22- Rabbit Comot Haura (Pie)

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

SEBULAN berlalu, macam tu juga la Haura. Dia menjadi seseorang yang lebih gemar mendiamkan diri sekarang. Otaknya seakan masih tidak boleh menerima kenyataan tentang apa yang sudah terjadi. Mindanya masih tidak dapat mengingati sedikit pun memori lamanya bersama Ghibran meskipun setiap hari ada saja cerita yang keluar daripada bibir jejaka itu sebagai usahanya untuk ingatan Haura pulih kembali.

Kerja? Haura tetap pergi kerja. Pergi dan balik, Ghibran yang hantar walaupun sekarang lelaki itu semakin sibuk membuat persediaan untuk pindah masuk bekerja balik sebagai pegawai di kuarters TLDM. Pangkatnya tidak lah tinggi mana kerana Ghibran perlu mula daripada bawah semula. Nak kembali ke atas laut? Tak mungkin. Tangannya sudah tidak sesempurna dahulu.

Rumah? Sekarang Haura tinggal di rumah Ghibran. Payah juga jejaka itu hendak memujuk si isteri. Makan masa dua minggu macam tu. Dia faham, Haura masih marah dan ragu-ragu akan dia. Anika 'diusir' oleh Ghibran tanpa diberitahu sebab sebenar kepada lelaki itu.

Hal balik kampung? Ghibran masih dalam proses memujuk kerana kalau boleh, dia tidak mahu memaksa. Walaupun tarikh majlis kahwin tu lagi seminggu aje. Dan kalau boleh, Ghibran nak balik awal sikit.

"Haura tak sunyi?". Ghibran bertanya secara tiba-tiba tatkala mereka duduk berdua di ruang tamu rumah itu. Ruang tamu yang sama yang Haura jejaki dua bulan lepas sewaktu dia sedang mabuk teruk.

"Aku memang selalu sunyi. Daripada dulu lagi. Apa yang kau tiba-tiba nak kisah ni?". Penuh makna ayat balasan Haura itu.

"Tak la, saya selalu tinggalkan Haura seorang diri dekat rumah kalau saya keluar uruskan hal kerja. Saya takut awak bosan". Ujar Ghibran lagi.

"Apa yang kau cuba cakap ni?".

"Saya belikan Haura rabbit nak?". Tawar Ghibran. Sebenarnya, dia jumpa arnab comel di kedai haiwan tadi. Niatnya nak survey uniform sahaja, tapi terlalu pula di hadapan kedai haiwan. Arnab berwarna comot di dalam sebuah sangkar di kedai itu menarik perhatiannya.

Haura jongket keningnya. Apa yang mamat ni tengah mengarut ni?

"You used to have rabbit dulu. Jadi, saya ingat nak belikan awak rabbit baru. Nak tak? Boleh buat teman awak dekat rumah". Tangan Ghibran cuba untuk mencapai tangan si isteri, namun cepat sahaja Haura menepis. Tidak kasar, tidak juga lembut.

"Kau nak hadiahkan arnab tu supaya aku maafkan kau ke?". Soal Haura dengan sinis.

"If you consider it as one of the ways to make you forgive me, then yes. Bukan setakat arnab, satu kedai haiwan tu saya boleh belikan untuk awak". Ghibran tersenyum macam pakcik gatal yang baru habis bagi pickupline dekat budak sekolah.

"Warna apa?". Haura tanya juga. Ya, memang betul. Dia pernah ada arnab dulu. Dan dia masih lagi suka haiwan itu.

"Warna dia comot. Campur-campur. Ada kelabu sikit, putih banyak lepastu coklat sikit. Saya tengok tadi, comel. Harga dia pun murah je. Haura nak?".

Lambat-lambat, Haura angguk.

"Esok saya belikan. Kalau ada lagi lah, kalau takde yang tu, saya belikan yang lain".

"SUDAH-SUDAH lah tu main rabbit tu Haura. Kita makan dulu nak?". Semalam jual mahal sangat. Hari ini bila sahaja Ghibran bawa pulang si arnab comot itu ke rumah lengkap bersama sangkar, bekas makanan + minuman dan makanannya, tak lepas Haura pegang si arnab. Daripada tadi dia duk gomol-gomol arnab gebu itu. Matanya Haura bercahaya, tanda dia gembira.

And Ghibran likes it when her eyes shine.

Haura geleng kepala.

"Haura tak nak. Rabbit ni comel sangat! Terima kasih, Ghibran!". Punya la gembira kerana dapat seekor arnab, Haura sampaikan tak sedar yang dia sudah terpeluk suaminya. Cara berbicaranya juga bertukar tanpa sedar.

Nasib baik arnab tu sempat diletakkan semula ke dalam sangkar sebelum dia memeluk Ghibran.

Eh, eh. Kata marah...

Ghibran pun apa lagi, ambil kesempatan lah. Bahagian belakang isterinya itu digosok perlahan sebelum dia mencium lembut puncak hidung Haura.

"Sama-sama. Minggu depan kita beli seekor lagi. Buat teman dia nak?". Ghibran bertanya dan dia mendapat anggukan daripada Haura yang masih tak sedar dengan 'kesilapannya' itu. Si isteri masih nyaman memeluk si suami.

"Yang comot ni nak bagi nama apa, Haura?".

"Hm... Kita bagi nama 'Pie' boleh? Sebab dia bulat macam pie!". Ujar Haura dengan sungguh ceria. Ya Allah, Ghibran rindu akan Haura yang versi ini. Haura yang manja dan ceria. Haura yang selalu bersinar matanya kerana gembira.

"Boleh, Haura. Untuk Haura, semua boleh".

"Lepastu kan, rabbit baru tu Haura nak kasi nama Blacky sebab Haura nak rabbit warna hitam boleh? Boleh tak Ghibran? Boleh lah...". Dia merengek dalam pelukan Ghibran. Eh perempuan ni masih belum sedar ke?

"Boleh... Tapi ikut saya balik kampung dulu, okay? Lepas balik daripada kampung tu, baru kita beli arnab baru. Deal?".

Dengar sahaja perkataan 'kampung' itu, terus Haura melepaskan pelukannya. Seakan dia baru tersedar ke realiti.

Sunyi sepi suasana di ruang belakang rumah itu buat seketika.

Ya Allah, sekejap betul masa pinjaman Kau buat Ghibran. And I'm sure he appreciated every single second of it.

"Maaf. Aku tak sengaja". Tertunduk Haura meminta maaf. Maaf untuk apa pun tak tahu. Bukannya dia buat silap pun.

"Takpe, Haura. Pergi lah simpan Pie dulu, nanti awak masuk makan. Saya nak hidangkan lauk sekejap". Ghibran menyuruh Haura untuk menyimpan sangkar yang mengandungi arnab pertama mereka yang bernama Pie itu di tempat yang sepatutnya dan bukan di tengah-tengah halaman ini.

Ghibran lalu berlalu pergi setelah dia menggosok kepala Haura berkali-kali.

Hilang sahaja Ghibran daripada pandangannya, terus Haura menepuk dahi sendiri. Dia lalu duduk bercangkung si hadapan sangkar arnab itu.

"Pie! Mama dah malukan diri sendiri!". Haura mengadu kepada si arnab dan arnab itu hanya terkelip-kelip sebagai respon.

"Mengadu dekat Pie, bukan Pie nak layan pun". Haura mencebik sebelum mengangkat sangkar itu untuk dibawa ke bahagian tepi halaman rumah. Untuk diletakkan di situ.

Letak sahaja si Pie di situ, terus Haura mencebik lagi.

"Kedekut la papa Pie tu. Beli sangkar kecikkkk aje. Takpe Pie, nanti mama belikan sangkar yang lagi besar okay? Boleh Pie duduk dengan Blacky sama-sama nanti hehe". Haura tersengih-sengih di hujung katanya.

Tanpa dia sedar, Ghibran masih ada di pintu rumah itu. Memerhatikan tingkah comel Haura yang sedang bercakap dengan Pie itu.

"Comelnya isteri abang...". Bicaranya perlahan sebelum dia betul-betul masuk ke dalam rumah. Nak siapkan makan buat tuan puteri kesayangan.

Cara sebutan Pie:
'Pi'


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro