19- Memori Yang Terhapus

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

HAURA lapar sebenarnya. Mana taknya, daripada tadi dia kurung diri dia dalam bilik ni. Beribu kali Ghibran ketuk pintu dan cuba untuk memujuk. Sekali pun tak jalan. Sekarang dah masuk jam 1 pagi. Memang kebuluran lah dia. Daripada siang tadi tak jamah makanan.

Perlahan-lahan Haura turun daripada katilnya lalu berjalan ke arah pintu. Apabila dia pulas tombol dan buka sahaja pintu itu, dia terlihat figura Ghibran yang sedang tidur terduduk bersandarkan dinding sebelah kanan. Di tepi figura lelaki itu ada sebuah dulang yang berisi sepinggan nasi bersama serba sedikit lauk-pauk dan segelas air putih.

Terus Haura keluar dan duduk bersila di tepi figura yang sedang tertidur itu. Dulang yang tadinya berada di atas lantai itu kini diriba olehnya. Tanpa sedikit pun memandang Ghibran yang sedang lena itu, Haura berkata,

"Kenapa aku tak boleh nak ingat kau? Kenapa kau seolah-olah tak wujud pun dalam memori aku?". Jatuh juga air mata Haura dibuatnya. Sekecewanya dia dengan Ghibran kerana pernah meninggalkan dirinya dan merahsiakan hal ini, kecewa lagi dia dengan dirinya sendiri. Macam mana dia sendiri tak boleh nak ingat yang dia ada suami? Apa yang dah jadi sebenarnya?

Setitik demi setitik air mata Haura jatuh ke atas nasi yang berada di dalam pinggan itu.

Bila tersedar yang dia terlampau beremosi sekarang, terus dia lap air matanya kasar. Pandangan juga sudah jelas terhadap nasi yang masih ada di hadapannya itu. Nampak macam sedap lah pula.

Nasi itu dihidang bersama lauk kegemarannya; ayam masak merah bersama sayur kubis goreng yang dicampur bersama beberapa potongan lobak merah. Telan air liur Haura dibuatnya. Dah la tengah lapar, makanan ini pula nampak sedap.

Ah! Dia tak kira! Dia lapar, dia nak makan. Mogok tak mogok, merajuk tak merajuk. Dia nak makan juga.

Sudu dan garfu yang juga ada di atas dulang itu diambil lalu perlahan-lahan dia menjamah nasi itu. Ayam masak merah bahagian peha itu dicubit sedikit menggunakan sudu dan garfunya sebelum digaulkan bersama nasi putih. Secebis kubis dan lobak merah juga diletakkan ke atas sudu yang sama lalu nasi dan ayam tadi ditolak juga ke atas sudu itu.

Baru sahaja dia nak suakan makanan itu ke dalam mulutnya, ada tangan yang menahan.

"Haura buat apa ni?". Suara serak basah milik Ghibran itu bertanya. Lah, dah bangun rupanya.

Terhenti seketika perbuatan Haura.

"Lepas lah. Aku lapar. Aku nak makan". Haura cuba menarik tangannya daripada terus dipegang oleh Ghibran, disertakan dengan amaran garang daripadanya berharap agar Ghibran gerun. Namun...

Lelaki itu hanya tertawa kecil.

"Isteri saya lapar? Tula, saya ketuk pintu tadi, awak tak nak buka. Kan dah lapar. Kesian perut tu. Perut tu tak bersalah. Sekalipun awak marahkan saya, isi lah perut tu dulu baru sambung marah. Nanti kalau awak gastrik, saya juga kena jaga awak. Lagi lah awak kena berkepit dengan saya 24 jam. Nak ke?". Ghibran mengusap rambut Haura sekali sebelum sudu yang berisi nasi itu diambil daripada tangan si isteri sebelum diletakkan semula ke atas pinggan. Dulang itu juga dipindahkan ke ribanya.

" Nasi ni dah lama terdedah. Kalau Haura lapar, saya boleh panaskan lauk dekat bawah. Nasi saya boleh masakkan lagi. Nak?". Lembut saja suara Ghibran memberi tawaran. Walaupun sudah diherdik oleh Haura siang tadi.

"Okay, macam ni. Kalau Haura marahkan saya, Haura tak perlu bercakap. Angguk kalau Haura nak, geleng kalau Haura tak nak. Sekarang ni, Haura nak tak saya panaskan lauk dan masak nasi lepastu teman Haura makan?".

Ambil masa juga tapi perlahan-lahan Haura mengangguk. Laparnya sudah tidak tertahan.

" Okay, then. Saya nak turun ke dapur, Haura nak ikut tak?". Tanya Ghibran lagi. Gayanya seolah memujuk budak lima tahun yang sedang merajuk. Aih, sabar jela Ghibran. Siapa suruh kau kahwin dengan budak manja ni?

Haura angguk lagi.

"Larat tak nak jalan?".

Kalini dia geleng.

"Tunggu sekejap. I will take this to the kitchen first then I will come back to carry you, okay?". Ghibran bangun berdiri sebelum dulang itu ditatang olehnya.

Haura tidak menjawab. Tidak mengangguk, tidak juga menggeleng.

"One minute, cheri". Kata Ghibran sebelum dia berjalan menuruni tangga di hadapan bilik itu untuk menghantar dulang ke dapur.

TERSENYUM lebar Ghibran saat melihat isterinya menjamah makanan dengan penuh berselera. Kesian wanita ini, mesti tengah lapar.

"Apa tengok-tengok?". Tersentak Ghibran dibuatnya apabila Haura bertanyakan soalan itu seraya merenung tajam ke arahnya. Bicaranya kurang jelas dek kerana pipi yang kembung dengan makanan. Comel!

"Saja. Saya rindu isteri saya. Dulu, Haura selalu teman saya makan macam ni. Sekarang, saya yang selalu teman Haura makan". Terimbau kenangan di mana sempat juga Haura menemaninya untuk makan tengahari dan makan malam lima tahun lepas selama beberapa bulan. Di masa itu, banyak betul celoteh yang keluar daripada mulut si isteri. Berbeza dengan sekarang.

"Can you please stop talking about this? I want to eat". Suara wanita itu sudah mulai berubah lagi membuatkan si suami mengeluh berat.

"Okay, I won't anymore. Saya buka topik lain ya?".

Haura mendiamkan diri sebelum menyambung makan. Sedap pula ayam masak merah ni. Dia macam pernah rasa. Tapi tak ingat dekat mana. Yang pasti, ini bukan masakan bonda. Bukan juga masakan Harris atau pembantu rumah mereka. Ini...

" Kita balik rumah mommy nak tak petang esok?".

Terhenti seketika kunyahan Haura. Wajahnya diangkat untuk memandang wajah Ghibran.

"Mommy rindu nak tengok Haura. Haritu masa saya ajak Haura makan daging salai masak lemak tu, lepas je Haura balik, mommy menangis. Dia betul-betul rindu menantu dia. Saya bawa Haura balik jumpa mommy sekejap esok boleh?".

Lambat-lambat Haura mengangguk juga. Dia marahkan Ghibran, bukan Puan Zahara. Tak elok jika dia memutuskan silaturahim atau bermasam muka dengan wanita tua itu.

"Terima kasih". Ghibran tersenyum manis.

"Lepas jumpa mommy, saya bawa Haura ke suatu tempat okay?".

Haura sekali lagi tidak memberikan apa-apa respon. Wanita itu masih sibuk memakan nasi dan lauk-pauk yang sungguh nostalgik rasanya itu. Seolah-olah ada memori yang sudah terhapus daripada kotak ingatannya berkenaan makanan ini.

" Oh and, lupa saya nak cakap. Lepasni, I won't be your bodyguard anymore. Kenapa? Sebab I don't need that title anymore to be with you kan? Jadi, lepasni saya akan kembali bertugas untuk Angkatan Tentera Laut Diraja Malaysia. Saya--".

Tak sempat Ghibran nak habiskan ayatnya, berdenting sudu dan garfu besi yang ada di tangan Haura dicampakkan ke atas meja oleh gadis itu. Matanya tajam memandang ke arah Ghibran.

" Kalau Haura takut saya tinggalkan Haura lagi, no I won't. Saya akan bekerja di pejabat di kuarters tentera. Not as the real soldier. Haura rasa dengan tangan saya macam ni, boleh ke saya berlayar lagi tembak-tembak lanun? I don't think I can. So, don't worry. I won't leave you ever again. Once is enough". Tangan kiri besinya itu diusap perlahan.

Jujur, dia turut terkejut apabila mendapat berita itu daripada pihak atasannya semalam.

Ghibran lalu mengutip semula sudu dan garfu yang terlempar ke serata arah itu sebelum memberikannya kembali kepada Haura.

"Sambung lah makan, saya tunggu".

Salam, semalam baru dapat tahu crush saya taken.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro