18- He Hates It When She's Alone

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"HAURA nak pergi mana tu?". Ghibran yang baru sahaja keluar daripada bilik air sambil mengelap rambutnya itu menayangkan wajah keliru tatkala dia melihat Haura yang memakai baju kemeja biru ekstra besar itu bersama skirt merah jambunya yang semalam sedang beruar-uar mahu keluar daripada ruang tidur itu dengan kakinya yang masih terhincut-hincut. Nak pergi mana entah tu. Mandi pun tak tahu dah ke belum.

Haura berpaling sekilas ke arah Ghibran tanpa menjawab soalan lelaki itu sebelum kakinya menyambung langkah yang tergendala tadi. Namun belum sempat dia keluar daripada ruang tidur itu, kakinya yang masih sakit itu seakan tidak larat untuk berjalan lagi membuatkan Haura jatuh terduduk di atas karpet ruang tidur itu.

Maka bergegas lah Ghibran menghampiri si isteri.

Dia kemudiannya duduk bercangkung di hadapan Haura. Mulutnya dibuka untuk mengatakan sesuatu.

"You are not alone anymore, Haura. You have me now. Your husband. Haura tak perlu lagi buat semua benda sorang-sorang. Suami Haura dah ada dekat sini. Maaf, saya dah gantung awak tak bertali selama 5 tahun. Maaf, saya lambat. Percaya lah, saya ada sebab saya yang tersendiri. Sekarang saya ada, Haura. Saya ada untuk awak. You don't have to be alone anymore". Ghibran masih lagi cuba untuk memujuk Haura untuk membuatkan gadis itu faham.

"You know I used to be alone yet you still left me... Kejamnya kau, Ghibran". Ghibran mengeluh berat tatkala mendengar kata-kata itu keluar daripada wanita kesayangannya ini.

Dia diam buat seketika sebelum akhirnya dia mulai berkata-kata lagi,

"Haura nak balik rumah bonda kan? Jom, saya hantarkan". Ghibran mengubah topik. Tidak mengapa, hari lain masih ada untuk dia bincangkan topik ini bersama isterinya. Dia tak mahu Haura tertekan apabila semuanya seakan disuakan kepada wanita itu pada hari yang sama, saat yang sama.

Haura sudah tidak tahu apa yang perlu dia perkatakan. Oleh kerana itu, hanya matanya sahaja yang berbicara. Iris cantik itu jatuh pada tangan besi Ghibran yang terlihat sedang memegang sebentuk cincin yang Haura telah lempar entah ke mana-mana pagi tadi.

Ghibran tersenyum nipis tatkala menangkap mata Haura yang sedang merenung cincin itu.

"Cincin ni dah calar. Saya bawa baiki dulu, okay? Nanti saya akan bagi balik dekat awak. Pakai lah kalau nak pakai. Simpan lah kalau nak simpan. Jual lah kalau nak jual. Cincin ni hak milik Haura, hadiah daripada saya sebagai suami awak". Cincin itu lalu dimasukkan ke dalam poket seluarnya lalu dia bangun berdiri. Memimpin isterinya lalu wanita itu didudukkan semula ke atas katil.

"Tunggu sekejap. Saya nak pakai baju, bersiap. Then I will change your foot punya bandage and I will drive you to bonda's. Haura nak baju yang selesa sikit tak? Kemeja saya tu kemeja kerja, panas. Saya ada tshirt. Nak pakai dulu?". Ghibran merendahkan badannya agar wajahnya dapat berada setentang dengan wajah Haura. Pantas sahaja mata wanita itu dialihkan ke arah lain.

Sebenarnya, Haura agak malu sekarang ni. Malu kerana dia tak tahu ini kemeja kerja Ghibran! Sebab dia main ambil je apa yang ada dalam almari tadi. Sangka dia, ini baju tetamu lain yang tertinggal di sini. Yela, dia tak pernah nampak Ghibran pakai baju kemeja lain selain yang warnanya hitam. Baju kemeja putih wanita itu pula sudah selamat disumbat ke dalam beg tangannya sampai kembung beg itu dibuatnya. Alasan dia tukar baju pula adalah kerana dia merasa belengas memakai baju yang sama.

"Nak tshirt tak?". Tanya Ghibran sekali lagi namun Haura hanya mendiamkan dirinya. She's tough, Ghibran.

"Saya ambil kan ya? Lagi satu, baju dalam beg tangan awak tu, keluarkan lah. Letak je atas katil tu. Nanti saya suruh housekeeper yang basuhkan lepastu hantarkan ke rumah bonda". Ghibran perasan saja beg tangan bersaiz sederhana milik Haura yang terlihat kembung semacam aje tu.

Jejaka itu lalu berjalan ke arah sebuah almari di ruang tidur itu lalu salah satu pintunya dibuka. Sehelai baju T putih dikeluarkan daripada dalam almari kayu itu lalu dia berjalan kembali ke arah Haura.

Baju itu lalu dihulurkan ke arah si isteri.

"Change into this. Saya nak bersiap sekejap". Apabila hulurannya tak bersambut, baju T itu diletakkan saja di atas ribaan Haura.

"MAKAN lah, Haura. Bonda masak sedap-sedap untuk Haura". Sunyi sepi sahaja suasana di meja makan itu. Biasanya riuh dengan suara Haura dan Harris bergaduh tapi semuanya berubah tatkala Haura pulang ke rumah itu bersama Ghibran tadi. Berpimpin tangan. Tatkala itu lah seluruh keluarga itu tahu yang semuanya akan berubah. Mereka tahu Haura sudah tahu akan segalanya.

Suasana kembali diam. Ajakan Puan Sri Khalida dibiar sepi tanpa sapaan kembali oleh si anak perempuan. Sebelum akhirnya, Haura membuka mulutnya untuk berkata-kata tetapi tentang perkara yang jauh melencong daripada ajakan Puan Sri Khalida itu tadi.

"Bonda dan papa pun tahu? Oh wait, soalan bodoh apa yang Haura tanya ni". Haura tertawa pahit di hujung katanya.

"Mesti lah bonda dan papa tahu sebab mesti papa yang jadi wali hari kami bernikah tu kan? Let me change my question a little bit, Bonda dan papa pun tahu lah sebab kenapa Ghibran rahsiakan semua benda ni? Sebab kenapa Ghibran tinggalkan Haura. Bonda dan papa tahu kan?". Sudu dan garfu diletakkan secara kasar ke tepi pinggan.

Serba-salah pula Puan Sri Khalida dibuatnya. Dia buka topik lain, topik lain pula yang diusulkan oleh Haura. Patutnya dia diam aje tadi.

" Haura... Haura makan dulu boleh? Nanti saya cerita bila Haura dah tenang sikit". Ghibran di sebelah cuba untuk memujuk sang isteri.

"Sampai bila lagi aku nak kena tunggu? Sampai kau tinggalkan aku sekali lagi?!". Haura yang menengking Ghibran itu ditampar hebat oleh Harris yang serta-merta bangun daripada duduknya apabila mendengar suara adiknya yang meninggi itu sehinggakan terteleng gadis itu ke tepi. Dirasakan cara Haura bercakap dengan Ghibran itu tersangat lah kurang ajar.

Ya, kalini tak sempat Ghibran mahu menahan tangan pantas Harris itu.

"You watch your mouth when you're talking with him, Haura Dayana. He's your legal husband". Harris memberi amaran membuatkan Haura terasa tercabar dan akhirnya dia juga bangun daripada duduknya lalu ketawa kuat.

"Yes! Oh my god, yes! Zayd Ghibran is my husband! A husband yang dah tinggalkan Haura selama lima tahun terkontang-kanting macam orang takde bimbingan. A husband that supposed to be there to lead me but no! He left. He. Left. He left, Harris! Itu ke suami I yang you maksudkan?! You tampar I hanya kerana lelaki yang macam ni?!". Makin lama, makin kuat pula suara Haura. Risau pula Puan Sri Khalida dibuatnya.

Dia sangkakan dengan membawa mereka makan semeja seperti ini, dapat mereka bincangkan dengan lebih tenang bersama Haura tentang hal ini walaupun Ghibran sudah memberi amaran bahawa Haura memang tidak mungkin akan setenang yang mereka sangka.

"He has his reasons!". Harris masih lagi cuba untuk membela adik iparnya itu.

"Then tell me! Don't just keep being silent macam nak tunggu Haura mati baru nak bagitahu!".

"Haura Dayana!". Tan Sri Amin yang sedari tadi hanya berdiam diri itu sudah tidak betah melihat betapa kurang ajarnya Haura dalam berkata-kata. Tiada lagi Haura yang selembut dulu.

Tidak berani mahu melawan kata papanya, Haura mendengus kuat sebelum melangkah ke arah tangga untuk naik ke biliknya. Tak laju, tak perlahan juga. Kakinya masih sakit.

Ghibran yang sedari tadi berdiam diri itu, menolak kerusinya ke belakang lalu meminta izin untuk meninggalkan meja makan itu untuk memujuk Haura. Kalau tak dipujuk pun, harap dia dapat menenangkan sedikit amarah Haura. Kalau itu pun tak jalan, dia berharap agar dia mampu teman Haura jikalau gadis itu sedang menangis.

It hurts him when she cries alone.
It always does.

He hates seeing her being alone.
He always does.

"Bonda, papa. Ghib minta izin naik tengok-tengokkan Haura ya? Harris, aku naik dulu". Ghibran lalu bangun daripada duduknya.

"Pergi lah, Ghibran". Kata Puan Sri Khalida dengan suaranya yang sebak. Dia sudah jangka yang ini semua akan berlaku di saat Haura mengetahui rahsia ini buat pertama kalinya. Tapi dia tak jangka pula yang ianya akan menjadi seteruk ini.

Dah update!
Semoga sayang-sayangku semua suka!

Post-edit note: Author kesejukan duduk dalam kelas ber-aircond setiap hari HELPPP RASA MACAM BEKU DAH OTAK NI!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro