24- He Doesn't Know How

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

ANAK-ANAK ayam kecil yang sedang bermain di halaman rumah itu ditenung oleh Haura tatkala orang lain sedang sibuk memasang kanopi dan menyediakan periuk belanga dan kawah untuk merewang. Aip aip, bukan Haura tidak mahu membantu tau...

Haura sudah siap menolong geng-geng makcik merewang tadi dengan mengisar segala bahan tumis yang akan digunakan esok dengan mesin pengisar. Penat woo! Bukan dua biji bawang yang dia kisar tapi banyak! Beratus agaknya. Oleh sebab itu lah, wanita itu mencuri masa untuk berehat sebentar. Jangan risau, dia sudah memberitahu makcik-makcik di dapur rumah Pak Su itu.

Kembali kepada anak-anak ayam...

Comel tapi Haura rindu Pie! Ini yang rasa nak nangis balik ni.

Dia kerling sebentar ke arah kaum Adam yang sedang sibuk memasang kanopi di halaman depan rumah Tok Zain itu. Kerling punya kerling, terpandang dia pada Ghibran yang rajin membantu walaupun tangannya tak sempurna.

Sekejap sahaja dia curi pandang Ghibran. Risau jika tertangkap. Matanya kembali merenung anak-anak ayam di hadapannya. Dia mengeluh.

"Ini ayam... Pie rabbit. Pie, mama rindu". Alahai, lirih sahaja bunyi suaranya. Umpama seorang ibu yang merindui anaknya. Padahal yang Haura rindukan hanya lah seekor arnab yang baru dibelanya beberapa hari. Istimewa betul arnab tu untuk Haura ya?

Pasir tanah di hadapannya dikuis-kuis dengan ranting kayu yang sempat dikutip entah daripada mana-mana tu.

"Aih, sedih aje cucu atuk ni. Kenapa?". Tok Zain yang tiba-tiba muncul itu duduk di anak tangga paling bawah, di tepi Haura. Daripada jauh tadi dia tengok sedih aje isteri Ghibran ini. Apa kena? Lalu dia datang la untuk bertanya.

"Eh, tok... Tok nak air? Haura boleh pergi buatkan". Tawar Haura. Tak elok pula dia duduk berehat berlama-lama di sini sedangkan orang lain sedang berpenat lelah. Elok juga kalau dia buatkan air untuk semua orang di halaman depan rumah kayu ini.

"Tok tanya dia, dia tanya tok balik". Tok Zain ketawa persis seperti ketawa yang anda selalu dengar bagaimana orang-orang tua dalam lingkungan umur 70-80 tahun ketawa. Ha macam tu lah. Ketawa atuk-atuk orang panggil.

"Haura sedih...". Sayu sahaja suaranya.

"Kenapa sedih? Ghibran buat apa dekat Haura? Biar tok pergi piat telinga dia". Pantang Tok Zain jika ada yang berani menyakiti hati cucu menantu kesayangannya ini. Ghibran pun boleh dia piat telinga, orang lain lagi lah!

"Ghibran tak bagi Haura bawa Pie".

"Pie? Pie tu apa Haura? Makanan ke?". Tekaan Tok Zain membuatkan Haura yang tadinya monyok ketawa. Pandai saja orang tua ni mengembalikan mood nya.

"Bukan lah, tok".

"Dahtu ape? Tok ni dah tua, susah nak faham". Tok Zain turut sama tersenyum melihat wajah Haura yang sedang ketawa itu. Betul lah, comel. Patut la cucunya itu jatuh hati.

"Pie tu nama arnab Haura. Haura nak bawa dia datang Kelantan ni tapi Ghibran tak kasi. Ghibran cakap nanti Pie mati kalau duduk dalam kereta lama-lama". Adu Haura.

"Oh la, arnab. Tok ingat apa lah tadi. Alah... Takpe takde Pie pun. Dekat sini ada anak-anak ayam tok. Semua comel-comel juga. Haura bagi la nama". Tok Zain menundingkan jarinya ke arah beberapa anak ayam berwarna kuning dan perang yang sedang mematuk tanah di hadapan tangga itu.

"Kalau Haura bagi nama, anak-anak ayam ni Haura punya la!".

"Haura nak ibu dia sekali pun, tok boleh bagi. Apa saja untuk cucu menantu kesayangan tok ni". Tok Zain tersenyum manis dan Haura perasan yang senyum Tok Zain sangat persis dengan Ghibran. Comel! Cucu dan datuk, dua-dua comel! Eh-

"Okay, kalau macam tu...". Dan Haura pun menamakan setiap ekor anak ayam yang boleh dilihat olehnya daripada anak tangga itu. Ada yang diberi nama Yellow, ada yang diberi nama Brownie, ada juga yang namanya menjadi Edward dan macam-macam lagi. Entah daripada mana datang inspirasinya itu.

"Haura namakan dulu anak-anak ayam ni. Tok nak pergi rumah sebelah sekejap, nak tengok progress kat sana".

"Okay, tok".

Setelah Tok Zain berlalu pergi, Ghibran pula yang kemari. Kemari dengan senyum lebarnya yang penuh makna.

"Berbual dengan tok?". Soal lelaki itu.

"Tak payah nak bercakap dengan aku".

"Lah, Haura marahkan saya lagi ke? Saya baru nak bagi surprise tadi". Kan aku dah cakap, Ghibran ni ada makna ni. Ada udang di sebalik batu. Suspicious sangat - _+.

"Tak nak surprise. Ish, dah la. Jangan bercakap dengan aku, aku tak suka".

"Sure you don't want the surprise?". Ghibran ni membuatkan Haura tertanya-tanya pula. Tetapi tetap sahaja Haura mendiamkan diri. Dah cakap kan, dia nak merajuk. Dia akan merajuk. Siapa suruh tak kasi dia bawa Pie lagi!

"Okay, Haura. Haura jangan menyesal". Sejurus selepas kata-kata Ghibran itu tamat, muncul seseorang di tepi jejaka itu. Seseorang yang amat dia kenali.

Iskandar Anika Shah.

Lelaki itu umpama musuh peribadi Haura. Dia tak suka Anika, Anika juga tak suka akan dirinya. Di bahagian belakang badan lelaki itu ada sesuatu yang disorokkan.

"Nah". Anika kemudiannya mengeluarkan apa yang disorokkannya itu membuatkan mata Haura bersinar dengan serta-merta.

"PIE!". Teriaknya dengan penuh gembira.

Terus dicapai dengan kasar sangkar Pie yang dipegang oleh Anika itu. Sempat dia jeling sekilas ke arah Anika. Ceh, bukannya nak berterima kasih. Nasib baik la Anika ni baik hati nak tolong Ghibran. Kalau ikutkan, memang tak la!

Pie dikeluarkan daripada sangkar kecil itu lalu digomol oleh Haura.

"Mama rindu Pie!". Baru sehari tinggal mat...

Tatkala Haura sedang leka melepaskan rindunya kepada si arnab, sempat Anika berbual bersama Ghibran. Berbual sedikit jauh dengan wanita itu. Tepatnya berdekatan dengan tiang terakhir rumah kayu itu. Agak-agak supaya suara mereka tidak didengari oleh Haura.

"You have a lot to tell me, Ghib. Who is she actually? Macam mana perempuan gedik tu boleh jadi isteri kau? Kenapa aku tak pernah tahu pun? Aku ingat bila aku cakap dia penting untuk kau tu, kau suka dia. Rupanya dah jadi isteri mat! Bila masa?". Ya, Anika baru sahaja tahu. Lambat kan dia? Lambat lima tahun.

" Do we really need to discuss it right here, right now? Kau pun baru sampai kan? Rileks lah dulu". Ghibran cuba mengelak.

"Relax? Hell no. You need to tell me everything. Right here and right now. I mean, what the heck, kau dah kahwin?!! Sejak bila? Macam mana aku boleh jadi orang paling lewat tahu ni?".

"I got married with her five years ago. Masatu kau tengah training lagi. Jadi kau tidak dijemput dan lepastu aku lupa nak bagitahu kau yang aku dah kahwin. Tak lama lepastu, dalam beberapa bulan lepas kami kahwin, aku terpaksa tinggalkan dia. Aku masih tak bagitahu kau masatu sebab aku sendiri tengah serabut. Sekarang, kau dah tahu. Kira okay lah tu". Ghibran tersengih-sengih di hujung katanya.

"Bro, what do you mean by 'okay'? Kau beria claim aku as sepupu terbaik kau. Alih-alih, aku baru tahu kau kahwin pun lepas lima tahun. Lima tahun tau Ghib. Bukan lima hari". Bebel Anika. Jarang sekali Ghibran nak nampak sisi suka membebel Anika ini. Semenjak kematian Cempaka, Anika sudah lain. Anika yang dulu sangat chaotic dan suka membebel. Anika yang sekarang lebih suka berdiam diri jika berada di khalayak ramai dan Ghibran tiada di situ. Jadi, sesekali Ghibran dapat melihat perangai Anika yang satu ini kembali, gembira juga dia.

"Aku minta maaf, okay? Ini dah tahu ni, cukup baik la ni".

"Ceh, kau. Kalau umi tak bagitahu, memang nanti kau dah ada cucu baru aku tahu sendiri yang kau dah kahwin". Anika menarik muka. Aih Anika, merajuk melebihi Haura pula ni. Ghisau.

"Dah puas hati kan? Ada apa-apa nak tanya lagi? Aku nak sambung tenung ISTERI aku". Perkataan 'isteri' itu sengaja ditekankan oleh Ghibran. Sengaja nak buat Anika geram dengannya. Sudahnya dia mendapat tamparan di lengannya oleh Anika. Kuat mat! Merah dah agaknya lengan Ghibran ni.

"Oh, ada-ada".

"Apedia?". Soal Ghibran seraya menggosok lengannya yang terasa perit itu. Tak guna punya sepupu.

"Kau cakap kau kena tinggal dia kan lepas korang kahwin? Kenapa? Mission ke?". Jujur Anika curious.

"Kau tanya soalan sama macam soalan yang Haura tanya. Anika... Aku tak tahu macam mana nak susun jawapan untuk soalan tu".

Jeng jeng jeng...
Agak-agaknya kenapa ya?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro