula tidak putus-putus menjejak ketua mereka. Namun, hasilnya nihil. Tiada tanda bahawa Qayyum berada di kawasan sekitar mereka.

Mansion Qayyum kini menjadi sejarah. Helina membuat keputusan untuk menutup kawasan mansion itu dari dimasuki orang luar. Malah, mereka sekeluarga menutup mulut pihak media dengan berpuluh ribu wang ringgit. Kematian Farhan dan Melina hanya diberitahu berpunca dari kemalangan jalan raya. Kehilangan Qayyum pula ditutup oleh Hael Iqram. Sehingga kini, tiada sesiapa pun tahu bahawa Qayyum Idham hilang selama 3 bulan.

Helina tidak putus berdoa agar suaminya masih hidup di luar sana. Dia tidak bersedia lagi menerima kematian Qayyum. Dia baru saja mencecapi kebahagian bersama suaminya. Kali ini, Helina ingin bangkit dari masa silamnya. Menemui kebahagian bersama Qayyum dan anak-anak mereka.






























Dah habis skip dh tu...patutnya panjang lagi.
Tapi takut korang pening pula kan. So, sis pendekkan. Tapi, sis dh rasa ni dh cukup panjang dah 😂😂

ZH dh berada di penghujungnya. Wait ya...sampai tamat. Sis tak janji bila tamat tu. Sengaja hold dulu. Sebab taknak lah habiskan awal kan? 😂😂

Risau ada yg rindu nanti. So, sis sengaja ambil masa nk tamatkan ZH ni...even selama ni cukup ambil masa yg lama 😭

Btw, mungkin sis akn busy. Ada exam huhu 🤧 xtau nk update bila lagi. Maybe lepas exam kot...x lama pun...smpai 8/2...

So, aaa marilah kita bergembira.
Terima kasih utk sokongan korang sebelum ni.
Cis, berucap mcm esk je nak tamat kan? Ahaha...

Apapun...

Stay safe everyone.
Adios kekawang...

❤❤❤

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro