29- Pasar Siti Khadijah Date

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

ADA satu lagi sifat perempuan yang Ghibran tak faham. Kalau kaum ini memarahi atau sedang marah akan orang lain, pasti si suami yang tak bersalah juga akan terkena tempiasnya. Contohnya macam sekarang. Haura marahkan Mak Cik Samsiah dan Elman tetapi yang kena silent treatment nya dirinya.

"Tak pernah lagi orang pergi pasar diam macam ni, Haura". Ghibran menegur. Marah-marah Haura pun, dia perasan yang tangan Haura masih erat memeluk bicep kirinya. Risau takut hilang dalam lautan manusia lah tu. Maklumlah, Haura kan tak pernah pergi pasar.

"Abang jangan bercakap dengan Haura. Haura tengah marah ni, later I will be mad at you betul-betul. You want ke?". Betul lah. Haura diam kerana takut dia terlepas geram dekat Ghibran. Sisa amarahnya pada dua beranak tadi masih belum padam.

"Bukan Haura memang tengah marah dekat abang ke?".

"Ish abang ni! Itu hal lain, ini hal lain. Kalau Haura bukan isteri abang tapi Haura dengar ada orang hina abang, tetap Haura naik angin. Ini common sense tahu tak? Manusia yang belum tentu sempurna takde hak nak hina manusia yang punya kekurangan macam abang ni. Diri sendiri entah-entah cacat dekat hati tu tak sedar". Haura membuat muka jeliknya. Kan dah cakap, dia masih geram pada Mak Cik Samsiah dan Elman. Tak pasal-pasal terkutuk dah di hujung katanya.

"Haura ni... Tak baik la cakap macam tu". Tergeleng-geleng kepala Ghibran seraya dia ketawa kecil. Di tengah lautan manusia itu pun Haura masih boleh membebel.

"Abang jangan nak jadi baik sangat eh bila orang kutuk-kutuk abang. Abang luku aje kepala diorang. Ini tak, diam aje tadi tu kenapa? Diorang sebut pasal Haura baru abang nak melenting. Eee geram, geram, geram!!!". Haura menepuk-nepuk lengan yang dipeluknya itu. Dia geram dekat orang lain, suaminya juga yang kena.

" Aduh, sakit la Haura". Tak sakit pun sebenarnya, saja nak mengada.

"Padan muka!". Aduhai, isteri. Marah-marah pun masih comel. Dan lagi, Ghibran jatuh cinta kepada isterinya sendiri buat kesekian kali.

Haura yang tadinya marah itu tiba-tiba menarik lengan Ghibran untuk singgah di salah satu gerai? kedai? ha tak tahu la... tapi yang menjual di pasar itu. Di gerai itu ada banyak jenis pilihan sayur. Semuanya nampak sudah kurang segar memandangkan sekarang dah petang. Sayur-mayur ini sudah dijual daripada pagi lagi.

"Haura nak beli apa dekat sini?". Ghibran pelik. Setahu dia, Haura hanya akan makan sayur yang nampak betul-betul segar. Ini semua dah nampak macam layu kecuali...

"Haura nak beli carrot sikit. Beli untuk Pie sikit. Beli untuk carrot susu Haura sikit". Alamak, dia nak beli lobak merah lah pula... Ini yang Ghibran tak suka ni. Tak suka bukan sebab kedekut, melainkan dia memang benci akan sayur itu! Ghibran dan lobak merah memang tak boleh ngam. Musuh abadi sejak kecil!

"Carrot susu Haura semalam dah habis ke, cheri?". Laju Haura mengangguk bersama wajah sedihnya sebagai jawapan kepada soalan Ghibran.

"Siapa minum? Takkan lah Haura seorang. Abang simpan banyak juga semalam carrot susu tu dalam botol". Pelik Ghibran dibuatnya. Semalam rasanya dapat sebotol besar carrot susu Haura kerana minuman itu sedikit cair semalam. Jadi, hasilnya banyak. Tahu-tahu harini dah habis. Takkan lah Haura teguk semua kan?

"Tak tahu. Haura bangun-bangun tu dah habis. Sebab tu Haura nak beli carrot lagi. Boleh kan abang?". Haura mencebikkan mulutnya. Alahai, sedih betul isteri Ghibran ni. Siapa lah agak-agaknya yang curi carrot susu Haura tu kan?

"Boleh... Kejap abang cakap dekat makcik tu". Setelah lebih kurang seminit juga dipujuk Haura, baru lah Ghibran akur. Kesian pula dia dekat isterinya itu. Jejaka itu berjalan semakin hampir dengan gerai itu dan mulai berkata-kata dengan makcik yang menjual sayur itu.

" Assalamualaikum mokcik, wapo skilo ni? ( Assalamualaikum makcik, berapa sekilo ni?)". Terpegun Haura mendengar Ghibran bercakap dalam dialek Kelantan buat pertama kalinya itu. Seksi! Dia suka!

" Waalaikumussalam. Keret ni limo ya jah skilo ( Waalaikumussalam. Carrot ni lima ringgit je sekilo)". Jawab makcik tadi dengan senyuman manisnya.

"Oh kalu gotu, wak mari skilo cik (Oh kalau macam tu, nak sekilo makcik)". Fasih betul Ghibran berdialek Kelantan. Semakin Haura mendengar Ghibran berbicara dalam dialek pantai timur itu, semakin dia cair.

Makcik tua itu lalu meletakkan beberapa batang lobak merah ke atas penimbang sayur yang ada di hadapannya sebelum memasukkan kesemuanya ke dalam plastik. Berkerut muka Haura. Rasanya jarum tadi tunjuk lebih sekilo. Makcik tu tak kisah ke?

Plastik yang berisi lobak merah itu lalu dihulurkan kepada Ghibran dan not RM10 bertukar tangan. Baru sahaja makcik tadi hendak memulangkan bakinya, Ghibran menolak.

"Mekaseh mokcik (Terima kasih, makcik)". Ucap Ghibran ikhlas. Haura di sampingnya turut tersenyum kepada si penjual. Tidak mahu terlihat sombong.

"Samo-samo (sama-sama)".

Usai menyantuni penjual, mereka lalu menyambung perjalanan mereka untuk ke bahagian menjual baju pula.

" Terima kasih belikan Haura carrot tapi Haura nak tanya". Haura tiba-tiba sahaja bersuara.

"Sama-sama. Tanya lah, Haura".

"Tadi Haura nampak makcik tu timbang lebih sekilo. Kita kan nak beli sekilo je, kenapa dia ignore je, abang?".

"Itu lah adab berniaga, Haura. Lebih takpe, kurang jangan. Lagipun, lebih sikit aje kan tadi? Takkan lah dia nak patahkan pula salah satu daripada carrot Haura tu. Nanti Haura juga yang menangis dekat situ". Ghibran tertawa kecil di hujung ayatnya.

"Abang bercakap macam Haura ni selalu nangis aje". Haura tayang wajah cemberutnya.

"Dulu lah. Dulu Haura suka menangis. Abang tegur sikit, menangis. Abang tak bercakap sikit, menangis. Abang tinggal pergi kerja pun Haura menangis. Yela, mungkin sebab masatu isteri abang ni muda lagi kan? Sekarang, you grew up. So much. Sekarang, isteri abang yang dulunya suka menangis dah jadi wanita kuat". Di tengah-tengah khalayak ramai itu, sempat lagi dia mencuit hidung si isteri.

"Haura tak kuat...". Sedih pula dirinya sekarang.

"Kuat la. Siapa cakap isteri abang tak kuat ni?".

"Mulut Haura memang kuat pot pet pot pet kalau ada orang mengata Haura atau orang lain. Tapi hati Haura tak kuat. Mungkin sebab masih sakit...". Ayat terakhir dibiarkan tergantung dan dibicarakan dalam nada suara yang perlahan.

"Kerana abang?". Ghibran menyambung ayat Haura. Tuan punya badan tidak menjawab.

"Abang pasti memang kerana abang. Oleh sebab itu, mulai sekarang, abang akan ubati sakit dekat hati Haura tu. Awak bagi kan kalau abang masuk dalam hati Haura Dayana ni buat kali kedua?". Haura sudi kan bagi abang peluang kedua? Itu ayat yang sebetulnya.

Haura mengangguk.

" Terima kasih, Haura. Dah, jangan nangis. Nanti orang ingat abang yang buat dekat Haura". Aih lah isterinya ini. Baru cakap kuat tadi. Tahu-tahu kat pasar pun boleh menangis.

"ABE wey, singgoh dulu sini semeta (Abang wey, singgah dulu ke sini sekejap)". Panggilan daripada akak yang menjual pakaian itu membuatkan kening Haura terangkat. Dia panggil Ghibran dengan panggilan 'abang'? Hm...

"Haura nak singgah tak? Akak tu jual tudung dengan baju. Haura nak tengok?". Lembut sahaja Ghibran bertanya. Entah kenapa dia rasakan bahawa pelukan Haura di lengan kirinya semakin erat. Dah kenapa pula perempuan ni?

"Boleh... Haura nak beli tudung lagi tapi abang pilihkan".

"Alright, cheri". Ghibran lalu membawa Haura sudah sumpama melekat dengannya itu ke arah gerai akak yang menjual tudung dan pelbagai jenis baju itu. Tersenyum-senyum akak yang tampaknya berumur 30 an itu. Mungkin sebaya dengan Ghibran atau lebih tua. Ghibran pun senyum lah kembali. Haura di sebelah pula sudah menyampah teruk dengan Ghibran ni.

Aih, Haura... Senyum pun salah ke?

"Haura lepas tangan abang sekejap boleh? Abang nak pilihkan tudung Haura ni". Malas nak berdebat dengan Ghibran, Haura turutkan sahaja walaupun wajahnya masam mencuka. Dengan itu, Ghibran sibuk lah memilih beberapa helai tudung bawal untuk si isteri.

Dia gembira. Dia gembira kerana Haura sudah mulai mahu berhijab. Doanya termakbul. Terima kasih, Ya Allah.

"Wapo selai ni kak? (Berapa sehelai ni kak?)". Tanya Ghibran dalam dialek Kelantannya sekali lagi membuatkan Haura seolah-olah sedang mencair di situ. Aduhai, suara garau yang dipadankan dengan dialek pantai timur itu kedengaran sungguh seksi di telinga Haura.

" Spuluh ya jah (Sepuluh ringgit je)". Masih lagi akak jual tudung itu tersenyum manis ke arah Ghibran. Yela, adab menjaja kan? Tapi Haura ni tak faham, sakit hati pula dia.

"Wak mari tige lai lah kak (Nak tiga helai lah kak)".

"Wane gapo? (Warna apa?)".

Dengar sahaja soalan akak itu, terus Ghibran berpaling ke arah si isteri yang sedang ralit merenung si tukang jual. Haura ni okay ke tak? Nak berkawan dengan akak jual tudung tu ke?

"Haura nak warna apa?".

"Haura nak warna pink, black and baby blue. Nak yang cotton semua". Jari jemari Haura pantas menunjukkan ke arah beberapa helai bawal cotton yang telah dibelek oleh Ghibran itu tadi.

"Yang kosong je? Tak nak yang corak-corak?". Ghibran bertanya lagi. Perempuan ni kena precise, kalau tidak, nanti ada lah dia complain tu bila dah beli. Dia sebagai kaum lelaki kena faham. Kan?

Haura menggeleng.

"Okay, cheri. Kak, wak mari yang kosong hok wano pink, hitey nga biru ceroh tu deh (Kak, saya nak yang kosong warna pink, hitam dengan biru cerah tu)". Kata Ghibran seraya dia mengeluarkan dompet yang tersimpan di dalam poket seluar tadi. Not RM50 dikeluarkan daripada situ.

Akak itu lalu mengambil lalu melipat tudung-tudung yang dipinta kemudiannya memasukkan kesemuanya ke dalam sebuah plastik. Haura tenung saja plastik itu. Orang dekat sini memang letak tudung dalam plastik macam tu aje ke?

"30 ya. Terima kasih, jual deh (30 ringgit. Terima kasih, jual ya)". Kata akak penjual itu sambil menghulurkan plastik yang berisi tiga helai tudung itu. Duit lalu bertukar tangan dan baki juga telah diberikan.

"Beli kak". Habis sahaja urusan jual beli itu, terus Haura mencapai kembali tangan besi yang dibaluti sarung tangan milik Ghibran itu. Digenggamnya erat seraya mereka berjalan pergi daripada kedai itu.

"Haura macam ada banyak soalan nak tanya abang". Dia perasan aje wajah isterinya yang masam mencuka tadi.

"Betul. Soalan pertama, kenapa dia panggil abang 'abang'? Dia suka abang ke? Dua, kenapa dia letak tudung Haura dalam plastik je? Bukan patutnya ada paper bag ke?". Aip, aip. Untuk soalan ketiga tu, jangan judge Haura tau. Wanita ini memang tak pernah beli pakaian di pasar, sebab tu dia tak tahu.

Mahunya Ghibran tergelak apabila mendengar soalan pertama dan kedua Haura itu. Namun, dia tahan. Takut telinganya dipiat si isteri nanti.

"Lah... Sebab tu ke Haura pegang tangan abang macam tak nak lepas tadi? Haura cemburu ya akak tu panggil abang 'abang'?".

"Ish! Jawab aje la". Marah Haura. Marah-marah manja.

"Haura... Dia panggil abang dengan panggilan tu sebab nak bermesra aje la. Mesra dengan pelanggan. Bukan sebab dia suka abang. Lagipun, Haura tak tengok ke perut dia tadi".

"Huh?".

"Akak tu tengah mengandung, Haura. Bermakna dia dah ada suami. Takkan lah dia nak suka abang pula. Untuk plastik tu, memang dekat sini, cara berniaganya macam tu. Letak dalam plastik, bukan paper bag. Ini kan pasar...". Terang Ghibran dengan penuh sabar. Mahu saja dia menghamburkan tawanya saat ini. Haura punya cemburu kalah level bos.

" Oh... Hehe... ". Maka si isteri pun tersengih-sengih seperti kerang busuk. Malu! Itu lah cemburu tak tentu pasal lagi.

Hidung Haura dicuit sekali sebelum dia bertanya, "Haura ada nak beli apa-apa lagi? Atau Haura nak jalan-jalan je?".

"Haura nak beli baju kaftan batik tu sebab Haura tengok macam cantik aje. Lepastu... Kita balik lah. Kesian Pie, mommy dengan atuk duduk bertiga je dekat rumah". Haura, Haura... Tengah jalan-jalan dengan suami pun masih ingat orang lain dan rabbit kesayangan di rumah.

"Alright, cheri. Let's go".

Nah, amek arh.
Kita update awal sikit sebab nanti nak study hoho :O

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro