ZH - 68

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Mattias terkedu melihat figura seseorang yang kini berdiri tegak di hadapannya. Figura yang selama ini dia dan yang lain mencari ternyata masih hidup setelah berbulan menanti dan mencari. Wajah itu penuh dengan jambang, berpakaian lusuh dan berambut paras bahu yang diikat kemas. Melihat Mattias yang hanya kaku tidak bergerak, dia langsung melangkah masuk dengan wajah datarnya.

Membawa satu beg sandar bersamanya. Dia melihat-lihat di dalam mansion Helina. Tiada banyak perubahan. Masih sama seperti dulu. Dia tersenyum nipis lalu melangkah mendekati ruang tamu. Suara-suara yang asyik bergelak tawa di ruang tamu terhenti melihat seseorang berdiri di tengah ruang tamu itu.

"Matt, siapa yang da...datang?"

Helina yang baru keluar dari dapur membawa satu balang biskut chip coklat terkaku. Dia memandang lelaki berambut panjang dan berjambang itu dengan pandangan sukar ditafsirkan. Balang biskut yang ingin terjatuh segera disambut oleh lelaki itu.

"Careful Ara! You are carring my child!" Suara lelaki itu tegas. Tidak suka melihat Helina yang agak cuai.

Tiada balasan dari Helina. Masih kaku berdiri menatap lelaki itu dengan wajah bingungnya. Suara itu- suara yang amat dia rindui selama ini. Tidak menunggu lama, tubuh kekar itu didakap oleh Helina seeratnya. Tangisan dia tumpah di dada lelaki itu.

"Hik...hik...abang...abang...abang balik...hik...hik..." kata Helina perlahan. Teresak-esak menangis di dada lelaki itu.

Qayyum tersenyum nipis. Tidak sangka, isterinya masih mengecam wajahnya. Walaupun banyak perubahan pada tubuhnya. Wajah yang comot. Kusam. Berambut panjang paras bahu. Berbaju lusuh. Seperti gelandangan sudah gayanya.

"Shh...it's me baby. I'm back for you...please forgive me honey..." bisik Qayyum lembut di telinga Helina.

Mendakap tubuh bulat itu erat. Walaupun terhalang dengan perut besar Helina. Qayyum terkejut apabila merasai tendangan kecil sebanyak dua kali di perut bulat Helina. Segera mereka meleraikan pelukkan.

Helina mengusap wajahnya dengan belakang tapak tangan. Memandang Qayyum yang kini melutut di hadapan perutnya. Yang lain terdiam, memerhati interaksi pasangan itu. Mattias masih tidak beranjak dari pintu. Masih bingung dan menatap kosong ke arah Qayyum.

"Hey baby...you miss me right? Sorry papa menghilang lama...tak jaga momma...papa mintak maaf baby..." satu kucupan dilabuhkan di perut Helina yang cantik berbaju ibu mengandung.

Tendangan kecil sekali lagi terasa membuatkan Qayyum mengukir senyuman lebar. Dia menatap wajah Helina yang asyik memandang dirinya. Qayyum kembali berdiri.

"Baby, dah maafkan papa..." jawab Helina dengan suara kecilnya.

Qayyum tergelak kecil. Dia kembali memeluk Helina dan mengucup dahi wanita itu lama. Melepaskan rindu yang terpendam selama dia menghilang 3 bulan lalu.

"Aku rindukan kau sayang...rindu sangat-sangat."

Helina tersenyum. Mata mereka saling bertentangan. Tetapi, suasana romantis kedua mereka terputus dek kerana satu suara sumbang yang menegur dari belakang.

"Eh kau! Sukahati je peluk kakak aku! Kau siapa hah!" Jerit Hanz dari jauh. Bulat mata dia merenung belakang Qayyum yang baginya seperti orang gila.

"Weh Matt! Apasal kau bagi orang gila ni peluk kakak aku huh! Kau nak mati ke!"

Hanz mendekati Helina. Menarik kasar kakaknya dan menyorok tubuh Helina di belakangnya. Mata dia mencerlung tajam memandang riak selamba lelaki berjambang itu. Penumbuk di angkat tinggi.

"Baik kau keluar sekarang. Sebelum aku call ambulans datang ambik kau! Mesti kau baru lari dari hospital kan!" Tuduh Hanz lagi.

Helina di belakang sudah mengemam bibirnya. Menahan tawa yang hampir terletus. Lagi-lagi riak bengang suaminya yang nampak sangat sakit hati dengan gelaran yang dipanggil oleh Hanz.

Pak! Tepukkan kuat di belakang kepala Hanz membuatkan lelaki itu mengaduh sakit. Darwin merenung kosong si adik yang asyik mengosok belakang kepalanya. Dia lah manusia yang menepuk kuat belakang kepala Hanz.

"Kau ni bodoh ke buta huh? Kau tak kenal abang ipar kau sendiri ke gila!" Ujar Darwin dalam nada geram.

Hanz mengerut keningnya. "Abang ipar? Bukan ke dah mati ke?"

Yang lain menekup mulut mereka rapat-rapat. Bimbang terlepas tawa. Hanz memandang lelaki itu dan Darwin berulang kali. Takkan lah? Hanz mengeleng kepala laju. Mustahil.

"Kau ni kot gila. Mana ada orang mati hidup semula! Mata kau rabun ke apa? Sah-sah ni orang gila! Kau pun satu kak. Kenapa tak jerit je? Panggil aku, pastu aku tembak je terus..."

Helina sudah bergegar bahu menahan tawanya. Tegang rasa perutnya kerana menahan ketawa. Darwin menjentik kuat dahi Hanz. Sejak bilalah adik dia ni jadi bodoh macam ni.

"Kau tengok baik-baik Hanz. Lepas kau dah tengok baik-baik. Aku harap lepasni kau selamat. Kalau tak, aku sedekahkan al-Fatihah untuk kau..." bahu Hanz ditepuk oleh Darwin.

Dia menarik Helina untuk duduk di sofa. Qayyum pula mendekati Hanz. Riak dia datar saja. Hanz pula meneliti Qayyum atas bawah beberapa kali.

"Dah puas scan badan aku?" Ucap Qayyum datar.

Membuatkan Hanz ternganga. Jadi betullah?

"Kau hidup lagi bro! Arghh...aku ingat kau mampus" kata Hanz dalam nada terujanya.

Tidak sangka, Qayyum masih hidup. Qayyum segera menumbuk kuat rahang kiri Hanz. Sehingga lelaki itu jatuh terjelepuk di atas lantai. Padu juga. Hanz memegang rahang dia.

"Shit! Pehal kau tumbuk aku!" Marah Hanz. Mengusap rahang kirinya yang terasa sakit.

"Itu sebab mulut kau celupar sangat! Aku belum mati. Dan bukan orang gila!" Ujar Qayyum dengan wajah tidak bersalahnya.

Dia membuka rambut palsunya. Jambang di wajahnya ditanggalkan. Wajah aslinya mula kelihatan. Kacak. Tidak berubah seperti dulu. Hanz mencebik bibirnya. Tak pasal-pasal dapat penumbuk.

"Kau menyorok dekat mana selama ni bro? Puas kita orang cari kau tahu tak! Bini kau ni macam orang gila menangis siang malam sebab ingat kau mati!" Luke mendekati ketuanya.

Qayyum menarik senyuman nipis. Dia memandang wajah-wajah yang ingin mendengar penjelasan darinya. Qayyum mengambil tempat di sebelah isteri kesayangan dia.

"Aku minta maaf sebab buat korang semua risau. Tapi, aku buat semua tu bersebab..."

"Kau pergi mana? Macam mana kau boleh hilang dari mansion kau? Aku ingat tubuh kau dah berkecai sebab kena bom tahu tak!" Mattias menekan kata-katanya.

Qayyum menarik senyuman sinis. Mereka memasang telinga. Mendengar dengan baik. Helina pula tidak sabar mahu mendengar penjelasan suaminya.























"Bro, kau kuat lagi ke nak jalan?" Leo Tiger memandang Qayyum yang dipapah olehnya.

Mereka menggunakan jalan hutan untuk keluar dari mansion Qayyum yang baru sahaja dibom oleh Zafar. Leo datang tepat pada masanya. Dia diselamatkan oleh lelaki itu. Leo memapah tubuh Qayyum yang lemah itu. Tubuh itu tercampak jauh dan menghentam kuat batang pokok.

"Aku okay. Mana budak-budak kau?" Qayyum memandang sekeliling. Bimbang ada konco-konco Zafar melihat dirinya dan Leo di dalam hutan.

Leo Tiger memegang kemas pistol miliknya. Melilau mata mereka melihat sekeliling hutan. Leo menyuruh anak-anak buahnya bersedia dan menunggu kehadiran mereka di hujung jalan keluar dari hutan tersebut.

Langkah mereka terhenti apabila mendengar bunyi dari semak samun di hadapan mereka. Leo dan Qayyum saling berpandangan. Qayyum mengecilkan matanya melihat sesuatu yang merenungnya tajam. Cahaya bulan membuatkan dia dapat melihat dengan jelas. Qayyum tersenyum sinis.

Qayyum bersiul kecil. Membuatkan Leo di sebelahnya sudah mengelabah melihat dua ekor haiwan yang muncul di hadapannya. Bila-bila masa saja mereka akan diterkam oleh dua ekor harimau belang itu.

Dua ekor harimau belang itu berlari laju lalu menerkam kuat ke tubuh Qayyum. Mengaum kuat di atas tubuh tuan mereka. Qayyum melepaskan tawanya. Tidak sangka, Helen dan Teo terselamat dari letupan itu. Mungkin, anak buahnya ada yang melepaskan kandang Helen dan Teo.

Leo Tiger ternganga melihat betapa jinaknya dua ekor harimau belang itu. Qayyum duduk bersandar di dahan pokok. Mengelus dua ekor haiwan itu yang mengesel manja padanya. Lagi-lagi Helen, si betina itu.

"What the-..." Leo hilang suara. Terkebil-kebil memandang Qayyum.

"Haiwan aku. Jangan takut lah. Mereka tak makan kau selagi aku ada..." ujar Qayyum selamba.

Leo mengangguk kaku. Takut dia ingin mendekati Qayyum. Tidak pasal-pasal dia dibaham oleh dua ekor harimau belang itu. Leo segera bergerak menjauhi Qayyum.

"Kau hidu bau darah aku ke Teo? Kau jumpa pulak aku dekat sini..."

Teo mengaum perlahan. Hidungnya mengedus kesan darah yang melekat di baju Qayyum. Tahulah dia, bahawa dua ekor harimau belang itu menjejaki dia melalui bau darahnya. Helen pula sudah duduk di sebelahnya.

Leo menghantar isyarat kepada anak-anak buahnya. Dia memandang sekeliling. Semakin gelap dan sukar melihat dalam kegelapan. Leo berdecit perlahan apabila signal di telefonnya semakin menurun.

"Aduh! Signal hilang pulak!"

Qayyum memerhati Leo yang mengangkat telefonnya tinggi. Mencari isyarat. Qayyum memerhati sesuatu yang berdiri tidak jauh darinya. Melihat akan itu, Qayyum tanpa bersuara membuat bunyi siulan panjang.

Teo segera bergerak mendekati Leo yang masih tidak menyedari kehadirannya. Pusing je belakang, Leo kaku melihat Teo yang bergerak pantas kearahnya dengan wajah garang.

"Weh...weh...Qays tolong aku weh! Binatang kau nak makan aku ni!" Jerit Leo kuat. Kaki dia mengundur belakang.

Qayyum berdiri. Helen di sebelahnya berdiri di sebelah tuan dia. Mengaum kuat. Qayyum mengeluarkan pisau belati yang tersisip di belakang pinggang dia. Memandang Leo yang gelabah melihat Teo semakin mendekat.

"Weh Qays!" Jerit Leo kuat apabila harimau jantan itu menerkam kearahnya. Tapi, jeritan Leo mati mendengar suara raungan kesakitan di belakangnya.

Leo toleh belakang. Tergamam dia melihat seorang lelaki memegang tangan dia yang sudah tercacak pisau yang dibaling oleh Qayyum. Senjata lelaki itu jatuh ke atas tanah.

"Sampai ke sini kau ikut aku..."

Qayyum mendekati lelaki itu. Budak Zafar.

"Ketua aku suruh bunuh kau! Aku ikut kau dari tadi lagi! Tapi sayang, mata kau masih tajam macam dulu! Kalau tak, tugas aku dah selesai..." ucap lelaki itu tanpa gentar.

Qayyum tersenyum sinis. "Tchh...kau berani sangat bro. Kau belum kenal aku siapa..."

"Aku tak takut dengan kau lah! Kau siapa untuk aku takut huh!" Tentang lelaki itu berani.

Qayyum berdecit kagum. Memandang Leo yang berdiri di sebelah Teo yang mengaum kuat. Helen pula bersiap sedia di sisi tuan dia. Menanti arahan. Helen dan Teo tidak akan bertindak tanpa arahan dari tuan mereka.

"Wahh...kau betul-betul berani ya..."

Lelaki itu tersenyum penuh makna. Leo yang berasa tidak sedap hati memandang sekeliling. Mata dia membulat besar melihat seorang lelaki berdiri di belakang Qayyum. Mengarahkan muncung pistol di belakang Qayyum tanpa di sedari lelaki itu.

"Selamat tinggal..." ucap lelaki itu dengan senyuman kemenangan. Qayyum mengerut dahinya. Tidak mengerti dengan ucapan lelaki itu.

Serentak itu, dua das tembakan dilepaskan.

Bang. Bang.

Leo rebah di atas tanah. Di atas pangkuan Qayyum. Mata Qayyum terbeliak luas melihat Leo yang sanggup bergadai nyawa deminya. Leo mengerut wajahnya. Sakit keseluruhan badannya. Tembakan itu terkena di bahagian dada dan perutnya. Qayyum segera membuka bajunya. Menekup kuat tempat yang terkena tembakan di tubuh Leo.

"Leo...bertahan" ucapnya dalam nada bergetar.

Leo tersenyum nipis. Bibirnya bertukar warna. Qayyum yang tidak sanggup melihat sahabatnya sebegitu segera bersiul sebanyak dua kali. Helen segera menerkam lelaki yang menembak Leo tadi. Menerkam rakus. Melahap daging lelaki itu dan diselangi jeritan kesakitan.

Teo pula menyerang lelaki pertama tadi. Menerkam leher lelaki itu hingga terpisah dari badan. Qayyum mendakap erat tubuh Leo. Mata lelaki itu seakan tertutup. Wajah Leo semakin pucat.

"Please Leo. Jangan tutup mata kau!" Ucap Qayyum dalam nada cemas. Airmata dia mengalir keluar.

Tidak lama itu, bunyi suara-suara orang kedengan. Diikuti bunyi kenderaan. Leo tersenyum dan akhirnya semuanya bertukar gelap. Qayyum menangis disitu. Dia tidak mahu kehilangan sahabatnya.

























Laura tersenyum melihat seseorang yang amat dia rindui berada di dalam rumah itu. Tanpa berkata apa, dia menghamburkan dirinya ke dalam pelukkan lelaki itu. Sungguh, dia sangat merindui lelaki itu. Airmata dia jatuh ke pipi. Teresak-esak menangis. Tidak sangka, lelaki itu berdiri di hadapannya.

"I miss you brother..."

Qayyum mengusap belakang badan Laura. Dia tahu, Laura sangat sedih dan dalam keadaan wanita itu yang sedang hamil pasti akan menambah lagi rasa sedihnya. Helina pula diam. Tersenyum melihat keakraban Laura dan suaminya. Cemburu? Tiada istilah cemburu kerana dia tahu hubungan Laura dan Qayyum hanya sebatas abang dan adik sahaja.

Laura mengusap airmata di pipinya. Dia memandang Helina dan memeluk wanita itu pula. Hunter hanya sekadar diam memerhati. Tidak lama itu, Rosè muncul membawa dulang berisi makanan dan minuman. Rosè tersenyum melihat kegembiraan di wajah Laura.

"Kau duduk sini kejap. Aku nak pergi bincang dengan Hunt dekat atas..." Qayyum berbisik perlahan di telinga isterinya.

Helina sekadar mengangguk. Dia rancak berbual bersama Laura. Tidak sangka, kandungan mereka hanya berbeza dua bulan. Tapi, perut Laura lebih besar daripadanya.

Qayyum duduk di atas kerusi menghadap Hunter yang asyik melihat skrin iMac miliknya. Tekun dan fokus. Sangat serius wajahnya. Qayyum memeluk tubuh.

"Apa rancangan kau? Orang tua tu tak tahu ke kau masih hidup?" Hunter bersuara setelah lama mereka mendiamkan diri.

"Tak. Kalau dia tahu, aku tak akan hidup bahagia dekat sini. Mungkin sekarang aku dah tertanam bawah tanah. Who's know right? Orang tua tu sanggup buat apa saja untuk dirinya..."

Hunter menarik senyuman sinis. Dia terangguk-angguk. Dia memusingkan iMac menghadap ke arah Qayyum. Menunjukkan satu pelan bangunan digital ke arah Qayyum.

"Aku dah track location dia guna telefon dia. Aku yakin, dia hanya berada di sekitar kawasan ini..." Hunter memutarkan satu kawasan yang berada di bahagian bawah tanah. Tersembunyi.

"Budak aku ada jadi mata-mata dia. Aku dah suruh dia orang undercover. Memang betul. Orang tua tu simpan barang dia kat sini. Tapi, kita tak boleh serbu macam tu je"

Qayyum kerut dahi. "Kenapa pulak? Kalau kat sini, kawasan dia tak high security. Bilangan pengawal sedikit dari bahagian selatan dan timur" Qayyum menunjuk dan menekan jarinya pada skrin iMac.

"Kau ni, kan aku cakap bodoh kau marah pulak!"

Qayyum menarik sengihan dia. Dia membiarkan Hunter menjelaskan satu persatu.

"Kawasan ni memang tak nampak ada security yang berjaga. Tapi, kau masuk je dalam sana boom- kau akan terus tertangkap. Kau jangan ingat orang tua tu bodoh sangat!"

"Oh macam tu. Kalau macam tu kita..."

Hunter terangguk-angguk mendengar perancangan dari Qayyum. Sesekali dia menarik senyuman. Qayyum tersenyum puas apabila Hunter menerima setiap cadangan dia. Dia memerlukan bantuan Hunter untuk menceroboh sistem keselamatan di syarikat Datuk Faruk.

"Aku akan suruh Asy bantu kau. Kau dan dia akan bekerjasama untuk hack data si tua tu"

"Aku tak ada masalah. Malam esok, kita mulakan. Makin lama makin muak aku dengan orang tua tu. Tak sedar agaknya, kubur kata mari...rumah kata tinggal" ujar Hunter dengan wajah datarnya.

Qayyum menggaru keningnya. Sejak bila pula si Hunter ni pandai buat lawak? Wajah pula serius. Qayyum tidak tahu, nak gelak ke tidak. Hmm...



























Makin nak tamat. Makin berat nk update.
Bukan apa, sbb x sanggup nk habiskan ZH ni. Ni satu2 nya cerita sis yg amik masa yg lama utk smpai ke penghujungnya.

Byk cacat cela. Typo bersepah. Tpi tulah, nampak pembaca setia ZH ni fhm. Klu tak, hmmm sis murung smpai hujung tahun & jumpa balik 2022 nnti.

Dan ni antara salah satu cite yg sis rasa sgt berat. Byk nk kena faham. Ilmu kena penuh di dada. Nk plot cite ni bukan sng. Susah gila! Mata ni dh mcm roller coaster baca segala ayt dkt pakcik google yg byk membantu.

Tapi, syukur alhamdulillah. Diberi kekuatan utk habiskan jugak dan akhirnya tidak lama lgi, ZH akan menutup tirai.

Sis x prnah draf or tulis dkt mne2 notes. Tak pernah langsung. Just idea to drop spontan. Mcm tengah berak pon idea datang jgk. Hmm, sgt tidak senonoh. Ya saya tahu.

Tpi itulah seorang nisaamuttalib.
Yg suka menulis dan menulis smpai lupa nama watak & ada kala tertukar. My bad. Mianhae.

Adios teman2 moga anda semua suka ya!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro