23- "I Really Hope You Do..."

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

KALAU Haura kata A, A la jawabnya.

Ceritanya, sebelum bergerak pulang ke kampung tadi, Haura dah bermasam muka dengan Ghibran. Walaupun selama sebulan yang lepas memang dia selalu bermasam muka, harini extra masam! Kenapa? Kerana Ghibran tak bagi dia bawa Pie ikut mereka balik ke kampung.

Ghibran cakap, pengap arnab tu kalau duduk dalam kereta lama-lama sepanjang perjalanan mereka. Haura pula bertegas bahawa tiada orang yang nak jaga Pie kalau ditinggal di rumah. Tak mahu la dia susahkan Puan Sri Khalida. Dengan Harris pula, dia masih merajuk. Kes kena tampar sebulan lepas. Ya, Haura masih berjauh hati dengan abangnya itu. Yela, sebelum ni Harris tu, naik suara pun tak pernah.

"Haura... Masih nak bermasam muka dengan saya?". Lembut Ghibran bertanya. Fokusnya masih lagi pada pemanduan. Ada lagi satu jam sebelum mereka sampai ke kampung lelaki itu.

Haura tidak menjawab. Pandangannya dilemparkan ke luar tingkap. Marah Haura pada kes yang lepas belum reda, Ghibran sudah buat hal baru. Bukan 'hal' sangat pun sebenarnya, jejaka itu cuma melarang dia untuk membawa si arnab bersama. But still! Pie tu 'anak' Haura kut.

Nasib baik dia tetap nak ikut walau anak kesayangannya itu akhirnya ditinggal di rumah mommy. Dijaga oleh pembantu rumah Puan Zahara. Puan Zahara pula sudah selamat sampai di kampung sehari sebelum mereka berdua bertolak.

"Saya kan dah hantar Pie dekat rumah mommy. Pandai la Kak Piah jaga. Awak jangan lah risau". Ghibran kerling ke arah Haura buat seketika, ingin mencapai tangan wanita itu namun Haura cepat-cepat mengalihkan tangannya.

"Pie tu kawan aku. Sampai hati kau kan...". Muncul juga air jernih di tubir kedua mata Haura. Sensitif sangat dia harini. Rindu sangat si rabbit agaknya. Padahal baru tinggal tak sampai beberapa jam.

"Nanti mati dia kalau letak lama-lama dalam kereta, Haura". Ghibran cuba memujuk lagi. Haih la, manja betul isterinya ini.

"Alasan...". Bicara Haura perlahan.

"I'm sorry, cheri. Nanti kita balik, first thing kita buat, kita pergi rumah mommy ambil Pie okay? Haura jangan nangis. Risau lah saya macam ni". Ghibran tertawa kecil sebelum tangannya naik mengusap pipi Haura yang dilinangi air mata itu. Sedih betul yang seorang ini.

Baru Haura nak melawan lagi, perutnya berbunyi.

Krukk...
Krukk...

Aduh! Buat malu je!

"You're hungry?".

Soalan Ghibran dibiarkan tergantung. Malas nak jawab! Haura nak merajuk dengan Ghibran sehingga mereka dah sampai kampung nanti.

"Haura, R&R dekat depan tu je tau. Saya nak berhenti. Kalau Haura nak kirim... text je okay? I know you won't talk with me until we reach rumah Tok Zain kan?". Lagi-lagi tingkah Haura membuatkan Ghibran tersenyum. Suka betul dia melayan Haura yang emosinya tak tentu ini. Mengubat rindu.

" CUCU menantu atuk! Ya Allah, rindu betul!". Tok Zain datang mendekat ke arah Haura dan Ghibran yang baru sahaja tiba di anak tangga rumahnya itu. Haura disapa dengan penuh ceria oleh Tok Zain. Terkelip-kelip Ghibran dibuatnya. Amboi tok, tahu la rindu cucu menantu! Cucu betul ni dah tak mahu pandang ke?

"Tok, Ghib dekat sini aje tau". Ucap Ghibran dengan nada menjauh. Ceh, nak acah merajuk lah tu.

"Tak payah lah berdrama sangat, pergi angkat barang sana. Haura, jom masuk. Tok dah masakkan yang sedap-sedap untuk Haura". Tok Zain mengajak cucu menantunya itu untuk masuk manakala Ghibran 'dihalau' olehnya untuk mengangkat barang daripada bonet kereta.

Tok Zain ialah datuk kepada Ghibran. Datuk belah ayah. Maknanya, Tok Zain ialah ayah kepada arwah Encik Zulkarnain. Isteri Tok Zain iaitu nenek kepada Ghibran sudah menghembuskan nafas terakhirnya dua tahun yang lepas. Sejak daripada itu, Tok Zain tinggal sendiri di kampung ini. Sunyi la juga dia. Bulan ni aje rumahnya ini berasa terisi sedikit dek kerana majlis sambut menantu yang bakal berlangsung di sini beberapa hari sahaja lagi.

Tok Zain memang anak jati Kelantan tapi dialek Kelantannya kurang pekat kerana sudah terbiasa bercakap dialek keyel dengan arwah nenek Ghibran. Jadi, jangan pelik ya?

"Mommy mana, tok?".

"Mak kau ada tengah kopek bawang dengan orang kampung dekat rumah sebelah". Terang Tok Zain menjawab soalan Ghibran. Pelik juga Ghibran, kata nak buat kenduri... tak kecoh pun rumah ini?

"Patut pun. Kenapa tak guna rumah ni?". Soal Ghibran lagi.

"Kau tak nampak tu?". Tok Zain menunding jarinya ke arah ruang tamu yang sudah siap dipasang dengan pelamin cantik itu. Gah betul.

"Rumah ni mereka dah siap-siap kan untuk tempat bersanding aje. Masak-masak semua dekat rumah sebelah". Rumah sebelah itu ialah rumah Pak Su kepada Ghibran. Anaknya lah yang baru berkahwin itu; Syihan.

Haura berjalan lagi mendekati ruang tamu yang sudah siap dipasang dengan set pelamin yang sungguh cantik itu manakala Ghibran masih lagi mengangkut kedua bagasi yang dibawa oleh mereka.
Tok Zain pula hanya meninggalkan wanita itu sendiri, pergi ke dapur. Dia tahu pelamin itu menggamit memori Haura. Jadi, dia biarkan Haura sendiri dengan harapan Haura mampu mengingati semuanya kembali.

Seketika, Haura termenung memandang pelamin itu. Cantik. Warnanya putih bersih dicampur dengan elemen lavender.

Tiba-tiba dia terfikir...

"Macam ni ke pelamin aku dulu?". Dia tertanya-tanya tentang itu kerana dia masih ingin mengingati segalanya. Haritu, dia hanya tengok gambar akad nikahnya bersama Ghibran. Gambar bersanding tiada pula. Ke dia tak pernah bersanding?

Ah! Tak tahu!

Lama dia tenung pelamin itu, tapi nihil. Sedikitpun memori tidak menjelma kemari!

Haura langsung tak ingat apa-apa!

" Kita bersanding dulu warna merah jambu. Haura yang rancang semuanya. Haura suka warna pink, jadi Haura minta dengan saya untuk bersanding atas pelamin yang warnanya pink. Saya pakai uniform navy saya, Haura pula pakai gaun kembang warna pink. Kita buat dekat rumah ini juga". Tanpa dipinta, Ghibran datang ke sisi isterinya dan mulai bercerita ringkas. Itu lah rutin hariannya jika dia ternampak Haura termenung akan sesuatu. Dia akan buka cerita lama mereka sedikit demi sedikit untuk membantu Haura memulihkan ingatannya.

"Cantik ke aku masa tu?". Haura sedaya upaya untuk menahan dirinya daripada menangis lagi. Tadi dah nangis pasal arnab, takkan sekarang nak nangis lagi.

"The most beautiful. Haura nak tengok gambar?". Pertanyaan itu membuatkan Haura memusingkan badannya ke arah Ghibran. Kini, mereka berdiri dengan saling memandang ke arah wajah masing-masing.

"Ada?".

"Ada. Dalam phone saya. Album ada dekat rumah, saya lupa nak tunjuk dekat Haura". Ghibran mengeluarkan telefonnya.

Baru sahaja hendak ditekan butang 'on', Haura menghalang.

"Nanti la. Tok dah tunggu". Kata Haura sebelum meninggalkan Ghibran sendiri di situ--berjalan ke dapur.

"I really hope you do remember everything back, cheri". Katanya sendiri sebelum dia juga berjalan ke dapur untuk makan tengahari. Lapar!

Post-edit note:

Author rasa ini chapter terakhir yang author publish haritu kan (sebelum author unpublish the whole story tu)?

Jadi, chapter selepas ini akan menjadi surprise lah untuk sayang-sayangku hehe...

Stay tuned!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro