ZH - 69

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Qayyum menyanggul rambut panjangnya. Diselit ke dalam cap hitam. Jambang di wajahnya belum dicukur lagi. Terasa lain pula apabila dia berpenampilan sebegitu. Ada jambang, dan berambut panjang. Dia pasti, tiada sesiapa dapat mengecamnya. Padahal, sudah puas Helina menegurnya untuk memotong rambut dan mencukur segala jambang yang ada di wajahnya.

Dia memeriksa setiap senjata yang berada di atas meja. Memastikan peralatan yang akan dibawanya mencukupi. Dia harus memastikan kesemua senjata itu dalam keadaan baik. Isterinya ditinggalkan bersama Rosè dan Laura. Diawasi oleh adik kembar Helina. Mereka tidak mengikutinya kerana Qayyum tidak membenarkan. Nak tak nak, Darwin dan Hanz terpaksa akur.

Qayyum berpuas hati. Dia menutup kotak panjang itu dan dipikul sebelah tangan. Manakala sebelah tangan lagi memegang jaket kulit hijau lumutnya. Dia menghampiri Luke yang sudah menunggu dalam kereta.

"Mana Mattias?"

"Dalam kereta Hunter. Dia gerak dengan Hunter."

Qayyum mengangguk. Dia menutup but kereta dan melangkah ke sebelah Luke yang duduk di tempat pemandu. Cahaya lampu kereta menerangi jalan kecil keluar dari belakang mansion Helina.

Terdapat lapan buah kereta lagi yang merupakan anak-anak buah Helina dan Hunter. Qayyum tidak mahu anak-anak buahnya terkorban buat kali kedua. Jadi, dia menyuruh anak-anak buahnya menjaga mansion Helina sahaja. Luke paling hadapan dan menggerakkan kereta.

Menyusuri jalan kecil dan agak lecak kerana suasana sedikit gerimis dan hujan renyai-renyai. Qayyum menaip sesuatu pada skrin GPS. Mereka akan ke markas Datuk Faruk yang tersembunyi di bawah syarikat lelaki tua itu. Tiada sesiapa tahu kerana jalan ke bawah tanah itu hanya orang tertentu saja mengetahuinya.

Qayyum menyadar selesa di kerusi. Kini, mereka sudah berada di atas jalan raya. Akan ambil masa selama empat puluh lapan minit untuk tiba di syarikat Datuk Faruk. Suasana jalan raya agak lenggang dan hanya ada dua tiga buah kenderaan sahaja. Jam pula sudah beranjak pukul 3.20 pagi.

"Qays, talian satu..." Luke bersuara setelah melihat tiada respons dari ketuanya.

Qayyum segera mengambil walkie talkie. Asyik sangat melihat suasana di luar hingga tidak sedar suara Hunter di corong radio walkie talkie itu.

"Hmm, apa?"

"Aku dah masukkan kata laluan. Kau periksa telefon kau sekarang sebelum aku sondol belakang kereta kau!" Jerit Hunter penuh kegeraman.

Qayyum mendengus. Dia memeriksa telefonnya dan betul ada satu mesej dari nombor privasi. Dia yakin itu nomber Hunter. Dia membuka peti masuk mesej itu. Dibaca sekilas tanpa rasa mahu membalas. Dia melihat kereta yan dinaikinya semakin perlahan. Mereka sudah tiba di kawasan syarikat Datuk Faruk.

"Tutup lampu. Pastikan konco-konco Faruk tak nampak kelibat kita!" Tegas Qayyum.

Luke segera mematikan lampu kereta dan diikuti yang lain. Mereka memakir kereta di belakang sebuah bangunan separuh siap yang terbelangkalai sudah lama. Mereka turun dari kereta dan berkumpul di satu tempat tidak jauh dari bangunan milik Datuk Faruk. Qayyum duduk di dalam bulatan memandang wajah-wajah yang akan sertai dia malam ini.

Dia ingin membalas dendam kerana dia hampir kehilangan sahabatnya; Leo Tiger. Qayyum membentangkan peta digital yang dibawa oleh Asy. Mereka yang lain melihat pada skrin telefon mereka yang telah di akses untuk melihat peta bangunan itu.

Setelah mendengar setiap arahan dari Qayyum mereka segera mengambil barang-barang di dalam but kereta dan dibuka beg hitam itu. Mereka dibekalkan senjata, bom tangan, bom asap dan baju kalis peliru. Hunter akan mengetuai pasukan untuk membuka dan menceroboh sistem keselamatan syarikat Datuk Faruk.

Asy pula hanya mengawal setiap pergerakan mereka di dalam sebuah van hitam yang penuh dengan alat teknologi canggih serta dron yang akan diterbangkan sebagai berjaga-jaga jika ada musuh di luar bangunan itu. Qayyum akan mengetahui pasukannya mencari Datuk Faruk dan Farhani.

"Ok faham? Aku harap semua bersedia!" Ujar Qayyum tegas.

"Faham bos!" Jawab mereka semua bersemangat. AK-47 di silang pada badan masing-masing. Pisau belati diselit di celah betis. Pistol di sisip di tepi pinggang bersama peluru tambahan.

"Asy. Dah ready?"

Asy mengangguk. Dia mengeluarkan dron berbentuk lalat dan sangat kecil. Seakan lalat hidup yang asli. Diterbangkan ke udara. Asy memandang Qayyum sekilas.

"Aku akan check dulu pintu masuk dan pintu lain. Line clear baru korang masuk. Anggaran aku budak-budak Faruk ada dalam tiga puluh orang bahagian bawah. Sepuluh bahagian atas. Mungkin akan bertambah kalau isyarat kecemasan di hantar..."

Qayyum dan Hunter mengangguk. Ada guna juga mereka membawa Asy. Hunter menyarung topeng wajah dan memandang Qayyum yang menyelaraskan senjata miliinya.

"Team aku gerak dulu. Nanti apa-apa kau bagitahu je" kata Hunter perlahan. Earpiece di pasang pada telinga mereka dan disambung pada dua talian berbeza.

Qayyum dan Hunter.

"Move!"






















Datuk Faruk tersenyun senang melihat The Code dan pendrive yang berisi data peribadi milik syarikatnya kini berada di tangannya. Dia rela mengorbankan nyawa anaknya sendiri- Zafar demi mendapatkan dua benda itu. Jika dua benda itu sampai ke tangan pihak berkuasa, maka tamatlah reputasi dia dan semuanya terbongkar. Datuk Faruk membelai tubuh Farhani di sampingnya. Wanita itu pulas tertidur selepas pertempuran dia bersama Datuk Faruk.

Datuk Faruk menyarung baju kemejanya yang terdampar di atas katil dan seluar di atas kabinet lampu. Dia ingin melihat apa yang dilakukan oleh anak-anak buahnya di bawah sana. Tempat dia jadikan untuk memproses dadah yang selama ini dia sembunyikan. Makmal yang sudah banyak memberi dia keuntungan selama ini.

Dia melihat Farhani sekilas. Dia tersenyum senget. Bukan dia tidak tahu, Farhani di belakangnya sudah memberikan tubuhnya pada anak-anak buah dia dikala dia berada di luar negeri menjalankan urusan busines. Tapi, Datuk Faruk menutup matanya. Dia hanya jadikan Farhani sebagai tempat dia melempias nafsunya sahaja. Farhani pula, sanggup membiarkan tubuhnya diratah oleh lelaki-lelaki di luar sana dan mendapat habuan yang sangat menguntungkan dengan tubuh cantiknya.

Datuk Faruk menutup rapat pintu bilik tidur peribadinya. Dia melihat rata-rata orang sedang membuat kerja mereka. Ada yang sedang memproses dadah, pack dadah dan diletakkan ke dalam kotak berbentuk dengan kemas. Sehingga kini, rahsianya masih tersimpan rapi.

Datuk Faruk duduk di meja kebesaran dia. Mengangkat kedua kaki ke atas meja. Tidak lama itu, seorang lelaki datang dan menunduk hormat pada Datuk Faruk.

"Datuk. Tai datang bawa pakej yang Datuk minta. Ada dalam 10 orang dan dua lelaki nak jumpa dengan Datuk. Rasanya itu klien Datuk..."

Datuk Faruk mengangguk kepalanya. Dia memberi isyarat tangan kepada anak buahnya untuk membenarkan mereka semua masuk. Sebaik sahaja pintu di buka, terdapat 10 orang remaja perempuan berpakaian seksi dan wajah mereka jelas ketakutan. Berdiri rapat-rapat. Seorang lelaki berambut punk melangkah masuk dengan langkah besarnya.

Seputung rokok dilekat di celah bibirnya. Lelaki itu adalah Tai. Salah seorang anak buah Datuk Faruk yang paling dipercayai. Tai duduk di atas kerusi berhadapan dengan Datuk Faruk. Juga dua orang lelaki masuk dan seorang lagi membimbing beg bimbit yang pastinya berisi wang puluhan ribu.

Datuk Faruk segera berdiri. "Isac, aku datang jugak. Aku dah lama tunggu kau..."

Isac; lelaki yang selama ini menjadi klien tetap Datuk Faruk. Membeli stok-stok dadah untuk diedarkan dan juga dijual di kelab malam miliknya.

"Biasalah lah Datuk. Aku bukan orang macam kau. Ternama. Polis tak usik. Aku ni, kena menyorok. Kalau tak, dah lama tidur lokap. Amacam? Kau ada sediakan stok baru untuk aku tak?" Isac memandang Datuk Faruk.

Datuk Faruk mengangguk. "Kau jangan risau. Untuk kau, aku simpan yang masih fresh lagi. Kau pilih je, konfem sampai langit nanti. Barang aku memang barang terbaik!"

Isac tersengih. Dia mengajar orang kanannya untuk ke tempat pemprosesan dadah. Dia ingin melihat dan memilih sendiri dadah yang akan dia beli daripada Datuk Faruk. Isac sangat berpuas hati jika dia bekerjasama dengan Datuk Faruk. Malah, rekod Datuk Faruk sampai sangat masih bersih.

Tai berdiri. Mendekati Datuk Faruk yang asyik membelek fail di atas meja kerjanya.

"Bos, aku dah bawa pakej kau minta. Semuanya masih fresh. Ayam kampung. Kau nak aku letak mana budak-budak ni?"

"Tiga orang aku nak dia orang bawa barang aku sampai ke Thailand. Selebihnya, kau bawa ke kelab kita. Jadi pelayan dekat sana"

Tai mengangguk. Dia mula memandang gadis-gadis di hadapannya. Tai menyeringai jahat. Kedengaran bunyi derap kaki seseorang mendekati mereka. Farhani muncul dengan gaun singkat dan sendat yang mengikut bentuk tubuhnya. Farhani mengucup pipi Datuk Faruk sekilas. Kemudian, dia mengenyit mata Tai yang asyik melihat dirinya seakan ingin makan sahaja. Farhani duduk di birai meja kerja Datuk Faruk sambil memeluk tubuhnya.

"Ayam baru kau bawa Tai?"

"Haah. Datuk nak ayam baru. Buat stok dekat kelab. Aku bawa jauh-jauh dari kampung. Ni semua budak lagi. Tiga lagi Datuk nak pakai bawa pergi Thailand"

Farhani mengangguk. Dia memandang Datuk Fail yang kembali duduk sambil menandatangani dokumen kerjanya. Farhani dan Tai diam.

"Tai, kau bawa budak-budak ni ke asrama dulu. Yang tiga orang kau asingkan terus. Bawa ke tempat biasa. Yang lain, kau pas pada Halil. Dia akan uruskan."

"Baik Datuk!"

Isac kembali bersama pembantunya. Dengan senyuman lebar, Isac meletakkan beg bimbit yang dibawa oleh pembantunya di atas meja kerja Datuk Faruk.

"Ni duit kau Datuk. Aku dah ambil dalam 50 pek barang kau. Dalam ni ada, 30 ribu sesuai perjanjian kita sebelum ni. Barang kau memang baik! Aku jamin barang kau akan laku keras di kelab aku nanti!"

Datuk Faruk tersenyum lebar. Dia menepuk bahu Isac beberapa kali. Beg bimbit itu kemudian dibuka oleh Farhani. Sejumlah wang sangat banyak tersusun kemas di dalam beg bimbit itu. Farhani tersenyum lebar. Sekelip mata saja, boleh jadi kaya dalam masa satu hari.

Bang! Prang!

Mereka semua tertunduk. Jeritan dari sekumpulan remaja yang dibawa oleh Tai kedengaran. Mereka menunduk ketakutan. Kawasan makmal itu bertukar huru-hara. Isac menatap Datuk Faruk dengan wajah bengangnya.

"Apa ni Datuk! Kau cakap malam ni line clear sekarang apa?" Jerit Isac penuh rasa bengang. Segera dia mengeluarkan senjata yang sentiasa di bawa kemana-mana sahaja.

Farhani pula berdiri menyorok di sebalik meja kerja Datuk Faruk. Suasana bertukar kelam kabut. Tai dan pembantu Isac berbalas tembakan pada si penceroboh. Datuk Faruk berdecit perlahan.

"Aku yakin ni bukan polis! Tak guna! Siapa yang berani serang makmal aku hah!" Datuk Faruk memekik kuat. Dia melepaskan tembakan beberapa kali namun tersasar.















"Ready?"

Bom! Pintu masuk itu musnah dibom oleh Hunter. Dia dan pasukannya masuk melalui pintu depan dan mengakses dengan mudah kerana kesemua CCTV di kawasan itu telah berjaya digodam oleh Asy. Juga penggera kecemasan yang kini tidak berfungsi. Manakala, Qayyum menggunakan jalan lain untuk ke bawah tanah. Dia menggunakan jalan di pakir kereta. Disitu tiada seorang pun anak buah Datuk Faruk berjaga disitu.

"Luke...get ready!"

"Roger that!"

Luke berlari mendekati sebuah pintu kecil. Dia menekan kekunci pada pintu itu dan berbunyi bip satu kali. Pintu itu terbuka lebar. Qayyum melangkah masuk sambil mengacukan muncung AK-47 ke hadapan. Diikuti yang lain. Memandang sekeliling jika ada musuh yang menyerang hendap.

"We're in!"

"Okay, cari bangsat tu!" Balas Qayyum apabila mendengar suara Hunter. Mattias pula menendang kuat pintu bilik yang merupakan stor simpanan dadah.

Bang. Bang.

Mereka berbalas tembakan dengan konco-konco Datuk Faruk. Qayyum menembak mereka tepat di dada dan kepala. Hunter pula mengelak pantas serangan bertubi-tubi dari konco-konco Datuk Faruk. Hampir saja dia ditembak. Hunter membaling bom asap dan suasana makmal itu bertukar kabus. Penuh dengan kepulan asap putih.

"Move!"

Hunter menyalakan laser pada senjatanya. Menembak dan terus menembak. Senyuman Hunter bertukar lebar. Dia menjumpai target nya.

"Aku jumpa bangsat tu!"

"Jangan sampai dia terlepas! Aku masuk dalam sana!" Itu suara balasan dari Qayyum.

Datuk Faruk dan Farhani melarikan diri melalui jalan belakang. Membawa beg bimbit yang berisi wang itu. Tai dan Isac sudah tumpas terkena tembakan dari Hunter. Begitu juga pembantu Isac. Hunter menembak betis Farhani membuatkan wanita itu jatuh tersembam di atas lantai. Menjerit kesakitan.

"Wow! Datuk Faruk...kita jumpa lagi"

Datuk Faruk membulat matanya melihat seseorang yang selama ini dia anggap telah mati masih lagi hidup. Qayyum tersenyum sinis. Dia memandang Datuk Faruk dan Farhani berulang kali.

"Tak penat ke berlari? Terkejut sangat nampak aku sampai pucat muka kau" sinis Qayyum. Berjalan mendekati Datuk Faruk.

Datuk Faruk terdiam. Dia tiada jalan keluar. Dirinya sudah dikepung. Mattias dan Luke menangkap Farhani dan mengheret wanita itu keluar secara paksa. Hunter pula mengacungkan muncul senjatanya tepat di kepala Datuk Faruk. Tersilap langkah, boleh tembus kepala Datuk Faruk.

"Mesti kau penat kan? Aku bagi kau rehat sekejap. Tapi lepas ni, kita akan jumpa balik. Dan aku akan pastikan kau akan terseksa!" Qayyum berbisik perlahan.

"Kau...kau memang tak guna!"

Buk! Datuk Faruk rebah di atas lantai setelah belakang kepalanya diketuk oleh Hunter. Qayyum memeluk tubuhnya. Dia memandang Hunter yang tiada riak bersalah setelah membuat Datuk Faruk pengsan.

"Bawa dia ke Black Room! Malam ni, kita akan bermain-main sikit!"

Luke segera mengheret tubuh Datuk Faruk bersama tiga lagi anak buah Helina. Hunter memandang Qayyum.

"Ada sepuluh orang remaja perempuan. Aku dah serahkan pada pihak polis. Kejap lagi mereka tiba. Kau nak buat apa dengan orang tua tu?"

Qayyum tersenyum penuh makna. Tanpa berkata apa-apa, dia langsung berlalu pergi tanpa mengendahkan panggilan dari Hunter. Asy pula santai melihat kelakuan dua ketua itu. Dia mengeleng kepalanya. Tidak sangka, begitu mudah menumpaskan konco-konco Datuk Faruk.

Selebihnya, mereka serahkan pada pihak polis. Mereka sudah membuat laporan di mana letaknya makmal dadah milik Datuk Faruk yang selama ini dicari oleh pihak polis. Hunter keluar setelah dia mendengar sayup-sayup bunyi siren polis. Mereka bersembunyi di sebalik kegelapan.

Qayyum memejam matanya.

"Welcome back Qays..."



































Sorry for the late update ahaha.
Sis mencari idea setelah tamat exam ni. Jadi stuck sekejap. Ya, sis cuba jugak. Punyalah lama peram idea tu...finally sampai sini

Ps: sis rasa story ni lah sis tulis paling panjang ahahaha...selama ni x smpai pun 2000k ++ words tu...huhu..im happy. Ada kemajuan lah jugak!

Enjoy buddies! 💃🏻

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro