25- Peluang Kedua

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

PULANG sahaja daripada surau bersama Tok Zain dan Anika, terus Ghibran melilau di sekitar rumah itu apabila kelibat Haura tidak dilihat olehnya sama sekali. Risau ler tu. Takut kalau-kalau si isteri memberontak dan lari rumah. Hei, Haura tak macam tu la!

Terus dia bergegas ke dapur untuk menemui Puan Zahara. Nampak aje Puan Zahara di hadapan singki sedang membasuh pinggan usai dia dan Haura makan malam tadi, terus Ghibran berjalan mendekati wanita tua itu.

"Ghib, dah balik?".

Ghibran mengangguk lalu bertanya, "Mommy ada nampak Haura tak?".

Puan Zahara ketawa kecil sebelum menutup paip air basuhan pinggan tadi lalu berpaling ke arah Ghibran lalu lengan anak jejakanya itu ditepuk-tepuk.

"Risau atau rindu?". Soal Puan Zahara.

"Both. Where is she, mommy?".

Puan Zahara menjuihkan bibirnya ke arah luar rumah itu. Pintu dapur itu terbuka, bermakna Haura ada di luar. Haura buat apa dekat luar malam-malam ni? Nak kata main dengan Pie, Pie diletakkan di halaman depan rumah Tok Zain. Bukan di belakang.

" Risau sangat... Isteri Ghib tengah memberanikan diri nak mandi dengan bilik air dekat luar tu. Bilik air dalam rumah ni mommy guna sekejap tadi. Mommy dah suruh tunggu sekejap tapi katanya badan belengas, tak tahan nak bilas. Dia panas agaknya".

"Ghib pergi tengok dia jap tau, mommy". Ghibran yang masih merisaui Haura itu pantas bergegas ke luar rumah melalui pintu dapur itu tatkala mendapatkan anggukan daripada Puan Zahara.

Sampai aje di luar rumah, Ghibran nampak figura Haura berdiri memandang ke arahnya dengan rambut yang dilepaskan panjang mengurai. Badannya pula tersarung dengan baju T putih dan kain batik kepunyaan mommy. Haura tak bawa kain batik sebab tak reti pakai, tapi tadi Puan Zahara yang tolong pakaikan untuk dia.

"Haura ke tu?". Takut-takut Ghibran menegur. Mana tahu kalau-kalau bukan Haura ke kan?

"Haura la!". Marah Haura. Orang takut nak mandi ni, dia boleh ingat orang ni bukan Haura pula. Apa dia terlalu serabai sampai nampak macam hantu ke?

Terus Ghibran berjalan mendekati si isteri. Berkerut-kerut wajah wanita itu. Nak marahkan Ghibran lah tu. Comel betul!

"Kenapa ni? Asyik nak marah saya je". Ghibran tergelak membuatkan Haura terpaku seketika. Apabila cahaya bulan menyinari lelaki itu, jelas Ghibran terlihat segak dengan memakai baju melayu berwarna putih bersama kain pelikat biru dengan kopiah di atas kepala. Handsome!

Snap it out, Haura! Kau kan tengah marah ni!

"Aku nak mandi...". Perlahan sahaja dia menyatakan hasratnya itu. Sejak daripada tadi lagi sebenarnya dia bertapa dekat depan tandas luar ni. Takut nak masuk sebab tandas ni nampak seram. Nak masuk semula ke dalam rumah, malu pula dia. Tadi berani sangat!

" Kenapa tak tunggu saya? Saya boleh temankan". Ghibran menyelukkan kedua tangannya ke dalam kedua poket yang ada pada bahagian bawah baju melayu itu.

"Aku dah panas".

"Nak mandi sekarang?". Ghibran bertanya dan Haura mengangguk.

"First thing first, kaki awak tu kena pakai selipar. Saya tahu la jarak daripada pintu dapur ke tandas ni tak jauh pun. Ada lantai simen pula tu. Tapi Haura still kena pakai selipar. Nanti kulit kaki tu pecah. Sensitif kan?". Sambil 'membebel' sambil Ghibran menanggalkan selipar yang dipakainya yang bersaiz dua kali kaki Haura itu lalu diletakkan di hadapan si isteri.

Haura tenung sahaja selipar itu. Nak pakai ke tak? Eh itu pun nak ragu-ragu ke Haura oi?

" Pakai la, Haura. Ke awak nak saya dukung awak masuk dalam bilik air tu?".

Sekali lagi, Haura menayangkan muka cemberutnya lalu menyarungkan selipar itu dengan kasar lalu berjalan dua langkah ingin masuk ke dalam bilik air di hadapannya itu.

Masuknya Haura ke dalam bilik air itu, Ghibran bertanya,

" Nak saya tunggu tak?".

"Nak!".

Maka Ghibran pun mengambil tempat di salah satu bangku batu yang ada di halaman belakang rumah kayu itu. Tengah syok-syok dia menikmati angin malam...

"GHIBRANNNNNN! SEJUKKKKK!!!". Pekik Haura daripada dalam bilik air membuatkan Ghibran di luar ketawa besar. Aduhai Haura, memang la sejuk. Awak mandi air kolah.

HAURA yang sudah keluar daripada bilik air beberapa puluh minit yang lalu masih menggigil kesejukan. Sudahnya dia hanya duduk di birai katil sambil berselimut dengan memakai hoodie tebal yang dipinjamkan oleh Ghibran itu. Eh pinjam ke? Nanti confirm jadi dia punya tu.

"Haura duduk je. Biar saya je yang gosokkan baju kita untuk esok okay?". Ghibran berkata sambil masih menahan tawa. Terasa lucu dengan si isteri yang seakan tidak puas hati air kolah itu sejuk sangat.

"Bukan salah saya tau air kolah tu sejuk". Ghibran cuba untuk mempertahankan dirinya. Walaupun sia-sia kerana dia tahu dia tetap akan dipersalahkan oleh Haura nanti.

"Salah kau! Lelaki semua salah!". Marah Haura. Air kolah yang sejuk, suami yang dipersalahkan.

"Ya, saya mengaku salah saya air kolah tu sejuk sangat. Nanti saya cakap dekat kolah tu supaya jangan kasi air dia sejuk sangat. Deal?". Di saat-saat getir begini, Ghibran masih sempat membuat lawak bodoh.

"Main-main eh?". Haura menjeling tajam si suami. Geram betul dia!

Ghibran hanya tersenyum seraya menyambung menggosok baju melayu biru gelapnya. Baju kurung Haura dengan warna yang sama ada tergeletak di atas katil. Nanti dia juga yang gosokkan. Nak suruh Haura gosok sendiri? Memang tak la. Ada juga yang makin kena marah nanti. Lagi pula, Ghibran tak kisah pun. Setakat gosok baju, apa lah sangat.

SETELAH siap menggosok semua baju, Ghibran mencapai sebuah beg kertas di sebelah katil lalu sehelai fabrik dikeluarkan daripada beg kertas itu. Sehelai fabtik berbentuk petak yang sama panjang di kesemua sisinya berwarna silver.

Fabrik itu dibentangkan ke atas katil, betul-betul di sebelah tempat Haura duduk membuatkan Haura memandangnya dengan pandangan pelik. Okay, dia tahu apa yang lelaki ini mahu katakan.

Sebelum Ghibran sempat membuka mulut, Haura terlebih dahulu memintas,

"Aku tak pandai pakai. Tak pernah pakai".

"Tapi ada niat nak pakai?". Dia tahu Haura ada niat yang pakai tudung. Dia beli tudung ni pun sebab Haura asyik tenung aje si tudung di kedai baju hari itu. Bila ditanya nak beli ke tak, Haura diam saja. Diam tanda setuju. Maka, Ghibran belilah juga walaupun dalam diam.

Haura terdiam lagi.

"Saya boleh tolong. Saya gosok, saya pakaikan. Macam mana?".

"Okay...".

"Don't worry, Haura. Your husband is here to guide you for everything now. Silap saya, saya mengaku silap saya tinggalkan Haura sendiri tanpa bimbingan daripada seorang suami untuk lima tahun lamanya. Walau marah macam mana pun Haura dekat saya, trust me, I have my reasons. Bila dah sampai waktunya, saya akan bagitahu. Buat masa sekarang, izinkan saya tebus kesilapan saya. I'm here now. Your husband is here now". Ghibran berkata-kata sambil menatap lembut ke dalam mata Haura. Haura ini orangnya, berhati lembut bonda cakap, Ghibran kena pandai pujuk walaupun akan sedikit mengambil masa.

"Bagi saya peluang boleh?".

Lambat-lambat, Haura mengangguk. Tak salah kan? Tak salah kalau dia memberikan lelaki ini peluang meskipun kata benci sudah dituturkan sebulan yang lepas?

"Terima kasih, Haura". Dahi wanita itu dicium lama oleh Ghibran.

I love Ghibran so much :(
I hope yall do too!


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro