17- Benci

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"TERIMA kasih". Usai sahaja ucapan itu keluar daripada mulut Ghibran, terus pintu bilik itu dikatup rapat oleh sang jejaka. Seraya dengan itu, laju dan dengan cukup kasar tangan mulus yang digenggam erat olehnya tadi direntap kasar oleh si tuan badan membuatkan Ghibran memusingkan badannya menghadap Haura. Gadis itu kelihatan menapak beberapa langkah ke belakang, menjauhi Ghibran.

"Haura...". Ghibran cuba untuk mendekati gadis yang jelas masih sedang terkejut dengan semua yang berlaku itu. Namun, masih lagi gadis itu terhincut-hincut berundur ke belakang.

"Haura, boleh abang jelaskan dulu?". Ghibran cuba memujuk.

"No... Kau jangan dekat dengan aku. Kau jangan bahasakan diri kau 'abang' dengan aku. Kau tak payah nak jelaskan apa-apa dekat aku. Kau. Penipu. Itu yang aku pasti". Tajam mata Haura menantang mata Ghibran. Cara bercakapnya juga sudah menjadi semakin kasar. Bukan apa, dia terasa terkhianati. Dia rasa seluruh hidupnya ditipu.

Dia juga kecewa dengan dirinya.

Dia...

Dia sendiri tak ingat yang dia sudah mempunyai seorang suami? Isteri jenis apa dia ni?

"Abang--".

"NO! SHUT UP! Jangan sebut perkataan tu. Kau bukan abang aku! Diam, Ghibran!". Kuat suara Haura menengking Ghibran. Kedua belah tangannya naik memegang sisi kepalanya yang mulai terasa berat itu. Air matanya yang entah bila mulai mengalir itu tidak mampu diseka lagi.

" No... This is wrong... This is going too fast... ". Haura beberapa kali cuba untuk menafikan kenyataan yang dia sudahpun bersuami. Siapa sangka, lelaki yang baru sahaja dia kenali lebih kurang sebulan lepas ternyata ialah suaminya? Lebih teruk lagi, macam mana dia boleh tak ingat dengan semua tu? Sumpah, tiada satu pun memori dalam kepala Haura yang tertulis nama Zayd Ghibran. Tiada. Kosong. Seolah sebelum saat ini, hari ini, Ghibran tak pernah pun wujud dalam hidup gadis itu.

"I know this will be too much for you. I know you will be devastated as soon as you know this but can you hear me out first, Haura Dayana?".

Haura terdiam. Kerana kaki yang masih sakit itu, dia jatuh terduduk di atas sofa di bilik hotel itu. Wajahnya tertunduk membuatkan semakin banyak air mata yang mengalir jatuh ke atas ribaannya.

" We got married 5 years ago... Setahun selepas saya naik pangkat sebagai Leftenan. Haura muda lagi masatu. Umur 22 tahun. Ab--saya berumur 27 tahun masatu. Juga muda. Tapi kita kahwin. Tak bercinta tapi kita terus kahwin. Pertama kali jumpa pun masa akad nikah. Keluarga yang jodohkan kita. Mommy suka kan Haura, sebab tu mommy jodohkan Haura dengan saya dan Haura setuju. Kita tak kahwin paksa pun, awak jangan risau. Tak sampai beberapa bulan kita kahwin, saya terpaksa tinggalkan awak". Terang Ghibran dengan jujur. Semuanya betul. Kurangnya pada penjelasan Ghibran ialah dia tidak memberitahu sebab mengapa dia terpaksa meninggalkan Haura. Dia belum bersedia.

"Kenapa kau tinggalkan aku? Apa jadi dekat aku lepastu?". Dingin suara Haura bertanya.

"Maaf, saya--".

"Kenapa aku tak pernah ingat yang aku ada suami?! Kenapa?! APA YANG DAH JADI DEKAT AKU, GHIBRAN?!! Kenapa kau tinggalkan aku terkontang-kanting macam orang takde bimbingan for 5 fucking years?!". Haura mengangkat wajahnya dan menengking Ghibran.

Sungguh. Kalau nak ikutkan, Haura mulai menjadi liar semenjak 5 tahun lepas. Pergi kelab malam, minum arak, berfoya-foya. Jijik pula kalau nak diingatkan. Tambah-tambah pula, semua dosa yang dia pernah buat itu adalah sewaktu dia mempunyai seorang suami. Suami yang sepatutnya membimbing dia.

"Abang minta maaf, Haura...". Lirih Ghibran cuba untuk memujuk. Langkahnya semakin beralih ke depan untuk menghampiri Haura.

"Enough. One more time that word comes out of your mouth and one more time you step forward, I'm gonna hit you". Pasu kaca kecil yang ada di atas meja kopi itu diangkat menggunakan tangannya.

"Kau... Kau tinggalkan aku, Ghibran... Kau biar aku hidup macam orang takde agama sedangkan kau lah pembimbing aku selama ni YANG AKU SENDIRI TAK TAHU AKU ADA!". Haura berkata lagi sebelum dia akhirnya bangun berdiri. Dia ingin tidur. Dia penat. Dia sungguh penat harini.

Sebelum dia masuk ke dalam ruang tidur di dalam bilik hotel yang mewah itu, sempat Haura menoleh ke arah Ghibran sebelum akhirnya dia membuka mulut,

"Memang sampai mati aku akan benci kau, Ghibran".

Bagai jantung Ghibran direnggut di situ juga sewaktu isteri sendiri yang mengucapkan itu. Isteri yang sangat dia rindui setelah 5 tahun berpisah. Isteri Zayd Ghibran; Haura Dayana.

HAURA celik sahaja melihat dunia, terus matanya dijamah dengan pemandangan seorang lelaki yang sudah berbaju kurta hijau gelap bersama sehelai kain pelikat yang sedang duduk bersimpuh di atas sehelai sejadah, memberi salam kiri dan kanan tanda solatnya sudah selesai.

Haura kalihkan pandangannya ke arah jam dinding yang menunjukkan angka 3 dan 5 itu. Menandakan jam 3:25 pagi. Masih awal. Barangkali Ghibran sedang menunaikan solat tajahud.

Pandangannya kemudian jatuh pula pada sepuluh jari jemarinya itu. Dia tidak percaya. Semuanya berlaku dengan begitu pantas. Tahu-tahu sahaja, dia kini, dulu dan selamanya ialah isteri kepada Zayd Ghibran. Jejaka yang dia sangka tiada apa-apa kaitan dengan dirinya selain daripada seorang pengawal peribadi.

Pandang punya pandang, mata Haura tertancap pada cincin platinum yang tersarung di jari manis tangan kanannya. Cincin platinum itu bertatahkan sebiji permata berlian yang jelas masih cantik bersinar. Cincin apa ni...?

Oh...

Inikah cincin kahwinnya?

Apabila Haura angkat lagi mukanya untuk memandang Ghibran, lelaki itu sudah terlebih dahulu memandang ke arahnya sambil tersenyum. Mata Ghibran kelihatan bengkak. Menangiskah dia?

"Itu cincin kahwin awak. Saya pun ada". Tangan kanannya diangkat dan di jari manis lelaki itu juga ada sebentuk cincin platinum kosong yang tersarung di situ.

"Saya pakaikan waktu awak tidur tadi. Kalau awak nak buka, buka lah. Dah lima tahun, baru hari ini saya ada kesempatan nak pakaikan balik ke jari awak. Baru hari ini saya ada kesempatan nak pakaikan balik ke jari saya sendiri". Dengar sahaja perkataan 'lima tahun' itu, Haura yang tadinya sudah mulai tenang, kembali dengan amarahnya.

Cincin yang tersarung indah di jari manisnya tadi diambil lalu dicampak entah ke mana-mana ke lantai ruang tidur di bilik hotel mewah itu.

"Jangan suka-suka hati nak sentuh aku. Aku tak suka".

"Understandable. Haura tidur lah balik. Saya tutup lampu ya?". Sejurus itu, suis lampu bilik itu ditekan lalu lampu pun tertutup.

Dalam kegelapan bilik itu dengan cahaya bulan yang masih ada luar terpancar melalui tingkap bilik itu, Haura dapat melihat Ghibran berbaring di atas sejadah yang tadinya dia gunakan untuk solat. Tangan kanan dan tangan kiri besinya itu digabungkan lalu diletakkan ke bawah kepala sebagai bantal. Kakinya meringkuk di atas sejadah itu. Sejuk barangkali.

Tak lama selepas itu, Haura saksikan sendiri Ghibran terlena di atas sejadah itu. Dalam keadaan kesejukan itu.

Dan dia...

Sedikit pun tidak merasa kesian akan suaminya itu. Rasa marah terhadap Ghibran masih lagi dikuasai oleh syaitan yang tampaknya sedang bermaharajalela di dalam hati Haura itu.

Dah terjawab ke soalan sayang-sayangku semua?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro